Wednesday 30 September 2015

Suamiku borong Wonda Coffee

Aku whatsapp husband bagi tahu Wonda Coffee ada jual kat 7E sebotol RM1 ja.. Ini perbualan aku dengan My Hubby..


Tengookkk.. Siap suruh borong lagi.. Ingatkan dia nak larang.. Hahaha.. Tak apa la.. Aku ingatkan dia abaikan ja la pasal wonda coffee ni..


Ni haaaa... Gambar ni dia send kat aku.. Tuudiiiaa... Sekali borong.. Haaaaammeeeekkk... Wonda Coffe ni buat promosi selama 3 hari ja... Dari 29hb September 2015 hingga 1 Oktober 2015 sempena Hari Kopi Sedunia.. Patut la tadi pagi aku dengar kat radio duk bersembang pasal kopi jaaaa...

p/s : Kalau nak tau my hubby aku celoteh pasal benda ni.. Meh KLIK..

Tuesday 29 September 2015

Akiff mengajar Azif

Masa ni aku tengah sibuk kat dapur. Suruh si Akiff ni tengokkan adik dia. Sambil tu aku jenguk la kat depan. Patut la.. Si abang tengah mengajar si adik.. Bukan main kushuk lagi adik dengar..


Nampak gaya cikgu versatile mengajar.. Hahaha.. Adik bukan main suka la ada orang melayan dia..


Okey.. Dah tukar kedudukan dah.. Azif memang suka tengok benda yang berwarna dan bergerak.. Sebab tu Azif suka duduk dalam car seat..



Posing sikit..


Ni gambar peacock... Akiff dah boleh harap dah tengok adik dia.. Pujuk adik pun boleh.. Tapi kena jenguk sama la.. Mai gedik dia yang excited tentang sesuatu ka.. Habiss.. Adik pun kemana.. Hahaha..

Monday 28 September 2015

Penangan GO SHOP

Hahahaha... Selalu aku duk tengok mak aku and mak mertua aku ja terpengaruh dengan GO SHOP ni.. Tapi yang lawaknya.. Laki aku a.k.a My Hubby pun dah kena penangan ni.. Hahaha... Mulanya aku laaa... Memang dah mengidam lama nak beli benda alah ni... Alaa.. Container yang boleh simpan toto, comforter and selimut yang banyak.. Dalam satu container tu boleh sumbat banyak toto.. Terpegun aku.. Niat di hati nak kemaskan lagi almari aku yang dah semak ni.. Banyak sangat tuala kat rumah aku ni.. Memang tak termuat.. Aku memang sengaja suka buat koleksi tuala. So, siapa-siapa yang datang menginap kat rumah aku ni tak payah bawak tuala.. Pakai ja tuala yang ada..


Ni la namanya compactor living box.. Hanya RM179.. Sebelum ni harga kat GO SHOP RM199..  Sekarang ni dia diskaun lagi.. Apa lagi.. terjebak la..


Haa... Nampak tak? Tak bersusun.. Ada tuala yang aku dah lipat duk terbiar ja kat luar almari ni.. Tak sempat nak menyimpan.. Ni gambar sebelum..


Haaa... Ni selepas.. Kemas sikit.. Container atas tu aku letak tuala.. Nampak macam penuh kan? Padahal boleh muat lagi tuu...

Hmmm.. Nak tengok tak benda apa yang my hubby aku pun terpengaruh? Sat nooo...


Haa... Yang ni la.. HiHome Shower Head.. Rumah sapa yang dia punya shower slow ja boleh la beli ni.. RM99 di GO SHOP.. Shower ni boleh tapis jugak ni.. Dia tapis karat n habuk.. Rumah aku sesuai sangat la.. Kalau balik kampung banyak hari tinggal rumah tu.. Air jadi karat ja bila nak mandi... Mudahnya sekarang nak menjual barang.. Kat TV pun boleh jual.. Dulu Smart Shop.. Sekarang GO SHOP pulak..


Azif dah boleh meniarap...

Asyik bertangguh ja entry aku ni.. Bukan apa tak ada masa.. Busy la sangat... Hahaha. Sekarang ni Azif dah 3 bulan lebih dah.. Lagi 2 minggu nak masuk 4 bulan.. Sekarang ni Azif dah boleh meniarap ja.. Laju ja dia kalih.. Letak ja terus kalih.. Tak dan dan.. Agak cepat jugak la Azif dah boleh meniarap. 3 bulan 5 hari.. Cepat dari abang dia ni.. Rasanya lagi ligat dari abang dia ni.. Setiap anak lain cabaran nak membesarkannya.. Sekarang ni Azif suka jelir-jelir lidah... Lepas tu air liur asyik menitik ja.. Nak tumbuh gigi paa... Kita tunggu dan lihat dulu.. Hehehe...


Tuesday 22 September 2015

Baby Carier Easy Wrap

Dah lama aku cari baby carier yang jenis wrap ni... Hari tu pergi expo baby kat SACC baru jumpa.. Yang ni jenis mudah sikit la.. Dia ada klik kat belakang..


Ni aku buat jenis silang. Baby boleh tidur.. Masa ni Azif selesa ja duduk dalam baby carier ni.. 


Tengok.. Dia boleh pakai dengan dua cara ni.. 


Ni kita boleh buat sling style and wrap style.