Tuesday 31 December 2013

Bye 2013.. Welcome 2014..

Lagi beberapa jam saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Tahun 2014.. Ku harap tahun hadapan akan bertambah-tambah rezeki untuk family aku.. Amiiin.. Ku harap tahun depan aku dapat posting dekat dengan family dan menjadi guru yang berdedikasi.. Ceeewaah..

Tahun 2013 memberi kenangan yang terindah kepada ku.. Okey.. Aku share gambar tahun ni untuk tatapan semua n aku juga..

Minggu-minggu akhir di UPSI.. With roomate n housemate.. Belah tengah tu Wan.. Belah kiri tu Liney.

Masa ni baru habis final exam..

With classmate.. Di depan tu kak su, tudung maroon tu kak ila n tudung light purple tu kak ja..


Masa ni abah keluar isi minyak akiff amik alih.. Hahaha..



Bersama pelajar2 kesayangan ku masa praktikal..

Masa ni akiff suka ja kena buli dengan ummie.. Hahaha..


Salah seorang pelajar kesayangan aku.. Imran..

Haaa.. Akiff excited bukak hadiah tuu..


Kalau suruh bergambar memang akiff tak kekok..

Gambar masa kat Universal Studio Singapore.

Antara guru-guru yang banyak membantu semasa aku praktikal.. Ada lagi.. Masa ni ada cikgu yg bertugas..

Aku n kawan seangkatan aku masa praktikal.. Zalina.. Nama pun nak dekat sama.. Ada yg cikgu konfius dengan nama kami..

Ni dah punch out.. Dah habis praktikal dah..

Akiff tgh galak nak galas botol air masa ni.


Dah 3 kali aku konvo.. Hihihi.. Kawan yang lain dah lari pi mana ntah.. Yang ni ja dapat terserempak..

Segmen Azam Blog 2014 by HBP

Haaa.. Aku masuk segmen lagi.. Banyak lak bulan ni aku join segmen.. Banyak ka? Hahaha.. Ok.. Sapa nak join bersegmen boleh klik banner kat bawah ni..



Okey.. Azam untuk blog aku simple ja.. Blog aku ni dapat pujaan hati dari semua yang singgah ke blog aku.. Tak kira la yg duk kat Malaysia ka.. Kerja kat luar negara kaa.. Bercuti kat luar negara ka.. Itu ja.. 

Monday 30 December 2013

Aku seorang GSTT.

Aku seorang GSTT.. Tahu tak apa maksud GSTT.. Bukan cukai GST tuu.. GSTT = Guru Sandaran Tidak Terlatih ataupun kadang2 orang panggil guru kontrak.. Aku sudah bergelar GSTT hampir 3 tahun.. 

Pertama kali aku menjawat jawatan GSTT ni pada tahun 2008.. Masa tu aku berpeluang mengajar di sekolah kat AIR ITAM Penang.. Pengalaman yang pertama ni memang memberi cabaran yang tinggi kepadaku.. Aku diberi kelas yang terakhir dalam tingkatan.. Mengajar Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Geografi dan Kemahiran Hidup.. Memang mencabar kesabaran aku mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai masalah.. Tetapi, guru-guru kat sana bagi aku semangat dan banyak tolong aku jika ada masalah.. Okey.. Pelajarkat situ bukan semua yang punya masalah.. Cuma aku ja yg tak bernasib baik dapat kelas yang mempunyai pelajar bermasalah.. hihihi..

Setahun habis kontrak di sekolah tuu.. Tahun 2009. Aku dapat sambung kontrak ke Sekolah yang berdekatan dengan rumah aku kat penang ni.. Kali ni berbeza pulak dengan budaya sekolah tuu.. Sekolah tersebut terdiri daripada pelajar yang berlatar belakang keluarga nelayan dan susah.. Lagi sekali aku dapat kelas yang terbelakang.. Depa ni suka ponteng kelas dan sekolah.. Kadang2 tuu pagi pi sekolah.. Tengahari cabut lari.. Macam2 alasan.. Nak tolong nenek buat kerja la.. Nak tolong meniaga la.. Ada yang masuk shift sekerat hari.. Masuk lepas rehat.. Aku tanya kenapa? Tolong ayah pi ke laut dulu.. Pelajar cina atau india kat situ sesetengahnya tak tahu cakap bahasa melayu.. Payah gak macam ni.. Haa.. Kat sekolah ni aku ngajar Pendidikan Moral Ting 4 n Pendidikan Seni.. Taaapii.. Sekolah ni budak2 memang hormat dengan cikgu.. PSssst.. Tahun ni aku kahwin dengan hubby aku..

