Showing posts with label Kami. Show all posts
Showing posts with label Kami. Show all posts

Saturday, 9 August 2014

Warna Warni Hari Raya 2014..

Meh aku nak tunjuk sikit gambar yang sempat di ambil.. Credit to my best photografher a.k.a my hubby.. Hehehe... Tema baju kami tahun ni Peach pink + Blue...



Haa.. With my best freind..



Selfie sebentar bersama hubby.. Hehehe..




Kalau hari raya pertama kat rumah aku macam biasa la.. Pakai baju cantik-cantik duduk dapur.. Tapi, aku tak kisah.. Aku dah biasa macam tu.. Hihhi..


Termenung jauh Akiff..

Tuesday, 29 July 2014

Salam Aidilfitri.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dan ampun maaf sekiranya ada yg terguris sepanjang penulisanku ini kepada semua pembaca blog Indahnya Kehidupan dari kami sekeluarga.

p/s : Baju raya aku n akiff tahun ni di sponsor oleh cik ton a.k.a my mum..

Monday, 26 May 2014

Akiff merajuk..

Assalamualaikum..

Hari tu kan Akiff n My Hubby datang jenguk aku.. Ada "tragedi oktober" berlaku masa Akiff kat sini.. Akiff tiba-tiba merajuk dengan aku.. Al kisahnya macam ni...


Ada pelajar aku bagi aku hadiah yang satu-satunya berbalut ni... So, bawak balik la ke hotel.. Bila Akiff nampak tu bukan main suka la dia.. Ingat orang bawak balik hadiah kat dia.. Lepas tu dia cakap.. Yeaaahhh... Akiff punya.. Berkali-kali cakap kat abah dia.. Lepas tu cakap kat aku.. Aku pulak saja nak ngusik dia.. Bukan laa... Ni ummie punya... Terus sentap.. Tak bercakap.. Tertonggeng dah.. Mata dah berair.. Aku dah rasa serba salah dah... Puas jugak pujuk dia.. Abah dia pun pujuk dia tak jalan.. Lama-lama tu baru okey.. 

Nampak tak? Bukan main suka dia bukak hadiah.. Apa la ummie ni.. Dah la lama tak jumpa lepas tu ngusik pulak.. Hahaha... Sorry okey.. Akiff sekarang sensitif sikit kalau aku marah.. Dulu tak per pun.. Kalau aku cakap macam mana pun tak apa.. Sekarang ni tak boleh..


Pssst  : Entry AUTO PUBLISH..

Sunday, 25 May 2014

Counting days.

Hari ni dah hari ahad... Esok isnin.. Lusa selasa... Yeaaahhhh... Balik cuti 2 minggu lebih... Aku duk sini tengah bilang hari.. Tak sabar tunggu hari selasa ni. Nak baik jumpa buah hati kat bawah ni..


Thursday, 22 May 2014

Indoor Playground di Star Mega Mall Sibu

Assalamualaikum..

Minggu lepas kan Akiff n My Hubby datang jenguk aku kat Sibu ni.. Masa nak balik rumah sewa aku ni kami singgah Star Mega Mall.. Masa jalan-jalan kat situ terserempak indoor playground kat sini.. Selama aku pergi sini tak pulak aku terserempak dengan benda ni. Ya laa.. Aku kalau pergi pun hanya satu tujuan beli barang. Bila sampai ja Akiff laju ja nampak ada indoor playground kat sana.. Harga masuk Rm5 per entry.. 

Ni Dinosaur slide.. Tapi Akiff macam biasa la.. Takut.. Ada budak kecik dari Akiff relax ja naik atas turun. 


Nampak tak ada budak yang pakai baju coklat tu? Akiff la tu..


Nak naik buai pun boleh..



Yeaaaahh... Akiff memang suka kalau naik horse..


Yang ni Akiff main kat bawah ja.. Dia tak berani nak naik kat atas..

Haa... Selain yang ni ada jugak yang mainan letak duit 50sen tu.. Yang tu memang permainan wajib Akiff laa..



