Tuesday 29 July 2014

Salam Aidilfitri.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dan ampun maaf sekiranya ada yg terguris sepanjang penulisanku ini kepada semua pembaca blog Indahnya Kehidupan dari kami sekeluarga.

p/s : Baju raya aku n akiff tahun ni di sponsor oleh cik ton a.k.a my mum..

Friday 25 July 2014

Minggu Ramadhan Akhir Di Sibu...

Assalamualaikum..

Minggu akhir Ramadhan ni aku n kawan aku ila dah malas nak masak dah.. So, kami decide nak berbuka di luar sepanjang minggu tu... Mood nak balik raya dah sampai masa ni.. Hehehe..


Hahaha... Kita selfie dulu.. Ni la kawan aku ila tu.. Hehehe..


Okey... Kalau datang ke Sibu mesti terjah Singapore Chicken Rice.. Nasi ayam dia memang sedap.. Dalam minggu ni kami gi makan kat SCR dua kali.. Tapi aku tak makan nasi ayam sebab aku nak rasa menu lain pulak. Ada yang aku tau nama ada yang aku tak tau.. Hehehe... Antara menu-menunya.... Haaa... Diharap bersabar la eek..


Mee jawa dia sedap gak ni.. Nanti try la..


Ni chicken chop cheese.. Aku tak berapa nak suka sangat sebab kuah dia macam tak best jer.. Dan tak rasa cheese pun..


Yang ni sedap jugak.. Yang ni ikan.. Tapi sorry.. Aku lupa nama dia.. Hehehe...


Lepas tu dua kali jugak kami terjah Ipoh Town Cafe. Sedap gak menu dia yang kat atas ni.. Macam old town punya menu.. Kebanyakannya aku lupa nama dia.. Sebab nama dia susah nak ingat..


Yang ni kawan aku makan.. Macam nasi goreng tomyam pun ada.. Sedap gak.. Berbaloi..


Yang ni macam nasi dgn ayam masak kicap.. Ila cakap sedap jugak..


Yang ni ayam dia sedap.. Black paper with honey.. Best.. Hiihi..


Nampak tak serai tu.. Haaa... Jus oren dengan serai..Mula-mula bila dengar serai aku gerun jugak.. Kebetulan kawan aku ni pun tersalah order sebenarnya..Dia ingat Orang juice with lemon.. Rupanya lemongrass.. Tapi memang best la.. Untuk kali kedua kami gi makan.. Kami order air ni lagi sekali. Aku order honey lemon juice... Tapi masam gila. Aku rasa dia tak letak honey pun.. Huhuhu... Okey dah cuci mata? Hehehehe..


Yeaaahhh... Hari yang tunggu dah tiba.. Malam ni aku balik KL... Flight pukul 9 malam ni.. Tak sabar.. Tak sabar.. Tak sabar..





Wajah Arjuna Beta...

Assalamualaikum... 

Tak sabarnya aku hari ni.. Kerja dah settle.. Mood nak balik dah datang ni.. Tapi flight aku malam ni.. Huhuhuhu.. Akiff tunggu ummie balik eek...

Rindu budak kecik ni sorang.. Huhuhu... Tengok dia senyum.. Bila fon abah dia cakap tengah tengok tab.. Tapi akiff ni bila ada budak baya dia.. Dia boleh tinggai tab dia.. 


Nampak tak? Masa ni Akiff tengah "tolong" abah dia lipat baju.. Hahaha... Rajin kan abah Akiff.. Hehehe...

Thursday 24 July 2014

Survey tiket flight.


Assalamualaikum...

