Tuesday 30 September 2014

Sama Ka? Hmm..


Ada persamaan tak? Selalunya orang akan cakap kat Akiff.. Ooo... Ikut muka abah dia.. Hari tu balik kampung pi rumah bestfreind kawan aku.. Mak dia cakap muka sama dengan aku.. Memang sangat sedikit la orang akan kata muka Akiff sama dengan aku..

Darah hijau?


Nampak tak ada kesan tompokkan hijau di pencil case n kertas aku.. Ntah masa bila la highlighter aku ni terbuka.. Habis kena kertas kerja aku.. Kena print lain. Patut la lepas habis kelas tadi ada warna hijau kat jari aku..Ingatkan kesan daripada pensil warna..

i-THINK? What do you think?


Pernah dengar tentang i-THINK? i-THINK ni famous dikalangan guru-guru ja.. Sekarang ni aku tengah sibuk nak habiskan 24 modul i-THINK ni... Dengar modulnya n ada beberapa ujian yang akan di tanya..  Agak stress bila internet slow.. Kalau aku nak masuk i-THINK ni aku selalu masuk waktu subuh.. Masa tu internet laju sikit.. Tak la aku menunggu ja.. Loading n loading...

Sunday 28 September 2014

Penang Hill a.k.a Bukit Bendera Pulau Pinang..

Dah bertahun-tahun aku tak pi Bukit Bendera ni. Aku rasa.. Last aku pi masa sekolah menengah. Tu pun masa tu aku hiking bukit bendera anjuran Kelab Belia 4B... Lama kan? Hampir belas tahun ada gak aku rasa. Kalau ikutkan memang malas aku nak pi naik Bukit Bendera ni.. Dah faham dah.. Kalau nak naik tu tak apa.. Nak turun tuuu... Kena banyak bersabar la yer... Orang akan berebut turun kalau lambat... 

PARKING

Bab parking ni menyeksa sikit. Kami sampai di perkarangan Bukit Bendera tu dalam pukul 10 macam tu.. Memusing kami cari parking.. Keluar masuk balik.. Ada dalam 3 pusingan jugak la mencari parking kat kawasan situ.. Ada kawasan parking disediakan, tapi FULL. At last dapat parking kat sebelah kawasan perumahan. Haa... Kat kawasan perumahan rumah teres sebelah kanan tu ada jual Jeruk Buah Pak Ali. Kalau hangpa semua nak beli boleh la singgah situ.. Terlupa aku nak ambil gambar.. Aku sarankan hangpa semua mai Bukit Bendera ni lepas subuh.. Senang nak cari parking dekat sikit. Tak apa.. Kaunter Tiket dah bukak dah awal jam 6.30 pagi.

TIKET


Harga tiket kalau bagi adult my kad RM8.. Kalau Child (4-12 tahun), warga tua, dan student (klu student U atau Kolej tu sila tunjuk student card yaa..)  RM4. Ada jugak harga pakej family kat situ.. Sila-sila tengok gambar kat atas tu eek.. Akiff masuk FREE ja sebab baru umur 3 tahun... Haaa.... Jangan lupa bawak MY KAD la eekk... Kalau tak... Bayar la harga biasa. RM30.. Jadi warga asing sat... Hahaha... Masa beratur beli tiket cepat ja...


Sebelum nak sampai di tempat menunggu train tu.. Ada laluan yang mengisahkan sejarah pembinaan dan replika train yang dulo-dulo.. 


Dah sampai dah tempat menunggu.. Kami tunggu tak sampai 30 minit train dah sampai.. Dalam 10 minit ada kut..


Akiff tengah excited nak naik train tu... Tak sabar duk jenguk ja..  Mana la train ni tak sampai-sampai lagi.


Train sekarang tak macam dulu.. Laju ja.. Macam train KLIA Transit pun ada... Sesekali tu ada rasa bengang kat telinga...

CLIFF CAFE

Sampai-sampai ja situ hangpa akan nampak cafe dia dulu.. Cafe dia ni pelik sikit dan aku rasa macam susah pun ada gak.. Sebabnya... Bahagian minuman di sebelah bawah... Bahagian makanan di sebelah atas... Macam payah pun ada gak... Masa ni Akiff tak boleh duduk diam.. Nampak mainan ja... 


Aku makan Char Keow Teoy ni.. Nampak macam sedap kan.. Tapi tak berapa menyengat pun Char keow teoy dia.. Tak memenuhi citarasa aku.. Tak tau la pulak kalau hangpa punya citarasa.


Ais kacang ni memang best.. Aku suka.. Aku bagi 5 bintang... Hmmm... En. Hubby aku makan 2 ketul ayam n 2 ketul karipap. Harga kat Cafe Bukit Bendera ni agak mahal la bagi aku..

OWL MUSEUM

Kat bawah cafe ni ada OWL MUSEUM... Tapi replika ja... Kami tak masuk pun... Ingatkan ada burung hantu betul.. Replika ja..

PAD LOCK


Atas Cafe ni ada Pad Lock Love... Alaaa.... Macam kat Korea tu... Tak payah pi jauh-jauh... Pi Bukit Bendera ja... 


