Hari jumaat lepas aku n Akiff berhijrah ke rumah Mama Ja sebab my hubby pergi bercuti kat perak.. Hihihihi.. Kami apa lagi.. Pantang Mama offer suruh tidur kat rumah dia..
Hari-hari Akiff kat rumah mama dia, kerja dia maaaaiiiinnn jer... Aku ada kongsi sikit la gambar kat bawah ni..
Haaa.. Nampak tak gambar atas dan bawah.. Kalau dia tak berdiri dia baring.. Kejap dia baring kejap dia berdiri.. Kejap dia berlari.. Itu la.. Aktif akiff ni.. Kalau dia tak aktif aku pulak yang risau..
Gambar kat atas ni dia tengah ambil tangan aku letak kat telinga dia.. Takut "grilled dinding".. Rumah mama dia ni baru ja siap.. Ada la rumah yang tengah buat renovation. Dengar bising la.. Akiff bukan boleh kalau dengar bunyi kuat yang pelik2 ni.. Mama dia pasang lagu Siti Nurhaliza kuat2 pun dia takut..
Ni mainan yang Mama Ja dia bagi kat dia.. Esok tu kami pergi pasar malam kat belakang Hotel De Palma Shah Alam tu pun dia nak mainan gak.. Aku terus cakap NO kat dia.. Amboi.. Ada hati nak tampar aku.. Lepas tu mula la buat muka sedih.. Tunjuk la muka sebek dia kat aku.. Bila aku dukung ja terus menangis.. Alahai... Anak Ummie nii.. Manja sungguh.. Bukan tak bagi beli.. Dah banyak dah mainan.. Kalau dengan abah dia mesti dah beli dah ni.. Hihihihi.. Akiff ni main kejap ja.. Lepas dia boring.. Dia biar ja..
Nampak tak budak2 zaman sekarang.. Baru 2 tahun lebih dah tahu main IPad.. Kita dulu mana ada.. Kalau jumpa Mama dia memang dia akan tanya IPad dulu kat Mama dia..
Gambar playground kat atas ni aku ambil gambar masa dah malam.. Tak sempat dan tak teringat aku nak ambil gambar dia.. Tengah buat kawalan ketat masa tuu.. Tu pun nasib tak jatuh.. Ada hati tak nak bagi kita pegang dia..
Ni gambar Akiff n Papa dia.. Asyik tarik tangan papa dia jer.. Papa dia pun layan saja la perangai si Akiff ni.. Gambar atas tu Akiff tengah di layan oleh papa.. Tengok kartun dia.. Setelah TV dah di "konker" oleh mama n ummie dia..
Akiff setia di samping papa.. Teman papa dia la kononnya..
Haaa.. Tiba2 lak ada penyendal pintu ni.. Haa... Ni la mainan yang Akiff jumpa kat umah Mama n Papa dia.. Walaupun aku ada mainan lain.. Mainan ni la yang dia ulang alik ambil main.. Orang simpan.. Dia ambil main balik..
Vrrroooom... Penyendal pintu bertukar jadi kereta.. Hahaha..
Okey.. Itu saja yang dapat aku kongsikan.. Sampai bersua kembali..
No comments:
Post a Comment