Thursday 30 January 2014

Tak sedap..


Kan aku ada cerita pasal vitamin c yang Akiff suka makan tu. Yang dia buat2 BATUK tuu.. Kan vitamin dia dah habis.. En Hubby aku beli la jenis lain. Tapi yang ni MultiVitamin.. Dalam botol ni ada macam2 jenis flavour n color.. Mula2 tu Akiff memang suka laa.. Asyik mintak ja.. Esoknya aku bagi kat dia.. Aku bagi yang warna kuning.. Dia gigit sikit.. Lepas tu dia luah.. Dia cakap tak sedap.. Hmm.. Aku try la rasa.. Memang yang warna kuning tu tak sedap.. Huhuhu.. Pandai memilih dah sekarang. Lusanya aku bagi la color lain.. Dia tak mau dah. Dia cakap TAK SEDAP.. Aku kata yang ni sedap.. Warna lain pulak.. Dia tutup mulut dengan tangan tak bagi aku suap.. Nanti la ummie suruh abah beli lain..

Wednesday 29 January 2014

Wordless Wednesday : TAKZIAH


Takziah kepada keluarga baby tersebut. Al-Fatihah. Berita lanjut KLIK SINI.

Pilihan Hatiku Lenovo atau HTC.

Assalamualaikum.. Sebelum ni kan aku ada bagi tahu handphone aku rosak. Kalau sapa yang belum baca juz klik sini. Dalam beberapa hari ni aku kerap survey handphone laa.. Banyak gak la aku survey. Tapi aku pilih 2 model ni ja. LENOVO K900 n HTC ONE.. Dalam kepala otak dua benda ni saja aku pilih.Samsung aku tak tengok langsung..Tapi Samsung mahal laa.. Aku tak mampu. Hihihi..

Okey.. Semalam.. Aku, En Hubby n Akiff pi Mid Valley. Kononnya nak pi survey dulu la.. Hihihi..


Ni Lenovo K900.. Dia punya processor memang laju. 2.0 ghz.. Pakai Intel processor tuu.. Memang aku dah berkenan dah ni. Tak ada Memory card slot la pulak. Tapi... Dia punya internal storage dia 16GB/32GB. Harga lain2. Tapi aku rasa okey dah.. Okey.. Kita pi tengok brand lagi satu la aku bagi tau kat hubby. Sebab sampai kat kedai Lenovo tu aku dah jadi blur dah. Salesman tu tunjuk ni tunjuk tu.. Banyak model sangat.. Lenovo aku survey 1 model ja.. Salesman jugak memainkan peranan jugak tau.. Huhuhu.. Ooo.. Yaa.. Sapa nak tau lebih lanjut tentang specs model ni boleh KLIK SINI.

Okey.. Next.. Kami pi kedai HTC.. Mula2 aku aim model HTC kat bawah ni.. 


Yang ni aku berkenan sebab kamera dia.. Dia pakai UltraPixel bukan megapixel.. Maksudnya lebih luas pixel dia.. Memang aku berkenan gila2. Duk asyik sebut kat En. Hubby aku ja.. Taaaaapppiiii... Ni pun sama tak ada memory card slot.. Huhuhu.. Nak tau specs dia? KLIK SINI

Akhirnya aku pilih HTC BUTTERFLY S.. 


Salesman tu cakap kalau senang nak jaga ambil yang ni. Ok.. Aku pilih ni bukan sebab termakan kata2 salesman tu ka apa ka.. Tapi sebab dia punya quad core dia lebih sikit dari HTC One.. 1.9ghz. Bateri pun tahan gak. 3200 mAh. Tahan lama gak tuu.. Nak ambil HTC One Max terlebih budget lak.. Huhuhu.. Lagi pun besar dari Note 1 aku tuu. Tak silap aku la.. Okey.. Nak tau specs HTC Butterfly S ni KLIK SINI.

Psssttt... Aku kalau nak beli mesti aku akan pilih kedai yang betul2 n boleh dipercayai. Aku tak suka beli handphone kat kiosk ni. Takut tertipu.. Itu aku.. Terpulang la kepada anda untuk membeli di mana saja. Sebab nak beli barang yang angka agak besar ni kena pilih betul2 la.. :)

Happy Birthday To My Mum

Semalam birthday my mum yang ke 54 tahun.. Semalam call mak n wish Happy Birthday jaa.. Bila mak nak cakap dengan cucu dia.. Cucu dia biasa la.. Suka main2.. Bila kita hala fon kat dia. Siap lari2 lagi. Lepas tu gelak kuat pulak tu. Akiff memang gatai sikit. Payah nak cakap fon. 

Malam tu aku dapat tengok gambar ja. Kiriman dari adikku Husaini. SECRET RECEPI tuuu.. Hihihi.. Sedap tuu.. 
 Happy Birthday mak.. Semoga Panjang Umur dan diberikan kesihatan yang baik. Salam sayang dari anak mu yang jauh.. Hihihihi..



