Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Saturday, 2 January 2016

Salam Tahun Baru 2016...

Tahun baru 2016 penuh dengan cabaran yang menunggu.. Dengan Pengetua baru yang aku rasa terlalu tegas dan akan membuat para gurunya berada dalam keadaan tertekan.. Maybe.. Aku harap dapat menempuhnya.. 

Malam Tahun Baru ni kami anak beranak duduk dalam rumah jaaa... Adik Azif Zafri demam pulak.. Rasanya sebab cucuk 6 bulan kut.. Alhamdulillah.. Sekarang dah baik... Sekarang Azif dah boleh meniarap dan mengesot ke depan.. Tangan pun dah cepat nak capai barang dah.. Harap adik membesar dengan sihat.. Aminn..

Tuesday, 22 December 2015

Program hujung tahun sekolah.

Alhamdulillah... Kerja untuk tahun 2015 sempat aku habiskan walaupun terdapat beberapa kekangan.. Akhir bulan 10 dan awal bulan 11 yang amat memenatkan.. Pelbagai masalah dan cabaran untuk kami guru-guru PPKI SMK Taman Seri Rampai. Semangat kerjasama kami yang terhasilnya program ini. Walaupun program ini last minit... Sempat kami siapkan..

Program yang dijalankan hujung tahun ni ialah Minggu Inovasi dan Kreativiti yang bukan la inovasi sangat pun.. Lebih kepada kreatif jaaa...

Minggu Inovasi dan Kreativiti

Minggu inovasi dan kreativiti iaitu program yang melibatkan usahasama pelajar pendidikan khas.. Dimana melalui program ini pelajar dapat memperluaskan lagi kemahiran mereka. Program ni melibatkan 8 guru iaitu 1 guru 1 inovasi dan kreativiti. Antaranya, batik, Pertuturan KIU, Papan Masa Ajaib, Lampu Ajaib, Sensori Bag, Baja Organik, Pasu Hiasan dan Jaring Huruf.

1. Batik

Slot batik dipenuhi dengan demonstrasi pelbagai kaedah membuat batik. Pelajar Pendidikan Khas yang aras rendah, aras sederhana dan aras tinggi turut terlibat.


Masa ni pelajar tengah ikat batu dekat kain.. Lepas tu depa akan warnakan kain tu..


Pelajar ni tengah pusingkan baju t-shirt kosong.. Lepas tu ikat getah banyak-banyak baru warnakan..


Masa ni proses nak warnakan kain..


Ni antara hasil dari kreativiti pelajar.


Baju ni dah siap diwarnakan..

2. Lampu ajaib.

Lampu ajaib ni untuk tingkatkan kemahiran pelajar dalam asas elektrik. Lampu ajaib ini menggunakan barang terpakai. 


Antara bahan yang diperlukan..


Ni salah seorang pelajar yang berbakat.. Dia tengah lilitkan benang kat botol tu..


Tengok... Ramai pelajar yang berminat.. Cikgu pun join sekali..


Masa ni Cikgu Nor tengah tunjukkan cara-caranya..


Pelajar ni tengah masukkan wayar kat plug.. Nampak ja senang kan.. Tapi sukar bagi pelajar-pelajar khas ni..


Taraaaa... Berjaya.. Menyala pun.. Hehehe..

3. Sensori Bag

Pernah dengar sensori bag? Ni bagus untuk sentuhan.. Teknik ni sesuai untuk pelajar yang aras rendah... Contohnya pelajar cerebral palsy.. Boleh mengasah lagi motor halus mereka.. 


Ni antara bahannya.. Kena guna plastik seal mcm tu.. Klu tak ada ambil plastik biasa pun boleh... Lepas tu salotape keliling supaya tak terkeluar minyak n air kat dalam tu..


Kita boleh pelbagaikan tema.. Yang ni.. Pelajar tengah susun huruf ABC..


Cikgu Zira tengah tolong pelajar untuk sealkan plastik tu..


Pelajar ni tengah letak jel rambut..


