nuffnang adds

Tuesday, 28 January 2014

Victoria Cake Yang Simple



Assalamualaikum semua.. Aku dah lama mengidam nak buat Victoria Cake ni.. Resipi dah google lama dah. Cuma tak buat ja lagi.. Resipi ni aku google kat website http://www.thecakerecipe.co.uk/ n ada aku tambah sikit ja.. Okey.. Nak resipi dia?

BAHAN-BAHAN

225 gram Tepung naik sendiri
225 gram majerin
225 gram gula kastor
4 biji telur bersaiz sederhana.
Jem Strawberry
Whipping cream (agak2)
Buah strawberry
*Serbuk chocolate n biskut oreo yg dihancur. (Ini ikut suka kalau tak letak pun tak apa)

CARA-CARANYA

Kek
1. Panaskan oven 180 darjah celcius.
2. Putar marjerin, gula kastor n telur. Putar sehingga kembang.
3. Masukkan tepung. Putar sehingga sebati.
4. Bakar dalam 30 minit. Kalau tak masak tambahkan masa dalam beberapa minit.
5. Apabila kek dah masak. Keluarkan dan bagi sejuk.
6. Bila dah sejuk. Belah tengah nak letak jem nanti.

Filling
Panaskan jem di atas kuali leper sehingga cair. Dah cair tuu.. Tutup api n masukkan strawberry. Gaul sehingga sebati.

Topping
Putar whipping cream sehingga kembang. Jangan putar terlalu lama.. Nanti cream akan cair balik.
 
Decorate
1. Kek yang di belah tu.. Tengah2 dia letakkan strawberry yang dah di gaul dengan strawberry tu.
2. Lepas tu letak whipping cream.
3. Letak satu lagi bahagian kek yang dibelah tadi.
4. Sapu whipping cream atas kek menjadi rata.
5. Atas tu boleh lahias dengan serbuk chocolate, serbuk biskut oreo n strawberry.. 
6. Siap sudaaaahh.. Boleh makan dah..


SELAMAT MENCUBA...

6 comments:

  1. sedapnnyaaaa..tp sy kurang gemar kek...hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah zaza ni memang ada peminat kek. En hubby n akiff..

      Delete
  2. Replies
    1. Thanks.. En hubby yg amik gbr ni.. Hihihi..

      Delete
  3. margerin tu boleh ganti dgn butter tak kak zaza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure lak.. Hihihi.. Tapi kalau nak lembut selalunya pakai marjerin untuk buat kek..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...