Tahun 2010 aku apply GSTT kat Lembah Klang.. Dapat sekolah kat Subang Jaya.. Haa... Sekolah ni aku rasa macam duk kat oversea.. Speaking budak2 ni cayaq aku cakap.. English Tip Top.. Sembang dengan kawan2 cakap English.. Itu memang bagus.. Tapi macam biasa la dapat kelas hujung nun di sana.. Lagi sekali aku ngajar Pendidikan Moral Ting 4 n Pendidikan seni.. Pendidikan Moral Ting 4 ni ramai kata senang.. Tapi sapa kata senang.. Paper ni salah satu subjek SPM.. Kerja Kursus memang banyak.. Nak suruh budak kelas belakang buat kerja kursus ni memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi.. Kena tackle hati depa dulu.. Boleh gitu.. Kalau ngajar kelas depan lak kena prepare betul2.. Akan banyak soalan cepu emas dari depa ni.. Kalau markah sikit dalam exam pun tak suka.. Bodek nak markah lebih.. Budak kelas depan ni pentingkan markah.. Depa bersaing antara satu sama lain.. N jaga2 boleh sampai ke tahap meniru.. 

Tahun 2011 aku tak dapat sambung sebab pregnant.. Memang ikut syarat tak boleh pregnant.. Sebab susah nak cari ganti.. Alhamdulillah... Dalam tahun 2012 KPM ada buat serapan untuk GSTT yang pernah berkhidmat lebih kepada 3 tahun.. Memang banyak cabaran untuk aku sampai ke tahap ini.. Aku ditawarkan DPLI-GSTT di UPSI Tanjung Malim selama 1 tahun Setengah bulan.. Kos Pendidikan Khas.. Nak tahu pengalaman aku mengajar pelajar pendidikan khas? KLIK SINI.

Sekarang aku dah habis n bergraduat sudah.. Bulan lepas aku panggit interview kat Suruhuanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Sekarang berdebar-debar menunggu keputusan interview aku.. Harap Lulus la.. Amiiin.. 

Doakan aku dapat surat lantikan secepat mungkin dan posting secepat mungkin yer.. 


p/s : Terlalu banyak dugaan yang aku tempuhi selama menjadi seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih ini..



Thursday 26 December 2013

Hadiah Birthday 3 series..

Hari tu aku ada cerita pasal surprise birthday yang buat kat FLORA KAFE tu.. Sapa yang belum tau tu boleh la KLIK SINI. Hadiah ja belum bagi.. Hihihi.. Mula dia nak bg yg "sesuatu" tu kan.. Tapi aku rasa lain kali laa... Hadia lain dulu la.. Haaa.. Aku dapat dua hadiah gitu.. Hihihihi..


Haa.. Hubby aku bagi hair dryer kat aku. Dia cakap tak lama dah aku nak masuk keja.. Senang la pagi-pagi tu.. Tak la rambut aku berbuahan tempatan nanti.. Aku memang bangun pagi tuu kena basuh kepala.. Kalau tak mesti aku tak senang duduk.. Rasa gatal n panas di siang  hari..



Haaa.. Yang ni Instant Hijab REESA by Radiusite.. Aku memang dah aim lama dah shawl n hijab kat dalam instagram radiusite ni.. Disebabkan aku tak bekerja so pendamkan saja la hati ni.. Spend untuk benda yang lebih perlu.. Nanti bila dah start kerja.. Siap laa.. Hihihihi... 

Wednesday 25 December 2013

WORDLESS WEDNESDAY - AKIFF YANG RAJIN




Akiff memang "rajin" tolong ummie lipat baju.. Bila ummie nak lipat baju mula la Akiff gunakan teknik baling jatuh untuk lipat baju.. Hihihihi...

