Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, 18 August 2014

Ramah Tamah di Sibujaya.

Minggu lepas aku ada tumpang kawan aku buat open house.. Rupa-rupanya orang Sarawak panggil Jamuan Raya tu "Ramah Tamah".. Aku baru tahu.. Hehehe.. Alang-alang kawan aku nak buat.. Aku tumpang sekaki la.. Buat di rumah dia.. Memang minggu tu agak kelam kabut la.. Kalau ikut perancangan nak buat hari Sabtu.. Tiba-tiba kawan aku ni kena pergi Kursus Bahasa Malaysia.. So, kami tunda hari Ahad. Memang kelam kabut la.. Ada yang aku terlupa panggil tu aku pohon kemaafan laa.. Sorry.. Huhuhu..



Kami bahagi dua menu mana yang nak disajikan.. Antara menu yang kami pada hari tu ialah...
1. Bakso
2. Laksa
3. Kuah kacang.
4. Rendang.
5. Nasi himpit a.k.a ketupat nasi.
6. Kuih raya.
7. Air sarsi..

Banyakkan? Mujur kawan aku import pembantu 4 orang student dia.. Hehehe.. Dapat la bantu kami..


Antara tetamu yang hadir..


Ni student aku.. 3 kali dia datang singgah.. Hahaha... Mujur kawan aku faham.. Aku dah agak dah dia akan ulang mai... Rumah dekat ja,. Hahaha...



Saturday, 9 August 2014

Warna Warni Hari Raya 2014..

Meh aku nak tunjuk sikit gambar yang sempat di ambil.. Credit to my best photografher a.k.a my hubby.. Hehehe... Tema baju kami tahun ni Peach pink + Blue...



Haa.. With my best freind..



Selfie sebentar bersama hubby.. Hehehe..




Kalau hari raya pertama kat rumah aku macam biasa la.. Pakai baju cantik-cantik duduk dapur.. Tapi, aku tak kisah.. Aku dah biasa macam tu.. Hihhi..


Termenung jauh Akiff..

Tuesday, 29 July 2014

Salam Aidilfitri.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dan ampun maaf sekiranya ada yg terguris sepanjang penulisanku ini kepada semua pembaca blog Indahnya Kehidupan dari kami sekeluarga.

p/s : Baju raya aku n akiff tahun ni di sponsor oleh cik ton a.k.a my mum..

Friday, 25 July 2014

Wajah Arjuna Beta...

Assalamualaikum... 

Tak sabarnya aku hari ni.. Kerja dah settle.. Mood nak balik dah datang ni.. Tapi flight aku malam ni.. Huhuhuhu.. Akiff tunggu ummie balik eek...

Rindu budak kecik ni sorang.. Huhuhu... Tengok dia senyum.. Bila fon abah dia cakap tengah tengok tab.. Tapi akiff ni bila ada budak baya dia.. Dia boleh tinggai tab dia.. 


Nampak tak? Masa ni Akiff tengah "tolong" abah dia lipat baju.. Hahaha... Rajin kan abah Akiff.. Hehehe...

Monday, 21 July 2014

Salam Lebaran dari kejauhan..


Assalamualaikum semua kenalan dan keluarga yang berada di seberang laut sana... Zaza di sini mendoakan kesejahteraan semua di sana.. Sepanjang Ramadhan ini, menjadi satu pengalaman yang baru apabila berbuka puasa seorang diri di sini. Tapi jangan risau ada kawan yang menemani untuk pergi ke bazar Ramadhan di sini. Walaupun, berbuka asing-asing.. Walaupun terasa sedih tanpa Akiff n suami, terpaksa juga ku harungi.. Di kesempatan ini zaza mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua kenalan yang mengenali diri ini dan kepada keluarga tercinta samada di Penang atau di Kedah.. Kepada suami tercinta dan Akiff... Tunggu kepulangan insan tersayangmu ini.. Jumaat ku menyusul.. Salam sayang dari ZAZA...

Ceeeeewaaaaahhh... Macam tulis surat pulak... Biarlaaa... Sesekali nak rasa macam dulu-dulu hantar kad raya.. Nak beli kad raya tak berkesempatan... Bila keluar ja asyik terlupa nak beli.. Hehehe...

Sunday, 20 July 2014

Sampul Duit Raya dari Perodua..


Kelmarin aku pergi servis kereta viva kawan aku yang sekarang tengah cuti bersalin.. Aku pergi dengan kawan aku ila di Pusat Servis Perodua Bukit Lima, Sibu... Gambar di atas tu sampul duit raya perodua.. Cantik kan? So, dah pergi berdua... Bahagi dua la sampul tu... Hehehe...

Thursday, 17 July 2014

Lagu Raya Berkumandang...

Haaa... Dah 19 hari kita berpuasa.. Mesti dah berkumandang lagu raya di corong-corong radio... Aku bila dengar Lagu Raya pagi tadi rasa sebak ja.. Ya laa... 1st time nak dekat-dekat raya ni masih di perantauan.. Huhuhu....


Saturday, 12 July 2014

Shopping Online Raya...

Raya lagi 2 minggu ja.. Baju Raya aku rasanya dah cukup kut.. Tak payah nak beli dah.. Tahun ni jimat sikit.. Nak tahu kenapa jimat? Kain untuk buat baju raya tu mak aku sponsor masa mak aku pi Rombongan ke Bandung hari tu.. Baju pulak mak aku jahitkan.. Nak tahu baju raya tahun ni color apa? Nanti aku tunjukkan... Surprise.. Hahaha... Okey.. Baju raya dah settle.. Tak payah fikir dah walaupun belum siap lagi.. Hihihi.. 