Kat bawah ni untuk Akiff. Sempat la Akiff makan. Hari Khamis ni balik. Alang2 simpan kat Akiff ni. Ummie n Abah dia pun ada share jugak la.. Hihihi..

Wordless Wednesday : Lenovo vs HTC.

HTC gambar dia memang cun. Kamera dia guna UltraPixel bukan megapixel..
Lenovo ni dia punya processor mmg power.

Sebelum ni aku ada survey handphone apa yang aku rasa terbekenan. Yang memuaskan hati aku 2 brand ni. Lenovo n HTC. Yang mana satu pilihan hati eek.. Tunggu... Nanti aku update next entry.

Posted via Blogaway

Tuesday 28 January 2014

Zamir Juara Masterchef All Star.

Akhirnya... Juara Masterchef All Star jatuh kepada ZAMIR ku.. Hihihi.. Jadi juara ja ada "ku" kat belakang tu.. Hahaha.. Apapun TAHNIAH buat Zamir. All the best..


Posted via Blogaway

Victoria Cake Yang Simple



Assalamualaikum semua.. Aku dah lama mengidam nak buat Victoria Cake ni.. Resipi dah google lama dah. Cuma tak buat ja lagi.. Resipi ni aku google kat website http://www.thecakerecipe.co.uk/ n ada aku tambah sikit ja.. Okey.. Nak resipi dia?

BAHAN-BAHAN

225 gram Tepung naik sendiri
225 gram majerin
225 gram gula kastor
4 biji telur bersaiz sederhana.
Jem Strawberry
Whipping cream (agak2)
Buah strawberry
*Serbuk chocolate n biskut oreo yg dihancur. (Ini ikut suka kalau tak letak pun tak apa)

CARA-CARANYA

Kek
1. Panaskan oven 180 darjah celcius.
2. Putar marjerin, gula kastor n telur. Putar sehingga kembang.
3. Masukkan tepung. Putar sehingga sebati.
4. Bakar dalam 30 minit. Kalau tak masak tambahkan masa dalam beberapa minit.
5. Apabila kek dah masak. Keluarkan dan bagi sejuk.
6. Bila dah sejuk. Belah tengah nak letak jem nanti.

Filling
Panaskan jem di atas kuali leper sehingga cair. Dah cair tuu.. Tutup api n masukkan strawberry. Gaul sehingga sebati.

Topping
Putar whipping cream sehingga kembang. Jangan putar terlalu lama.. Nanti cream akan cair balik.
 
Decorate
1. Kek yang di belah tu.. Tengah2 dia letakkan strawberry yang dah di gaul dengan strawberry tu.
2. Lepas tu letak whipping cream.
3. Letak satu lagi bahagian kek yang dibelah tadi.
4. Sapu whipping cream atas kek menjadi rata.
5. Atas tu boleh lahias dengan serbuk chocolate, serbuk biskut oreo n strawberry.. 
6. Siap sudaaaahh.. Boleh makan dah..


SELAMAT MENCUBA...

Sunday 26 January 2014

Note 1 ku rosak...

Dah 3 hari Note 1 aku rosak.. Mula-mula dia dah bagi hint dah. Screen Note 1 ku dah mula gedik-gedik. Aduuuss.. Nak sakit ka nii.. Dah la fulus belum ada nii.. Huhuhuhu.. Esok tuu.. Tiba-tiba screen terus gelap.. Lepas tu kluar putih.. Huhuhu.. 

Gambar ni kidnap dalam FB En Hubby aku.. Nampak tak jadi macam mana..

Lepas ni aku tak mau pakai SAMSUNG dah.. Huhuhu.. Merajuk.. Sebab ramai kawan En Hubby aku pakai samsung pun problem. Problem pasai usb charger dia la.. Sebelum ni Note 1 aku dah kena serangan virus dah.. 

Pssst... Sekarang ni pinjam tab Akiff.. Berebut jugak la si Akiff nak tab dia.. Bila aku cakap kat dia.. Ni tab ummie.. Dia jawab Tab Akiff aaa.. Hihihi.. Pandai dia. Kenal jugak la tab dia walaupun aku dah bukak sarung dia.. Hahaha..

Thursday 23 January 2014

Akiff batuk


Eh... Tajuk macam tak sama ja dengan gambar.. Kata Akiff batuk.. Haaaa... Ni la aku nak cerita ni.. Vitamin C Scott's ni memang Akiff suka. Macam gula-gula pun ada. Vitamin C ni macam gula-gula kenyal macam jeli tuu.. Tau kan? 

Akiff kalau dia nak vitamin ni mesti dia buat-buat batuk dulu.. Macam batuk betul2 lak.. Lepas tu dia panjat kerusi n cakap kat aku "Akiff batuk.. Uhuk.. Uhuk..".. Kalau berlakon serah kat dia.. Vitamin ni tak boleh bagi lebih daripada 2 biji. Kadang2 tu terlebih gak la. Si Akiff ni mana nak dengarnya. Kena cakap terus terang kat dia. "Esok baru boleh makan ubat pulak.." Kadang2 makan pujuk, kadang2 tu tak herannya dia.. Ni dah habis dah.. Nanti kena beli laa..