Pelajar ni tengah susun mengikut warna yang sama.. 


Ni antara hasil guru dan pelajar...

4. Jaring Huruf

Jaring huruf ni bertujuan supaya pelajar boleh mengecam abjad dan daripada situ boleh membentuk perkataan..


Antara bahan-bahan yang digunakan.. Bahan utama mestilah jaring..


Masa ni cikgu Hanizah tengah gunting jaring...


Pelajar tengah salotape keliling jaring..


Lepas tu boleh la masukkan kertas-kertas yang di bulatkan tadi.. Bentukkan huruf..


Pelajar tengah membentuk huruf..


Pelar ni tengah masukkan kertas ke dalam jaring..

5. Pertuturan KIU

Pertuturan KIU ni salah satu Kajian Tindakan Cikgu Izwan.. Pernah mengetengahkan kajian ni di Thailand.. Pertuturan KIU ni lebih kurang macam bahasa isyarat.. Memfokuskan kepada pelajar khas supaya boleh bertutur dan membaca.. Kalau nak aplikasikan kepada anak-anak kita pun boleh.


Asasnya ialah 5 jari kita.. Hanya menggunakan 5 jari saja..


Pelajar tengah belajar asas pertuturan KIU..


Ni antara pelajar yang mahir dalam pertuturan KIU.. Cikgu Izwan ambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk pelajar menguasai keseluruhannya.. 


Ni apps yang boleh digunakan..


Ni antara contoh asas pertuturan KIU..

6. Papan Masa Ajaib

Papan masa ajaib ni memfokuskan kepada kiraan masa dan jam.. Papan masa ajaib ni memudahkan lagi pelajar pendidikan khas membuat kiraan masa dan lebih mudah faham..


Papan masa ajaib ni perlu berpandukan power point yang tertera untuk lebih menarik lagi.. Soalan-soalan tentang masa dan waktu semua berpandukan power point tersebut..


6 kotak menandakan 60 minit.. 1 jam kan bersamaan dengan 60 minit.. Cikgu akan bagi dalam minit atau jam.. So, pelajar akan kenal pasti masa yang di beri.. 


Antara soalannya 1jam 50 minit + 40 minit = ?....


Cikgu Harith tengah bagi penerangan kepada pelajar.. Tengok.. Cikgu lain pun join sekali.. Hehehe..


Masa ni ada buat kuiz sikit.. 1 kumpulan 2 orang.. Siapa cepat dia menang.. Kreatif kan cikgu-cikgu pendidikan khas.. Hihihi..

7. Pasu Hiasan.

Pasu hiasan memfokuskan kepada cara hiasan pelajar-pelajar.. Bagaimana pelajar tersebut menghias pasu.. Melihat bagaimana kreativiti pelajar-pelajar PPKI..


Antara bahan-bahan yang digunakan.. Cikgu Fatin tengah bagi penerangan..


Ni pelajar tengah gam bekas tersebut untuk dibalutkan dengan "tissue paper".. Bukan tisu yang kita lap hinguih tau.. Hahaha.. Tu yang macam kertas warna-warna tu panggil "tissue paper".. 


Boleh hiaskan dengan renda atau pelbagai hiasan..


Selepas tebuk lubang kat tepi untuk letak tali untuk digantung tuuu.... Masukkan span n batu sikit kat dalam bekas tuu..


Tiba masanya kita tengok tahap kreativiti pelajar dalam mengubah bunga..

8. Baja Organik

Akhirnya... Projek Inovasi dan Kreativiti aku.. Baja Organik.. Aku buat 3 jenis baja.. Baja kompos, baja telur dan baja roti..


Ni baja kompos... Antara bahannya terdiri daripada sisa makanan, sayuran dan rumput-rumput kering..


Pelajar ni tengah buat baja telur.. Tengah masukkan kulit telur, kacang hijau yang dah direndam semalaman dan beras yang dah rendam semalaman.. Lepas tu blend..




