Tuesday, 20 December 2011

Penantian Berakhir..

Alhamdulillah..
Aku bersyukur padaMu YA ALLAH yang telah memberi hidayah dan penantian yang selama ini berakhir dengan membuahkan hasil.. Segala dugaan ku harungi untuk sampai ke tahap ini. Suka, duka, susah dan senang berjaya ku tempuhi. Berkat kesabaran dan doa kepada Mu, akhirnya Kau limpahkan Rahmat yang tak terhingga. Semoga akan datang menjadi mudah dan berjalan lancar apa yang dirancang. Dan segalanya akan kutempuhi dengan tabah.. Aku berjaya menerima tawaran kursus GSTT ambilan Disember 2011. Sapa yang nak check bleh klik kat sini.

Terima kasih kepada yang mengambil berat dan memberi pertolongan.. Terlalu ramai kalau nak sebut kat sini. Sebelum aku menjadi GSTT sampai lah aku dapat sampai ke tahap ini. Secara rasmi, tak rasmi dan walaupun sekecil zarah pertolongan anda tetap dihargai.. Kepada family dan orang disekelilingku yang sentiasa memberi support dan doa.

Sekarang ni berdebar-debar menunggu keputusan dimana akan ditempatkan. 26hb Disember ni merupakan langkah kedua untuk aku menapak. Minta-minta lah dekat dengan family.. Kalau tidak terpaksa berkorban dan berjauhan dengan family la.. Macam hubby aku kata kat akiff la, "kita tengok nanti ummie telefon sambil nangis tiap-tiap malam la." HUHHUHUHU.. Kalau dekat boleh kerap balik tengok Akiff.

2 comments: