Thursday 22 October 2015

Prop untuk persembahan.

Minggu lepas pelajar-pelajar istimewaku ada buat persembahan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan.. Kami pilih persembahan Parodi Lagu "Untuk Dia"... Lagu dari Najwa Latiff vs Sleeq..

 Ni salah seorang orang kuat yang buat prop.. Aku cuma lukis ja.. Dia la yg buat prop ni macam mana nak pegang n nampak macam 3D.. Pelajar ni kreatif jugak tau.. Dia memang rajin kalau bab-bab nak tolong cikgu ni..



Prop yang dah siap.. Aku bersama cikgu yang menjayakan persembahan Parodi ni.. Memang terbaik..


Prop hati untuk pelajar.. Simple jer..

Jerebu makin teruk..

Gambar ambil dari Google Image..

Dah 4 hari aku tak bekerja kerana dicutikan akibat jerebu.. Aku dengan Azif memang tak ke mana la.. Terperap ja dalam rumah.. Aku duduk rumah pun buka pintu dapur pun dah bau asap. Inikan pula nak keluar dengan Azif yang baru saja 4 bulan.. Cuma Akiff ja kena pergi sekolah sebab sekolah dia ada latihan persembahan dan kerja-kerja sekolah yang dia tak sempat buat.. Masa aku cuti berpantang pun dia ikut cuti sekali tu yang banyak tertinggal.. Bila keluar memang Akiff akan pakai topeng la.. Takut nanti dia jatuh sakit pulak.. Yang aku duduk rumah pun dah mula selsema n gatai hidung dah.. Harap jerebu akan berkurangan dan terus hilang.. Ni semua kerja manusia yang tak tahu menghargai alam semesta.. 

p:s - Jaga kesihatan yer semua...

Tuesday 6 October 2015

Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com

Wow... Ada giveaway yang hadiah dia Adijuma bawal la... I like i like.. Hehehe..



Segmen ni akan berakhir 30 Oktober 2015 jam 10 malam ni.. Jom pakat-pakat join.. Tapi ada syarat-syaratnya... Nak tahu syaratnya klik kat banner atas tuu..

Peminat Adijuma bawal

Kalau ikutkan dalam almari tu macam-macam tudung aku ada.. Selendang la, bawal la, yang sarung terus laa.. Macam-macam.. Tapi aku lebih selesa pakai tudung jenis bawal lagi. Kalau selendang tu bila rajin nak membelit.. Yang sarung terus tu bila aku rasa aku kena cepat.. Hehehe..

Mula-mula tu tudung Adijuma ni aku suka bila start my BFF dari perlis hadiahkan aku tudung Adijuma ni.. Bila pakai tu... Tudung ni macam terletak ja. Muncung dia pun elok.. Ni istilah-istilah tudung.. Orang pompuan ja tau.. Hahaha... Start dari situ aku dah minat kat Adijuma ni.. 


Ni la yang BFF aku dari Perlis hadiahkan.. Thanks Wan Syafuri.. Nanti hadiah la lagi.. Hahhaha.. Demand kau..

Bila dah masuk sekolah baru pulak.. Ada kawan aku ni jual tudung Adijuma ni.. Apa lagi.. Setiap kali dia tunjuk tudung Adijuma ni aku borong.. Nak pergi butik dia memang tak la.. Sebab aku ni bukan jenis yang suka bersesak dengan orang..


Ni antara koleksi Adijuma aku.. Ada yang dalam bakul lagi.. Masih belum berbasuh lagi...

Monday 5 October 2015

Homemade Aiskrim

Hari ni n esok cuti jerebu.. Aku dah berapa kali menyanyi nak buat aiskrim.. Tapi tak buat-buat lagi.. Hahaha.. Hari ni sempat jugak buat aiskrim.. Walaupun kelam kabut dengan Azif yang tak mau nak duduk sorang-sorang. Nak kena ada orang duk sebelah dia.. Nak kena ada depan mata dia..

Okey.. Macam mana boleh pulak terjebak nak buat aiskrim ni kan.. Cuti sekolah hari tu... Alaaa... Hari Raya Haji tu.. Balik raya rumah mak mertua aku.. Kak ipar aku duk buat aiskrim ni laa.. Habis dia buat.. Habis dia buat.. Habis satu kampung berjangkit buat aiskrim. Aku ambil resepi ni kat dia la.. Dia ambil resepi ni kat FB...Hehehe..

Ramai yang minta resepi ni.. Ni aku share ok..


Bahan-bahan :
1 tin susu pekat
2 tin air (guna tin susu pekat tadi)
1 sudu besar penuh tepung jagung
1 sudu besar ovelette
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Masukkan susu dengan 2 tin air dan tepung jagung ke dalam periuk. Kacau atas api. Agak-agak tepung jagung tu masak. Tak payah tunggu mendidih. Lepas tu tunggu sejuk dulu.. 

Bila dah sejuk... Masukkan adunan susu tadi ke bekas lain yang lebih besar. Masukkan ovellette dan esen vanila.

Guna mixer pada tahap laju yang tinggi.. Pukul sehingga adunan jadi ringan dan gebu. Dalam setengah jam macam tu la.. Kalau setengah besen dah kembang naik nak penuh macam tu la..

Dah pukul tu.. Yang ni perisa vanila saja. Kalau nak letak perisa tu ikut suka masing-masing.. Aku buat perisa cokelat, mocha n vanila. Aku guna pes (yang pekat sikit tu). Kalau nak perisa strawberi.. Letak la pes strawberi n kacau.. Hiasan dia boleh letak macam-macam. Aku letak chocolate rice n chocolate chip.. Sebab Akiff memang suka cokelat..

Eeeh... Tak leh makan terus tau. Kena bekukan semalaman.. 

Okey.. Selamat mancuba..