Monday 31 March 2014

Akiff faham... Tapi...


Haaa... Biarlah gambar berbicara... Akiff dah faham dah kalau dia pi airport.. Banyak aeroplane tuu.. Kiranya nak pi hantar ummie dia work laa.. Pandai dah anak ummie sekarang.. Tapi aku... Perasaan sedih seorang ibu meninggalkan anak tu tetap ada.. Bukan tak boleh aku nak bawak dia.. Tapi dia lebih rapat dengan abah dia.. Aku takut hari-hari dia cari abah dia. Ya laa.. Aku tinggal dia kat abah dia masa sambung study di UPSI tu masa dia umur 9 bulan boleh jaa.. Seminggu sekali aku balik jenguk dia.. Dia buat tak tahu jaa.. Kalau abah dia pi outstation dalam 3 hari tuu.. Bila abah dia balik tuu.. Peluk sakan ni.. Macam abah dia gi seminggu. Huhuhu.. Aku yang terasa.. Tapi aku faham.. Dia membesar di bawah ketiak abah dia.. Hihihihi.. Kini bila dia dah mula rapat dengan aku.. Aku sekali lagi terpaksa bekerja jauh meninggalkannya.. Teringat aku masa dia lambai2 tangan kat airport.. Aku yang rasa sebak.. Tapi terpaksa senyum sebab tak nak husband aku risau.. Hihihihi.. 

Tuesday 25 March 2014

Tragedi MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Assalamualaikum...

Tanggal 8 Mac 2014 merupakan tarikh keramat di mana MH370 hilang entah Ke mana. Berita yang menggemparkan seluruh dunia.. Bagaimana perasaan keluarga mangsa MH370 masa tu agaknya? Mesti bercampur baur.. Resah.. Risau.. Takut.. Keliru.. Aku yang dengar pun fikir macam-macam..

Selepas 17 hari iaitu 24 Mac 2014 berita yang ditunggu sudah terjawab.. MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.. Masa tu aku kat kedai makan.. Perasaan hiba dan sayu turut terasa. Bayangkan keadaan Lautan Hindi tu macam mana.. Sangat lah bergelora.. Bagaimanalah perasaan mereka yang berada di dalam pesawat tersebut? Tambahan pula perasaan keluarga mangsa ketika menerima perkhabaran tersebut.

Aku hanya mampu berdoa dari jauh.. Ya Allah.. Kau tabahkan lah hati mereka.. Semoga keluarga penumpang MH370 akan terus tabah dan kuat.. 

Al-Fatihah dan Takziah kepada semua penumpang dan crew MH370.. AMIN..

P/S : Aku turut bersedih dan ku harap janganlah anda-anda di luar sana membuat sebarang spekulasi yang boleh memeritkan lagi hati keluarga penumpang..

Thursday 20 March 2014

Pasar Sibu Jaya

Hari ni aku nak cerita pasal pasar kat Sibu Jaya ni.. Lain sikit la pasar dia sebelum ni yang pernah aku pergi. Macam terbuka sikit. Macam-macam ada jual. Nak beli ayam hidup pun ada. Balik sembelih ja.. 1st time aku nampak kat pasar jual ayam hidup ni. Selalunya dah disembelih dah.

Nampak tak orang yang kat tengah2 tu.. Tu la cikgu Ila.. Orang yang banyak tolong aku la masa aku berada kat Sibujaya ni.. Masa mula-mula sampai tu. Rumah pun tak ada lagi. Terpaksa tumpang la kat rumah dia. Hampir 2 minggu jugak la menumpang kat rumah dia. Sekolah pun menumpang dia jugak. Nak pergi bandar dia tolong bawakan. Hihihihi.. Malu pun ada gak.. Anyway Thanks ya Cikgu Ila. Macam dia baca blog aku. Hahaha...

Haaa.. Kalau nak beli ayam ke apa aku sarankan beli kat peniaga melayu la.. Ya laa.. Kat Sibu ni lebih kurang macam Penang gak la. Ramai cina. Lepas tu barang runcit yang ada kat Semenanjung mungkin tak ada kat Sarawak. Barang yang ada kat Sarawak mungkin sukar nak jumpa kat Semenanjung..