Sebelum ni aku ada bagi dia Scott's Emulsion. Mak aku memang sarankan aku beli Scott's Emulsion ni. Scott's Emulsion ni bagus.. Selesema susah nak hinggap kat Akiff.. Hahaha.. Ayaaat.. Masa aku kecik2 pun aku terpaksa kena minum Scott's Emulsion ni. Yang original tu hanyir sikit, yang perisa oren tu sedap. Tapi yang original la bagus kan..

Wednesday 22 January 2014

Petua untuk orang dapur.

PETUA ni sumber dari majalah NONA. So, aku share kat pembaca blog aku dan simpanan untuk aku sendiri. ;)


1. HILANGKAN BAU HANYIR IKAN
Ambil beberapa helai daun jambu batu, gaul dan ramaskan daun tu dengan air. Lepas tu lumur kat ikan. Akhir sekali, cuci ikan bagi bersih.

2. ELAK BISKUT ATAU KEROPOK LEMAU
Ambil gula pasir n tabur kat dalam bekas yang nak letak biskut atau keropok. Lepas tu baru masukkan biskut atau keropok.

3. HILANGKAN KESAN KOTOR PADA TEKO DAN CAWAN.
Cawan atau teko kat rumah yang kita selalu guna kan ada macam kotor sikit kalau kerap guna. Macam ada warna coklat sikit. Okey.. Rendam teko atau cawan ke dalam air suam yang dah campur dengan air garam dan limau nipis. Rendam selama 15 minit. Kalau nak bagi berkilat teko atau cawan tu. Kena amalkan laa..

4. ELAK SAYUR LAYU DALAM PETI AIS
Haaa.. Aku pun baru tahu. Basuh sayur dengan bersih dan bungkus dengan kertas. Dah balut dengan kertas.. Bungkus pulak dengan plastik hitam dan simpan dalam peti sejuk. Katanya.. Lebih tahan lama..

5. WANGIKAN DAPUR ANDA
Yang ni aku suka.. Bab2 nak bagi wangi nii.. Rebus beberapa kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Lepas tu.. Air rebusan tu renjiskan kat sekitar dapur n lap air rebusan tadi dengan rata dan biarkan kering.

6. NASI MENTAH
Ni mak aku selalu amalkan kalau dia tengok nasi tu macam mentah. Isi air panas dalam mangkuk kecil yang tahan panas. Buat lekuk kat tengah nasi. Ambil mangkuk tadi, letak kat tengah lekuk tu. Tutup periuk rapat dan biarkan di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga masak.


Pssst : Renung-renungkan dan selamat beramal.. Hihihi..

Wordless Wednesday : Selfie with Akiff.

Bila Akiff n ummie tengah perasan.. Ini la jadinya.. Hiihihi..


Tuesday 21 January 2014

Akiff dah pandai pi toilet?

Nampak tak gambar kat bawah tu.. Nampak tak Akiff pegang apa? Aku tengah nak latih dia kalau nak "yak" kena pi toilet. Ada sekali tu ja dia cakap nakpi toilet. Dah masuk toilet.. Dia siap gelak2 lagi.. Suka nya diaa.. Main2 kan aku.. Saja ja nak test nak duduk kat mangkuk tandas tuu.. 


Pesuruhjaya Sumpah di Cheras

Pesuruhjaya Sumpah.. Pesuruhjaya Sumpah.. Merata aku cari.. Untuk lantikan kerja kerajaan perlukan akuan sumpah. So, perlu settle secepat mungkin.. Tak payah aku kalut nanti.. Mula2 Google jumpa la kat Cheras Perdana.. Tapi hampeh.. Masuk kat kawasan perumahan yang ada guard.. Takkan la ada Pesuruhjaya Sumpah kat kawasan perumahan yang ada guard.. Satu kerja lak nak daftar nama kat guard n masuk.. Habis En. hubby pusing di kawasan yang dekat dengan rumah aku.. Senang nanti aku nak pergi sendiri kalau dekat dengan rumah.. Tahu saja la kalau Akiff duduk dalam kereta macam mana.. Bukan dia nak duduk.. Nak berdiri memanjang.. Dia cakap "Tak nampak".. Amboi... Dah pandai dah..

Malam tu aku search Google.. Hmmm... Ada kat Bukit Cheras.. Esok ni berkobar2 la aku nak pergi sendiri.. So, dalam pukul 10 tu aku n Akiff pun gerak dari rumah ke area Bukit Cheras.. Bila sampai tu aku hairan la.. Kenapa tak ada papan tanda yang tulis Pesuruhjaya Sumpah.. So, aku call no yang dah disediakan hasil daripada pencarian aku dalam search engine Google.. Ceeewaah.. Macam Detective Conan pulak.. Hihihi.. Ok.. Si polan ni pun jawab call aku.. Dia cakap kat aku kata dia kat luar.. Tak ada kat ofiz.. So, aku tanya dia pesuruhjaya sumpah ke? Yup, dia boleh buat. Dia suruh aku Fotostat ic sekeping, surat tawaran n borang akuan sumpah yang dah di isi 2 keping. Dalam otak aku ligat duk fikir. Betoi ka idak nii. Mengikut pengalaman yang aku lepas2. Mana pernah ada mintak fotostat segala bagai ni. Aku tanya kawan aku yang lain pun tak ada pun nak mintak fotostat ni semua. Okey.. Aku fotostat dulu. Petang nanti aku pergi balik sana. Kalau petang2 macam payah gak la nak keluar. Akiff kalau tidur petang memang dalam 2 jam 3 jam. So, aku tanya En hubby boleh balik awal tak? Okey.. En hubby try balik awal. 

