Tuesday 31 January 2012

Kesyukuran...

Syukur ke Hadrat Ilahi apa yang dilimpahkan rezeki aku sekeluarga. Aku balik kampung kali ni ada pasang niat buat kenduri kesyukuran. Bertahun aku tunggu saat ni. Aku dapat juga jadi cikgu.


Aku ditawarkan Diploma Pendidikan Khas di UPSI Tanjung Malim. Terpaksa berkorban sikit la berjauhan dengan hubby and Akiff.





Tak sempat lak aku nak tangkap gambar menu hari tu. Haa.. Aku akan bagi tau serba sedikit menu hari tuu.

MENU :-
  1. Laksa - Laksa biasa and laksa kuah belut. Laksa kuah belut mak aku buat sikit saja la untuk sesiapa yang boleh makan. (Laksa belut memang aku ngidam lama dah. Tapi tak boleh makan lagi laa. Masih berpantang. Tak cukup setahun lagi.
  2. Mee Kari - Haa.. Yang ni pun aku tak boleh makan lagi. Tapi memang best la..
  3. Bihun sup - Yang ni special case sikit. Yang ni untuk org macam aku dan sepupu aku yang masih berpantang. Yang ni mak aku buat sikit ja kalau ada sapa-sapa tak boleh makan laksa and mee kari.
  4. KUIH - Ada kuih koswi, karipap and kuih talam suji.
  5. Air - Sarsi




Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus terutama my Mum and my family, Kak Gi and family, Cik Nah and family, Mak tam and family, my fren ja; and Tok Piah and family. Dan tak tersebut lagi laa..

Mengisi masa lapang...

Seminggu berlalu baru aku nak letak entry ni. Bukan apa 'busy' skit menguruskan apa yang patut. Balik kampung hari tu aku ada 'suggest' kat mak aku untuk kurangkan kos untuk kenduri abang ku nanti. Aku kalau tak ada keja memang suka cari kerja. So, tercetusnya idea ini. Mak aku pun setuju.


Kak Gi aku dan Cik Nah aku memang rajin la kalau bab gotong royong ni. Aku pun memulakan langkahku mengajar anak-anak muridku. Eh.. Aku belum bagi tau lagi apa yang aku nak buat ni kan? Haaa.. Sebenarnya nak buat kotak untuk letak gula-gula. Nak bagi budak-budak masa kenduri nanti. Kalau letak dalam plastik pun depa lempaq buang jugak. Baik bagi yang diperbuat daripada kertas. Menyelamatkan alam sekitar. BETUL TAK? Hihihhihi...


Sementara Cik Nah pulak tak kerja seminggu. Boleh la tolong kak Gi aku ni. Nak tau Cik Nah yang mana? Gambar atas ni yang baju color coklat. Kak Gi aku pulak pakai baju kelawar warna oren.

Tuan-tuan dan Puan-puan. Perhatikan betul-betul yaa.. Ada faham?

Kalau hangpa nak tau? Depa la jugak bertungkus lumus bersama mak aku buat bunga telur stokin masa kenduri aku. Mak aku suka nak buat sendiri. Dia cakap buat sendiri baru rasa aura kenduri tuu.. Lebih kurang macam tu lah.. Maklum la.. Masa tu baru pertama kali kenduri anak dia. 

Haa.. Yang pakai baju belang merah hitam tu lah abang aku yang nak kawin nanti.


Yang ni antara step yang perlu buat.


Betapa tekunnya aku mengajar pelajar ku ini. Hihihi..



Tadaaaa... Ini lah hasilnya. Aku difahamkan sekarang kotak ni dah menjangkau 100 kotak. WOW... Betapa pantasnya anak murid ku ini. 

Friday 27 January 2012

1Malaysia Book Expo 2012

Salam 1 Malaysia.


