Tuesday 27 October 2020

Kelahiran Anak ke 3

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Berkurun dah tak update blog ni. Ni sebab nak pahatkan memori aku bersalin si Afif. Nanti dia dah besar tanya pulak kenapa cerita dia tak dak. hahaha.. Nak bukak blog ni pun masalah jugak ni. Naik macam-macam. Tak available la. Kena create baru la. Habis la tak boleh update dah. Godek-godek tengok nasib boleh. Huh. Suspen.

Okay. Kita straigh to the point. Masa mengandungkan si Afif ni memang aku punya HB sentiasa low. Hang minum la apa mak nenek pun. Memang tak boleh nak tolong naikkan HB aku. Sebab aku ni sejenis darah SEAHO macam mild Anemia. Hasil dari ujian darah masa kat klinik tu la. Macam2 test kena buat. Test air kencing la, test darah la. Semua aku rasa. Alhamdulillah MGT aku ok. Sebab berumur sama la. Alhamdulillah kandungan aku OK. 



Masa aku minggu ke 38 dah mula rasa sakit main-main. Kena pulak masa musim PKP pulak. Huhuhu. 19hb Mei 2020, pukul 3.30 pagi macam tu aku dah rasa lain macam. Sakit macam kerap. Bangun gerak en. Suami dah mula sakit. Dia tanya nak pi hospital dah ka? Aku kata tunggu sat. Sempat la aku sedia makanan untuk sahur. Gerak abg Akiff n Azif makan. Tinggalkan mereka berdua kat rumah pengasuh. So, aku dan en.Suami pergi HUKM. Sampai kat emergency O&G tu nurse suruh aku ambil air kencing pun aku tak boleh dah. Duduk pun dah senget benget. Nurse suruh pi baring terus. Cek cek dah 7cm. Uiiih... Terus check in kat labour room. Aku ingat boleh beranak normal. Satu jer masalah kalau pi HUKM ni. Ramai pelatih. Huhuhu. Tapi, kalau tak dak pelatih mana mai doktor ni kan. Redha ja la. Masa tengah melayan sakit tu doktor semua macam seriau ja tengok aku. Sebab aku ada Bartholin Cyst. Sebab bila meneran dia makin menonjol. Bila dah tak meneran memang dia tak timbul. Aku dah tanya doktor. Doktor cakap tak apa. Tak mengganggu pun kalau nak bersalin normal. Huhuhu. Akhirnya aku tak boleh bersalin normal. Kena masuk OT jugak sebab baby jauh lagi. Bukaan dah penuh. Baby dah distress. 

Ni gambaran Bartholian cyst.


Usung la pi bilik OT. Haa.. Ni satu hal. Nak cucuk epidural. Punya susah doktor ni nak cucuk. Sebab nak dapat tulang belakang center tu payah. Tepat pukul 9 pagi, baby Afif pun keluar. Alhamdulillah tak ada masalah apa. Cuma masa aku kat ward aku ada masalah sakit kepala yang amat sangat. Bangun ja melelong. Kesan dari epidural tu aku sakit kepala. So, doktor tahan aku sampai 3 hari. Ada sorang doktor ni tanya aku, kenapa? Ada fikir masalah apa2 ka? Start ja soalan sapa jaga masa dalam pantang nanti? Huwaaaa.. Terus aku sebak. Aku kata suami yang jaga. Nak balik kampung tak boleh. Mak aku nak mai KL pun tak boleh. Ni En. Suami tak tau aku nangis. Tak cerita pun. Huhuhu. Dah la aku kurang makan masa kat hospital. Tak berani aku nak makan macam-macam. Ikan tongkol pun hidang bagi. Ikan masak nenas pun ada wei.. Huhuhu.. Alhamdulillah bila dah boleh balik rumah. Tapi nurse pesan kat aku, baby ni kuning ni. Nanti balik terus cek kuning.

