Monday 20 January 2014

Moody..

Dalam dua tiga hari ni mood tak berapa nak stabil sangat.. Aku kalau ada masalah aku akan diam dan kurang bercakap.. Kadang2 aku boleh tersenyum tetapi dalam hati ni hanya Allah saja yang tahu.. Kawan-kawan lain dah dapat penempatan.. Ada yang kena pergi Sabah Sarawak.. Ada yang dari Utara ke Selatan.. Ada yang dari selatan ke utara.. Bukan aku sorang jaa yang belum ada penempatan.. Ada jugak rakan lain yang belum tahu penempatan.. Surat lantikan aku dah terima. Ada yang lebih teruk daripada aku pun ada.. Surat lantikan pun belum terima lagi.. Ini kan penempatan yang masih menjadi tanda tanya.. 

Dah habis puas aku menangis suatu malam tuu.. Dua tiga kali jugak la aku meraung.. Lepas tu esok bangun aku dah tak rasa sedih.. Mungkin sebab aku dah lepaskan semuanya masa menangis tuu.. Aku bersyukur padamu ya Allah kerana masih memberi masa kepada ku untuk menjaga anak aku.. Nanti dah posting tak sempat aku nak bermesra dengan dia.. 

Aku percaya.. Setiap apa yang Allah tentukan itu ada Hikmahnya.. Dan aku percaya bahawa ada lagi orang yang lebih susah dariku jika nak dibandingkan dengan ku..


Gambar ehsan Google..

2 comments: