Showing posts with label Movie... Show all posts
Showing posts with label Movie... Show all posts

Wednesday, 15 October 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna.


Tinggal sejam lebih ja lagi.. Hihihi.. Tengok.. Betapa "gagahnya" beli novel dia sekali... Hihihi.. Sebenarnya tengah cari novel Kerana Terpaksa Aku Relakan. Belum jumpa-jumpa lagi. Sebab orang kata ada berbeza sikit dalam novel n drama.

Monday, 14 July 2014

Luahan Ending Kerana Terpaksa Aku Relakan..

Assalamualaikum...

Sumber gambar : google


Aku nak meluahkan perasaan sikit tentang Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.. Aku memang peminat setia drama ni.. Sampai menangis-nangis.. Hahaha... Boleh gitu.. En. Hubby aku pun tahu dah... Dia duk kata asyik drama jaa... Tau dah bini dia macam mana kalau tengok drama walaupun dia tak nampak apa yang berlaku masa aku tengok drama ni... Hahahaha...

Tapi..... Dah berapa lama aku duk ikut cerita ni... Tiba-tiba ending dia macam laju ja nak habiskan.. Boleh pulak dialog Dato' Sofea yang terakhir tu... Sebenarnya auntie tahu mak Indah di mana... Gggrrrrrrr.... Geram aku. Macam tergantung jer... Macam ada sambung jer... Macam tak puas hati jer... Huhuhu... Banyak yang persoalkan.. Dato' Sofea ni kenal ke dengan mak Indah? Apa hubungan mak Indah dengan Dato' Sofea ni?

Hiiissshhh... Macam-macam persoalan lah... Apa-apa pun.. Cerita ni membuatkan aku nak beli novel dia... Tu mesti nak suruh beli novel tu.. Aku memang cari novel ni lama dah.. Tapi habis stock.. So, kena tunggu la.. Mesti ada punyaa...

Sunday, 4 May 2014

Ada Apa Dengan Cinta?

Assalamualaikum..

Hari ni pukul 3 petang nanti akan ditayangkan Movie Ada Apa Dengan Cinta di TV3.. Lakonan Dian Sastowardoyo dan Nicholas Saputra. Famous pelakon ni dulu.. Kisah tentang anak-anak remaja.. Kisah ni mengimbau kenangan dulu masa zaman aku study kat kolej dulu ni.. Memang best..

Ganbar aku amik kat pak Google.


Dalam movie ni ada puisi yang aku suka.. Waaa... Nampak tak dulu bukan main jiwang lagi.. Sastera gitu.. Hihiihi... Nak tahu puisi apa?

Ku lari ke hutan kemudian teriakku
Ku lari kepantai kemudian menyanyiku
Sepi... Sepi... Sendiri aku benci
Aku ingin bingar, Aku ingin di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga aku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya
Biar terdera..
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai?


Ada puisi lagi satu yang aku suka.. Ni puisi rangga tentang PEREMPUAN.

Perempuan datang atas nama cinta
Bundar pergi kerana cinta
Atas dirinya digenangi air racun jingga

Adalah...
Wajahmu seperti bulan lelap tidur di hatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya?
Meninggalkan hati untuk dicaci

Percaya...
Sampai darah ke lutut pun aku tak percaya

Lalu...
Rumput tersabit
Sekali ini aku lihat karya syurga
Dari mata seorang hawa
Percaya...

Tak tahu...
Ada apa dengan cinta?
Dan aku akan kembali dalam satu purnama
Untuk mempertanyakan kembali cintanya
Bukan untuknya, bukan untuk siapa
Tapi untukku
Kerana aku ingin kamu
Itu saja...

Ceeeeeewaaahhhh... Nampak tak? Betapa jiwang karatnya aku dulu.. Hahaha...


Thursday, 1 May 2014

Temptation Of Wife

Dalam aku duk google Temptation Of Wife aku ternampak gambar ni..

Versi Korea

VS


Versi Filipina

Gambar pun seakan sama.. Rupanya Temptation Of Wife ni dari cerita korea pada tahun 2008.. Kalau tak percaya KLIK SINI.  Tajuk sama.. Gambar poster dia pun sama..