Baju blouse aku dah beli online.. Baru-baru ni En. Hubby aku dapat voucer dari ZALORA RM150.. Aku bayar RM50 ja.. Sebab En Hubby pesan beli lebih dari voucher tu jangan kurang.. Hihihi.. So aku dibenarkan guna voucher tu 100%... Mula-mula tu ingatkan nak beli baju En. Hubby sekali.. Pilih punya pilih... Size En Hubby aku ni kecik sangat.. Hihhihi... Tak ada size untuk En. Hubby aku.. So, Baju aku saja lah aku borong.. Aku dapat voucer ni ada la nak dekat sebulan.. Lepas tu pemilihan nak beli baju apa pun aku ambil masa sebulan.. Berpinau aku nak pilih.. Banyak pilihan sangat.. Huhuhu... So, aku dapat tangkap 2 baju blouse n 2 handbag... Bag mesti beli.. Aku ni "Hantu Beg".. Nanti balik kampung mesti mak aku cakap.. Beli beg baru lagi? Itu sudah menjadi kebiasaan... Walaupun beg yang aku guna ni dah putus.. Huhuhu... Ehhh... Aku tak bagi tau eek? Nanti aku bagi tau aku pakai beg apa letak purse aku.. Hehehe... Tapi, beg yang mak aku bagi masih ada lagi kat rumah KL nuuuu... Mak aku ni dah tau aku ni gila beg dia asyik bagi ja beg yang dia tak mau kat aku. Hahaha... Eh... Dah melalut dah ni cerita pasal beg.. Apa laaaa.... Hahaha...


Haa... Nampak tak? Segedabak kotak hantar kat aku.. Ambil masa 2 hari ja nak sampai kat alamat yang aku bagi tuu.. Aku rasa sekejapjugak..


Ni hasil tangkapan aku dari ZALORA.. Plastik pun En. Hubby aku tak buang masa tangkap gambar.. Hahaha... Baju tu tak tau la muat ka tak.. Mintak-mintak muat la.. Rasanya aku dah ukur ukuran yang dia bagi n pilih yang sesuai.. Ehhh... Ada lagi.. Tudung raya aku belum tunjuk.. Hehehe..


Haaa... Tudung aku beli kat SUGARSCARF.. Aku ada tengok kat ZALORA.. Tapi, tak meenuhi kriteria yang aku nak.. Ceeewaaah.. Hahaha.. Bukan apa aku nak pilih color yang aku nak tak jumpa..


Ini lah hasil tangkapan aku... Tak sabarnya nak tengok.. Hihihihi.. Semua ni aku Online Shopping ja.. Semuanya dihujung jari.. Hahahahaha... Tapi INGAT... Online Shopping ni kita tak nampak keluarkan duit.. So, beringatlah semasa membeli.. Siapkan TARGET n BUDGET di kepala masa nak membeli tu.. Dan beli barang di website yang dipercayai.. Jangan tertipu.. Hihihi.. Pesanan hamba kepada tuan hamba semua.. Hehehe...

Wednesday, 15 August 2012

Salam Lebaran.. ^-^

Salam Lebaran kepada semua rakan-rakan blogger tidak kira di mana anda berada.. Ceewwaaah.. Zaza mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terasa dengan apa yang zaza sampaikan di dalam blog ini.. PEACE.. ^-^




TAHUN NI RAYA HAMPA SEMUA BALIK MANA? Aku n Hubby of coz la ke utara.. ;)

Tuesday, 14 August 2012

Dalam sejarah..

Tahun ni dalam sejarah aku tak buat kuih raya.. Kalau tidak.. Mesti ada dua jenis kuih raya wajib family aku yang aku mesti buat. FLIP JICK n CHOCHOLATE CHIPS.. Setiap tahun mesti saudara terdekat n kenalan duk tanya kuih ni kalau aku tak hidangkan. Tahun ni mesti tanya dengan penuh kehampaan.. Selalu aku buat mesti hantar kat rumah mertua n rumah kat kampung. Itu dah menjadi rutin setiap tahun.. Entah apa yang sedap ntah la.. SEDAP KA? Kembang aku kalau orang puji..

Disebabkan perkara-perkara yang tidak ielakkan aku tidak dapat menunaikannya.. Hihihi.. Ya laa.. Akiff dah semakin aktif dan semua perkara dia nak explore.. 


Gambar ni aku cilok kat blog hubby aku.. Hihhihi.. KLIK SINI tengok.

Masa ni tengah buat kuih FLIP JICK.. Haa... Masa ni boleh la akiff duk macam ni.. Kalau sekarang aku rasa dia duk dalam periuk tuu.. 

Aku fon mak kata tak buat kuih raya tahun ni. Mak aku kata tak payah la buat.. Sat gi kena oven pulak si Akiff tu.. Sat gi dia kalut nak amik kuih kat oven..

Friday, 10 August 2012

Kad raya

Kad raya... Kad raya... Yeaah.. Dapat kad raya dari rakan blogger.. Dari Encik Boni Kacak ni.. Klik je link dia kat SINI. Thanks Boni Kacak yang kacak.. Hahahaha... Kad raya ni merupakan kad raya pertama yang aku terima. Dulu masa sekolah rajin la dapat kad raya. Sekarang ni dah kurang. Kebanyakannya wish kat FB n mesej ja.. 

Dulu kalau dapat kad raya mesti nak gantung kad dinding. Baru la namanya raya.. Hahaha.. Sekarang hanya tinggal kenangan aja laa.. 







p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... BALIK KAMPUNG NANTI PANDULAH DENGAN SECARA BERHEMAH. INGAT LAH ORANG TERSAYANG.. ;)