nuffnang adds

Tuesday, 9 October 2012

Sebelum dan selepas...

Fuuuhh... Fuuhhh.. Fuuhhh.. Buang habuk.. Bukan saja takat berhabuk.. Macam-macam bendasing ada.. Hahahha.. Al maklumlah "student tua" la katakan.. Hihhihi..

Aku teringat lecturer aku cakap dalam kelas ni.. Ya la.. Nak take five kan... Saja sembang-sembang dengan student dia yang kebanyakannya semuanya dah berkahwin.. Soal SEBELUM dan SELEPAS kahwin..

1. Sebelum berkahwin atau tengah berdating.. Masa Makan.. Sopan-sopan.. Tunduk-tunduk.. Tertib ja.. Selepas beberapa tahun kahwin.. Makan pun bercakap.. 

2. Sebelum berkahwin... Yang perempuan pakai wangi-wangian.. Cantik-cantik.. Pilih baju sampai berjam-jam.. Ya la.. nak jumpa insan tersayang la katakan.. 
Selepas kahwin... Duk rumah berkelawar.. berbedak sejuk.. Tak ada dah baju lawa-lawa.. Bila laki pi keja bini berkelawar.. Bila laki balik keja bini berkelawar... Betul kah..

3. Sebelum kahwin.. Lelaki ni nampak kemas ja.. Baju pun kemas.. Tapi masa kat rumah tak tau pulak keadaan dia macam mana..
Selepas kahwin... Laki balik keja.. Bukak baju tinggal ja dekat kusyen.. Bila seluar tu kadang-kadang bukak tinggal macam tu jadi bentuk 8.. Hihihihi.. Ada sapa ka pernah alami sebegini.. 

Tapi aku rasa, budak muda mudi sekarang ni lepas kahwin tak jadi macam tu kut.. Sebab aku tak pernah alami lagi perkara sedekimian yang di atas.. Husband aku OK.. Sebab tu dia boleh jaga Akiff sorang-sorang..


#p/s : Hanya sekadar ingatan dan gurauan sahaja.. TIADA KENA MENGENA YANG HIDUP ATAUPUN MATI..

Monday, 24 September 2012

8th Giveaway by Umiyumi2

Jom joint GA dari umiyumi2.. Hadiah menarik... Tengok la gambar kat bawah tuu..


Waaa... Sapa rajin n tak rajin pun mesti nak kuali dari TEFAL ni.. Para-para ibu mesti nak kan hadiah ni.. Aku pun bukan main berminat lagi tengok hadiah ni.. Walaupun tak terer masak. Kalau dapat hadiah dari empunya blog pun ok gak.. KLIK SINI ja...

Untuk para-para suami nak hadiah kat isteri pun boleh.. Tak lupa jugak untuk en suami.. Mr Marqis.. Jom la join... Mana tau dapat boleh hadiah kat baby.. Hihihihi..



Syarat-syaratnya :-

1) Penyertaaan dibuka kepada semua pembaca. 


2) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini. Bagi pembaca yang tidak mempunyai blog anda masih perlu meninggalkan email address di ruangan komen.

3) Bagi pembaca yang ada blog, sila buat post/entry di blog anda tentang GA ini dan sertakan link ke Give Away ini.Link ke GA ini adalah : http://umiyumi2.blogspot.com.au/2012/09/8th-giveaway-ga.html

4) Untuk memberi peluang sebaik2nya kepada pembaca yang mempunyai blog dan yang tidak mempunyai blog, pembaca dengan blog dan yang membuat post & link akan mendapat 2entries utk undian. Pembaca tanpa blog akan mendapat 1  entry.

4) Tarikh tamat GA ialah : tepat jam 12 tgh malam pada 25 September 2012. Pemenang akan diumumkan pada 26 September 2012. 

5) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.


Thursday, 20 September 2012

Lake Valley, BTHO..

