Monday 30 July 2012

Puding Caramel.. ^-^


Abaikan ja gambar tu. 1st time la katakan. Aku potong masa panas-panas. Tak sabar-sabar nak tangkap gambar. Hihihi..



Salam Ramadhan semua.. Hari ni genap 10 hari kita berpuasa.. Haa... Minggu lepas aku ada buat puding caramel. Ni "First Time" tau.. Resipi ni My Hubby mintak kat boss dia. Kak Fariza.. Simple n cepat ja. Pejam mata pun boleh buat laa.. Hihihihi... Berlagak betoi..

Bahan-bahan :-

1 cawan gula dibuat gula hangus. (goreng dalam kuali tanpa minyak tau)

6 biji telur
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil  esen vanila

Cara-caranya :-

1. Masukkan gula hangus ke dalam loyang. (Gula yang digoreng tadi tu lepas tutup api terus masuk ke dalam loyang. Kalau biar dalam kuali nanti gula tu akan hangit)

2. Pukul telur + gula. 

3. Masukkan susu cair, air, tepung kastard dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.

4. Lepas sebati masukkan adunan yang ditapis ke dalam loyang.

5. Kukus sehingga 48 minit.

6. Lepas tu tunggu sejuk dulu baru potong. Nanti hancur.


p/s : Kalau aku masukkan semua bahan kedalam blender. Sekejap ja.. Hihihi..

Wednesday 25 July 2012

ANTARA DUA...

Semalam aku p pasar ramadhan kat Bandar Tun Hussein Onn.. Punya la ramai.. Aku kata kat hubby aku kalau ramai sangat tak payah singgah laa.. Nak beli kuih ja pun.. Hubby aku cakap, kalau tak dapat parking kita balik. Dan dan dapat parking.. Hihihii... Eh.. Bukan nak cerita pasal pasar ramadhan.. 

Ok.. Balik ja rumah terus capai remote astro tekan channel 106.. Aik? Tak ada? Tak tayang dah ka? Hmmm... Aku rasa dia tukar time kut.. Tak apa.. Macam biasa la sedia makan n sambil-sambil tu bukak tv3 Dejavu Di Kinabalu.. Pukul 7:30 teringat nak tengok channel 106.. Haaa? Kenapa dia ubah sama time dengan cerita ni... Adooiiyaa.. Tak apa lah.. Astro mesti ada ulangan..







It's ok.. Geng Surau Musim II ada siaran ulangan pukul 5:15 pagi.. Lepas sahur boleh la tengok.. Hihihihi...


Monday 23 July 2012

GENG SURAU II

Haaa... Sapa pernah tengok Geng Surau puasa tahun lepas di Astro Oasis mesti gelak guling punya.. Watak-watak yang dilakonkan mesti buat orang ketawa.. 



Ni ada sedikit sinopsis pasal Geng Surau 1 ni.. 

Selepas tiga tahun meninggalkan kampungnya, Razif (Beto Kusyairy) juga cuba menyesuaikan dirinya dengan suasana kampung dan masyarakat di situ. Bagaimanapun, ada orang kampung yang tidak percayakan Razif terutama Pak Suradi (Mat Over), Pak Abu (Azhan Rani) dan Tok Imam Hisham (Razak Ahmad). Oleh itu, Razif yang semakin matang dan beberapa rakan karibnya berusaha menambat hati orang kampung dengan mewujudkan pelbagai kegiatan di surau kampung itu. Antara kegiatan yang dilakukan di surau kampung mereka, mengutip derma untuk surau dan mengadakan ceramah agama.

Mereka cuba jadikan surau sebagai pusat komuniti masyarakat dan bukan saja untuk mendirikan solat lima waktu. Sepatutnya semua aktiviti kemasyarakatan bermula di surau itu. Sebagai remaja, Razif juga terjerat dalam percintaan, namun cintanya tidak kesampaian. Apabila Razif keluar dari pusat pemulihan, gadis yang dicintainya, Azreen (Anita Baharom) sudah bertunang dengan rakan karibnya, Lokman (Amran Ismail). Tanpa disedari Razif, seorang lagi gadis sekampungnya, Uddy (Intan Nor Saina) sangat menyintainya dan sanggup menunggu Razif. - SUMBER DARI http://www.perekacerita.com


Sekarang Geng Surau II dah start kat Astro Oasis setiap hari Isnin - Jumaat. Jam 6:30 - 7:00 petang. Geng Surau II ni menceritakan apa yang berlaku setelah surau di bom oleh Duan, anak Pak Abu atas sebab ingin memasuki Mayat FC, sebuah kelab yang ditubuhkan tanpa kebenaran Mayat a.k.a Razif.