Dengan segala hormatnya dimaklumkan, Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan The Oxford Centre for Excellence (Oxcell) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan NGO-NGO industri buku akan menganjurkan Ekspo Buku 1Malaysia dan Persidangan Buku Antarabangsa pada 1–6 Februari 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Program ini akan menghimpunkan para penulis, pengarang, penerbit, pencetak, aktivis industri buku dan juga peminat-peminat buku seluruh negara serta wakil-wakil penerbit buku antarabangsa.

Antara acara-acara yang telah dirancang adalah seperti berikut:
1.    Ekspo Buku 1Malaysia, 1–6 Feb. 2012, 10.00 pg–8.00 mlm
2.    Persidangan Buku Antarabangsa, 1–3 Feb 2012, 9.00 pg–5.00 ptg
3.    Forum Buku Antarabangsa, 4–5 Feb. 2012, 10.00 pg– 5.00 ptg
4.    Lelongan  Buku Stok Lebihan (Book Remainder), 1–6 Feb. 2012, 10.00 pg–8.00 mlm


UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH LA KLIK DI ^SINI^



JOM.. KITA P 1MALAYSIA BOOK EXPO 2012...
MR HUBBY nanti kita p eek..

Bila agaknya?

Bila la agaknya boleh beli ni la kan? Kalau dapat "durian runtuh" alangkah bestnyaa...

Fuuuuuhhhh!!!


Gelagat Akiff dalam train.

Akiff memang rajin kalau bab nak mengemas. Pi la mana pun. Ada ja keja yang nak buat. Rajin sungguh anak ummie ni. Nanti besar jangan malas sudah la kan? Ada beberapa gambar Akiff yang sempat aku snap masa dalam gerabak keretapi.












Thursday 26 January 2012

Panorama K.L - Penang - K.L

Dah berhari aku tak update entry.. Kisahnya aku balik kampung.. Tak sempat nak update. Busy la katakan. Kali ni balik kampung aku and family naik keretapi. Nak elak jem pada musim perayaan ni. Ya laa.. Tak sempat nak beli roti.. Huahahaha... Masa balik kampung Hubby aku ambil bilik dan masa balik K.L, Hubby aku amik katil "Double Decker" tu. 

Sepanjang perjalanan sempat gak snap gambar-gambar yang menarik. Jamu-jamu lah mata eek.. Nak dekat sehari jugak la aku nak upload gambar. Dari kelmarin.. Tak boleh. Sambung pulak hari ni.. Enjoy.. ^_^


Yang ni stesen keretapi Ipoh. Cantik kan?



Pemandangan semasa menaiki feri ke Penang.

Gambar ni masa nak balik K.L.

Cantikkan view awan?



Dalam keretapi.



Akiff senyum lebar ja..

Masa balik ke Penang. My hubby ambil yang  bilik punya. Ada shower and toilet g. Satu bilik 2 org (Rm215). Sangat selesa. Akiff pun senang nak meninjau-ninjau kawasan.



Tengok rambut Akiff ditiup angin..

Thursday 19 January 2012

Tart buah DELICIOUS...

Jual.. Jual.. Beli jangan tak beli.. Bisnes jualan TART BUAH kakak-kakak ipar ku. Aku nak tolong promote dan bagi support bisnes kak ipar aku ini. Nampak cantik kan? Nak makan pun SAYANG.. Bak kata kak ipar aku. Buat apa simpan, nak bagi kulat ka? Hihihihi.. Inti jem nenas home made. Memang sedap la. Sebab aku memang suka kuih tart yang depa buat ni. Kalau ikut aku memang DELICIOUS.. Waaaallllla.

Ni kepada sesiapa yang nak buat hantaran atau hadiah amatlah sesuai. Harganya RM47 untuk 50 biji. FREE DELIVERY. Tapi kotak untuk letak tart ni kena beli sendiri la. Kalau nak letak dalam kotak cantik-cantik. Takut nanti sampai makan "seredak" jaa.. 
Kepelbagaian Buah...