Wednesday, 21 May 2014

Ucapan Hari Lahir di Kejauhan..

Assalamualaikum...

Haa... Nampak tak tajuk bukan main puitis gitu.. Hahahaha... 21hb Mei merupakan tarikh keramat lahirnya seorang insan yang bergelar suami kepadaku.. Seorang insan yang amat teristimewa bagi ku.. Seorang insan yang mengambil alih tugas dari arwah bapakku untuk menjaga ku walaupun di kala susah dan senang. Seorang insan yang menjadi tempat mengadu masalah dan berbincang masalah selepas arwah bapakku. Insan tersebut merupakan suami yang penyayang dan bertanggungjawab..

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-31 TAHUN ABANG.. SEMOGA PEROLEH KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. SEMOGA APA YANG DIIMPIKAN DAPAT DICAPAI DAN SUKSES. DAN TERIMA KASIH KERANA SELAMA INI MENJAGA BABY N AKIFF...

Monday, 19 May 2014

Jika Akiff di suruh membuat pilihan?

Assalamualaikum..

Hari ini aku bersiaran langsung dari Sekolah.. Sekarang free n dapat internet pulak. Selalunya entry aku yang pagi-pagi tu aku buat Auto Publish ja.. Maklum la tak ada masa.. Hari ni relax sikit. 

Hmmm... Kisahku hari ni tentang Akiff.. Biasa la.. Kalau bukan Akiff sapa lagi aku nak cerita.. Kan minggu lepas Akiff n My Hubby aku datang jenguk aku kat Sibu ni.. My Hubby ada kerja kat sini.. Alang-alang datang tu bawak Akiff sekali la..

Ni perbualan aku dengan Akiff...
Aku : Akiff nak ikut abah ka ummie?
Akiff : Hmmmmmmmmmmmm....
Aku : Akiff nak ikut ummie ka abah?
Akiff : Haaaaaaaaaaaaaaaa... (Lepas tu dia ketawa)

Akiff memang susah nak buat pilihan kalau disuruh dia buat pilihan nak ikut aku atau abah dia.. Tapi aku tau dah.. Jawapan di dalam hati dia mesti la nak ikut abah.. Sampai termimpi-mimpi di siang hari la.. Bangun tidur ja menangis-nangis kata nak ikut abah.. Huhuhu... Akiff n abah tak dapat dipisahkan.. Anak abah la katakan..

Sunday, 18 May 2014

Akiff n Abah menjenguk Ummie...

Assalamualaikum..

Hampir seminggu aku tak sempat menulis coretan di blog kesayangan aku ni.. Lepas busy dengan kertas peperiksaan, aku busy melayan buah hati aku pulak.. Hihihi... Aku kalau ada Akiff memang aku kurang nak update blog.. Melayan karenah si Akiff ni.

Hari isnin lepas Akiff n abah datang menjenguk aku kat sini.. Hati ni bukan main suka la.. Tapi hari ni Akiff n My Hubby dah balik KL.. Tapi tak apa sebab selepas seminggu aku akan menyusul.. 


Ni masa Akiff kat KLIA.. My hubby send gambar kat WhatsApp aku.. My hubby aku cakap Akiff tak reti duduk diam..Sat gi dia berlari sana.. Sat gi dia berlari sana.. Adoi.. Poonaaat.. Akiff memang budak yang aktif dan senang nak berkawan dengan orang.. Pantang nampak budak dia akan tegur n main..



Masa ni Akiff dah sampai Sibu.. Yeeaaah..

Minggu ni memang agak busy disekolah.. Dengan sambutan Hari Guru lagi laa... Dengan ada dinner sekolah la... Masa dengan Akiff sekejap ja.. Walaupun masa aku dengan Akiff terhad saja.. Tapi aku Happy dapat luagkan masa dengan kedua buah hatiku ni.. 

Saturday, 3 May 2014

Lelaki berkumis dan berjanggut?

Assalamualaikum..