Jom tengok...


Saturday 21 July 2012

Adoyaaaii Akiff...


Kelmarin petang aku tengok Akiff kusyuk ja dengan BabyTv dia.. Tak berganjak langsung.. Terlintas di hati ku nak tangkap gambar dia tengah layan perasaan dengan BabyTv dia.. Aku bangun cari Handphone aku.. Terkulat-kulat la aku cari.. Sampai Akiff pun sibuk bangun la. Dia pun nak cari jugak la.. Mana p la handphone aku ni? Adooiiiyaaaii... Akiff sembunyi handphone ummie ka? Aku bercakap dengan dia.. Macam dia faham ja.. Tapi aku rasa dia faham kut aku cari benda.. Tapi tak tau apa dia.. Hihihihi... 

Jenguk bawah sofa tak ada.. Belakang sofa tak ada.. Dalam bilik tak ada... Dekat dapur tak ada... Lepas tu aku teringat nak suruh my hubby call kan.. Aku inbox FB hubby aku. Dia kata dah call tapi macam OFF ja. Rasanya aku tak OFF handphone aku. Hati dah tak senang.. Mana la.. Sambil bagi mandi akiff aku teringat maybe akiff buang kat luar tingkap kut.. Adooooiii... Akiff pernah sekali buang sudu dia. Lepas siap-siapkan Akiff terus turun bawah.. Maklumlah.. Rumah aku 4 tingkat..

Haaaa.... Nampak... Casing belakang ja.. Cari dia punya badan sudah hilang daaa.. Aku tak tau la sama ada orang dah songlap ka buang ka tak tau la.. Tapi kalau orang amik pun hidup lagi ka handphone aku. Jatuh satu tingkat. Call Digi center tolong block dan malam tu jugak p digi center amik nombor yang sama.. Tapi, sampai sekarang tak aktif-aktif jugak. Tengok malam ni macam mana. Malam ni baru nak call..



Ni la handphone aku yang telah didermakan kepada orang.


Sekarang ni dah turun pangkat pakai handphone lama. Sony jugak.. Huhuhuhu... Mujur ada.. Hmmmm... Akiff nak ummie beli Galaxy Note kan? Tu laaa... Ummie duk cakap sangat nak beli tapi tak beli beli lagi.. Haa... Akiff dermalaaa kat orang handphone tu. Hihihihi..


Sekarang aku pakai Hazel ja..



Moral of the story : Jangan letak handphone merata-rata dan berdekatan dengan tingkap.

Friday 20 July 2012

BEN ASHARI : RAMADHAN 2012 / 1433H



Assalamualaikum.. Haa... Aku 1st time ni nak joint segmen ni. Segmen Ben Ashari : Bloglist Ramadhan 2012/1433H. Kalau hangpa nak joint jugak boleh.. Cepaaaaat... Sebelum  jam 11:59... Ceeepaat.. Hari ni kan 20hb Julai 2012.

Blog aku ni semua berkenaan diri aku dan kehidupan aku bersama keluarga aku. Kehidupan apabila berjauhan dengan keluarga meninggalkan Akiff untuk mengejar masa depan yang lebih cerah. Masam, manis dan pahit terpaksa aku telan. Ada jugak aku selitkan isu semasa, info dan apa yang aku rasakan berguna untuk aku kongsikan.

"ANDA BERMINAT MENUKAR LINK DENGAN SAYA?" Silalah tinggalkan link anda di laman komen.. Insyallah akan listkan jugak..

TIDUR... ^-^


Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialam seluruh dunia fauna. Haa.. Petikan ni aku amik kat wikipedia. Nak jadi cerita semalam, aku tengah ngadap laptop n my hubby ni penuh semangat tengok bola pahang lawan kedah.. Tapi kesian... Kedah kalah.. Hihihihi... Tengah ralit aku ngadap laptop n aku ingat my hubby pun tengah kusyuk layan bola la.. Bila aku nak cakap ja, kalih tengok.. Laaaa...

Nak tau? 

Game belum abis my hubby dah ke bulan.. Tengok lah kat bawah tuu..


!

!

!

!

!

!

!

!