Hampa semua boleh request nak satu jenis buah saja ka atau campur.. Terpulang.. Untuk pertanyaan boleh ke http://www.facebook.com/sue.ainis. Sebarang pertanyaan tart ini akan dilayan.. Hihihi.. ATAU boleh klik saja kat my hubby blog. Kut la ada info-info yang tertinggal.. Okey.. Have a Nice Day.. ;)

Wednesday 18 January 2012

Who's your favourite?

Who's your favourite? Nanti nak tanya Akiff macam ni la.. Agaknya Akiff jawab apa eek?


Tuesday 17 January 2012

Biography Dato' Siti Nurhaliza..



Ahad lepas my hubby ada buka History Channel (555) dekat Astro. Waaahh.. Ada Biography Dato' Siti Nurhaliza la. Sempena Ulang Tahun Kelahiran Dato' Siti Nurhaliza yang ke 33 tahun.. Perasaan bangga terpahat di hati ni. Hebat kan? Sebelum ni Tun Dr. Mahathir Mohammad, Tan Sri P. Ramlee dan Dato' Sudirman Haji Arshad. Yang tu saja ja yang tau pun... Kepada sesiapa yang belum menonton boleh la layan ni.. Laayyaaann....


Jangan tiru macam Akiff..

Jangan tiru macam Akiff. Suka sangat tengok TV dekat-dekat.. Bila diangkat, dia pi jugak kat situ. Kadang-kadang tu nangis marah nak duduk depan TV jugak.. Ya laa.. Tengah syok nak berdiri..




Monday 16 January 2012

Shopping..

Assalamualaikum semua...

Setiap kali aku buka laptop mesti "window shopping" dulu. Cuci mata barang yang sedia ada. Tak beli pun. Tengok saja pun dah puas hati. Hihihii. Bukan nak ajak berboros tapi cuma nak share dengan semua. Bershopping dan mendapat diskaun. Aku selalu tengok kat website Groupon ==> ni. Kalau anda recommend dekat kawan-kawan. Boleh dapat RM2.. Tapi kena register dulu la..





Yang ni pun lebih kurang macam Groupon.



Friday 13 January 2012

Akiff at swimming pool..

Hari ahad sebelum ke Melaka aku singgah di rumah cousin hubby aku. Sempat la Akiff mandi kolam. Seronok tengok gelagat akiff mandi kolam. Mula-mula tu merengek-rengek akibat kesejukan. Lama-lama bukan main suka dia. Ni la antara gelagat dia yang sempat aku rakam.

Mula-mula tu takut skit. Seeejuuukk..


Lepas tu dah ok..








Akiff and abah.


Akiff, ummie n acu wah..


Tengok apa laaa..

Sempat lagi naik buai..

Wednesday 4 January 2012

Cara mengeratkan Silaturrahim antara suami isteri...

Hampa tau tak? Mai daahh.. Macam mami jarum pulak.. Hahahaha.. Ini adalah rutin harian aku bersama suami bila masa terluang.. Satu hari kalau tak bersaing dengan suami aku memang tak sah la.. Nak tau ka? Jeng.. Jeng.. Jeng..

!

!

!

!

!

!

!

!

!

!

!


Game ni la aku bersaing setiap hari dengan my hubby..

Hihihi.. Ada sapa-sapa yang fikir lain.
Tak mau. Tak mau. Tak mau macam tuu..

Akiff dan kotak..

Rumah baru akiff.. No parents allowed!! 

Haaa... Tahu tak akiff duduk dalam apa? Kotak la. Nama pun "Akiff dan kotak". Hihihihi... Ni bukan sebabnya aku nak kurung dia ka apa.. No no no.. Ni aku tengok dalam web Baby Center. Ini dipanggil 'Inside The Box'. Untuk dia kenal di mana luar dan dalam. Untuk keterangan lanjut sila klik sini.


Macam ni lah aksi Akiff bila masuk dalam kotak dia.. Jeng.. Jeng.. Jeng..









Ni la kotaknya.. Siap ada tingkap lagi..