Tuesday 24 December 2013

SEGMEN : BLOGWALKING

Jom blogwalking.. Tarikh tutup 10hb Januari 2014  pukul 11.59pm.. KLIK ja kat banner tuu..


My BFF dah kahwin...

Tahun ni, 2 org my BFF kahwin.. Best Freind dari sekolah rendah sampai lagi.. Macam2 kenangan manis n pahit.. SELAMAT PENGANTIN BARU MY BFF DARWIZA n NINA SAFINA. SELAMAT MENJALANI BAHTERA PERKAHWINAN.. SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE JANNAH. AMIN.. Aku doakan kawan-kawan aku bahagia di samping insan2 yang tersayang..


Majlis perkahwinan Darwiza 17hb Ogos 2013..




Majlis perkahwinan Nina Safina 14hb Disember 2013





Monday 23 December 2013

BERCUTI DI ANIMAL WORLD SAFARI A'FAMOSA

Ini cerita 2 minggu lepas.. Adik aku yg study kat ADTEC Melaka tu suruh amik barang dia sabtu tuu.. Dia dah habis study dah.. Alang2 nak pi Melaka.. Hubby aku beli tiket masuk Animal World Safari A'Famosa + FEEDING TIGER kat GROUPON.. Dia amik pakej skali dengan feeding tiger.. Dua org RM95 harga weekend n school holiday.. Kalau weekday murah skit laa..

Masa masuk tu kami round dulu tengok haiwan yg ada dalam safari tuu.. Akiff macam biasa laa.. Takut sikit.. Aku punya tringin nak naik gajah dia tak mau.. tak berkesampaian laa.. Lepas tu kami pi tengok cowboy show.. Masa tayangan dia pada pukul 2 n pukul 5.. FREE saja...



Lepas habis Cowboy Show tu  ada bukak sesi bergambar dengan watak-watak  cowboy di situ.. Tapi kami bergegas nak pi feeding tiger. Tak sempat nak bergambar la.. Tak sempat lak aku nak tangkap gambar trak yg dinaiki orang ramai untuk menjelajah hutan safari.. Tapi disebabkan kami punya tiket special sikit.. Kami tak berkesempatan nak naik trak yang macam kat safari Africa tuu.. Kami naik bas mini yang berhawa dingin lagi.. Terhindar dari bau-bauan.. Hihihi.. Tapi aku rasa lebih best naik trak tuu.. Adventure sikit.. HIHIHIHI.. 


Gambar ni aku amik dari dalam bas.. Masa ni akiff dah menyorok dah.. Aku pun takut.. Inikan Akiff..

Bila dah naik bas mini tuu.. Driver tu akan bawak kami pi round satu kawasan safari di situ.. Bila sampai kat bukit yang curam.. Driver tu akan beri amaran kepada penumpang supaya duduk dan "hold tight your baby".. Memang curam.. Brek kena betul2 makan.. Kalau tak.. Boleh terbalik. Tapi dont worry.. Driver tu dah banyak pengalaman dan of coz la bas tu akan di service sekerap mungkin.. Sampai saja kat tempat feeding tiger.. Bas akan berhenti.. Dan kami akan masuk di kawasan Feeding tiger.. Memang tak boleh bergambar masa feeding tiger tu.. Hanya menggunakan kamera mereka saja.. Aku tak beli pun gambar tuu.. Tau2 saja la.. Mahal yang ampuun.. So tak yah laa..

Dah habis ber"adventure" di hutan safari.. Kami terus pi tengok elephant show.. Kalau nak bagi makan kena bayar RM5.. Dapat la 5 ruas tebu untuk disuap kepada gajah.. Hihihi.. Kat sini aku boleh tengok bagaimana tuan gajah beri arahan kepada gajah.. Setiap sekor gajah ada tuan sendiri.. Memang best tengok telatah gajah2 ni.. Ada pulak gajah yg over acting pulak tuu..



Nampak tak Akiff dah peluk abah dengan eratnyaa.. Hihihi...

Dah abis show tuu.. Kami pun bergegas pi ADTEC Melaka.. Amik barang adik aku yg penuh satu keta HIHIHI...