Gambar kat atas ni pasar kering.. Ada jual sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan n ular pun ada.. Ular ni dia dah letak dalam guni la.. Siap timbang lagi.. Ulam yang susah nak jumpa kat KL sini banyak di jual..


Ooops... Tersenget lak gambar.. Nampak tak yang dibungkus dengan plastik hijau tu.. Tahu tak buah apa?


Haaa... Bentuk dia macam ni.. Ni la buah belimbing hutan.. Orang sarawak panggil apa ntah.. Aku lupa dah masa peniaga tu bagi tau aku. Rasa dia macam buah "stair" pun ada..


Haaa... Belah dalam dia macam ni.. Macam buah "stair" pun ada... Masam-masam sikit.. Boleh laa.. Aku duduk sini semua makanan sarawak aku nak rasa.. Hihihihi... Aku suka rasa makanan yang aku tak pernah cuba.. N susah nak jumpa.. Ya laa.. Kita duduk di tempat orang ni kita kena cuba... Kan? 

Pssst : Yeeaaahhhh... Tak sabar nak balik jumpa orang tersayang...

Monday 17 March 2014

Pelajar PPKI SMK Sibu Jaya..

Sudah hampir sebulan aku di sini.. Mengharungi pahit manis di bumi Sibu Jaya tanpa keluarga. Hari ke hari aku lalui makin banyak pengalaman baru yang aku timba.

Haa.. Ni aku nak cerita serba sikit tentang pelajar Pendidikan Khas di SMK Sibu Jaya. Terdiri daripada 20 orang murid. Dimana hampir keseluruhan Masalah Pembelajaran.. Ada jugak seorang masalah penglihatan dan seorang masalah pendengaran. Dikelola oleh seorang guru yang komited iaitu cikgu Zamzura. Kat sini ada tiga orang guru termasuk aku n seorang pembantu murid yang sangat membantu.

Haa.. Gambar atas ni masa kelas masakan. Dua kelas sekali ni. PK A n PK B. Sebab ada guru tak datang so bawak masuk sekali la dalam bilik masakan. Murid PK B memang sangat membantu aku nak uruskan bilik masakan. Dengan jumlah pelajar yang ramai lagi. Memang have fun la... Tengok kat belakang tu bukan main suka lagi. Tapi tak boleh bagi muka sangat nanti naik lemak pulak depa ni..


Haa.. Ni namanya Johannes.. Memang sangat membantu murid. Kiranya dia la ketua la.. Memang boleh diharap. Ada jugak la beberapa murid yang boleh diharap. Tapi dia ni memang tahu apa yang perlu buat. Macam abang kepada semua murid kat sini jugak laa... Suka la tuuu.. Aku ambil gambar dia..

Haa.. Ni sebahagian kelas PK A. Tengah buat kolaj.. Macam-macam perangai.. Yang tengah tengok serius tu murid Autisme.. Memang ambil masa la nak kenal dia.. N dia pun ambil masa jugak nak suaikan diri dengan aku. Suka jugak bising. Apa-apa pun aku suka mengajar mereka.. Walaupun ada cabaran yang berbeza dengan murid biasa. Tetapi mengajar mereka ni aku rasa lebih istimewa.. 

Thursday 13 March 2014

Berangkat ke SIBUJAYA..

Walaupun dah basi... Tapi aku nak cerita jugak.. 1st day aku sebelum berangkat ke Sarawak... Aku di tempatkan di Hotel Goldcourse, Klang.. Ada sikit taklimat dan orientasi.



Ni gambar masa aku kat dewan orientasi.. Ada serba sikit keterangan dan mukadimah. Haaa... Kalau nak pi Sarawak jangan kata "LAWA" kat orang tau.. Orang Sarawak marah nanti. LAWA tu maksudnya sombong. Kalau kat Semenanjung ni maksudnya cantik.



Ni gambar pamplet tentatif orientasi.



Haa.. Yang bertanda tu. Jadual penerbangan aku la.. Q3. Dari KL ke Kuching dulu. Ada lagi orientasi kat Kuching. Esoknya baru bertolak ke Sibu.