Petang tuu.. Aku dah siap2.. Akiff pulak bangun.. Apa lagi.. Yeeaaah.. Nak ikut.. Hahaha.. Bukan main dia.. En hubby pun ikut sekali laa.. Kut kut tak boleh buat ker... Haa... Bagus jugak dia ikut. 1st aku sampai kat offiz "pesuruhjaya sumpah" ni.. Tak ada lak aku tengok ada signboard tulis pesuruhjaya sumpah. Yang aku nampak signboard oren tulis "..... Entreprise". Aku tak ingat nama n terlupa pulak nak ambil gambar. Okey.. Aku masuk sorang jer. En hubby tunggu dalam kereta. Masuk2 dalam ofiz dia. Hmmm.. Dia ni tak der staff ker? Hairan bin ajaib. Aku dah bersidang depan dia. Aku bagi la apa yang dia mintak. Aku tanya berapa eek? Haaa... Bermula lah ketidakpuasan aku kat sini. Dia keluarkan kertas n pen. Dia terangkan yang aku tak berapa nak faham sangat la pasal affidivit affidivit ni. Dia kata RM30 x 1.. 3 keping fotostat ni x RM8. Dia kata untuk rekod Mahkamah Majistreet. Ikut prosedur.. Kira punya kira semua RM54.. Maaaaaaakkk aaaiii.. Terbeliak gak mata aku.. Tapi cover dulu.. Hihihi.. Aku angguk ja dulu. (Dalam hati aku.. Selalu aku buat RM10 ja puun..) Lepas tu dia tunjuk la dokumen yang dia dah buat. Ada yang kena sampai RM95. Fuuuuyooo.. Den kayoo.. Ni sekali dengan insurans.. Apa kejadahnya nii. Okey. Mungkin aku soal dia macam2 n dia tahu aku dah kahwin. Dia tanya aku kut nak tanya husband aku. Setuju atau tak. Bincang punya bincang. En. Hubby dengan tegasnya kata. KITA PI BUAT KAT TEMPAT LAIN. Okey. Saya yang menurut perintah. Hahahaha.. So, SESIAPA YANG NAK BUAT PESURUHJAYA SUMPAH DI LARANG SAMA SEKALI PERGI BUAT KAT BUKIT CHERAS NI.. Beralamat No.8, Jln 14/144A, Taman Bukit Cheras, 56000 Kuala Lumpur. Mr.Lim. Kalau nak buat jugak terpulang la..

Kami pun beredar dari situ. Cari punya cari. Pusing punya pusing. Sampai la aku kat Bandar Sri Permaisuri. Aku mengalu-alukan rakyat jelata pergi buat suruhanjaya sumpah kat sini. Satu baris dengan bangunan JPJ Bandar Sri Permaisuri. Berhampiran dengan 7Eleven n Maybank.

Pergi jer buat kat Tuan Haji Riduan bin Haji Hassan ni.. No fon pun ada..



Pastikan ada SIGNBOARD HITAM ni.. Kalau tak ada tu maknanya bukan la.. Okey.. Naik jer kat tingkat satu ni..


Masa ni aku sampai sini dah pukul 5.. Tuan Haji cakap selagi dia ada kat ofiz selagi tu boleh buat. Walaupun waktu urusan dah tamat pukul 4.30 tadi..



Kat atas ni ada tertera caj perkhidmatan sepatutnya.. Sepatutnya RM4 jer.. Sebelum ni aku kena RM10 maknanya bukan harga sepatutnya laa.. Tapi okey lagi la dari kena berpuluh2.. Mesti ada tertera caj perkhidmatan ni. 

Oh yaaa... Sebarang aduan berkenaan Pesuruhjaya Sumpah ni boleh la hubungi Bahagian Pesuruhjaya Sumpah. 03-88804040.. Aku sudah pun membuat aduan ke atas caj yang melampau kat BUKIT CHERAS tu. Aku difahamkan.. Si polan ni dah ditamatkan lesen Pesuruhjaya Sumpah dia. Dia memang famous ni.. Mau tak famous amos.. Caj melampau lampau.. 

Psssst : PASTIKAN ADA PAPAN TANDA HITAM.

Monday 20 January 2014

Moody..