Friday 13 December 2013

GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2013 HOTLIPS CORNER


Jom join giveaway ni.. Banyak hadiah menanti anda.. Juz klik banner tu ja.. Syarat2 nya.. Warganegara Malaysia, Like Fanpage, Follow Twitter n Follow Instagram..

Akiff n Mickey Mouse..

Akiff sekarang tak habis2 dengan mickey mouse.. Dulu kartun lain.. Berubah2.. Akiff ni cepat boring.. Berubah2 minat dia.. 2 malam dah dia nangis nak tengok mickey mouse tengah2 malam.. Ummie n abah dia dah ngantuk dah.. Dia nangis2 nak tengok mickey mouse yang dah pukul 12 tengah malam dah masa tu.. Ada jugak kami dua masuk bilik tinggai dia sorang apa lagi tarik tangan abah la suruh teman.. Hihihihi... Semalam abah dia bawak keluar soft toy mickey mouse.. Tido berpeluk mickey mouse dia..


Pagi ni bangun pun pegang mickey mouse diaa..


Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM



Mai pakat ramai-ramai kita join giveaway ni.. KLIK KAT GAMBAR TU JAA.. Syarat dia senang saja.. Hanya follow blog PANDUAN BLOGGER n KLIK FANPAGE HASRULHASSAN.COM. Tarikh tutup 15hb DISEMBER 2013 ni.. 

Thursday 12 December 2013

Fakta Tentang Akiff..

Hai.. Aku nak cerita sikit tentang perangai akiff yang tak pernah berubah dari dulu.

1. MENGEKOQ
Akiff dari dulu lagi kalau tinggai aku dengan dia ja kat rumah memang dia suka ikut aku ke mana saja.. Dia takut tinggal sorang dalam jangka masa yang lama. Macam tadi pagi, aku sidai kain kat bilik baju (bilik yang selalu aku seterika n sidai baju). Dia mesti ikut sama.. Bawak la mainan dia sama main sebelah aku.. Walaupun kartun feveret dia tengah tayang kat tv. Kalau tengok pun mesti jenguk sekejap.. Lepas tu lari kat aku balik.

2. SENYUM DAN RAMAH
Akiff memang suka senyum dan tegur orang.. Masa nak naik tangga kat rumah, jumpa orang ja dia say hai.. Bukan setakat hai.. Senyum lagi ada laa.. Buat orang yang tengok tu meruntun kalbu.. Ada maksu aku (pengasuh yang jaga akiff) cerita.. Masa bawak dia pi hospital.. Habis semua orang dia tegur.. Lepas tu nampak budak mula la nak main sekali.. Sampai husband maksu aku ikut saja dia..

3. TAKUT SESUATU
Akiff ni kalau benda pelik yang berkaitan dengan mesin dia takut sikit.. Macam vacum.. Kalau aku nak vacum ni kena buat awal-awal pagi sebelum dia bangun tidur.. Tapi kalau dia jaga masa aku tengah vacum ni.. Meraung macam sakit ni.. Lif pun dia takut.. Nak masuk lif mesti dia suruh dukung.. Takut dia kata..

4. KUTEY (CUBIT) TANGAN
Haa.. Yang ni dari dulu tak hilang2.. Makin bertambah ada la.. Kutey kat siku pulak. Sampai dalam kereta pun boleh pegang siku abah dia yang tengah driving.. Kalau kat rumah.. Aku tengah masak.. Dia mintak susu.. Tarik tangan aku.. Kata nak tangan.. Kalau tak ikut.. Mula tunjuk perasaan baring kat lantai dapur..


Wednesday 11 December 2013

Wordless Wednesday - Haa.. Akiff ada misai..

Haa... Akiff ada misai.. Tuuuu... Akiff pagi-pagi dah mintak kek.. Nak kek.. Dia dengan abah memang sama naik.. Hantu kek.. Pantang nampak kek.. Mesti nak.. Ada masa kat kampung.. Mama dia (kak ipar aku) tanya nak nasi tak? Akiff jawab tak mau.. Kek? Haaa... Kalut dia pi kat mama dia mintak kek..

