nuffnang adds

Monday, 5 October 2015

Homemade Aiskrim

Hari ni n esok cuti jerebu.. Aku dah berapa kali menyanyi nak buat aiskrim.. Tapi tak buat-buat lagi.. Hahaha.. Hari ni sempat jugak buat aiskrim.. Walaupun kelam kabut dengan Azif yang tak mau nak duduk sorang-sorang. Nak kena ada orang duk sebelah dia.. Nak kena ada depan mata dia..

Okey.. Macam mana boleh pulak terjebak nak buat aiskrim ni kan.. Cuti sekolah hari tu... Alaaa... Hari Raya Haji tu.. Balik raya rumah mak mertua aku.. Kak ipar aku duk buat aiskrim ni laa.. Habis dia buat.. Habis dia buat.. Habis satu kampung berjangkit buat aiskrim. Aku ambil resepi ni kat dia la.. Dia ambil resepi ni kat FB...Hehehe..

Ramai yang minta resepi ni.. Ni aku share ok..


Bahan-bahan :
1 tin susu pekat
2 tin air (guna tin susu pekat tadi)
1 sudu besar penuh tepung jagung
1 sudu besar ovelette
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Masukkan susu dengan 2 tin air dan tepung jagung ke dalam periuk. Kacau atas api. Agak-agak tepung jagung tu masak. Tak payah tunggu mendidih. Lepas tu tunggu sejuk dulu.. 

Bila dah sejuk... Masukkan adunan susu tadi ke bekas lain yang lebih besar. Masukkan ovellette dan esen vanila.

Guna mixer pada tahap laju yang tinggi.. Pukul sehingga adunan jadi ringan dan gebu. Dalam setengah jam macam tu la.. Kalau setengah besen dah kembang naik nak penuh macam tu la..

Dah pukul tu.. Yang ni perisa vanila saja. Kalau nak letak perisa tu ikut suka masing-masing.. Aku buat perisa cokelat, mocha n vanila. Aku guna pes (yang pekat sikit tu). Kalau nak perisa strawberi.. Letak la pes strawberi n kacau.. Hiasan dia boleh letak macam-macam. Aku letak chocolate rice n chocolate chip.. Sebab Akiff memang suka cokelat..

Eeeh... Tak leh makan terus tau. Kena bekukan semalaman.. 

Okey.. Selamat mancuba..

10 comments:

  1. alaaaaa.... kenapa hari Sabtu tu tak bawak? hu hu hu... terliur nih terliur... he he he... auntyyyy, pleaseee bawa untuk Ash pleaseee...ha ha ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari sabtu hari tu belum buat.. Hehehe..

      Delete
  2. dulu pernah buat, pas tu x makan, sbb letak kekacang yg dah ada bau.hehehe. nt nk buat lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti buat la eek.. Tak pun aiskrim ni tukar dgn pavlova.. Hehehe..

      Delete
  3. Comelnya buat individual servings begitu. Senang nak makan :)

    ReplyDelete
  4. bestnya..nak buat pun macam nampak senang jer kan...eh...Sabtu lepas ada? kenapa tak tegur..kita ni lagi la orang baru x kenal orang sangat...next kalau jumpa tegur tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu ikut husband jer.. Kita ni biasa-biasa ja.. Hehehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...