Wednesday, 25 July 2012

ANTARA DUA...

Semalam aku p pasar ramadhan kat Bandar Tun Hussein Onn.. Punya la ramai.. Aku kata kat hubby aku kalau ramai sangat tak payah singgah laa.. Nak beli kuih ja pun.. Hubby aku cakap, kalau tak dapat parking kita balik. Dan dan dapat parking.. Hihihii... Eh.. Bukan nak cerita pasal pasar ramadhan.. 

Ok.. Balik ja rumah terus capai remote astro tekan channel 106.. Aik? Tak ada? Tak tayang dah ka? Hmmm... Aku rasa dia tukar time kut.. Tak apa.. Macam biasa la sedia makan n sambil-sambil tu bukak tv3 Dejavu Di Kinabalu.. Pukul 7:30 teringat nak tengok channel 106.. Haaa? Kenapa dia ubah sama time dengan cerita ni... Adooiiyaa.. Tak apa lah.. Astro mesti ada ulangan..







It's ok.. Geng Surau Musim II ada siaran ulangan pukul 5:15 pagi.. Lepas sahur boleh la tengok.. Hihihihi...


Monday, 23 July 2012

GENG SURAU II

Haaa... Sapa pernah tengok Geng Surau puasa tahun lepas di Astro Oasis mesti gelak guling punya.. Watak-watak yang dilakonkan mesti buat orang ketawa.. 



Ni ada sedikit sinopsis pasal Geng Surau 1 ni.. 

Selepas tiga tahun meninggalkan kampungnya, Razif (Beto Kusyairy) juga cuba menyesuaikan dirinya dengan suasana kampung dan masyarakat di situ. Bagaimanapun, ada orang kampung yang tidak percayakan Razif terutama Pak Suradi (Mat Over), Pak Abu (Azhan Rani) dan Tok Imam Hisham (Razak Ahmad). Oleh itu, Razif yang semakin matang dan beberapa rakan karibnya berusaha menambat hati orang kampung dengan mewujudkan pelbagai kegiatan di surau kampung itu. Antara kegiatan yang dilakukan di surau kampung mereka, mengutip derma untuk surau dan mengadakan ceramah agama.

Mereka cuba jadikan surau sebagai pusat komuniti masyarakat dan bukan saja untuk mendirikan solat lima waktu. Sepatutnya semua aktiviti kemasyarakatan bermula di surau itu. Sebagai remaja, Razif juga terjerat dalam percintaan, namun cintanya tidak kesampaian. Apabila Razif keluar dari pusat pemulihan, gadis yang dicintainya, Azreen (Anita Baharom) sudah bertunang dengan rakan karibnya, Lokman (Amran Ismail). Tanpa disedari Razif, seorang lagi gadis sekampungnya, Uddy (Intan Nor Saina) sangat menyintainya dan sanggup menunggu Razif. - SUMBER DARI http://www.perekacerita.com


Sekarang Geng Surau II dah start kat Astro Oasis setiap hari Isnin - Jumaat. Jam 6:30 - 7:00 petang. Geng Surau II ni menceritakan apa yang berlaku setelah surau di bom oleh Duan, anak Pak Abu atas sebab ingin memasuki Mayat FC, sebuah kelab yang ditubuhkan tanpa kebenaran Mayat a.k.a Razif.

Jom tengok...


Thursday, 19 July 2012

LOVE RAIN... ^-^





"Love Rain" mengisahkan percintaan yang tulus pada tahun 1970 dan cinta yang sama pada abad ke 20. Seo In Ha (art student) dan Kim Yoon Hee (seorang yang pemalu) bertemu dan saling jatuh cinta tetapi percintaan mereka tidak kesampaian. Pada abad ke-20, Seo Joon anak kepada Seo In Ha bertemu dan jatuh cinta kepada anak Kim Yoon Hee iaitu Jung Ha Na yang berpewatakan ceria yang lain perwatakan daripada ibunya. 

Kalau nak tengok cerita ni boleh la tengok kat Maaduu ni. Klik ja kat situ.. Cerita ni memang best. Hari tu tengok sekerat ja kat Astro Channel. Lepas tu tak sempat nak ikut. Lama jugak tunggu bila nak keluar kat Maaduu ni.. Tunggu masa free ja baru boleh tengok. 