Gambar di atas merupakan contengan kertas tentang harga tiket kapal terbang.. Aku akan survey harga tiket kapal terbang Air Asia n MAS saja.. KENAPA? Sebab tu ja yang ada.. Huhuhu.. Kenapa la MALINDO tak ada pernerbangan dari Sibu ni. Huhuhu.. Kesian kat golongan yang macam aku ni la.. Nampak tak bukan main aku conteng.. Tiket flight ni kalau lambat mula la dia naik harga.. Bila aku survey hari ni harga lain.. Minggu depan harga lain dah. MALINDO please datang ke Sibu.. Huhuhu... Aku mintak sangat.. Kalau satu flight pun jadi laa.. Tapi petang la.. Sure orang akan ambil punya.. Hehehe.. 

Monday 21 July 2014

Salam Lebaran dari kejauhan..


Assalamualaikum semua kenalan dan keluarga yang berada di seberang laut sana... Zaza di sini mendoakan kesejahteraan semua di sana.. Sepanjang Ramadhan ini, menjadi satu pengalaman yang baru apabila berbuka puasa seorang diri di sini. Tapi jangan risau ada kawan yang menemani untuk pergi ke bazar Ramadhan di sini. Walaupun, berbuka asing-asing.. Walaupun terasa sedih tanpa Akiff n suami, terpaksa juga ku harungi.. Di kesempatan ini zaza mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua kenalan yang mengenali diri ini dan kepada keluarga tercinta samada di Penang atau di Kedah.. Kepada suami tercinta dan Akiff... Tunggu kepulangan insan tersayangmu ini.. Jumaat ku menyusul.. Salam sayang dari ZAZA...

Ceeeeewaaaaahhh... Macam tulis surat pulak... Biarlaaa... Sesekali nak rasa macam dulu-dulu hantar kad raya.. Nak beli kad raya tak berkesempatan... Bila keluar ja asyik terlupa nak beli.. Hehehe...

Sunday 20 July 2014

Bersahur dengan sekotak susu coklat Anlene.

Assalamualaikum.. 

Tadi pagi aku terlewat bangun sahur.. 4.40 pagi... Waktu imsak kat Sibu sekarang ni pukul 5.00pagi.. Nasib baik la aku ada beli susu coklat Anlene.. Aku minum satu kotak n kurma.. Yang tu dah buat aku kenyang.. Aku ni bukannya lalu nak makan berat-berat macam nasi ka... Cukup hanya roti dan milo pun dah cukup.. 


Haaa... Nampak tak? Nasib ada susu kotak ni.. Kalau sapa yang tak suka minum susu boleh minum susu coklat ni.. Sebab dia tak rasa macam susu.. Rasa coklat.. Betoi dak apa yang aku cakap ni... Hahaha... Okey... Lupa pulak nak bagi tahu... INI BUKAN ENTRY BERBAYAR YER.. Aku hanya kongsikan jer... Okey... Selamat bersahur dan menunaikan ibadah puasa.. ^-^

Sampul Duit Raya dari Perodua..


Kelmarin aku pergi servis kereta viva kawan aku yang sekarang tengah cuti bersalin.. Aku pergi dengan kawan aku ila di Pusat Servis Perodua Bukit Lima, Sibu... Gambar di atas tu sampul duit raya perodua.. Cantik kan? So, dah pergi berdua... Bahagi dua la sampul tu... Hehehe...

Friday 18 July 2014

Al-Fatihah kepada semua crew dan penumpang MH 17.

Semua sedia maklum bahawa kita dah mengetahui apa yang terjadi ke atas MH 17 ini.. Apa yang berlaku ke atas MH 17 ni membuatkan aku rasa teramat sedih.. Dalam penerbangan ni ada pramugari yang aku kenal.. Aku kenal keluarga beliau.. Masih rasa terkejut dan tak percaya.. Harap keluarga beliau tabah menghadapinya.. Berat kita memandang... Berat lagi bahu memikulnya.. Al-Fatihah kepada semua crew dan penumpang MH17. Dan Takziah kepad keluarga mereka.. Harap tabah mengharunginya..


Thursday 17 July 2014

Lagu Raya Berkumandang...

Haaa... Dah 19 hari kita berpuasa.. Mesti dah berkumandang lagu raya di corong-corong radio... Aku bila dengar Lagu Raya pagi tadi rasa sebak ja.. Ya laa... 1st time nak dekat-dekat raya ni masih di perantauan.. Huhuhu....