Sempena cuti Hari Malaysia ni, aku n hubby sempat pi lepak kat tepi tasik dekat Bandar Tun Hussin Onn. Dua hari berturut-turut... Lake Valley di beri nama.. Saja bawak jalan hirup udara segar.. Kat sini Akiff boleh bagi makan ikan.. Ada playground boleh Akiff main buai..


Tengok Akiff tengok ja ikan kat dalam tasik..


Antara ikan-ikan yang ada dalam tasik. Ikan dalam tasik ni besar-besar tau..


Akiff n ummie..


Akiff tunjuk apa tuu..


Akiff n abah bagi makan ikan.. Bagi makan roti yang dah berkulat ja pun.



Wednesday, 19 September 2012

Orion Giveaway




Jom Join GA by Asyqin Azahar..  Aku nak join jugak la.. Aku tengok ni dari blog Hubby aku.. Apa lagi.. Hadiah pun lumayan jugak ni.. BEST.. BEST.. BEST..

Syarat-syarat :-

Wajib follow Blog empunya diri Asyqin Azahar..

Wajib LIKE page beliau..

Last sekali mesti lengkapkan ayat di bawah ni.. Tak kisah la hampa semua nak buat macam mana..

SAYA NAK MENANG Ipad SEBAB memang saya gilakan gadget-gadget macam ni. Disebabkan masih belajar dan bukannya kaya sangat pun so kena la simpan dulu angan-angan nak memiliki IPAD ni.. Saya juga senang nak bawa ke kelas memandangkan lecturer selalu menagdakan perbincangan dan memerlukan saya membawa laptop. So, kalau ada IPAD tak perlu saya nak bawak laptop masuk ke kelas. Lagipun IPAD kan senang nak di bawa ke mana pun. IPAD kan MESRA ALAM.. Kalau ada Ipad boleh la AKIFF learn n play melalui sini. Memandangkan dia pun pantang nampak laptop.. Kesian pulak dia kalau pergi shopping complex tengok mereka yang peringkat umur dia duk main IPAD.. Dia TERINGIN tuu... So... PLEEEEEAAAASSSSEEE... MIntak-mintak la saya BERTUAH yaaa... Hihihihi... 

NAAAAAAKKKKK IIIIIPAAAAAAD...




p/s : Lepas tu jangan lupa tinggalkan jejak anda di PAGE beliau yaa... 

Nak tengok tahap kemalasan Akiff?

Haaa... Gambar kat bawah tu akiff masih dalam buai.. Dia baru ja bangun.. Kalau bangun nagis ni mesti dia lapar. Kalau macam ni kena umpan benda makan ja..




Haaa... Akiff makan kek lapis. Penuh dalam mulut..


Ni dah tambah yang baru.. Bukan main suka lagi dia kalau kek.. Haaa... Masa ni ok lagi.. Nak tahu apa jadi selepas ini? Jeng.. Jeng.. Jeng...

!

!

!

!

!

!

!

!

!

!

!



Tuuuudiaaa.. Tahap kemalasan akiff yang melampau. Tu belum dia makan masuk dalam bilik lagi.. Ada hari tu dia bawak biskut masuk dalam bilik.. Siap landing atas katil lagi.. Biasa la kan budak-budak.. Macam-macam fesyen..




Tuesday, 18 September 2012

Apa nak jadi..



Gambar ihsan dari Facebook..


Aku tak faham betul dengan budak zaman sekarang.. Astaghfirullah Hal Azim.. Mintak dijauhkan dari anak-anak aku, adik beradik dan keluargaku terjadi sebegini..

Kenapa sampai begitu sanggup mencampak anak dari tingkat 3. Kalau tak mahu bagi saja kat orang lain yang mahukannya.. Aku hairan betul.. Kita kalau dah melahirkan anak tu mesti terbit perasaan sayang kita terhadap anak tu. Aku tak tahu apa yang difikirkan oleh ibu kepada anak yang tidak berdosa ini. Mungkin dia rasa stress atau berada dalam keadaan yang tidak stabil. 

