nuffnang adds

Wednesday, 22 January 2014

Petua untuk orang dapur.

PETUA ni sumber dari majalah NONA. So, aku share kat pembaca blog aku dan simpanan untuk aku sendiri. ;)


1. HILANGKAN BAU HANYIR IKAN
Ambil beberapa helai daun jambu batu, gaul dan ramaskan daun tu dengan air. Lepas tu lumur kat ikan. Akhir sekali, cuci ikan bagi bersih.

2. ELAK BISKUT ATAU KEROPOK LEMAU
Ambil gula pasir n tabur kat dalam bekas yang nak letak biskut atau keropok. Lepas tu baru masukkan biskut atau keropok.

3. HILANGKAN KESAN KOTOR PADA TEKO DAN CAWAN.
Cawan atau teko kat rumah yang kita selalu guna kan ada macam kotor sikit kalau kerap guna. Macam ada warna coklat sikit. Okey.. Rendam teko atau cawan ke dalam air suam yang dah campur dengan air garam dan limau nipis. Rendam selama 15 minit. Kalau nak bagi berkilat teko atau cawan tu. Kena amalkan laa..

4. ELAK SAYUR LAYU DALAM PETI AIS
Haaa.. Aku pun baru tahu. Basuh sayur dengan bersih dan bungkus dengan kertas. Dah balut dengan kertas.. Bungkus pulak dengan plastik hitam dan simpan dalam peti sejuk. Katanya.. Lebih tahan lama..

5. WANGIKAN DAPUR ANDA
Yang ni aku suka.. Bab2 nak bagi wangi nii.. Rebus beberapa kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Lepas tu.. Air rebusan tu renjiskan kat sekitar dapur n lap air rebusan tadi dengan rata dan biarkan kering.

6. NASI MENTAH
Ni mak aku selalu amalkan kalau dia tengok nasi tu macam mentah. Isi air panas dalam mangkuk kecil yang tahan panas. Buat lekuk kat tengah nasi. Ambil mangkuk tadi, letak kat tengah lekuk tu. Tutup periuk rapat dan biarkan di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga masak.


Pssst : Renung-renungkan dan selamat beramal.. Hihihi..

4 comments:

  1. sedikit sbnyk, petua org lama ni ada kaitan dgn sains :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. orang tua kn makan garam dulu.. hihihi..

      Delete
  2. Berguna ni bila dh kahwin. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tak kahwin pun boleh gak.. Hihihi..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...