Wednesday 16 July 2014

Talkative Akiff..

Tadi balik dari sekolah terus aku call Tok Su Akiff (Pengasuh Akiff).. Mujur Akiff belum tido petang lagi.. So, sempat la bercakap dengan dia walaupun sekejap.. Terubat rindu bila dengar suara dia.. Kalau aku call En. Hubby lagi la.. Dia lari mengekek gelak tutup muka dengan bantal tak mau cakap dengan aku.. Akiff kalau ada abah dia... Dia gedik sikit.. Hahaha... Kalau call Tok Su Akiff dapat la aku cakap dengan dia..

Hari ni Tok Su Akiff cakap dia mengadu pasal kejadian semalam... Akiff cakap umah kotoq... Abah Vacum... Akiff takut... Akiff makan aiskrim... Pot Pet Pot Pet... Jenuh melayan.. Hahaha.. Okay aku terjemahkan eek.. Rumah kotor sebab Akiff makan roti habis bersepah.. Dah bersepah tu abah dia ambil vacum.. Disebab kan Akiff ni penakut Vacum dia nangis la... Lepas tu dia cakap la dia makan aiskrim masa keluar dengan Abah pi jalan-jalan.. Hahaha... Haaa... Lagi satu... Tok Su Akiff cakap dia bawak wisel. Lepas dia tiup dia ketawa.. Tiup... Ketawa.. Tiup Ketawa... Hahaha... Biasa la dapat benda baru..

Tak sabarnya nak balik nak dengar dia pot pet pot pet...


Wordless Wednesday : 1st time Pageviews Mencecah 500 lebih..

Semalam punya jakun tak habis lagi.. Hihihi... Ni 1st time aku dapat pageviews 500 lebih.. Yeeah.. Hihihi... Jakun kan.. Ada orang dapat pageview lebih 1000 tak heran kan? Hahaha... Aku saja nak kembang sorang2.. Hihihi...


Tuesday 15 July 2014

Nuffnang CPUV : Julie's X Line New Package n Invest Smart Campaign.

Assalamualaikum...

Ni 1st time aku buat entry tentang CPUV (Cost Per Unique Visit) Nuffnang ni.. Ok.. Ni bukan kali pertama Nuffnang bagi.. Dah berkali-kali dah.. Aku jer yang baru nak bagi tau.. Hahaha...



Nampak tak? Ada dua..

Yang pertama ni tentang Julie's X Line New Package.. Yang ni limited edition tau...


Julie's baru melancarkan Pakej baru bersama Line.. Nampak tak? Cute kan.. Untuk keterangan lanjut sila Klik sini..



Okay... Yang ni CPUV yang kedua tentang Invest Smart Campaign.. Untuk keterangan lanjut KLIK SINI..

Monday 14 July 2014

Luahan Ending Kerana Terpaksa Aku Relakan..

Assalamualaikum...

Sumber gambar : google


Aku nak meluahkan perasaan sikit tentang Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.. Aku memang peminat setia drama ni.. Sampai menangis-nangis.. Hahaha... Boleh gitu.. En. Hubby aku pun tahu dah... Dia duk kata asyik drama jaa... Tau dah bini dia macam mana kalau tengok drama walaupun dia tak nampak apa yang berlaku masa aku tengok drama ni... Hahahaha...

Tapi..... Dah berapa lama aku duk ikut cerita ni... Tiba-tiba ending dia macam laju ja nak habiskan.. Boleh pulak dialog Dato' Sofea yang terakhir tu... Sebenarnya auntie tahu mak Indah di mana... Gggrrrrrrr.... Geram aku. Macam tergantung jer... Macam ada sambung jer... Macam tak puas hati jer... Huhuhu... Banyak yang persoalkan.. Dato' Sofea ni kenal ke dengan mak Indah? Apa hubungan mak Indah dengan Dato' Sofea ni?

