nuffnang adds

Saturday, 26 April 2014

Akiff kat Kampung..

Semalam En Hubby n Akiff balik kampung.. Tujuannya untuk tinggal Akiff kat kampung.. Akiff bukan main suka la.. Ramai geng laa.. En. Hubby cakap.. Bila dah masuk simpang kat kampung tu dia dah melompat keriangan dah.. "Yeaah.. Yeaaah.. Nak pi 'asa'..." Ehh... Tau dah sampai dah... Selama ni dia cakap kat kami 'nak pi asa' rupanya tu nak pi jumpa geng dia kat kampung.. Si Erisya. Hadoi.. Penat ummie n abah pikir apekebende la... Sekarang dah dapat tau.. Aku dah agak dah.. Asa tu erisya.. Anak cik nah aku... Betul tekaan aku... Hahahaha...

Okey berbalik kepada Akiff kat kampung.. Akiff kalau kat kampung memang dia tak reti dalam rumah.. Banyak rumah dia nak menyinggah.. Tak pun dia cari 'asa' dia la.. Ya la.. Kat situ semua rumah saudara aku berkelompok kat kawasan situ..

Haaa... Asa Akiff yang hujung sekali tuu.. Yang tengah tu Naim.. Anak cousin aku..


Haa.. Ni gambar whatsup dari En. Hubby.. Aku suruh dia hantar sekeping gambar nak tengok dia buat apa.. Tengah layan kartun Rio masa ni.. Tapi... Sekejap ja En. Hubby aku cakap.. Tak habis cerita pun.. Dah nak main kat luar.. Kalau kat rumah tuu.. Bukan main ulang cerita ni... Hahaha.. Ya laa.. Nak keluar pi mana.. Geng pun takdak..

Haa... Malam ni Akiff tidur dengan maktok dia.. Bagi biasa sebab nanti nak tinggai dia kat kampung.. Takut malam-malam cari pulak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...