nuffnang adds

Monday, 11 April 2016

Petua bila anak demam panas

Hari tu Azif demam panas.. Sampai ada yang mencecah 40.. Risau aku.. Pergi klinik cek suhu tak la sampai 40.. Dalam 38 lebih.. Maybe aku punya termometer tu anggar lebih sikit kut.. Badan Azif tak panas sangat.. Bila cek kat kepala suhu dia tinggi.. 

Mula-mula tu aku bogelkan dia tinggal pampers ja.. Jelum dia dengan asam jawa.. Jelum satu badan.. Suhu demam dia tak kurang-kurang.. Bagi mandi kurang kejap.. Orang cakap asam jawa ni dia serap haba.. Tak kurang kan panasnya.. 

Esoknya tak tau nak buat apa dah.. Bagi mandi dengan air lemon.. Ada kawan bagi tau.. Dia try kat anak dia menjadi.. Aku pun try la... Tak kurang jugak.. Maybe tak sesuai dengan Azif kut..



Akhirnya aku jelum dengan air bunga raya dan daun bunga raya.. En. Hubby aku call kak dia.. Kak dia suruh cari bunga raya.. Dua tiga kali jugak la keluar umah.. Mula dia ambil daun ja.. Lepas tu keluar balik pi cari bunga pulak..


Mak aku cakap bunga raya putih lagi bagus. Tapi dah takdak bunga raya putih.. Merah pun jadi laa.. Ramas-ramas sebab nak ambil dia punya lendir tuu..


Akiff cakap ada daun la ummie.. Akiff bukan boleh.. Pembersih sikit.. 


Lepas jelum dengan daun dan bunga raya baru laaa ceria sikit muka.. Nak main.. Sebelum tu jangan harap laa... Cepat ja turun suhu dia.. Haaa.... Nak bagi tau.. Kalau malam jangan jelum dengan air bunga raya dah.. Takut sejuk ketaq pulak.. 

Malam tu aku jelum dengan air suam bagi dia berpeluh sikit... Risau aku bila demam panas ni.. Takut kena tarik.. Mintak simpang laaaa...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...