nuffnang adds

Friday, 30 December 2011

Kesiannya anak ummie..

Selepas baik dari demam panazz tu.. Esoknya naik bintik-bintik merah kat muka dia. Menurut orang tua-tua campak. Dah bagi minum air nyior dah la. Hari ni dah masuk hari ke 3. Hampir keseluruhan badan naik. Kesian kat anak ummie. Gatal abis badan.

1st day.


2nd days.

Bila gosok-gosok kat belakang, senyap la. Tak merengek.


Belakang badan.

Hari ni nampak ceria sikit. kalau tak, nak merap ja. (3rd days)

Thursday, 29 December 2011

Tentang Dhia..


Slot Akasia di TV3 banyak memaparkan kisah drama yang hit. Yang memberi impak dalam kehidupan.. Antaranya Tiramisu, Soffiya, AdaMaya, Nora Elena, Na o Mei, Nur Kasih dan banyak lagi la. Salah satu yang menjadi kegilaan adalah Nur Kasih.. Cerita ni memang hit dulu. Sampai keluar Nur Kasih The Movie la.. Tapi aku bukan nak cerita pasal Nur Kasih. Tapi slot yang membuatkan ramai yang marah-marah, meluahkan perasaan dan ada yang rajin boleh buat cerita lawak pulak dalam Facebook ni.. Walaupun aku sekejap tengok sekejap tak tengok cerita ni. Memang tahu serba sedikit melalui Facebook kawan-kawan. Setiap kali pukul 7 petang ke atas ramai yang post pasal cerita Tentang Dhia ni dalam Wall Facebook. Marah-marah dan geram dekat mak mertua Dhia ni. Hari ni merupakan last episode. Ramai yang ternanti-nanti apa kesudahannya kan.

Yang ni yang melucukan aku.. Aku copy dari wall sepupu aku Dila.. Dila, kak za curi eek.. hihihi...

Kalau nak jelas lagi. Klik pada gambar.

Monday, 26 December 2011

Bila akiff demam...

Semalam akiff demam panazzz.. Suhu 39.7c.. Tido ja.. Nak main pun tak mau. Makan pun tak lalu. Aku n Hubby susah hati sangat. Klinik kanak-kanak semua tutup. Cuti Krismas. Nasib kat rumah memang dah spare ubat demam. Sepanjang malam aku 'jelum' air suam kat belakang n bawah ketiak dia. Nak kurangkan suhu badan dia yang panazz tu.. Dalam pukul 0500 baru laa suhu turun ke 37.5c. Hari ni baru la dia buaaiihh.. Panjat sana.. Panjat sini.. Merangkak sana sini.. Pagi ni bawa dia pergi klinik. Doktor cakap suhu dah turun sikit. Mungkin disebabkan jangkitan virus di kerongkong yang buat dia demam. Kalau dalam masa 2 atau 3 hari ni tak kebah demam jugak kena bawa ke hospital la. Takut demam denggi. Simpang malaikat 44.

Tulip Mekar..


Sabtu pagi, jam 0600 aku dah bangun untuk siapkan apa yang hendak di bawa pergi ke Zoo Taiping dan berkelah di Sungai Batu Lugoh. Sini aku kongsikan resepi dari tauhu kering yang aku sendiri pun tak tahu nama benda alah ni. So, aku letak nama Tulip Mekar coz bentuk dia seakan tulip. 

Bahan-bahanya.
24 biji tauhu kering.
3 biji telur yang telah dipukul.
30-35 ekor udang yang dibuang kulit.
sedikit garam.
sedikit serbuk lada.



Cara-caranya.
1. blendkan udang bersama telur sehingga hancur dan sebati.
2. terbalikkan tauhu kering dan ambil isi di dalam untuk campur dengan sebatian udang dan telur tadi.
Jadi lah bentuk tulip.


3. Masukkan daun bawang, sedikit garam dan serbuk lada.
4. Masukkan sebatian tadi ke dalam tauhu kering yang diterbalikkan tadi.



5. Goreng dengan api yang sederhana.
6. Sedia untuk dihidang dan makan..


Wednesday, 21 December 2011

Akiff dok buat berlagak..

Bila Akiff tengah kusyuk tengok Baby TV. Aku pun pantas ambil camera hp.. Apa lagi.. Inilah hasilnya.. Akiff  berlagak berdiri sambil sebelah tangan berpaut di kusyen.. Amboooiii.. Berlagaknya dia.. Macam dah boleh berdiri pulak..

