nuffnang adds

Thursday, 28 May 2015

Cepat masa berlalu..

Assalamualaikum semua. Lamanya aku tak bercerita. Aku kalau time free ja boleh nak update. Untuk pengetahuan semua. Aku dah balik ke semenanjung. Bulan 2 hari tu dapat bertukar balik bersama keluarga. Alhamdulillah rezeki anak..

Sekarang ni kandungan aku dah 38 minggu dah. Kali ni nak bersalin macam main-main pulak. Macam aku bersalin kat Akiff. Nak tunggu bukaan tu lambat. Tapi ni lagi lambat. 



Semalam, aku mengalami contraction.. Memang sakit.. Terjaga pukul 3 lebih aku terus tak leh tido. Pagi tu lepas hantar Akiff pergi school aku terus pergi Hukm.. Masa pagi tu tak rasa apa dah. Sakit tu hilang. Lepas tu doktor cek kontraksi baby rasa pulak. So, kena tahan la sebab bukaan 3 cm..

Bila dalam wad.. Adoi.. Main-main pulak adik Akiff ni. Sekejap sakit. Sekejap tak sakit. Dah banyak kali pulak kena seluk dengan doktor. Ada sorang doktor ni seluk punya laa sakit.. Dalam hati ni doktor ni tahu ke tak.. Ya laaa.. Aku tengah sakit memang la aku geram. Pagi ni cek. Ada doktor tu cakap bukaan sempit ja. Baru 2 cm.. Huhuhu.. Nak balik.. Boring nya kat sini. 

Sekarang tengah tunggu result urine test pulak. Tengok result tu macam mana baru dapat keputusan boleh balik ke tak.. 

Main-main betul adik ni tau..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...