Sedih betul aku tengok.. Harap dijauhkan la dari keluarga ku benda-benda macam ni..

Pagi yang indah...

Morning.. 

Pagi-pagi aku sorang-sorang semua ada kelas.. Hari ni aku tak ada kelas pagi. Cancel.. Lecturer ada hal.. Pukul 2 petang baru ada kelas direct sampai pukul 7. Dua kelas sekali gus.. Hamek hang.. Hahahaha..

Duduk sorang-sorang ni layan HOT FM.. Best woo.. Aku memang suka dengar HOT FM terutamanya pagi-pagi.. Dengar riuh dari Farah Fauzana, FBI dan AG.. Memang menghangatkan lagi la pagi aku..


Pagi ni aku breakfast milo panas dan biskut "cheese" Julie's.. Aku memang suka cheese.. Boleh dikatakan hantu cheese jugak la.. Tapi kalau makan banyak sekali gus memang muak laa..

Harap semua mengharungi pagi yang indah yaa...

Singgah makan dulu...


Ini minggu lepas punya cerita.. Walaupun nak dekat basi tak basi.. Aku nak cerita jugak. Minggu lepas start aku masuk study. So, hubby aku nak pergi hantar agak susah sikit la.. Faham-faham saja lah akiff macam mana sekarang. So, hubby aku ajak cousin dia teman untuk pegang akiff. 

Akiff say PEACE..

Sebelum kami pergi Tanjung Malim kami singgah Fruitland VIVA Home dulu. Alang-alang hubby aku ada voucher RM40, lebih baik guna seadanya.. Nak tahu menu apa kami pesan? Tengok lah gambar di bawah.. 


Ni jus kiwi dan longan.. Jus kiwi Cousin cakap memang peerrgh.. Sedap.. Longan pun sodap..


Nasi lemak rendang ni memang sedap.. Hubby aku makan dia kata terbaek..


Chicken Chop dia ala ala.. Memang ayam dia keras..


Nugget untuk Akiff.. Tapi Akiff suka chip lagi..


Rainbow lolo.. Sedap jugak..

Tapi, yang ni lagi sedap.. Aku suka. Dah la aku tak boleh tengok strawberry.. Hihihihi.. Ni Strawberry lolo..

Ni bil dia.. Disebabkan ada voucer RM40.. So, murah laa.. Ni kami makan 4 orang. Murah kan? Hahaha.. Sebab ada orang belanja... Hihihihi..






Thursday, 13 September 2012

Selamat Hari Malaysia..

Negara Malaysia merupakan negara yang sangat unik. Terdiri daripada pelbagai kaum. Terdapat berbagai makanan yang sangat unik dan terkenal di seluruh Malaysia. So, hargailah negara Malaysia kita yang aman dan damai. 

SELAMAT HARI MALAYSIA... PEACE...


So, layan la video ni..





Bawah ni ada satu video yang menggelikan hati kamu..


Monday, 10 September 2012

1st day class selepas cuti semester..



Cuti dua bulan membuatkan otak aku menjadi tepu. Masuk kelas masih lagi berangan sampai ke rumah. Macam mana la keadaan akiff.. Fikir pulak macam mana la keadaan hubby memandangkan lutut kaki dia terseliuh masa main badminton.. Semalam bila aku cium pipi Akiff sebelum mereka meninggalkan aku di Tanjung Malim membuatkan aku terasa sebak.

Mood raya di dalam kelas masih terasa. Bila masuk saja mesti ada salam bersalaman mengucapkan Selamat Hari Raya.. Aku pun ada bawak kuih raya jugak.. Makan-makan dulu dalam kelas sebelum lecturer sampai.. Hihhihihi..

