nuffnang adds

Wednesday, 15 January 2014

Medical Check Up di Klinik Kesihatan Batu 9

Hari Isnin lepas aku pegi buat Medical Check Up di Klinik Kesihatan Batu 9, Hulu Langat Selangor. Haa.. Bukan sebab Akiff nak dapat adik eek.. Aku buat Medical Check Up untuk masuk kerja.. Kejap jer kalau tak ada XRay..


Maaf la yer pakcik nampak punggung montok pakcik tuu.. Hihihihi.. Aku pergi Klinik Kesihatan ni dalam pukul 2 macam tu.. Sampai dalam pukul 2.15.. Memang tak ramai.. Klinik kesihatan ni dah asingkan untuk klinik ibu anak di sebelah lain..Untuk rawatan pesakit luar sebelah sini.. Tak la sesak sangat.. Sampai jer terus pergi kat kaunter tu.. Staff situ suruh duduk dulu sebab nak set appointment.. Aku pun menurut perintah walaupun dalam hati duk kata kenapa lak kena buat appointment.. Huhuhu..



Dalam beberapa minit tu nama aku dipanggil.. Staff situ suruh letak borang aku dekat dlm bakul bilik 16.. Oooo... Tak perlu buat appointment kut.. Hmmm.. Berapa minit aku kena masuk bilik tu cek mata.. Lepas tu kena la lompat dari satu kaunter ke kaunter lain.. Lompat pun boleh la.. Buat urine test untuk cek tahap gula, ukur berat n tinggi, tekanan, lepas tu masuk dalam bilik doktor.. Sekejap jer.. Dalam masa sejam dah siap.. Pukul 3.30 aku dah sampai rumah..

7 comments:

  1. result dapat time tu gak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. Result dapat time tu jugak..

      Delete
  2. Berapa ringgit ya termasuk xray n urine semua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau xray tak tahu pulak.. sbb saya tak buat xray.. Saya buat tu kena bayaran rm1 ja..

      Delete
  3. salam nak tnye x-ray memg tk pyah buat kee??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...