Tadaaa... Zoom sikit.


Yang heran tu.. Kenapalah senang tidur. Tengah tengok pun boleh terlena.. Letih sangat kut.. Tapi my hubby  ni memang senang tidur pun.. Dulu masa tengah couple pun aku cakap sorang-sorang ja sebab cik abang dah tido.. Hahahaha.. Rasanya kebanyakan lelaki senang tidur kut.. Kalau pompuan banyak sikit dia nak pikiaq sebelum tidur ni.. Anyway, baby tetap sayangkan abang.. Hihihi.. Jangan marah eekk..

Thursday 19 July 2012

Jom Join GA.. ^-^

Nak join GA.. Nak join GA.. Ni 2nd time aku join GA.. 




Kat bawah ni merupakan syarat-syaratnya. Senang kan? Hangpa boleh KLIK SINI untuk join dan kalau nak tahu hadiah yang menarik. Jom join ramai-ramai.. 
^-^


Syarat-syarat yang  Mudah & Senang :

1).Follower dan bukan follower ( nanti bole follow ) bole turut serta

2).Buat n3 tentang giveaway ini di blog masing2 dan linkkan  dekat komen n3 ini.Kalo tak bole komen,tinggalkan jejak dekat ruangan chat...jgn lupa tinggalkan link untuk dijejaki balik.

3).6 + 3 orang pemenang GA ini dipilih dengan cabutan undi.....CABUT dan MENANG (ikut penyertaan yer)

4).Bermula 17/7/2012(4.00pm) hingga 31/7/2012 (12.00 am)


New Face.. ^-^

DULU...





KINI...


Dah lama dah rasa nak tukar background ala-ala vintage style.. Haa.. Dah jumpa dah apa yang idamkan.. Kadang-kadang boring gak kalau yang sama.. Hihihihi... Nak tau macam mana tukar background.. Haaa.. Jom tengok blog Cik Puan Rara ni.. Cer klik.. Aku amik dari situ laa.. Hihihi.. Thanks Rara..

LOVE RAIN... ^-^





"Love Rain" mengisahkan percintaan yang tulus pada tahun 1970 dan cinta yang sama pada abad ke 20. Seo In Ha (art student) dan Kim Yoon Hee (seorang yang pemalu) bertemu dan saling jatuh cinta tetapi percintaan mereka tidak kesampaian. Pada abad ke-20, Seo Joon anak kepada Seo In Ha bertemu dan jatuh cinta kepada anak Kim Yoon Hee iaitu Jung Ha Na yang berpewatakan ceria yang lain perwatakan daripada ibunya. 

Kalau nak tengok cerita ni boleh la tengok kat Maaduu ni. Klik ja kat situ.. Cerita ni memang best. Hari tu tengok sekerat ja kat Astro Channel. Lepas tu tak sempat nak ikut. Lama jugak tunggu bila nak keluar kat Maaduu ni.. Tunggu masa free ja baru boleh tengok. 

Enjoy it.. Selamat menonton..

Miss Ajumma...



Cuti-cuti ni aku layan cita korea ni. Miss Ajumma. Cerita ni mengisahkan seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya dan berkahwin dengan gadis yang lebih jelita. Kisah ni mengisahkan dugaan dan cabaran yang perlu dia tempuhi. Bangkit setelah dikecewakan. 

Cerita ni boleh tengok kat channel 393 pukul 10:25 - 11:50 dan ulangan nya pada waktu pagi 9:15 - 10:40. Rasanya nak sampai episod kemuncak ni.. 

Wednesday 18 July 2012

WORDLESS WEDNESDAY 6.. ^-^ Welcome Ramadhan..


Sabtu ni dah puasa. Insyallah.. 

Selamat menjalani ibadah puasa.. ^-^







Anak Degil?


Bawah ni aku ambil dari web iluvislam.. Supaya dapat berkongsi dengan bloggers lain dan untuk diri saya sendiri.. So, renung-renungkan.. 