Kawan-kawan aku masih lagi mood home sick. Semua masih terkenangkan rumah dan anak-anak. Aku pun tidak kurangnya laa.. Macam-macam status FB terpampang rindukan anak.. Rindukan anak dulu yang kedua baru la rindukan suami atau isteri.. Hahahaha...

Itu saja kut.. Semester ni aku berharap pointer aku tinggi dari semester lepas.. Hopefully.. Insyallah.. 

p/s: Ayat aku ni macam skema pun ada klise pun ada..

Friday, 7 September 2012

Hadiah untuk Akiff..

Haa.. Tanggal 4 september 2012, Akiff dah boleh jalan.. Tapi, masih lesen L.. Sebab terhoyong hayang lagi.. Kalau nak tau cerita selanjutnya bolehla baca kat blog hubby aku.. Klik ja kat SINI..

Disebabkan Akiff dah boleh jalan. Abah bukan main suka lagi.. Ummie pun suka jugak.. Hihihi.. 

Ni kat bawah ni hadiah untuk Akiff.. Kereta baru.. Kereta lama tinggal kat kampung, nanti tak payah la nak ngusung.. Buat penuh kereta ja.. Mula-mula aku n hubby pi kedai dekat dengan rumah ja.. Niat hanya nak meninjau dulu, sebab nak pi kedai MANJAKU kat Kajang. Kat situ memang harga murah untuk sesetengah barang.. Pampers Akiff pun aku beli kat situ. Murah jugak la bagi aku..

Tengok lah telatah akiff.. Abah tengah sibuk pasang dia pun sibuk nak tolong jugak..

NI dia sibuk nak buka kotak..

Siap ternganga lagi mulut..


Tengok.. Dah get ready nak pandu uji dah..


Selepas siap di pasang.. Bukan main suka lagi..





Thursday, 6 September 2012

Anak-anak zaman sekarang...




Anak-anak zaman sekarang dah pandai nak main game kat handphone.. Si Akiff pun tau kalau bunyi handphone ummie ka abah ka bunyi mesti cari.. Tau pulak yang tu bunyi handphone..

Domino's Pizza from hubby..

Kejadian ni berlaku kelmarin tapi hari ni baru berkesempatan nak update.. Tengok bawah tuu.. Waa.. Domino's Pizza.. Yang paling best.. From hubby.. Hihihihi.. Thanks hubby..


My hubby tolong hantar pizza ni sebab kepala gas kat rumah tak boleh pakai. Keluar gas. Dari hari selasa lagi, lepas tu hari rabu tu tak sempat nak pi beli kepala gas. Nak keluar, Akiff bukannya boleh duduk diam dalam kereta. Dalam car seat pun tak mau duduk dah.

Ini lah hasilnya.. Pizza datang ke rumah.. Kesian rider tu tolong hantar masa hujan lebat lagi.. Tak apa laa.. Kerja dia kan..


Hmmm.. Aku tak tau nama apa ni.. Tanya hubby, dia kata dia pun tak tau. Main pilih ja.

Yang ni sedap.. Sebab double layer. Tengah-tengah ada cheese.. Aku kan suka cheese..


Ok laahh.. Selamat menjamu mata.. Ada yang nak pi beli pizza dah lepas keja ni? Kalau ada.. Aku berjaya membuat anda semua mengidam nak pizza.. Tak kira la pizza apa.. Hahahaha...



Wednesday, 5 September 2012

Char Koay Teow Telur Dibasuh...

Masa my hubby pi outstation ke Sabah.. Aku n Akiff still duk kampung di Penang.. Masa ni la untuk aku berfoya-foya dengan akiff.. Apa lagi.. Jom Makan.. 

Haa.. Pernah tengok tak orang jual Char Koay Teow ka apa ka dia bagi tau "Telur Ayam Dibasuh".. Haa.. Aku baru 1st time tengok ni.. Perak sikit la.. Hahahaha..

