nuffnang adds

Tuesday, 10 July 2012

Shopping baju akiff..

Assalamualaikum..



Siapa pernah dengar Kenanga Wholesale City? Cer Klik.. Haaa.. Mesti ramai pernah dengar. Salah satu pusat membeli belah secara borong. Sesiapa yang ada buat jualan online mesti tahu. Konsep dia lebih kurang macam GM Klang dan GM Kuala Lumpur

Ahad lepas aku, My Hubby n Akiff bawa my cousin ke Kenanga Wholesale City. Dia lama dah nak pi situ tapi tak tau macam mana. Sapa yang tak tau boleh tengok 'map' di bawah.


Tujuan tu nak p cari barang my cousin sambil tengok baju raya Akiff. Dulu masa 1st time p sana tak banyak kedai buka lagi. Sekarang, hampir 70% kedai di buka dari tingkat LG sampai la tingkat 6. Dari tingkat LG sampai tingkat 3A semua pakaian orang dewasa. Hanya tingkat 3A dan 5 saja Kids Wear.. Tu pun bagai nak pinau mata tengok.. Tak tau nak pilih, semua cantik-cantik. Kalau nak tau bangunan ni tak ada tingkat 4. Ini mesti tuan punya bangunan mesti cina dan siap ada 'Food Court Non Halal' pulak tu. 1st time jumpa Food Court macam ni. 'Food Court Halal' pun ada jugak kat tingkat 15. Tapi masih belum operasi lagi dan tempat pun tak siap lagi. Kami naik tingkat 15 kosong ja lagi. Rugi tak tangkap gambar. Tapi kami dapat mengisi perut kami yang lapar ni di salah satu restoran melayu.

Haaa.. Anyway, tempat ni memang sesuai untuk bershopping dan sesiapa yang ingin memulakan bisnes. Tak sempit dan tempat rasa selesa untuk bawak kanak-kanak n baby kecik. Baju Akiff banyak dah beli, cuma nanti nak beli seluar akiff ja. Harga di sini berpatutan dan ada yang lebih berpatutan.

*p/s : Sorry tak sempat nak tangkap gambar...

5 comments:

  1. waa..mesti raya sakan akiff tahun ni.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... sudah semestinya lebih-lebih lagi kalau dia boleh berjalan mesti duk tawaf satu umah tok dia.. hihihi..

      Delete
  2. Sesuai untuk beli borong kan.. Kalau beli sikit mahal kan hegenya.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah jwb oleh my hubby la.. hihihi.. barang-barang dia mmg berkualiti laa..

      Delete
  3. beli borong sangat murah... beli sikit pun ok jugak... takde la mahal sgt... quality pakaian kat sini macam ada kelas skit... not bad...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...