Bila dah balik tu perasaan lega sangat boleh jumpa anak-anak dan suami. Hang bayangkan la dah la tak boleh melawat. Suami boleh datang hantar barang ja. Masa kat rumah sakit kepala masih ada lagi. Aku kena baring ja. Kalau aku bangun aku rasa pening. Pi klinik bawak anak kuning pun En. Suami aku yang bawak. Nurse nak cek aku pun aku kena jalan slow slow. Memang pening. Lepas tu muntah. Seksa wei. Hari Raya kami raya dalam kereta n duduk dalam rumah ja. Raya time PKP budak-budak ni nak pi mana sangat. Alhamdulillah lepas seminggu En. Suami pi balai mintak perlepasan hantar aku anak beranak. Sebab En. Suami dah nak kena masuk kerja dah. Dia kena kerja luar kawasan sama. Alhamdulillah lepas. Aku dapat berpantang kat kampung. 

Bertapa dugaannya.. Rasa serik pulak nak tambah lagi. Lepas ni kalau ada pun satu ja lagi. Sebab aku dah 2 kali ceazer. Kali ke 3 confirm ceazer. Apa apa pun itu semua rezeki. Setakat ini saja la coretan aku.






Thursday 15 February 2018

Anak pertama lain... Anak kedua lain..

Orang cakap jaga anak sulung dan anak kedua selalunya lain-lain "peelnya"... Alhamdulillah masa Akiff kecik nak jaga akiff memang tak payah nak terkejar-kejar. Sebab budak Akiff ni jenis behave, dengar cakap, nak buat sesuatu dia akan tanya dulu. Lain bebenor dengan sikap adik dia si Azif Zafri. Bukan nak membezakan.. Allah dah atur elok dah. Akiff masa baby agak mencabar sikit untuk diri dia sendiri. Sebab bermula umurnya 9 bulan lagi Akiff dijaga oleh abah dia sendiri. Aku berulang alik seminggu sekali dari UPSI ke KL. Masa tu aku sambung study selama 1 tahun 6 bulan. 6 bulan lagi tu, Alhamdulillah aku praktikal dekat dengan rumah.

Aku ingat lepas tu takdak lah nak berjauhan dah dengan dia. Tapi lepas beberapa bulan aku dapat surat posting. Surat posting ke "SARAWAK".. Huhuhuhu.. Memang masa tu aku n laki aku tak terkata apa.. Sebelum hari kejadian tu tak tau la.. Dah bertimba dah ayaq mata.. Pi buat rayuan KPM pun tak dapat. Akhirnya... Akur... SAYA YANG MENURUT PERINTAH. Aku pergi mengajar ke Sibu Jaya.. Meninggalkan Akiff yang berumur 3 tahun masa tu.. Akiff duduk lah dengan abahnya. Sebab tu Akiff rapat lagi dengan abah dia. Sikit-sikit abah. Aku takdak kat sebelah takpa. Kalau abah dia pi outstation ka.. Kalut tanya bila abah nak balik. Alhamdulillah.. Aku berjauhan setahun jer..

Haa... Nak cerita pulak pasai si adik Azif Zafri ni.. Agak mencabar sikit. Tak sama dengan abang dia... Bab menangis... Tak yah cerita. Tok dia pun surrender.. Ada satu hari tu aku n Mr. Hubby pi makan kat kedai bawak dia.. Masa tu Akiff tak ikut. Kalut nak main dengan sepupu dia. Kami dah duduk dah.. Ambil order dah.. Si Azif Zafri ni nak main garfu... Tak bagi la... Takut kena mata ka garfu tu. Dia punya start enjin tuuuu...  Habis satu kedai tengok kami... Hahhaha... Macam sakit sangat.. Hahhaha... Azif ni lasak sikit.. Susah nak beralah... Susah orang nak buli dia. Dia akan balas balik.. 



Aku cerita ni bukan nak membezakan anak-anak aku ni. Dua-dua ada keunikan tersendiri. Allah dah bagi elok dah. Cuma ni sebagai salah satu memori untuk mereka tengok balik bila dah besar nanti. Ummie harap Akiff dan Azif menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat... Amin..