Masa ni ummie nak suap tak bagi..



Ni dah makan sendiri.. Habis lantai ada kesan krim.. Tak apa.. Nanti ummie bersihkan..

Tuesday 10 December 2013

Surprise Birthday Celebration..

Kata tak ada surprise kan? Hanya pergi makan jaa..

DEKAT RUMAH..

Hubby : Nak makan kat mana?
Aku : Hmm... Tak tau lak.. Ikut la..
Hubby : Kita pi Ampang Point jalan-jalan kat sana dulu. Cari hadiah. Baby pilih.
Aku : Okey.. (Orang nak belanjakan.. Ikut aja laahh..)

Aku duk fikir la nak makan apa eek.. Hati ni tak agak laa akan ada surprise apa-apa sebab dah bagi tau awal-awal dah.. Tak apa lah.. No problem.. 

DALAM KERETA

Tuuudiaaaa... Jalan jemnyaa... On the way nak pergi Ampang Point tu jem kat traffic light.. Tapi tak teruk macam jalan seberang jalan.. Sesaknya punya la panjang.. Jem kat traffic light Ampang Point pun aku dah rasa pening..

Hubby : Kita nak makan kat mana eek? Jem la..
Aku : (Senyap ja.. Memang aku tak tahu menahu pun jalan belah KL nii..)
Hubby : Kita tak yah pi Ampang Point la.. Kita pi makan dulu.. Kita pi belah sini laa.. (Hubby aku pun belok kiri menuju ke Jalan Ampang). 
Hubby : Patut la jem tak gerak.. Ada yang berenti kat kotak kuning.. Ni mesti lampu merah jalan jugak nii.. Mau orang tak bising.. Pentingkan diri..

Hubby aku bawak la keta sampai kat Ampwalk Mall kalau tak silap aku laa.. Kalau salah maafkan patik penunggu gua.. Hihihihi.. 

Hubby : Kita makan kat sini laa..

DALAM MALL

Sampai ja dekat mall.. Ada la dekorasi macam dekat THE GARDEN tuu.. Okey.. Hubby aku cakap kita tangkap gambar dulu.. Okey.. Dalam pikiran aku dan mata aku duk nampak secret recepi.. Ingat nak makan kat situ laa.. Sekali hubby cakap kita makan kat sini la.. FLORA KAFE...  Ooooooo... Ya kaa... Okey.. Panjangnya ooo aku..

DALAM FLORA CAFE

Mel, manager kat situ rasanya.. Sambut baik kami.. Ramah pun ramah.. Azlan kan.. Waaa.. Boleh cam tuu.. Padahal hubby aku tak pernah jumpa dia.. Mel bawak kami ke meja yang disediakan.. Dah siap hias dengan candle light and kelopak bunga rose giituuu.. Tapi, meja lain biasa jaa... Hubby aku dah booking puunnn.



Aku : Kata tak dak SURPRISE?
Hubby : Hanya tersenyum jaaa.. Dalam hati dia mesti dia cakap "YEEESSS! Berjaya jugak.. " . Memang selalunya hubby aku buat surprise menjadi.. Aku saja ja yang selalu terkantoi.. Huuuh..



Haaa.. Sampai-sampai tuu dah ada photographer pompuan ambil gambar kami dah.. Lama jugak laa... Bila makanan sampai dia ada.. Nak balik pun dia ada.. Memang service yang hubby aku amik ni ada photographer.. Naik segan aku.. Macam Mamarazi ja ambil gambar kami.. Tapi masa kami tengah makan tak dak laa dia ambil gambar.. Kalau macam tuu.. Tak kenyang laa..