Yeeeaaahh... Aku dah boleh berdiri..

See.. Ummiee.. Akiff dah boleh berdiri laa..
(Padahal kaki dah senget -senget..)

Lihatlah duuuuniiaaa..


Aiiiyaaa... tak larat la.. duduk pulak la..


Bestnya channel Baby TV ni.. Macam-macam ada..


Laa.. Ummie ambil gambar akiff ka? Awat tak bagi tau akiff?



Tuesday, 20 December 2011

Penantian Berakhir..

Alhamdulillah..
Aku bersyukur padaMu YA ALLAH yang telah memberi hidayah dan penantian yang selama ini berakhir dengan membuahkan hasil.. Segala dugaan ku harungi untuk sampai ke tahap ini. Suka, duka, susah dan senang berjaya ku tempuhi. Berkat kesabaran dan doa kepada Mu, akhirnya Kau limpahkan Rahmat yang tak terhingga. Semoga akan datang menjadi mudah dan berjalan lancar apa yang dirancang. Dan segalanya akan kutempuhi dengan tabah.. Aku berjaya menerima tawaran kursus GSTT ambilan Disember 2011. Sapa yang nak check bleh klik kat sini.

Terima kasih kepada yang mengambil berat dan memberi pertolongan.. Terlalu ramai kalau nak sebut kat sini. Sebelum aku menjadi GSTT sampai lah aku dapat sampai ke tahap ini. Secara rasmi, tak rasmi dan walaupun sekecil zarah pertolongan anda tetap dihargai.. Kepada family dan orang disekelilingku yang sentiasa memberi support dan doa.

Sekarang ni berdebar-debar menunggu keputusan dimana akan ditempatkan. 26hb Disember ni merupakan langkah kedua untuk aku menapak. Minta-minta lah dekat dengan family.. Kalau tidak terpaksa berkorban dan berjauhan dengan family la.. Macam hubby aku kata kat akiff la, "kita tengok nanti ummie telefon sambil nangis tiap-tiap malam la." HUHHUHUHU.. Kalau dekat boleh kerap balik tengok Akiff.

Wednesday, 14 December 2011

Penangan demam OMBAK RINDU..


Sekarang ni 'demam' Ombak Rindu sedang melanda.. Aku buka Facebook, Blog, tv semua cerita pasal Ombak Rindu. Orang di sekeliling aku pun dah kena 'demam' Ombak Rindu. Sampai aku boleh mimpi my hubby tolong beli tiket wayang nak tengok ombak rindu. Padahal, realitinya dia bukan main tak suka cerita tu. Dia cakap cerita tu bukan tengok kat wayang. Cerita yang tengok kat wayang mesti ada bunyi gedebung gedebang.. Sorry hubby tercerita pulak.. Hihihi.. Jangan marah eekk..


Bila la agaknya nak tengok.. Cerita Nur Kasih The Movie pun tak kesampaian. Agaknya tak berkesempatan tengok kat wayang tengok kat tv pun jadi lah.. Aku faham dengan keadaan aku ni. Dah lama jugak la aku tak menjejak kaki ke paggung wayang tu.. Nanti-nanti lah.. Bila Akiff dah besar sikit kita pergi tengok wayang sama-sama kan Akiff.. Akiff teman ummie tau.. 

Buat Gabra ja..

Tiba-tiba semalam nak edit tak boleh plak. Masuk 'design' trus tulis error tak boleh nak edit.. Bila guna IE boleh plak. Tapi  tak best la, guna google crome ok la.. Nasib pagi ni boleh ja. Buat 'mak' terkezuuut jaaa...

Tuesday, 13 December 2011

TIRAMISU..


Atas permintaan my lovely hubby. Aku buat kek tiramisu dari resepi kak ipar aku. Sesiapa yang nak cuba buat, resipi ada disertakan.. SELAMAT MENCUBA.



TIRAMISU
Bahan-bahan
1 bungkus biskut Lady's Finger
A 500 g krim cheese
B 130 g gula kastor
C 2 biji kuning telur bersama 3 sudu gula kastor (double boiler)
D 300 g krim putar (ready to dip topping) - mixer slow


Cara-cara
~ putar A + B sehingga sebati dan tak bergentil. (mixer laju)
~ masukkan C dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
~ kemudian tambah D
~ rendam Lady's Finger dengan kadar segera dan susun dalam acuan.
~ masukkan adunan cheese dan sapu rata kemudian taburkan dengan serbuk koko.
~ susun Lady's Finger yang direndam dengan sirap kopi dan masukkan adunan cheese dan taburkan dengan serbuk koko dan ulang sehingga habis. 
~ bahagian atas taburkan dengan coklat masakan yang diparut.
~ simpan dalam peti sejuk semalaman.
~ siap dihidang ketika sejuk.