Bagaimanakah pilihan hati ampa semua? Berkumis kah? Berjanggut kah? Atau licin tanpa secalit bulu di muka.. Hahahaha... Secalit bulu tuu..

Tadi petang En Hubby hantar gambar WhatsApp kat aku. Gambar dia n Akiff makan aiskrim.. Bukan main suka dia.. Tengok-tengok.. Ada sejemput hitam kat dagu.. En Hubby cakap dia saja gatai nak simpan janggut.. Nak tengok handsome ka tak.. En Hubby cakap sementara aku tak ada ni dia saja la nak simpan.. Nanti bila aku dah balik semenanjung dia cukur la..


Nampak tak? Ada ciput janggut kat situ.. Entah la. Nak kata aku tak suka memang aku tak suka.. Hahaha.. Arwah bapak aku dulu pun ada jugak berkumis.. Handsome ja.. Nampak sesuai ja.. Hahaha.. Entah laa.. Dengan En Hubby ni aku tak suka dia simpan janggut atau misai.. Nampak pelik pulak.. Macam tak sesuai ja... Hahaha...

Friday, 4 April 2014

Celebrate 3rd Birthday Akiff

Tanggal 23hb Mac 2014... Akiff dah berumur 3 tahun dah.. Mujur time cuti sekolah.. Boleh la kami sefamily celebrate birthday permata hati kami ni...


Aku beli Multi Colour Wisdom Plate ni kat Akiff.. Aku memang prefer mainan yang education sikit ni.. Abah dia pulak memang akan beli mainan favorite dia la.. Car.. Mula-mula tu dia macam bebai sikit.. Buat sikit tak boleh mula la nak ngamuk.. Lepas tu ajar dia slow2 baru dia boleh.. Dah boleh tu duk buat selalu la.. Suka la orang duk cakap kat dia pandai.. Budak2 memang suka di puji.


Haaa... Ni hadiah yang En. Hubby aku beli kat akiff.. Main tak ingat.. Masa ni kami kat Taman Tasik Perdana.. Celebrate ala2 taman gitu.. Hahaha.. Tapi Akiff ni bukan nak bergambar sangat.. Excited nak main mainan dia ni.. Benda baru kan? Baru keluar dari oven.. Panas panas lagi.. Hahaha..


Nampak tak betapa gigihnya seorang abah memasang track kat Akiff.. Hahaha.. Akiff pun nak tolong jugak.. 


Nampak tak? Masa ni Akiff jadi model.. Tapi mood posing dia sekejap ada sekejap tak ada.. Ni En. Hubby aku jemput kawan dia ambil gambar..

Haaa.. Kek ni bukan asalnya penuh dengan coklat tau.. Ni idea dari kawan2 En. Hubby aku laa.. Kami beli kat kedai kek Favourite kami sekeluarga.. Red velvet yang disalut fresh krim.. Dengan harga RM29.. Lepas tu beli Kit Kat yang ada 20 paket kecik tu dengan harga RM10.. Ferrero Rocher n M&M aku lupa harga.. Kalau tidak nak letak strawberry.. Tapi terlupa bawak pi taman.. So, tak jadi laa.. Kek ni aku decorate sendiri tauu... Tak caya ka? Betul la.. Tak tipu.. Senang ja pun.. Ampa semua pun boleh cuba deco macam ni gak.. Save budget..

Nampaknya dua2 beranak ni tak sabar nak makan dah ni.. Dah la dua2 "hantu kek".. Hahaha... 

Sebelum kita makan kek.. Jom kita bermonofie dulu.. Yeeeeeaaaahhh...

Pesanan untuk Muhammad Akiff Mirza a.k.a anak kesayangan ummie n abah.. Semoga Akiff membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang. Menjadi anak yang soleh dan kebanggaan keluarga.. Sentiasa ingat pengorbanan orang disekeliling Akiff.. 

Pssstt : Nak tengok gambar photoshoot yang cantik boleh la KLIK SINI.

Wednesday, 2 April 2014