Aku makan Fish and Chip n minum fresh orange, Hubby makan Chicken Chop Black Paper n minum jus apple asam boi and Akiff makan Bubur Seafood. Fish n Chip dia lain sikit.. Ala ala melayu sebab kentang dia gantikan dengan ubi kayu cicah cabai melaka (cili padi) yang di blend dengan kicap. Salad yang diletak tu ada carrot n timun di hiris halus-halus. Rasa masam-masam sikit.. Aku suka.. Bubur Seafood dia kena makan dengan telur masin, kacang goreng and ikan bilis goreng baru sedap.. Kalau makan bubur saja dia tawar. Yaa laa.. Telur dah masin n ikan bilis pun dah masin.. Terasa dah.. Haaa... Chicken Chop yang hubby aku makan tak sempat rasa.. Habis sudaaah.. Sedap la tuuu.. Sampai aku tak sempat makan.. Fresh orange n apple asam boi memang sedap sebab dia tak kedekut buah.. Rasa jus dia.. Tambah-tambah fresh orange..








Dah habis makan semua.. Sampai kek pulak.. Kek ni memang dari FLORA KAFE.. Sedap.. Kek Coklat.. Ingatkan dah tak dak apa dah.. Jeng... Jeng.. Jeng.. Ingatkan tahun ni pencen bagi FRESH FLOWER.. Surprise lagi... Ingat pi makan saja laa... Huhuhuhu... Nak menangis rasa.. Sebenarnya aku nak menangis dari awal lagi.. Masa tengok dekorasi meja yang cantik tuuu... Huhuhuhuhu...



Lepas habis saja makan.. Kami nak balik.. Ada la mamarazi tadi mintak nak ambil gambar kat lobby.. Apa lagi.. Posing sakan laaa... Hihihihi..



THANKS abang.. Sambut birthday sama-sama dah buat baby rasa bahagia and berharga sangat.. Baby berdoa abang sentiasa sihat dan murah rezeki untuk berada disamping baby bila senang dan susah.. Dan baby tak akan lupa segala pengorbanan abang selama ini.. IN SHAA ALLAH.. AMIN...

Psssttt.... Mana hadiah?  Haa.. Hadiah hubby aku suruh pilih sendiri.. Aku pun tak tau.. Tapi ada dia suarakan sesuatu nak bagi.. Harap dapat la.. Hihihihi.. Kalau tak boleh.. Hadiah lain laa.. Tunggu eek.. Nanti aku update apa diaa..

Monday 9 December 2013

Akiff Mirza terlebih aktif.

Sambung cerita pasal akiff bukan main excited nya sampai terbawa-bawa kat rumah. Kalau nak tahu entry sebelum ni klik kat pesta buku. Tak berkaitan kan? Tapi dalam tu diselitkan sikit cerita akiff..

Balik ja dari The Mines macam biasa la.. Aku tukarkan baju dia dan bersihkan badan dia sikit.. Masa tu macam biasa la. Terlompat-lompat la dia tengok kartun dia.. Sambil menari-nari. Entah masa bila entah dia ambil tupperware terus baling.. Piiewww.. Kena batang hidung aku. Dia cakap bukak laa... Aku dah rasa nak menangis dah.. Sambil bukak tupperware tuu.. Rasa pedihnya.. Tengok jari ada kesan darah dari hidung.. Tak sangka sampai berdarah..

Nak tahu apa reaksi akiff buat tak tahuya dia.. Abah suruh akiff say sorry.. Akiff cakap la sorry.. Lepas tu layan balik cerita kartun dia..

Ummie tak kisah pun Akiff baling tupperware kat ummie. Akiff tak cakap sorry pun ummie maafkan.. Ummie tahu akiff tak sengaja.. Huhuhu.. Bukan sekali dua akiff buli ummie.. Selalunya reemote astro ja sampai kat kepala.. Akiff bagi hadiah birthday in advance.. Tambah sikit color kat hidung.. 

kesan luka kat hidung..

tupperware ni la yang hinggap kat hidung aku.. huhuhu..


Published with Blogger-droid v2.0.10

Pesta buku - big bad wolf books.


Hari tu aku dah bagi tau kan kata nak pergi big bad wolf books.. Ok. Sampai saja The Mines keadaan jalan tak la sesak sangat sampai tak boleh masuk.. Kami parking kereta kat dalam bangunan the mines.. Selepas tu pergi bangunan sebelah MIECC cari entry tak jumpa kluar balik.. Berpeluh jugak la.. Kluar jumpa abang parking tu.. Dia cakap masuk balik belah parking MIECC tu entry dia belah kanan sekali ada lif.. Tapi kami tak naik lif pun.. Dah tunggu situ asyik bunyi teeet ja.. Tu belum sampai kat kami. Tu yang bergegas naik tangga..