Taat Biar Kena Pada Tempatnya
Cuba fikirkan sejenak. Benarkah kita mahu anak yang sentiasa taat seratus peratus?
Kajian menunjukkan sejumlah kes penderaan seks (sexual molestation) membabitkan kanak-kanak yang tidak tahu mengatakan "Jangan" atau "Tidak" pada pendera. Majoriti pendera seks dikenali oleh mangsa iaitu kanak-kanak terbabit. Ini bermakna, kanak-kanak ini dilatih dari kecil untuk patuh seratus peratus kepada orang yang lebih tua. Mereka tidak dididik untuk bersuara bila perlu dan bersikap asertif.
Sejarah membuktikan patuh membuta tuli parah akibatnya. Lihat sahaja kes Adolf Hitler yang berjaya memesongkan para pengikut yang taksub dengan kepemimpinannya. Kezaliman Adolf Hitler tidak mungkin berlaku tanpa adanya pengikut yang begitu ramai taat dan patuh kepada perintahnya.
Sifat degil ada baiknya jika kena pada tempatnya. Degil boleh bermakna tidak mudah terpengaruh dengan kawan yang cuba menjerat kita kepada tabiat yang tidak elok seperti merokok.
Sebenarnya yang kita mahu bukan anak yang taat seratus peratus. Yang kita mahu ialah:
  • Anak-anak yang bijak membezakan antara suruhan yang baik dengan perintah yang buruk
  • Anak-anak yang patuh kepada suruhan yang baik tetapi ingkar kepada perintah yang buruk
Yang Mana Lebih Penting?
Cuba senaraikan kesemua perkara yang anda tidak puas hati dengan anak anda.  Kemudian fikirkan yang mana patut menjadi prioriti. Contohnya:
Antara solat dengan kemeja berkolar. Yang mana lebih penting?
Antara kemas bilik dengan pandai mengambil hati adik. Yang mana lebih penting?
Ada kalanya kita terlalu banyak yang tidak puas hati dengan anak. Oleh itu kita lontarkan teguran demi teguran sepanjang hari. Meskipun niat kita baik, ingin mendidik anak sesempurna yang terdaya, akibatnya anak jadi keliru kerana terlalu banyak teguran dalam suatu tempoh masa tertentu. Jadi, pilih satu atau dua sahaja prioriti anda sekarang.
Pada pandangan saya, solat jauh lebih penting berbanding memakai baju berkolar.
Pandai mengambil hati adik lebih penting berbanding mengemas bilik.
Minta Penjelasan
Perhatikan perbualan berikut di antara Ayah dengan Isa (enam tahun). Isa berkongsi bilik dengan adiknya Azman (lima tahun) dan sering bertegang urat lebih-lebih lagi di waktu pagi.
Ayah: (dengan nada lembut) Isa, pagi tadi Ayah dengar adik menangis dalam bilik air. Apa yang berlaku?
Isa: (dahi berkerut) Isa marahkan dia. Susah sangat dia nak bangun, Ayah. Dia kata susah nak tidur sebab Isa asyik tendang dia malam tadi. Padahalnya dia yang tendang Isa berkali-kali.
Ayah: (tertawa kecil) Dah sah dua-dua anak Ayah.
Isa: (hairan) Kenapa Ayah?
Ayah: Dulu masa Isa kecil dan suka tidur dengan Ayah, Isa pun suka tendang Ayah larut malam! Nenek kata, ayah masa kecil dulu bila tidur memang ganas. Habis ditendang orang kiri kanan.
Latih Anak Berfikir Secara Rasional
Perhatikan:
  • Ayah menggunakan nada lembut jadi si anak tidak merasa tercabar. Ini penting supaya si anak boleh menjawab soalan dengan rasional bukan secara defensif dan emosional.
  • Ayah bertanya "Apa yang berlaku" dan bukan "kenapa" atau "mengapa". Kanak-kanak kecil sukar menjawab soalan "kenapa" dan "mengapa" dalam situasi begini kerana ianya seolah-olah mendesak mereka mencari alasan bagi perbuatan yang telah dilakukan. (Jawapan untuk "mengapa" mungkin: "Saya cemburu sebab Ayah lebih banyak luangkan masa dengan adik" atau "Saya geram sebab Adik pandai. Dia selalu dapat keputusan peperiksaan lebih cemerlang dari saya"!)