Dalam dua tiga hari ni mood tak berapa nak stabil sangat.. Aku kalau ada masalah aku akan diam dan kurang bercakap.. Kadang2 aku boleh tersenyum tetapi dalam hati ni hanya Allah saja yang tahu.. Kawan-kawan lain dah dapat penempatan.. Ada yang kena pergi Sabah Sarawak.. Ada yang dari Utara ke Selatan.. Ada yang dari selatan ke utara.. Bukan aku sorang jaa yang belum ada penempatan.. Ada jugak rakan lain yang belum tahu penempatan.. Surat lantikan aku dah terima. Ada yang lebih teruk daripada aku pun ada.. Surat lantikan pun belum terima lagi.. Ini kan penempatan yang masih menjadi tanda tanya.. 

Dah habis puas aku menangis suatu malam tuu.. Dua tiga kali jugak la aku meraung.. Lepas tu esok bangun aku dah tak rasa sedih.. Mungkin sebab aku dah lepaskan semuanya masa menangis tuu.. Aku bersyukur padamu ya Allah kerana masih memberi masa kepada ku untuk menjaga anak aku.. Nanti dah posting tak sempat aku nak bermesra dengan dia.. 

Aku percaya.. Setiap apa yang Allah tentukan itu ada Hikmahnya.. Dan aku percaya bahawa ada lagi orang yang lebih susah dariku jika nak dibandingkan dengan ku..


Gambar ehsan Google..

Wednesday 15 January 2014

Medical Check Up di Klinik Kesihatan Batu 9

Hari Isnin lepas aku pegi buat Medical Check Up di Klinik Kesihatan Batu 9, Hulu Langat Selangor. Haa.. Bukan sebab Akiff nak dapat adik eek.. Aku buat Medical Check Up untuk masuk kerja.. Kejap jer kalau tak ada XRay..


Maaf la yer pakcik nampak punggung montok pakcik tuu.. Hihihihi.. Aku pergi Klinik Kesihatan ni dalam pukul 2 macam tu.. Sampai dalam pukul 2.15.. Memang tak ramai.. Klinik kesihatan ni dah asingkan untuk klinik ibu anak di sebelah lain..Untuk rawatan pesakit luar sebelah sini.. Tak la sesak sangat.. Sampai jer terus pergi kat kaunter tu.. Staff situ suruh duduk dulu sebab nak set appointment.. Aku pun menurut perintah walaupun dalam hati duk kata kenapa lak kena buat appointment.. Huhuhu..



Dalam beberapa minit tu nama aku dipanggil.. Staff situ suruh letak borang aku dekat dlm bakul bilik 16.. Oooo... Tak perlu buat appointment kut.. Hmmm.. Berapa minit aku kena masuk bilik tu cek mata.. Lepas tu kena la lompat dari satu kaunter ke kaunter lain.. Lompat pun boleh la.. Buat urine test untuk cek tahap gula, ukur berat n tinggi, tekanan, lepas tu masuk dalam bilik doktor.. Sekejap jer.. Dalam masa sejam dah siap.. Pukul 3.30 aku dah sampai rumah..

Kisah Akiff di rumah Mama Ja

Hari jumaat lepas aku n Akiff berhijrah ke rumah Mama Ja sebab my hubby pergi bercuti kat perak.. Hihihihi.. Kami apa lagi.. Pantang Mama offer suruh tidur kat rumah dia..

Hari-hari Akiff kat rumah mama dia, kerja dia maaaaiiiinnn jer... Aku ada kongsi sikit la gambar kat bawah ni..


Haaa.. Nampak tak gambar atas dan bawah.. Kalau dia tak berdiri dia baring.. Kejap dia baring kejap dia berdiri.. Kejap dia berlari.. Itu la.. Aktif akiff ni.. Kalau dia tak aktif aku pulak yang risau..





Gambar kat atas ni dia tengah ambil tangan aku letak kat telinga dia.. Takut "grilled dinding".. Rumah mama dia ni baru ja siap.. Ada la rumah yang tengah buat renovation. Dengar bising la.. Akiff bukan boleh kalau dengar bunyi kuat yang pelik2 ni.. Mama dia pasang lagu Siti Nurhaliza kuat2 pun dia takut..



Ni mainan yang Mama Ja dia bagi kat dia.. Esok tu kami pergi pasar malam kat belakang Hotel De Palma Shah Alam tu pun dia nak mainan gak.. Aku terus cakap NO kat dia.. Amboi.. Ada hati nak tampar aku.. Lepas tu mula la buat muka sedih.. Tunjuk la muka sebek dia kat aku.. Bila aku dukung ja terus menangis.. Alahai... Anak Ummie nii.. Manja sungguh.. Bukan tak bagi beli.. Dah banyak dah mainan.. Kalau dengan abah dia mesti dah beli dah ni.. Hihihihi.. Akiff ni main kejap ja.. Lepas dia boring.. Dia biar ja..




Nampak tak budak2 zaman sekarang.. Baru 2 tahun lebih dah tahu main IPad.. Kita dulu mana ada.. Kalau jumpa Mama dia memang dia akan tanya IPad dulu kat Mama dia..