Tuesday 14 November 2017

Keguguran anak ketiga

Nampak tak gambar di atas ni.. Gambar kantung kosong.

Post ni dah lama aku post kat FB aku.. Sebenarnya tak sempat nak update kat blog. So, aku copy kat FB aku and paste kat sini. Cerita di sini bukan rekaan semata-mata. Ianya aku alami sendiri. Cuma nak simpan dalam blog jer..


21/8/17
Buat buku pink. Aku selalunya akan pergi waktu petang. Buka buku pink kali ni ambil masa yang agak lama sikit sebab ramai ibu2 baru nak buat buku pink. So, amik darah bagai dah pukul 5 petang masa tu. HB aku low masa tu 10.4. Nak jumpa doktor tak aepat. Nurse suruh datang esok nak jumpa doktor.
.
22/8/17 
Check up dgn doktor pukul 2. Doktor scan n nampak janin kecik n macam 8 minggu. Padahal masa tu aku dah 11 minggu. So, dia mintak scan lagi sekali lepas 2 minggu.
.
6/9/17 
Check up utk kali kedua. HB aku naik sikit 10.8.. Tapi tu pun bawah. Selalunya kalau 11 ok dah. Aku kalau mengandung selalu ada masalah HB rendah. Hari yang sama jumpa doktor untuk scan. Bila scan susah dia nak cari janin. Doktor ambil masa lama gak cari. Aku dah ketaq dah. Doktor kata tinggal kantung ja ni. Awak mungkin miscarriege. Doktor buat surat untuk refer hospital bahagian O&G. Aku dah rasa mcm nak nangis dah. Sebak. Masuk dalam kereta cerita dekat husband berhenti sekerat. Ya laa.. Kita dah mula sayang dia kan. Tengok jadi macam ni.
.
7/9/17 
Pergi ke Klinik O&G bahagian kecemasan. Ambil BP n urine dulu. Lepas tu masuk bilik n katil yang sama masa aku sakit nak beranak kat azif. Yang sakit main2 tu.. Hehehe.. Ok. Aku dah nampak nurse bawak keluar mulut itik tu. Haa.. Sudah.. Huhuhu.. Doktor masuk scan memang tak nampak janin. So, Doktor scan kat bawah. Nampak janin tapi heart beat dah tak dak. Janin still size mcm 8 minggu. Doktor kata kantung pun dah tak bulat elok. Lepas scan doktor buat penerangan sikit. Kandungan puan ni dipanggil kandungan tak menjadi. Puan mengalami keguguran. Mungkin klu hidup baby tidak sempurna. Sekarang ni ada dua pilihan.. Puan nak tunggu 2 minggu atau cuci rahim hari ni. Kalau cuci rahim ada risiko takut tertembus rahim n tertembus usus. Itu hanya 1% sahaja kebarangkalian. Ni prosedur yg perlu kami bagi tau. Macam mana kalau cuci. Doktor kata macam ni sambil tangan dia gerak pusing2 macam kita bukak skru tu. Hang rasa???? Huhuhu.. Aku tanya the best way macam mana. Doktor suruh tunggu 2 minggu lagi samada janin akan keluar sendiri. Maybe dia tengok muka aku macam takut ja..
 .
19/9/2017
Aku ke hospital untuk rawatan lanjut tentang keguguran aku. Pergi scan nampak janin masih ada. Size yang sama n heartbeat memang dah tak ada. Memang masa ni aku dah Redha. Jumpa doktor untuk dengar apa seterusnya. Masa ni darah dah tak banyak keluar. Pinggang memang terasa sakit dah. Ingat pi boleh terus masuk wad. Doktor kata kalau masuk tak tentu boleh buat D&C hari ni sebab penuh. Lebih utamakan yg emergency betul2. Aku tekad nak buat dah. Siap doktor tu suruh husband masuk sekali punya la nak suruh aku masuk wad esok harinya.
.
20/9/2017
 Akhirnya masuk wad jugak. Kalau boleh tak mau duduk lama2 la. Huhuhu... Tak suka. Ok. Dalam pukul 3.15ptg tu doktor datang tanya aku last makan n minum pukul brp. Aku last minum Milo pukul 3. Doktor suruh start puasa. Nak buat D&C malam ni jugak. Sebab esok bilik OT full. Dalam pukul 6.15 ptg doktor masukkan ubat kat bawah untuk lembutkan pangkal rahim. Dia kata nak keluaq dah ni. Dia suruh rehat kat katil. Dalam masa sejam tu rasa macam darah keluaq. Banyak. Aku gerak darah keluaq. Aku tekan bell kat hujung katil. Nurse n doktor mai.. Dia suruh aku buka kaki macam nak beranak tu. Darah keluar punya la byk. Dia cakap kat nurse dalam 300 ni. Tak tau la 300ml ka 300g. Huhuhu.. Doktor tu call senior dia. Ada la cakap bahasa doktor yg aku sendiri dah lupa istilah dia. Yang aku ingat doktor senior tu kata "I'm going up". Last sekali doktor suruh aku pi bilik prosedur kat depan. Depa bawak pi naik wheelchair. Sampai dalam bilik tu, dia suruh aku baring. Doktor senior tu mai dan mulakan prosedur. Dia guna mulut itik n ada satu lagi besi untuk korek. Serious talk aku rasa pedih ja. Sakit sikit ja. Lepas dah double check tak ada apa-apa. Nurse cucuk kat paha untuk kecutkan rahim. Bila bangun tu aku rasa loya n rasa nak pitam. Nurse cakap muka aku pucat sangat. Aku cakap nak muntah. Tak sempat nurse ambil plastik.. Aku dah muntah atas tapak tangan. Sambung muntah dalam plastik. Duk fikir ja, apa pulak nak jadi ni. Lepas muntah rasa berpeluh sikit. Lega sikit. Tapi badan aku rasa lemah lagi. Nurse hantar aku ke katil. Masukkan air. Nurse suruh aku rest. Tapi rasa nak terberak. Aku bangun nak pi toilet. Rasa pening sangat. Sempat cuci tangan ja. Tak jadi berak. Buat aku jatuh satu hal pulak. Balik katil rest sat. Terlelap kejap n aku bangun makan roti sikit. Minum air panas sikit. Alhamdulillah dah rasa kuat sikit. Pagi esok aku kena skip breakfast. Doktor nak scan. Incase kalau ada lagi aku kena puasa sebab nak buat D&C. Aku harap sangat tak yah buat D&C setelah aku lalui malam yang panjang ni. Huhuhu...