Pelajar ni ada masalah autisme.. Dia tengah masukkan roti ke dalam air yang tak berklorin..


Ni lah hasilnya.. Lepas 3 hari boleh guna dah.. 


p/s : aku amik masa lama nak update.. Biasa la. Bila cuti ni mood ke laut..

Thursday, 13 November 2014

Selesai sudah folio PPGB



Akhirnya aku berjaya menyudahkan folio PPGB yang dah lama aku tinggalkan.. Tiba-tiba minggu ni ada Kaunselor PPGB datang. Memandangkan aku dah tinggal lama. Sikit aja lah dia nampak hasilnya. Kebanyakannya Semua dalam laptop yang belum di print.. Memang jenuh la aku nak buat balik. Dengan kajian tindakannya lagi..

Alhamdulillah, habis jugak pagi tadi pukul 4.30 pagi. Aku bangun pukul 2.30 pagi wooo buat benda ni. Fuuuuuhhh... Pecah rekod. Sekarang dah rasa macam batu besar kat kepala aku dah hilang..

Tuesday, 7 October 2014

Lambaian Kasih dari anakku..

Cuti Hari Raya Aidil Adha telah berlalu.. Seperti biasa aku menjalani rutin harian seorang diri di sini. Eh.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.. Tak terlambat lagi kan..


Sedih pulak aku bila Akiff tengah lambai aku.. Sat ja rasa kali ni. Lepas ni 7 minggu lagi baru aku balik Kuala Lumpur. Ummie terpaksa pergi sayang. Doakan ummie cepat-cepat pindah balik Kuala Lumpur eek.. Ummie tak payah pi work jauh naik aeroplane dah..

Tuesday, 30 September 2014

Darah hijau?


Nampak tak ada kesan tompokkan hijau di pencil case n kertas aku.. Ntah masa bila la highlighter aku ni terbuka.. Habis kena kertas kerja aku.. Kena print lain. Patut la lepas habis kelas tadi ada warna hijau kat jari aku..Ingatkan kesan daripada pensil warna..

i-THINK? What do you think?


Pernah dengar tentang i-THINK? i-THINK ni famous dikalangan guru-guru ja.. Sekarang ni aku tengah sibuk nak habiskan 24 modul i-THINK ni... Dengar modulnya n ada beberapa ujian yang akan di tanya..  Agak stress bila internet slow.. Kalau aku nak masuk i-THINK ni aku selalu masuk waktu subuh.. Masa tu internet laju sikit.. Tak la aku menunggu ja.. Loading n loading...

Friday, 12 September 2014

Guru.



Sesetengah orang masih tidak faham akan tugas guru ni.. Aku tengok di laman sosial banyak yang mempersoalkan kerja guru ni. Katanya guru kerja sekerat hari. Balik rumah boleh bersenang lenang dengan family. Aku balik bukan bersenang lenang dengan family. Balik kerja tengok rumah tak ada Akiff.. Tak ada husband. Aku di bumi Sibu. Family aku di semenanjung. Balik bawak kerja yang belum siap. Itu merupakan salah satu perngorbanan yang aku perlu lakukan. Janganlah duk mengata kalau tak tahu hujung pangkalnya. Maaf lah yer kalau sesiapa yang terasa. Setiap pekerjaan tu mesti ada cabarannya.

Friday, 15 August 2014

Istimewanya mereka.

Istimewanya mereka. Mereka itu ialah anak-anak pendidikan khas aku.. Di sini aku menumpang kasih daripada mereka.


Nampak tak gambar kat atas tu.. Tu pelajar aku..Pelajar sindrom down. Dia ni pandai ambil gambar dan tinggi imaginasinya.. Rasa-rasanya dia ambil guna apa? Hehehe...




Ni berselfie dengan ketupat pulak.. Hehehe.. Bukan main suka lagi.. Buku dia tu dia anggap iPad dia.. Moment macam ni buat aku hilang pelbagai masalah dan tekanan.. Bila mengajar mereka ni kita rasa happy..