Gambar playground kat atas ni aku ambil gambar masa dah malam.. Tak sempat dan tak teringat aku nak ambil gambar dia.. Tengah buat kawalan ketat masa tuu.. Tu pun nasib tak jatuh.. Ada hati tak nak bagi kita pegang dia..



Ni gambar Akiff n Papa dia.. Asyik tarik tangan papa dia jer.. Papa dia pun layan saja la perangai si Akiff ni.. Gambar atas tu Akiff tengah di layan oleh papa.. Tengok kartun dia.. Setelah TV dah di "konker" oleh mama n ummie dia..


Akiff setia di samping papa.. Teman papa dia la kononnya..



Haaa.. Tiba2 lak ada penyendal pintu ni.. Haa... Ni la mainan yang Akiff jumpa kat umah Mama n Papa dia.. Walaupun aku ada mainan lain.. Mainan ni la yang dia ulang alik ambil  main.. Orang simpan.. Dia ambil main balik.. 



Vrrroooom... Penyendal pintu bertukar jadi kereta.. Hahaha..


Okey.. Itu saja yang dapat aku kongsikan.. Sampai bersua kembali..

Monday 13 January 2014

Situasi di dalam kereta

SITUASI 1.

My hubby mintak aku hantarkan ke LRT Bandar Tasik Selatan.. Sebelum naik kereta.. Aku dah pesan kat Akiff.. Kat dalam kereta aku pesan lagi sekali. Kita pi hantar abah tau.. Lepas tu kita balik.. Abah pi work tau.. Akiff jawab "Taauuuu.." Okey good boy.. Lepas tu dah peluk cium abah kami pun balik.. Nasib tak meraung.. Masa on the way balik rumah aku pesan kat dia.. Kita balik dulu tau.. Lepas tu papa mai ambil kita kat rumah.. Naik keta mama.. (Papa mama ni sepupu hubby aku, Akiff memang rapat dengan papa mama dia ni).. Sepanjang perjalanan dia duk sebut "keta mama... keta mama".. Selalunya kalau nampak preve' atas jalan sure cakap keta mama. Dia kenal tau.. Tak kira la nampak depan keee.. Nampak belakang ker.. Ni dalam dia duk sebut tuuu.. Aku duk cari.. Mana la keta preve'.. Tak dak lak.. Tu maknanya dah tak sabar nak jumpa mama la.. Dalam duk sebut keta mama tu.. Boleh pulak terselit "Tab".. Aku cakap la kat umah.. Tapi sampai kat umah bila aku bagi kat dia.. Tak mahunya dia.. Ooooo... Rupanya.. bukan rindu mama sangat pun.. rindu ipad mama... 


SITUASI 2 (Kereta Mama)

Kami dah sampai rumah mama.. Beberapa minit mama call papa suruh gi ambil dia kat tempat kerja.. Tak jauh pun dari rumah.. Beberapa minit jer puun . Aku tak ikut lak.. Malas nak ikut.. Nak rest jaa..  Ni.. Apa yg diceritakan oleh mamanya.. Mula2 tu Akiff duk kat seat depan.. Kat depan dia cakap sejuk.. Papa perlahankan la aircond.. Lepas mama masuk dalam kereta.. Akiff pi la kat seat belakang. Akiff cakap HOT... Mama dia pun buka la aircond bagi kuat sikit.. Lepas tu dia cakap HOT lagi.. Hahaha.. Apa la Akiff ni.. Mengada2 lak. Oooo... Dah pandai eek.. Hot la sejuk laa..




Friday 10 January 2014

Budak kecik ni pandai mintak duit..

Semalam pergi jalan2 ke Jusco Mahkota Cheras.. Aku lebih suka mai Jusco ni berbanding Jusco Cheras Selatan sebab tak crowded sangat.. Bukan nak beli apa pun.. Bawak Akiff jalan2 jaa.. Ya laaa... Org tu nak pegi jalan tinggai kita kan Akiff kan? Hihihihi.. Sebagai ganjaran En. Hubby bawak la pi jalan2.. 

Kat Jusco ni.. Biasa laaa.. Mesti ada mainan yang letak coin n gerak dengan muzik.. Akiff pantang nampak benda alah ni.. Dia mesti melompat keriangan.. Hahaha.. Semalam.. Naik ja  mainan tu.. Akiff kata "DUIT.. DUIT.." Siap tunjuk kat coin slot tuu..

Haaaiii.. Dah dua kali dah bila naik mainan ni dia mintak duit.. Dulu juz naik jaa.. Tak yah nak sibuk2 letak duit nak bagi gerak.. Anak Ummie dah besar dah.. 


Nampak tak excitednya budak kecik ini..





Haa.. Petang ni Akiff nak pi umah MAMA JA dia kat Shah Alam.. Stay sana dalam dua malam macam tuu.. Tak tau la macam mana.. Nanti aku update eek..

Thursday 9 January 2014

Akiff Tidur lambat..

