nuffnang adds

Sunday, 1 February 2015

Second Trimester

Alhamdulillah aku dah abis melalui 1st trimester.. Keadaan mabuk teruk tu aku dapat laluinya.. Walaupun muntah-muntah aku kali ni tak la teruk sampai dimasukkan ke hospital.. Tapi kalau dah sorang-sorang ni rasa macam teramat lah pedih. Nak jaga emosi lagi. Alhamdulillah sekarang dah laluinya dengan tenang.

Sekarang aku dah 20 minggu.. Dah rasa dah budak kecik kat dalam ni gerak-gerak.. Masa Akiff dulu aku masih tak tahu lagi bila dia gerak.. Hehehe.. Sekarang ni aku nak naikkan HB aku ni..
Kena jaga pemakanan.. Ada yang sarankan kepada aku satu supplement ni tapi aku tak nak lah bercampur-campur ubat.. Sebab sekarang ni aku tengah makan SALINDAH. SALINDAH ni sejenis ubat homoepati. Aku dah amalkan sejak aku mengandungkan Akiff lagi. Nanti aku terangkan lebih lanjut eek pasal SALINDAH ni.

Pengalaman aku masa pi check up ke Sibu Jaya ni ada yang pelik bagi aku. Bekas urine diminta simpan kat aku. Nanti nak pi check up tu... Sampai-sampai boleh letak urine dalam tu.. Lepas tu aku kena pegang sampai giliran aku. Selalunya aku akan tunggu n agak-agak nak sampai giliran aku baru aku pi ssshh ssshhh.. Hehehe.. Malu pulak aku nak pegang lama-lama.. Hehehe...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...