Hiiissshhh... Macam-macam persoalan lah... Apa-apa pun.. Cerita ni membuatkan aku nak beli novel dia... Tu mesti nak suruh beli novel tu.. Aku memang cari novel ni lama dah.. Tapi habis stock.. So, kena tunggu la.. Mesti ada punyaa...

Segmen : Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah



Pada zaman era moden ini, amalan kirim-mengirim kad raya tidak dilupakan. Walaupun zaman sekarang orang ramai lebih gemar mengirim balas ucapan Hari Raya menggunaan pesanan ringkas SMS, WhatsApp dan sebagainya, kad raya masih antara yang the best. Hehe

Oleh itu, satu Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah diadakan. Bermula hari ini 13hb July dan berakhir pada 20hb July jam 12 tengah hari. Sesiapa yang nak kad raya, dijemput untuk sertai.

Syarat-syarat:
1. Follow blog Bila Jari Mula Menaip, add to circle G+ EkaTikah.
2. KLIK   .
3. Buat entri bertajuk Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah.
4. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Credit to MiaLiana.Com

5. Tinggalkan URL entri di ruangan komen entri ini.

Pilihan Pemenang:
1. 20 orang pemenang akan dipilih menggunakan Ramdom.org.
2. Pemenang akan diumumkan sama tarikh tamat penyertaan.

 Selamat menjoinkan diri  

Salam Nuzul Al-Quran..

Sumber : Google

Sunday 13 July 2014

#15 Ramadhan : Lagi 2 minggu ja...

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar dah 15 hari kita berpuasa... Ada yang dah ponteng? Hehehehe.... Aku ni dah mengira hari.. Esok isnin... Selasa cuti... Lepas tu kerja balik... Lepas tu minggu lagi satu.. Hoooray.... Boleh balik dah.. MInggu akhir sekolah tu.. Nak masak kat rumah pun aku tak ada mood dah.. Aku dah plan dengan kawan aku.. Minggu akhir tu kami nak beli jaaa kat Bazar Ramadhan... Hahaha.... Adooooiiii.... Lagi 2 minggu ja lagi... Sabaq sat zaza ooi... Tak lama lagi tu.. Huhuhu.... 

Handbag Ku Putus Talinya..


Nampak tak? Dah putus dah tali handbag aku.. Aku ni suka letak macam-macam dalam handbag. Tu belum mainan Akiff n barang En Hubby aku ni.. Tapi, aku rasa beg ni merajuk pun ada sebab dia tau aku beli handbag baru. klik situ. Tu yang dia merajuk tu.. Huhuhu..

Tapi sekarang kat sini aku pakai beg lain.. Ke hulu ke hilir aku bawak.. Nasib la ada beg ni.. Kalau tidak kena beli lagi.. Kan membazir.. Hehehe...


Beg kain ni la aku bawak.. Besar kan..Macam-macam aku boleh letak dalam tu..


Saturday 12 July 2014

Segmen Raya 2014 Bublynotes : Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

Shopping Online Raya...

Raya lagi 2 minggu ja.. Baju Raya aku rasanya dah cukup kut.. Tak payah nak beli dah.. Tahun ni jimat sikit.. Nak tahu kenapa jimat? Kain untuk buat baju raya tu mak aku sponsor masa mak aku pi Rombongan ke Bandung hari tu.. Baju pulak mak aku jahitkan.. Nak tahu baju raya tahun ni color apa? Nanti aku tunjukkan... Surprise.. Hahaha... Okey.. Baju raya dah settle.. Tak payah fikir dah walaupun belum siap lagi.. Hihihi.. 

Baju blouse aku dah beli online.. Baru-baru ni En. Hubby aku dapat voucer dari ZALORA RM150.. Aku bayar RM50 ja.. Sebab En Hubby pesan beli lebih dari voucher tu jangan kurang.. Hihihi.. So aku dibenarkan guna voucher tu 100%... Mula-mula tu ingatkan nak beli baju En. Hubby sekali.. Pilih punya pilih... Size En Hubby aku ni kecik sangat.. Hihhihi... Tak ada size untuk En. Hubby aku.. So, Baju aku saja lah aku borong.. Aku dapat voucer ni ada la nak dekat sebulan.. Lepas tu pemilihan nak beli baju apa pun aku ambil masa sebulan.. Berpinau aku nak pilih.. Banyak pilihan sangat.. Huhuhu... So, aku dapat tangkap 2 baju blouse n 2 handbag... Bag mesti beli.. Aku ni "Hantu Beg".. Nanti balik kampung mesti mak aku cakap.. Beli beg baru lagi? Itu sudah menjadi kebiasaan... Walaupun beg yang aku guna ni dah putus.. Huhuhu... Ehhh... Aku tak bagi tau eek? Nanti aku bagi tau aku pakai beg apa letak purse aku.. Hehehe... Tapi, beg yang mak aku bagi masih ada lagi kat rumah KL nuuuu... Mak aku ni dah tau aku ni gila beg dia asyik bagi ja beg yang dia tak mau kat aku. Hahaha... Eh... Dah melalut dah ni cerita pasal beg.. Apa laaaa.... Hahaha...


Haa... Nampak tak? Segedabak kotak hantar kat aku.. Ambil masa 2 hari ja nak sampai kat alamat yang aku bagi tuu.. Aku rasa sekejapjugak..


Ni hasil tangkapan aku dari ZALORA.. Plastik pun En. Hubby aku tak buang masa tangkap gambar.. Hahaha... Baju tu tak tau la muat ka tak.. Mintak-mintak muat la.. Rasanya aku dah ukur ukuran yang dia bagi n pilih yang sesuai.. Ehhh... Ada lagi.. Tudung raya aku belum tunjuk.. Hehehe..


Haaa... Tudung aku beli kat SUGARSCARF.. Aku ada tengok kat ZALORA.. Tapi, tak meenuhi kriteria yang aku nak.. Ceeewaaah.. Hahaha.. Bukan apa aku nak pilih color yang aku nak tak jumpa..


Ini lah hasil tangkapan aku... Tak sabarnya nak tengok.. Hihihihi.. Semua ni aku Online Shopping ja.. Semuanya dihujung jari.. Hahahahaha... Tapi INGAT... Online Shopping ni kita tak nampak keluarkan duit.. So, beringatlah semasa membeli.. Siapkan TARGET n BUDGET di kepala masa nak membeli tu.. Dan beli barang di website yang dipercayai.. Jangan tertipu.. Hihihi.. Pesanan hamba kepada tuan hamba semua.. Hehehe...

Friday 11 July 2014

Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju


Mimpi Buruk

Gambar hiasan dari En. Google

Aduuuusss... Tak tenteram aku pagi tadi.. Dalam pukul 2 macam tu aku mimpi buruk pasal Akiff.. Menangis aku. Bangun terus whatsapp En. Hubby suruh jaga Akiff elok-elok.. Mengucap panjang aku bila teringat balik.. Ketaq habis dah ni.. Lepas tu ambil masa jugak la nak tidur balik.. Mintak dijauhkan la perkara-perkara buruk terjadi kepada Akiff... Amiinnnn... Orang cakap mimpi itu mainan tidur..

Thursday 10 July 2014

Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe


Haaa... Nak join la Segmen Zamani Abe ni.. Mana tau dapat ka... Hehehe.. Segmen ni tak ada tarikh tutup tapi bila-bila masa ja Zamani Abe boleh tutup.. Hehehe.. Cepat-cepatlah join...


Sampul Duit Raya Handmade...