Waaaaa... Sampai sudah dalam dewan tu.. Punya la besar dia punya dewan.. Aku kata tak boleh lama ni.. Nanti akiff mesti meragam..



Akiff la yang paling excited sekali masuk dalam dewan.. Tak dan 10 minit.. Akiff dah berlari merata dah.. So, sapa yang jadi mangsa.. Abahnya la yang kejar. Mujur hubby bagi chance kat aku nak pilih buku.. Tapi tak senang jugak la nak pilih2.. Belek2.. Bila tengok akiff excited berlari.. Nak kata makan chocolate tak pulak.. Hubby aku cakap kali ni dia lari tak pandang belakang.. JANGAN PANDANG BELAKANG.. Hahaha.. Boleh? Selalunya kalau dia lari tu dia kalih belakang tengok jauh dari kami dia akan stop. Kali ni tidaaaakk.. Mata ni tak boleh hilang pandangan dari tengok dia.. 


Banyak jugak la aku beli buku.. Yang banyaknya buku akiff laa..



Haa.. Cerita pasal keaktifan akiff ni.. Sampai ja rumah.. Keaktifan akiff bertambah sampai sesuatu yang berlaku.. Nanti aku update..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 6 December 2013

Big Bad Wolf Books

Tak sabar.. Tak sabar.. Tak sabar.. Dah lama tunggu saat ni.. Jualan buku termurah dan terbesar sedang berlangsung sekarang di MINES.. Start dari 6hb Disember hingga 15hb Disember. Untuk keterangan lanjut sila KLIK SINI.

gambar from google.

So, masih sempat lagi sapa yang nak pergi tuu.. JOM...



Pengalaman Praktikal..

Rasanya dah agak lama aku tak bercerita. Bukan apa.. Tengah mencari mood.. Hihihi.. Aku baru saja tamat pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah untuk Pendidikan Khas. Lepas praktikal aku dah jadi penanam anggur.. Pengalaman mengajar pelajar pendidikan khas memang berbeza dengan pelajar biasa ni..

Aku lebih suka mengajar budak pendidikan khas lagi daripada mengajar budak biasa.. Agak-agaknya kenapa? Senang? Sapa kata senang? Kita perlu banyak bersabar dengan mereka. Faham mereka. Yang penting sabar, sabar dan sabar lagi. Aku bertuah mendapat pelajar kelas Sabar.. Kelas terakhir. Di mana mereka ni mempunyai keupayaan yang terendah sekali. Terendah maksudnya mereka langsung tak dapat mengenal huuf langsung. Terdiri daripada sindrom down, autisme dan lembam. Kebanyakan pelajar pendidikan khas menengah ni dah boleh uruskan diri.. Mereka boleh beli makanan di kantin dan bergaul dengan rakan lain.

Hari pertama aku masuk kelas.. Memang ambil masa untuk mereka terima aku. Berminggu jugak la untuk membiasakan diri mereka dengan aku. Masuk ja kelas tu ibarat aku bercakap sorang-sorang. Ada la aku ni punya la bersemangat buat "puppet" guna stoking. Hmm.. Tak hairanya dia.. Mula-mula tu agak kecewa la.. Tapi hari demi hari, mereka dah mula suka, senyum dan memberi tindak balas apa yang aku ajar. Lupa pulak, kelas ni ada pembantu murid dia. Pembantu murid dia akan membantu guru dan murid jika memerlukan bantuan. Haa... Nak jadikan cerita.. Kawan praktikal aku ni dapat kelas ganti. Masuk kelas Sabar.. Dia sendiri cakap.. Aku faham perasaan ko macam mana ko baru masuk ngajar kelas ni. Sebab tu lah kelas ni kelas SABAR.. Memang banyak bersabar..

Hari terakhir bila tamat praktikal.. Aku lah orang yang rasa sedih dan rindukan mereka.. Sampai tak terucap kata-kata masa majlis perpisahan tu.. Rindu dengan kemanjaan mereka dan telatah mereka.