  • Bila Ayah bertanya "Apa yang berlaku?", si anak hanya perlu menceritakan fakta-fakta kejadian terbabit. Si Ayah seterusnya boleh membuat tanggapan dan rumusan sendiri.
  • Hasilnya, Isa tersedar dia sendiri melakukan perkara yang dia tuduh adiknya lakukan! Sejak saat ini, kes "siapa tendang siapa" tidak lagi menjadi isu dalam keluarga ini.
Bandingkan dengan:
Ayah: (nada meninggi) Apa bising-bising Ayah dengar pagi tadi?
Isa: Tapi Ayah ...
Ayah: Berapa kali Ayah dah kata jangan gaduh dengan adik. Isa ni degil benar, tak dengar cakap Ayah!
Di sini si anak langsung tidak diberi peluang untuk menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.
Antara Lembut Dan Tegas
Ini tidak bermakna kita perlu berlembut setiap masa dengan anak. Adakalanya kita perlu tegas.
Contoh:
Ibu menyuruh Din (lapan tahun) mengemas bilik. Ibu sediakan satu senarai perkara-perkara yang perlu dibuat oleh Din. Berikut senarai yang Ibu berikan pada Din:
  • Ambil baju kotor atas lantai, masukkan dalam bakul kain kotor
  • Susun buku atas meja
  • Kemas katil (lipat selimut, susun bantal)
  • Kutip mainan atas lantai, masukkan dalam bakul mainan
Sesetengah anak, terutama anak lelaki lebih mudah mengikuti senarai arahan sebegini kerana dua sebab:
1. Ia spesifik, jadi mereka tahu apa sebenarnya yang perlu dibuat.
2. Kata-kata "kemas bilik" kabur untuk sesetengah kanak-kanak.
Tegas Hanya Bila Perlu
Bagaimana jika anak enggan mengemas bilik meskipun anda sudah sediakan senarai sebegini?
Perhatikan komunikasi di bawah:
Ibu: (berdiri di pintu) Isa, Ibu lihat bilik ni belum dikemas lagi.
Isa: (bermain komputer) Alaa... nantilah Ibu.
Ibu: (tercegat di pintu dan bercakap dengan nada tegas) Isa, Ibu nak Isa kemaskan bilik ni sekarang.  (Ibu tidak beredar dan menunggu sehingga Isa mengemas biliknya.)
Dalam komunikasi di atas, perhatikan:
Nada suara Ibu tegas tetapi tidak menengking. Ibu tidak berleter tetapi menyatakan dengan jelas apa yang dia mahu Isa lakukan. Isa berhenti bermain komputer dan terus mengemas biliknya kerana dia terasa kurang enak bila menyedari Ibunya tidak akan beredar selagi dia tidak berbuat demikian.
Segalanya Lebih Mudah Jika Anda Mesra Dengan Anak
Rata-rata kanak-kanak tidak suka sengaja menyakiti hati ibu bapa. Malah, boleh dikatakan kesemua anak-anak ingin menyeronokkan hati ibu bapa. Ini memang naluri mereka sebagai anak. Jadi, bersangka baiklah dengan anak anda.  Sebenarnya, anak anda (tidak kira berapa umurnya) lebih mudah menerima pandangan dan nasihat yang anda berikan jika anda rapat dan mesra dengannya.
Jangan cepat melenting dan menggelar anak sebagai 'degil' atau 'malas' bila dia enggan mematuhi suruhan anda. Apa sahaja gelaran yang anda gunakan untuk anak anda sama ada buruk mahupun yang baik adalah doa yang boleh dimakbulkan Allah bila-bila masa sahaja.
Dari sudut psikologi pula, kanak-kanak cenderung bertindak sesuai dengan tanggapan kita. Ini bermakna, jika kita menganggapnya 'degil', dia akan cenderung untuk berperangai degil. Sebaliknya jka kita menganggapnya "malas", dia akan lebih cenderung bersikap "malas".