Lebih kurang macam ni la.. Dia guna mulut itik tu dan satu lagi tu besi yang aku tengok sekali imbas ja.

.
21/9/17 
Pagi-pagi lagi doktor dah mai tengok aku. Dia minta aku pi bilik prosedur nak scan. Mula-mula dia cek bawah untuk double confirm. Macam dah tak dak. Lepas tu dia scan. Dia kata ada sikit sangat ja. Tapi akan keluar sendiri bila darah nifas keluar.. Dalam 3 bulan ni dia suggest untuk aku makan ubat perancang sebab nak bagi rahim rehat sat. Ok. Noted...

Mungkin ada hikmahnya apa yang berlaku.

Sunday 12 June 2016

Azif Zafri dah setahun.

Terasa cepat saja masa berlalu. Rasa macam aku kat hospital lagi. Menahan sakit nak beranak.. Huhuhu.. 

Azif Zafri dah setahun sekarang. Dah semakin ligat nak memanjat segala bagai. Dah suka meneroka apa yang dia jumpa dan dah bertinggung berkali-kali nak berdiri sendiri. Tapi bangunnya tidak lagi.. Tak lama lagi nak berjalan la tuuu.. Semoga membesar menjadi anak yang soleh anakku dan berada dalam lindungan RahmatNya.. Amin...