Semenjak dua menjak ni Akiff suka sangat tidur lambat.. Pukul 11.30 malam dah tahu kartun Elmo World dia kat Channel Disney Junior.. Macam mana dia boleh tau ntah jam menunjukkan pukul 11.30 malam aku pun tak tau.. Lepas Elmo, kartun Mickey Mouse dia pulak.. Aku kalau kartun Elmo nak habis tu aku pegang reemote siap2.. Siap sedia nak tutup TV.. Tak mau bagi biasa tido lebih pukul 12.. Tapi... Tak boleh gak.. Nangis2 suruh bukak balik TV..

Ada satu hari tu aku bagi tahu kat dia.. Lepas Elmo kita sleep eek.. Akiff cakap "Mickey Mouse".. Maksudnya nak tunggu kartun Mickey Mouse la.. Lepas tu kelam kabut cari reemote.. Peluk reemote tu bukan main kuat.. Takut Ummie tutup tv.. Huhuhu.. Nak tergelak pun ada.. Semalam dia tidur nak dekat pukul 1.. Ummie n abah dia dah ngantuk dah.. Dia masuk dalam bilik boleh main2 lagi.. Susu sampai 3 botol.. Haammek.. Tendang sana.. Tendang sini.. Baru lena.. Hari ni bangun tido pukul 12 tengahari.. Tuuuudiaaa.. Bangun2 terus mai kat aku.. Siap senyum lagi.. Lepas peluk cium aku baru dia pi landing kat hall.. Macam mana laaaa nak ubah time tidur Akiff ni.. Ni aku belum kerja lagi.. Kalau dah kerja silap2 aku tidur kat depan tv..


Psssstt.. Nak tau apa abahnya buat.. Abahnya dah tido kat sofa laa.. Teman Ummie n Akiff dulu.. Lepas Akiff nak masuk bilik baru abah ikut sekali..

Wednesday 8 January 2014

Mainan yang baru beli...

Semalam aku n En. Hubby pi pasar malam yang dekat dengan rumah ni.. Beli barang dapur.. Selalunya beli kat pasaraya ja.. Tapi kali ni sebab nak beli daging.. Borong sekali la yang lain.. Jalan punya jalan jumpa kedai mainan.. Apa lagi.. Mainan Akiff la.. Kalau boleh Hubby aku tak nak yang ada battery.. Payah.. Lepas main sat Akiff biar ja.. Pilih punya pilih ambil kereta jugak.. Kereta lagii... Dalam satu kotak tu ada 3 buah kereta n 1 tow truck.. 

Tengok kat bawah tu apa jadi? Sat aja terkeluaq... Main macam mana aku pun tak tau.. Tak mau beli.. Kesian.. Tapi, aku boleh kut buat hati kering tak belikan kat dia.. Hihihihi.. Boleh percaya ka? 



Lukisan Akiff!!!



Nampak tak lukisan kat atas tuu.. Aku lukis rumah, pokok n awan kat akiff.. Ajar sikit dia colour.. Tengok.. Cantik tak lukisan akiff? Hihihihi.. Pandai Akiff colour.. Yang colour biru n hijau tu aku la punya kerja.. Hihihihi... Sebelum ni ada aku bg dia pegang pensil.. Laa ni aku bagi dia krayon..

Tak sempat aku nak keek.. Hihihi.. Akiff macam biasa la.. Mula2 ja dia serius.. Lepas tu dia dah start nak main.. Tukar2 tangan.. Aku biar ja dulu.. Kejap dia guna tangan kanan.. Lepas tu tangan kiri.. Last2 guna dua2 belah tangan la senang.. Cepat habis.. Haaaammmeeek..

Kalau nak tahu? Akiff ni pembersih sikit.. Tak boleh tengok tangan dia kotor.. Mesti lari pi dapur nak basuh tangan.. Dua tiga kali jugak la membasuh tangan dia.. Adoiii.. Nak tergelak pun ada..


Psssst : Kalau nak tengok aktiviti sebelum ni KLIK SINI..

Wordless Wednesday : Tip Mudah Diet by Kevin Zahri

Ada Sesiapa nak diet? Boleh amalkan tip ni..




Tuesday 7 January 2014

Aktiviti kanak-kanak seperti Akiff..

Semalam aku ada terbaca dalam blog Adlil Rajiah ni.. Aktiviti kanak-kanak yang murah.. Aktiviti seperti ni dapat menguji minda, memperkembangkan saraf2 otak dan stimulate fine motor skills.. 

Sementara aku belum bekerja lagi ni.. Aku ada buat aktiviti ni skit untuk Akiff.. Tak la dia ngadap kartun saja.. Bukan senang nak suruh Akiff buat aktiviti macam ni.. Akiff suka main2 n tak bagi kita nak arah2 dia.. Tuan besar la katakan.. 

Aku buat 2 aktiviti ja untuk kali ni.. 

1) Penyepit Baju

Mula2 tu Akiff macam susah sikit.. Lepas tu aku ajar la dia macam mana nak kepit tu.. Dah nampak tu kiranya macam boleh buat la.. Akiff tak bagi aku ajar dia dah.. Dia mesti akan cakap SIBUK.. Tak bagi aku ngajarnyaa... Akiff.. Akiff... Lepas tu aku biarkan saja dia duk sorang-sorang buat.. Habis jer buat.. Dia panggila aku.. Terkejut gak la.. Sekejap ja dia boleh buat..