Haaa... Nampak tak apa dia? Sampul duit raya.. Aku ni tak ada kerja suka cari kerja.. Hahaha... Ni aku buat guna pembalut hadiah ja.. Satu pembalut hadiah ni boleh dapat 12 sampul.. 8 sampul panjang... 4 sampul pendek.. Saja jer suka-suka nak buat ni.. Semangat nak balik kampung ni.. Baru 12 hari berpuasa, perasaan nak balik jumpa my hubby n Akiff membuak-buak.. Huhuhu...

Tuesday 8 July 2014

Chicken and Cheese Paratha Handmade...

Assalamualaikum...

Akiff sejak akhir-akhir ini memang susah nak makan.. Kadang-kadang susu jer... Masa cuti sekolah hari tu aku buatkan Chicken and Cheese Paratha yang Akiff suka sangat makan.. Bahan-bahan memang dah dibeli oleh en hubby..


Hmmm... Senang ja cara membuatnya.. Paratha tu bakar sebelah dulu dengan api yang kecik.. Bila dah kalih tu baru la letak Chicken Ham, Cheese, lada n aregano.. Kalau tak letak aregano pun tak apa.. Bakar la sampai masak.. Jangan sampai hangit.. Hahaha... Lepas tu lipat...


Taraaaaa... Dah jadi... Hihihihi... Cubalah senang jer..

Friday 4 July 2014

Tahun ni tak ada kuih raya?

Assalamualakum... Salam Ramadhan..



Kelmarin my sister in law tanya tahun ni tak ada kuih raya ka? Tahun ni aku tak sempat buat.. Balik dari Sarawak pun lagi 3 hari nak raya.. Huhuhu... Cuti seminggu ja... Selalunya tiap-tiap tahun aku buat 2 jenis kuih raya.. Satu choc chip n satu lagi cornflake with oat.. Bawak balik kat penang sikit... Kat kedah sikit rumah mertua aku.. Tapi tahun ni rasa terkilan jugak sebab tak sempat nak buat kuih raya.. Huhuhu... SORRY... 

Wednesday 2 July 2014

Dugaan Bulan Ramadhan..

Assalamualaikum...

Bangun sahur pagi tadi dapat mesej dari kawan tanya ada air tak kat rumah.. Bangun cek tengok... Memang tak ada air la.. Balik sekolah pun...Air belum menjelma gak.. Pakai tak masak la hari ni.. Makan kat luar dengan kawan aku ni... Huhuhu... Nasib ada simpan air sikit... Minrak-mintak lah petang ni dah ada air... Huhuhuhu...

Tuesday 1 July 2014

Cousin Akiff Lagi..

Pada 4hb Jun 2014 pukul 8 pagi.. Kak Ipar aku selamat melahirkan anak lelaki yang kedua seberat 2.7kg... Nama dia Farid Ashran..


Baru lepas mandi ja ni.. Mama dia cakap keja tidur jaa...

Akiff main permainan tradisional..

Assalamualaikum...

Baru-baru ini... Tak baru la sangat.. Cerita dah lama dah.. Hahaha.. Akiff balik kampung kat penang.. Bila balik penang mesti dia nak main kat luar.. Sebab kawasan kampung.. Kalau balik kedah dia pandai pulak bangun pagi-pagi tak kalut nak main kat luar.. Tahu dah keadaan macam mana.. Sebab mertua aku duduk rumah taman...


Haa... Permainan tradisional.. Guli.. Pernah main tak masa kecik-kecik dulu.. Akiff masih berpeluang main guli bila balik kampung... Kalau duduk kat KL nak main kat mana la.. Rumah pun bertingkat-tingkat bukannya rumah teres..


Nampak? Ada gaya tak? Hahaha...

Nampak tak "asa" tengah mengarah tuuu...


Yang pakai singlet tu adik aku yang bongsu.. Baju pink tu Kak Yang akiff.. Pantang nampak Kak Yang.. Keja nak merap Kak Yang ja.. Rapat sungguh dia dengan Kak Yang..


Haa... Dah ramai dah.. Ni kawasan rumah aku kat kampung..



Nampak? Macam-macam gaya ada.. Akiff bukan main cekak pinggang...