Osaka Cake..

Ada sesiapa yang pernah dengar Osaka Cake? Siapa yang pernah rasa mesti nak lagi kan? Ossaka Cake ni salah satu favourite Akiff.. Akiff kalau kek apa pun dia makan. Dia memang suka makan kek sama dengan abah dia.. "Hantu Kek".. Kita rasa tak sedap pun dia kata sedap.

Kalau sesiapa yang dekat Cheras ni boleh la p cari kat Giant Batu 9, Cheras. Bersebelahan food court.. Kalau kat tempat lain tak tau pulak kat mana. Sila tanya cik Google.. Hihihihi..





Osaka cake ni dalam dia ada cream lembut.. Memang sedap..


Tengok.. Licin Akiff makan sorang..


Osaka cake ni kena makan dalam masa 3 hari. Lepas 3 hari try rasa cream dia ok ka tak, masam ka tak... Tapi kat rumah aku ni tak sampai 3 hari pun. Sehari ja boleh habis.. Hihhihi.. 


Wordless Wednesday 5


Breakfast akiff hari ni..





Ni di antara breakfast Akiff pada hari sebelum-sebelumnya.

Tuesday 10 July 2012

Shopping baju akiff..

Assalamualaikum..



Siapa pernah dengar Kenanga Wholesale City? Cer Klik.. Haaa.. Mesti ramai pernah dengar. Salah satu pusat membeli belah secara borong. Sesiapa yang ada buat jualan online mesti tahu. Konsep dia lebih kurang macam GM Klang dan GM Kuala Lumpur

Ahad lepas aku, My Hubby n Akiff bawa my cousin ke Kenanga Wholesale City. Dia lama dah nak pi situ tapi tak tau macam mana. Sapa yang tak tau boleh tengok 'map' di bawah.


Tujuan tu nak p cari barang my cousin sambil tengok baju raya Akiff. Dulu masa 1st time p sana tak banyak kedai buka lagi. Sekarang, hampir 70% kedai di buka dari tingkat LG sampai la tingkat 6. Dari tingkat LG sampai tingkat 3A semua pakaian orang dewasa. Hanya tingkat 3A dan 5 saja Kids Wear.. Tu pun bagai nak pinau mata tengok.. Tak tau nak pilih, semua cantik-cantik. Kalau nak tau bangunan ni tak ada tingkat 4. Ini mesti tuan punya bangunan mesti cina dan siap ada 'Food Court Non Halal' pulak tu. 1st time jumpa Food Court macam ni. 'Food Court Halal' pun ada jugak kat tingkat 15. Tapi masih belum operasi lagi dan tempat pun tak siap lagi. Kami naik tingkat 15 kosong ja lagi. Rugi tak tangkap gambar. Tapi kami dapat mengisi perut kami yang lapar ni di salah satu restoran melayu.

Haaa.. Anyway, tempat ni memang sesuai untuk bershopping dan sesiapa yang ingin memulakan bisnes. Tak sempit dan tempat rasa selesa untuk bawak kanak-kanak n baby kecik. Baju Akiff banyak dah beli, cuma nanti nak beli seluar akiff ja. Harga di sini berpatutan dan ada yang lebih berpatutan.

*p/s : Sorry tak sempat nak tangkap gambar...

Thursday 5 July 2012

Paper Flower

Haaa... Sini aku nak tunjukkan salah satu 'paper flower' yang aku buat untuk letak di hantaran abang aku nanti.. Jimat sikit.. Tak payah beli bunga..

Bahan-bahan : Kertas Tisu (boleh dapat di kedai bunga) atau boleh guna 'crepe paper', Gunting dan Dawai bunga telur.


 Step 1 : Potong kertas tisu mengikut saiz memanjang. Bahagikan kepada 4 keping  atau 6 keping.




Step 2 : Lipat kertas tisu dalam 1/2 inch.


Step 3 : Ikat dawai bunga telur di tengah-tengah lipatan itu.



 
Step 4 : Buka dan tarik lipatan tersebut ke atas dan kemaskan supaya menjadi bunga.





Taaa.. Daa.. Kan dah jadi..

Cuti Semester.. Yabedabedooo..

Yahooo... Exam dah habiisss... Hoooreeeyyy... (Elleehh.. Dah basi laa.. 2 minggu dah habis exam baru nak cerita..) Hahahaha... Ada aku kisah.. Walaupun seminggu 3 'paper', seminggu 3 'paper' tanpa ada 'gap'.. Akhirnya berjaya juga aku harungi.. Semester ni aku cuti 2 bulan.. Bulan 9 baru masuk balik.. Alhamdulillah..  Lega bulan puasa bersama family.. Sahur dan berbuka bersama Akiff dan Suami 'terchenta'... 

Dalam 2 bulan ni boleh la aku buat hantaran kahwin abang aku yang akan nikah lepas raya ni. Sempat la.. Cuma kenduri bulan 11 nanti tak cuti. cuti sabtu ahad saja la.. Tak best laaa.. Tak dapat cuti panjang masa my bro kahwin.. Ramai saudara mara balik ni.. Huhuhu..




*p/s : Auto publish...

Wednesday 4 July 2012

Wordless Wednesday 3..

Jenuh la nak sapu sawang dalam blog ni.. Lama tak singgah blog abis dikerjakan oleh labah-labah.. Bersawang abis..

Guna vacum lagi cepat kerja..