Nampak tangan dia nak interframe jugak..

Ni Akiff tengah tunjuk demo kat aku.. Bukan main suka aku puji dia pandai..

Nak tengok video akiff klik ja KEEK - Penyepit Baju Aku tak boleh nak upload keek dia..


2) Colour Sorting.

Untuk aktiviti yang ni dia dah start nak main2 dah.. Aku amik mangkuk warna warni dia.. Suruh dia masukkan garfu n pisau plastik dalam mangkuk tu mengikut warna dia.. 

Klik KEEK - Sorting Colour ni kalau nak tengok video dia..





Ada banyak aktiviti lagi kalau nak cuba.. Klik kat SINI.. Ada yang Akiff dah pernah buat.. Ada yang belum..

SELAMAT MENCUBA..

Monday 6 January 2014

CAR, PUJAAN HATI AKIFF.

Akiff memang peminat setia "car" dan seangkatan dengannya.. Antara lori, truck, bas, van n train.. Akiff paling minat mainan "car".. Kenapa aku nak panggil car? Panggil aja la kereta.. Hihihihi.. Sebab akiff memang panggil "car".. Kalau sebut kereta pun dia kenal gak.. Saja nak berlagak sikit.. Hahahaha.. Boleh macam tu?

Dalam handbag aku mesti ada simpan mainan dia.. Nak pergi mana saja mesti aku bawak.. Spare bawak.. Nanti akiff kebosanan, in case ummie n abah dia nak lepak kat kedai makan.. 

Tadi aku sempat snap gambar tow truck n "car" dia.. Sempat panggil2 aku lagi.. "Ummiie... Car roshhaaak.." Sambil tepuk2 tangan aku.. Nak tunjuk kat aku..


Atas ni gambar tow truck tuu.. Nampak tak ada mcm hook kat situ.. Boleh dia fikir nak sangkut kereta kat belakang tuu.. Ni kesan dia tengok tow truck yg ada kat jalan raya la ni.. Akiff memang suka kalau tengok kereta rosak.. Kalau dia mengantuk nak pejam mata pun dia boleh bangun nak tengok kereta rosak..

Haaa.. Nak tengok apa yang akiff tunjuk kat aku?


!


!


!


!


!


!



!


!



!


JENG.. JENG.. JENG..


Saturday 4 January 2014

Bila hujan lebat...


Nampak tak gambar di atas tu.. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan.. Haaa.. Hujan lebat.. Nampak tak gelap nun jauh di sana.. Maknanya hujan memang leeeebbaaat gila..

Kelmarin petang dalam pukul 4.15 petang hujan lebat.. Siap guruh lagi.. Masa ni akiff dah lena tak ingat apa dah.. Kalau dia ada sure lari mai kat aku nii.. Aku kalau hujan lebat memang aku akan susah hati.. Bukan apa.. Ingat hubby aku la.. Balik naik moto.. Takut jadi apa2.. Sapa tak sayang bini laki woi.. Mintak dijauhkan benda2 buruk la.. Dulu masa aku anak dara lagi.. Cheeewaah.. Aku memang akan risau bila tinggal sorang2.. Risau sebab mak n arwah bapak aku tak balik dari kedai lagi.. Dah la naik moto.. Entah kenapa.. Hati ni akan risau bila hujan lebat. Dalam kereta pun sama.. Haa.. Bila hujan lebat jaa.. Aku akan slow radio.. Sampai hubby aku tegur.. Kenapa slow radio.. Aku akan kata hujan lebat.. PELIK KAN? Mesti hubby aku hairan.. Bukan apa.. Nak suruh fokus kat jalan tuu.. 

Friday 3 January 2014

Blog 2014 berubah wajah..

Haaa... Tadi ada org komen kat aku cakap.. Cer ubah font dlm blog tuu.. Peening aaaarr... Hahahaha.. Sapa lagi.. Laki aku laaa... Alang2 ubah font.. Aku ubah background sekali.. Haaaammeek.. Hahahaha.. Aku memang dah berangan nak ubah background ni.. Aku pun pening gak.. Jemu.. Aku cepat jemu.. Hahaha..



Nampak tak dulu tulisan macam mana? Haa.. Sekarang? Lihatlah blog aku ini.. Macam cantik jer.. Apa2 aja laa.. Janji aku suka.. Hahaha..

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com




Jooooom joiin...

Haaa... Tengok tajuk dia ja dah berkenan Handphone.. Sapa yang tak mau.. Hahahaha.. GA ni berlangsung selama sebulan.. Dari 1hb JANUARI 2014 hingga 31hb JANUARI 2014..

Antara hadiahnya..

Top refferal akan memenangi Louis Vuitton atau GUCCI handphone (bernilai RM450 setiap satu) + RM50x4 pemenang..





Random akan memenangi SOLAT PERFUME bernilai RM50 setiap satu x 6 pemenang...


Sapa nak join juz klik banner kat atas..