Lokasi gerai JOHN CORNER CHAR KOAY TEOW ni bersebelahan dengan bangunan PEARL Maternity   Hospital, Sungai Ara, Penang.. Dia bukak tepi jalan ja.. Char Koay Teow dia ni kiranya boleh lawan Sani Char Koay Teow laa.. Try tengok.. Bagi aku perbezaan dia yang ni banyak skit dari SANI n "color" dia merah skit berbanding SANI yang kehitaman sikit.. Aku bagi 3.5 bintang dari 5 bintang..



Yang ni Char Koay Teow Special.. Ada 4 ekor udang.

Yang biasa ni 2 ekor udang jaa..

Yang hitam ni anak manakan aku.. Hihihi.. Kalau orang panggil dia hitam cukup marah..

Yang ni kak cha mok.. Walaupun pedas, banyak gak dia makan..

Akiff? Haa.. Makan roti jaa.. Tu pun bukan main berselera lagi.. Masa on the way nak p gerai ni sempat jugak dia tido dalam keta.. Elok keluar dari kata automatik mata dia bukak.. Itu sudah lumrah bagi Akiff..





Tuesday, 4 September 2012

Hantaran perkahwinan my big bro..

Sebelum ni aku ada tunjuk macam mana nak buat 'paper flower' kan? Kalau nak tau boleh klik SINI... Aku semat 'paper flower' yang aku buat ni kat hantaran ni bagi menggantikan bunga segar.. Low Budget punya pasal.. Hantaran kahwin untuk abang aku ni bukan la cantik sangat pun.. Tapi aku puas hati dengan hasil kerjaku sendiri.. Kalau aku tak puji diri sendiri sapa lagi nak puji kan? Hihihihi... Ada yang aku tengok buku ada yang aku buat ikut kepala hotak aku sendiri.. Boleh la tengok-tengok jamu mata.. 

Sirih junjung yang melambangkan keindahan tradisi melayu...


Telekung dan sejadah..



Perfume..


Kain sepersalinan..


Towel...


Chocolate..


Handbag..


Cincin dan Mas Kahwin..


Wang hantaran...


Thursday, 30 August 2012

Akiff n kereta merah..

Sekarang ni aku ada kat kampung. Cuti lagi katakan.. Memandangkan my hubby outstation ke Sabah. so, aku n akiff stay kat kampung lagi seminggu.. Bukan main seronok lagi bila dia naik kereta merah dia kat luar.. Apa lagi... AKU BEBAS... Hahahaha.. 

Haaa.. Aku nak berkongsi sikit karenah akiff masa naik kereta dia
 ni.. Tengok la gambar kat bawah ni... 




Haaa.. Si comel baju pink ni memang setia peneman akiff.. Akiff memang suka kawan dengan kak cha...



Haaa.. Masa ni akiff hampir bebai dan berputus asa..


Haaaa.. At last.. Akiff berjaya dengan sokongan dari belakang tabir.. Hiiihihi.. Pandai anak ummie. Fikir cara lain pulak.. hahahaha..

Monday, 27 August 2012

OLD TRAFFORD BURGER a.k.a BURGER M.U...



Sapa pernah dengar Burger M.U atau pernah makan. Burger ni boleh didapati di Lebuh Chulia berhadapan dengan Love Lane, Georgetown Penang.. Burger dia aku bagi 4 dari 5 bintang.. Sedap. Aku suka. Harga tak la mahal sangat. Jam 2, 3 pagi pun burger ni masih buka.. 

p/s : burger ni boleh dibeli oleh sesiapa saja. Walaupun anda bukan penyokong Manchester United.. Hihihihi...

Wednesday, 15 August 2012

Salam Lebaran.. ^-^

Salam Lebaran kepada semua rakan-rakan blogger tidak kira di mana anda berada.. Ceewwaaah.. Zaza mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terasa dengan apa yang zaza sampaikan di dalam blog ini.. PEACE.. ^-^




TAHUN NI RAYA HAMPA SEMUA BALIK MANA? Aku n Hubby of coz la ke utara.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...