Hai.. Aku nak cerita sikit tentang perangai akiff yang tak pernah berubah dari dulu.
1. MENGEKOQ
Akiff dari dulu lagi kalau tinggai aku dengan dia ja kat rumah memang dia suka ikut aku ke mana saja.. Dia takut tinggal sorang dalam jangka masa yang lama. Macam tadi pagi, aku sidai kain kat bilik baju (bilik yang selalu aku seterika n sidai baju). Dia mesti ikut sama.. Bawak la mainan dia sama main sebelah aku.. Walaupun kartun feveret dia tengah tayang kat tv. Kalau tengok pun mesti jenguk sekejap.. Lepas tu lari kat aku balik.
2. SENYUM DAN RAMAH
Akiff memang suka senyum dan tegur orang.. Masa nak naik tangga kat rumah, jumpa orang ja dia say hai.. Bukan setakat hai.. Senyum lagi ada laa.. Buat orang yang tengok tu meruntun kalbu.. Ada maksu aku (pengasuh yang jaga akiff) cerita.. Masa bawak dia pi hospital.. Habis semua orang dia tegur.. Lepas tu nampak budak mula la nak main sekali.. Sampai husband maksu aku ikut saja dia..
3. TAKUT SESUATU
Akiff ni kalau benda pelik yang berkaitan dengan mesin dia takut sikit.. Macam vacum.. Kalau aku nak vacum ni kena buat awal-awal pagi sebelum dia bangun tidur.. Tapi kalau dia jaga masa aku tengah vacum ni.. Meraung macam sakit ni.. Lif pun dia takut.. Nak masuk lif mesti dia suruh dukung.. Takut dia kata..
4. KUTEY (CUBIT) TANGAN
Haa.. Yang ni dari dulu tak hilang2.. Makin bertambah ada la.. Kutey kat siku pulak. Sampai dalam kereta pun boleh pegang siku abah dia yang tengah driving.. Kalau kat rumah.. Aku tengah masak.. Dia mintak susu.. Tarik tangan aku.. Kata nak tangan.. Kalau tak ikut.. Mula tunjuk perasaan baring kat lantai dapur..
senyum ramah mmg!! ramah gila masa kat flora u.. kemainnn diaa ;))
ReplyDeleteHahaha... mmg.. Suka buat muka comei..
Delete