nuffnang adds

Friday, 4 April 2014

Celebrate 3rd Birthday Akiff

Tanggal 23hb Mac 2014... Akiff dah berumur 3 tahun dah.. Mujur time cuti sekolah.. Boleh la kami sefamily celebrate birthday permata hati kami ni...


Aku beli Multi Colour Wisdom Plate ni kat Akiff.. Aku memang prefer mainan yang education sikit ni.. Abah dia pulak memang akan beli mainan favorite dia la.. Car.. Mula-mula tu dia macam bebai sikit.. Buat sikit tak boleh mula la nak ngamuk.. Lepas tu ajar dia slow2 baru dia boleh.. Dah boleh tu duk buat selalu la.. Suka la orang duk cakap kat dia pandai.. Budak2 memang suka di puji.


Haaa... Ni hadiah yang En. Hubby aku beli kat akiff.. Main tak ingat.. Masa ni kami kat Taman Tasik Perdana.. Celebrate ala2 taman gitu.. Hahaha.. Tapi Akiff ni bukan nak bergambar sangat.. Excited nak main mainan dia ni.. Benda baru kan? Baru keluar dari oven.. Panas panas lagi.. Hahaha..


Nampak tak betapa gigihnya seorang abah memasang track kat Akiff.. Hahaha.. Akiff pun nak tolong jugak.. 


Nampak tak? Masa ni Akiff jadi model.. Tapi mood posing dia sekejap ada sekejap tak ada.. Ni En. Hubby aku jemput kawan dia ambil gambar..

Haaa.. Kek ni bukan asalnya penuh dengan coklat tau.. Ni idea dari kawan2 En. Hubby aku laa.. Kami beli kat kedai kek Favourite kami sekeluarga.. Red velvet yang disalut fresh krim.. Dengan harga RM29.. Lepas tu beli Kit Kat yang ada 20 paket kecik tu dengan harga RM10.. Ferrero Rocher n M&M aku lupa harga.. Kalau tidak nak letak strawberry.. Tapi terlupa bawak pi taman.. So, tak jadi laa.. Kek ni aku decorate sendiri tauu... Tak caya ka? Betul la.. Tak tipu.. Senang ja pun.. Ampa semua pun boleh cuba deco macam ni gak.. Save budget..

Nampaknya dua2 beranak ni tak sabar nak makan dah ni.. Dah la dua2 "hantu kek".. Hahaha... 

Sebelum kita makan kek.. Jom kita bermonofie dulu.. Yeeeeeaaaahhh...

Pesanan untuk Muhammad Akiff Mirza a.k.a anak kesayangan ummie n abah.. Semoga Akiff membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang. Menjadi anak yang soleh dan kebanggaan keluarga.. Sentiasa ingat pengorbanan orang disekeliling Akiff.. 

Pssstt : Nak tengok gambar photoshoot yang cantik boleh la KLIK SINI.

3 comments:

  1. sedapnya kek tu. Hope Akiff dapat menjadi anak yg soleh. ^_^
    esok nak eprgi taman perdana ni

    ReplyDelete
  2. kita tak hantu kek tu yg tak buat .. kalau tak, mau ditiru jugak kek ni.. HAHHAHHA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...