Gambar atas ni kat KLIA..Semua pakat lepak kat tepi. Sebab tak larat dah. Hahahaha...

Wow.. Dapat makan nasi lemak atas awangan.. Hahaha.. Perak buih orang utara cakap.. Hahaha..




Nampak tak? Semua beg besar.. Kalau pompuan memang la macam tu. Semua benda penting. Hahaha...


Ni bilik hotel aku kat Kuching. Grand Continental Hotel..



Masa ni nak berangkat ke Sibu..


  
Bye Kuching.. Welcome to Sibu. Huhuhu..


Sampai sudah SIBUJAYA.. Pekan yang sedang membangun. Tak lama lagi ada shopping complex. Tapi aku tak tau la macam mana. Hihihihi... Okey.. Sampai di situ saja la cerita aku.

Thursday 6 March 2014

Perjalananku bermula di sini.

Dah berkali-kali ku nak menaip. Tapi tak jadi. Tapi sekarang ku diberi sedikit kekuatan untuk menekan keyboard laptop aku ini. Tanggal 17 Februari aku melangkah untuk meninggalkan rumah. Bermula lah saat aku pergi meninggalkan akiff n Mr. Hubby. Di keheningan pagi aku kenang setiap detik itu. Saat aku bangun dari tempat tidur hingga lah kaki ku melangkah keluar dari rumahku. 

Pagi di dalam kereta tu fikiran ku melayang.. Nanti aku takkan rasa macam ni. Tunggu sebulan pulak la aku nak naik kereta ni bersama Mr Hubby n Akiff. Pagi-pagi tu bila dah sampai Hotel Goldcourse. Aku pergi daftar n dengar taklimat dulu. Tengah hari nanti baru Mr Hubby datang balik hantar beg besar aku. Mr. Hubby n Akiff pergi rumah cousin dulu. Bila dah tengah hari tu Mr. Hubby datang hantar luggage aku. Akiff pulak tengah nyenyak tidur.. Tak dapat la kiss dari Akiff.. Huhuhu.. Aku tahan dulu perasaan ni.. Bila saat nak bersalam dengan Mr. Hubby n dia terus memelukku.. Aku rasa sangat2 la sedih. Apatah lagi bila melihat air mata yang jatuh dari pipinya yang kasar itu.. HUhuhu.. Aku nampak ja tabah.. Tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Aku cuba untuk tidak menangis kerana takut nanti keadaan akan bertambah buruk lagi.. Nanti banjir lak kat situ.. HUHUHU...

Dah sampai bilik.. Perasaan ni rasa sunyi saja.. Dalam bilik ku bersendirian.. Room mate aku belum sampai lagi.. Menangis aku sendirian.. Meraung jugak la.. Ya Allah kau tabahkan lah hati hambamu ini.. 


Pssst... Bersambung.. Nanti aku upload gambar masa orientasi nanti.. Tak sabarnya nak tunggu 21hb ni.. Cuti.. Yeaaah...

Sunday 2 March 2014

Celcom slow di Sibu Jaya

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. 
Sorry lama aku tak update entry. 1st aku baru nak menyesuaikan diri kat sini. Dengan menumpang laginya. Sekarang ni baru la dapat rumah. Tapi belum masuk lagi. Sebab perlu kemas2 sikit n mop sikit rumah tu. Mujur la ada jugak guru kat sini yang tolong tumpangkan rumah n tolong aku carikan rumah sewa.
Kedua.. Line Celcom kat sini slow yang amat. Aku kan klu guna internet kat laptop aku guna wifi hotspot. Connect dengan handphone aku. Nak bukak facebook pun merangkak inikan pulak la blog aku..

Haa.. Sekarang ni aku pakai broadband wifi maxis. 


Haaa.. Yang kat atas tu la aku pakai.. Tapi tak la laju sangat.. Better dari Celcom la. Haa.. Activation fee RM150. Awal 5 bulan ni aku bayar RM78.. Lepas 5 bulan baru bayar RM88. 20GB. 

Okay.. Nanti aku cerita kisah hidup aku kat sini eek.. Tapi tau2 saja la.. Lambat sikit.. Hihihi..