Enjoy it.. Selamat menonton..

Miss Ajumma...



Cuti-cuti ni aku layan cita korea ni. Miss Ajumma. Cerita ni mengisahkan seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya dan berkahwin dengan gadis yang lebih jelita. Kisah ni mengisahkan dugaan dan cabaran yang perlu dia tempuhi. Bangkit setelah dikecewakan. 

Cerita ni boleh tengok kat channel 393 pukul 10:25 - 11:50 dan ulangan nya pada waktu pagi 9:15 - 10:40. Rasanya nak sampai episod kemuncak ni.. 

Thursday, 29 December 2011

Tentang Dhia..


Slot Akasia di TV3 banyak memaparkan kisah drama yang hit. Yang memberi impak dalam kehidupan.. Antaranya Tiramisu, Soffiya, AdaMaya, Nora Elena, Na o Mei, Nur Kasih dan banyak lagi la. Salah satu yang menjadi kegilaan adalah Nur Kasih.. Cerita ni memang hit dulu. Sampai keluar Nur Kasih The Movie la.. Tapi aku bukan nak cerita pasal Nur Kasih. Tapi slot yang membuatkan ramai yang marah-marah, meluahkan perasaan dan ada yang rajin boleh buat cerita lawak pulak dalam Facebook ni.. Walaupun aku sekejap tengok sekejap tak tengok cerita ni. Memang tahu serba sedikit melalui Facebook kawan-kawan. Setiap kali pukul 7 petang ke atas ramai yang post pasal cerita Tentang Dhia ni dalam Wall Facebook. Marah-marah dan geram dekat mak mertua Dhia ni. Hari ni merupakan last episode. Ramai yang ternanti-nanti apa kesudahannya kan.

Yang ni yang melucukan aku.. Aku copy dari wall sepupu aku Dila.. Dila, kak za curi eek.. hihihi...

Kalau nak jelas lagi. Klik pada gambar.

Wednesday, 14 December 2011

Penangan demam OMBAK RINDU..


Sekarang ni 'demam' Ombak Rindu sedang melanda.. Aku buka Facebook, Blog, tv semua cerita pasal Ombak Rindu. Orang di sekeliling aku pun dah kena 'demam' Ombak Rindu. Sampai aku boleh mimpi my hubby tolong beli tiket wayang nak tengok ombak rindu. Padahal, realitinya dia bukan main tak suka cerita tu. Dia cakap cerita tu bukan tengok kat wayang. Cerita yang tengok kat wayang mesti ada bunyi gedebung gedebang.. Sorry hubby tercerita pulak.. Hihihi.. Jangan marah eekk..


Bila la agaknya nak tengok.. Cerita Nur Kasih The Movie pun tak kesampaian. Agaknya tak berkesempatan tengok kat wayang tengok kat tv pun jadi lah.. Aku faham dengan keadaan aku ni. Dah lama jugak la aku tak menjejak kaki ke paggung wayang tu.. Nanti-nanti lah.. Bila Akiff dah besar sikit kita pergi tengok wayang sama-sama kan Akiff.. Akiff teman ummie tau.. 

Tuesday, 13 December 2011

Eiffel I'm in Love..

Eiffel I'm in Love.. 
 Sesiapa yang meminati filem indonesia mesti dah pernah tengok cerita ni.. Filem ni la yang membuatkan kawan baik aku yang tak minat lagu indonesia jadi sangat minat dengan lagu-lagu indonesia. Sebab apa? Lagu dalam filem ni semua best2.. Aku kalau tengok banyak kali pun tak jemu.. BEST.. BEST SANGAT-SANGAT..


Drama filem remaja romantis tahun 2003 dari indonesia mengenai konflik remaja dan orang tua. Dibintangi oleh Samuel Rizal dan Shandy Aulia sebagai watak utama.. Filem ni juga ada versi panjang yang mengulas kisah dalam filem ni lebih mendalam. Eiffel I'm in Love EXTENDED. Kalau tak percaya filem ni best.. Try la tengok. ^-^


Filem ni merupakan sambungan dari cerita  Eiffel I'm in Love.