Sirap kopi
Guna kopi 3 in 1 ja.

Eiffel I'm in Love..

Eiffel I'm in Love.. 
 Sesiapa yang meminati filem indonesia mesti dah pernah tengok cerita ni.. Filem ni la yang membuatkan kawan baik aku yang tak minat lagu indonesia jadi sangat minat dengan lagu-lagu indonesia. Sebab apa? Lagu dalam filem ni semua best2.. Aku kalau tengok banyak kali pun tak jemu.. BEST.. BEST SANGAT-SANGAT..


Drama filem remaja romantis tahun 2003 dari indonesia mengenai konflik remaja dan orang tua. Dibintangi oleh Samuel Rizal dan Shandy Aulia sebagai watak utama.. Filem ni juga ada versi panjang yang mengulas kisah dalam filem ni lebih mendalam. Eiffel I'm in Love EXTENDED. Kalau tak percaya filem ni best.. Try la tengok. ^-^


Filem ni merupakan sambungan dari cerita  Eiffel I'm in Love.

Saturday, 10 December 2011

Ada jugak?

Happy birthday to me.. Happy birthday to me.. Happy birthday happy birthday.. Happy birthday to me..
Dalam hatiku berkata, tahun ni tak ada surprise tak apa la. Tak  payah aku nak lari satu rumah. Bak kata sepupu aku (Qila) "mesti tahun ni kak kena lari satu blok nanti".. Hihihihi...

Pukul 5.10 p.m.. 9 Disember 2011. TOK. TOK. TOK. Assalamualaikuuuuumm.. Macam selalu lah aku pun pergi menyambut my lovely hubby balik dari kerja. "Happy Birthday".. Hihhihihihi... Aku dengan malu-malu kucingnya sambil tersenyum, "kata tahun ni tak ada surprise".. 


Enam kuntum bunga dan sekor mini bear. Sekor ka? Hihihi.. Aik... Ada kad..



Aku pun buka dan baca kad tu.. Nukilan hati suamiku hampir membuatkan aku rasa sebak. :') 
THANKS my love.. 
(Kalau hampa semua nak tau, try la godek-godek mouse tu.. Boleh tak baca? Hihihi...


Petang tu, lepas bagi Akiff makan. Siap apa yang patut. Dalam pukul 6.00 p.m kami keluar rumah pergi MID VALLEY..  Hadiah kali ni pulak my hubby cakap pilih sendiri.. Fikir punya fikir.. Yang ni juga aku pilih.. Tengoklah sendiri..



Ni pulak handbag yang dipilih oleh aku. Hubby aku bagi aku pilih sendiri hadiah tahun ni. Macam tahun lepas gak aku mintak.. Handbag.. Tak ada benda lain ka? Kalau hampa nak tau.. Aku ni memang hantu beg dan kasut.. hahahhaha..



Sudah kami penat berjalan dan Akiff pun dah bagi warning menandakan dia keletihan dan lapar. Destinasi terakhir sebelum kami balik. BURGER KING.. Dah lama aku mencari. akhirnya termakbul jugak.. Macam mengidam la pulak..

Friday, 9 December 2011

My Baby Boom ^-^


Tanggal 23hb Mac 2011, jam 1940 seberat 3.05kg. Hari yang penuh bahagia dalam diriku.





Masa ni bru nk kluar hospital.. Nurse tu bubuh bedak mcm tepung gomak daa..

Setibanya dirumah akiff disambut dgn gembiranya.. Dari keluarga sebelah aku dan suamiku.. Bukan main seronok lagi akiff yang ditunggu-tunggu. Pada keesokannya akif dimasukkan wad sebab 'kuning'. Tapi semalam ja la. Walaupun semalam hati aku bukan main gelisah lagi. Tak tidur aku dibuatnya. Selang sejam aku mesti p tengok akif. Nak menangis pun ada.


Hari ke-12 akiff dibotakkan. Baik ja dia..

Hari berganti hari.. Masa berganti masa akiff dah boleh meniarap.

Yeeeeaaahhh.. Dah boleh meniarap dengan sendirinya.. (17/07/2011)


  
 Macam-macam ragam akiff sementara menunggu dia besar.. Ummie harap akiff akan menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...