Nampak tak Akiff? Nak tangkap gambar dia cukup main payah kalau dia tak dak mood nak bergambar.. Banyak tarikan kat situ..


Bukan main Akiff membelek-belek pad lock kat situ..


Haaaa.... Aku sarankan hangpa bawak pad lock sendiri.. Macam Pad Lock T-Shirt tuu... Kalau nak beli.. Bukan main mahal lagi.. Pad Lock yang biasa ja macam yang kuning tu.. RM30++.. Tak berbaloi.. Tapi yang bentuk LOVE warna putih n pink tu murah ja..

KAWASAN RIADAH


Kat bukit bendera ni ada kawasan riadah.. Best jugak kalau bawak anak yang dah umur 5 tahun kat atas ni.. Macam Akiff nak main pun boleh gak tapi kena ada pemantauan dari ibu bapa la..


Aku tengok gambar En. Hubby yang cantik.. Gambar aku n Akiff muka kerekot disebabkan panas.. (Kerekot tu macam kerut muka la bila kena panas matahari).. Hahaha... Pekat betul loghat utara aku..


Akiff naik kuda kayu..


BUGGY



Buggy ni kami tunggu ada gak dalam 30 minit.. Nasib tak baik masa tu depa semua pi makan serentak.. Yang pi makan serentak pasai apa tak tau.. Pi la makan bergilir-gilir.. Jenuh menunggu.. Bila mai time kami baru tau buggy ni ada 2 syarikat.. Dah lama menunggu.. Tunggu aja lah..Nanti pi kat sana pun tunggu.. Buang masa ja.. Haa... Satu buggy ni naik RM30.. Maksimum orang naik satu buggy ni 6 orang.. Dia akan bawak kita round kawasan Bukit Bendera ni..


Nampak muka Akiff masa ni macam tersepit dek angkara Ummie n Abah ja... Padahal mood bergambar Akiff masa ni ke laut... Hahaha..


Nampak tak peti surat ni.. Kalau tak silap aku.. Peti surat ni lagi 4 tahun cukup 200 tahun... Ada 2 saja kat Malaysia ni.. Lagi satu kat Melaka..


You've NEVER been to Penang Unless You Been to Penang Hill..

MASJID

Disebelah atas sekali ada disediakan masjid.. Kat bawah sikit tu ada kawasan Playground dan sebelah Playground tu ada Kuil..

TEROPONG PENINJAU



Sebelum balik tu singgah kat sini dulu.. Boleh teropong apa yang patut.. Tapi sebelum tu masukkan RM1 dulu.. Baru teropong ni berfungsi..

Haaa.... Bab nak balik turun bawah ni yang buat kena bermimpi dulu.. Yaa laaa.... Orang nak turun pulak berduyun.. Tambahan pulak masa nak turun kalau turun sekali dengan rombongan sekolah.. Berjanggut la beratur nak naik train..

SAMPAI SUDAH


Sampai sudah kat bawah... Kita tangkap gambar kenangan satu... Hehehe...


Haaa... Ni la padahnya kalau pakai kasut tak kena tempat.. Dah sampai kat bawah aku dah surrender dah nak jalan pi kat kereta.. Bukak kasut jalan.. Sakit kaki woooiii... Aku sarankan pakai kasut flat yaa... Bukan kasut tumit tinggi..

Berlagaknya Akiff..


Nampak tak cara dia minum air? Berlagaknya.. Tangan sebelah tahan kat drawer tu. Masa ni kat kampung rumah mak chaq aku. Dia ajak aku teman dia minum air. Bila aku tengok dia berdiri santai ja macam tu.. Apa lagi... Snap la.. Hihihi..

Friday 26 September 2014

Pokok Bunga Ros Cameron.

Aku ni memang peminat tegar bunga-bungaan.. Tambah-tambah lagi bunga Rose.. Aku suka keharuman bunga rose tu.. En Hubby dah tau dah memang kalau aku pi Cameron mesti nak bawak balik berjambak-jambak bunga rose. Tapi kali ni lain... Aku beli pokok terus.. Hammmikk... Hehehe..


Pokok bunga ros ni aku amanahkan En. Hubby tolong tengokkan.. Macam mana la keadaan dia sekarang? Haa.. Pokok ni aku beli dengan harga RM11.. Dia letak RM13. Aku mintak Kurang RM10 dia tak bagi.. Lagi RM1 ja... Aku beli kat Pasar Malam Brincang Cameron Highland.

Thursday 25 September 2014

Libster Award #1

Pertama kali dapat Libster Award dari blog Mas Naim. Walaupun diri ini agak sibuk ku gagahi juga menjawab soalan. ^-^

Soalan 1 : Perkenalkan diri anda secara ringkas.
Aku merupakan seorang ummie kepada Akiff dan terpaksa merantau ke Sibu meninggalkan En. Hubby n Akiff kerana kerjaya.

Soalan 2 : Nyatakan 3 tajuk Novel yang pernah anda baca,
i) Evolusi Si Nakal
ii) Suamiku En. Perfect 10!
iii) Pilot Cafe

Soalan 3 : Apa yang anda suka/sering lakukan pada masa lapang?
Hmm.. Kalau kat KL aku suka nak try buat resepi baru.. Kalau kat Sibu ni ngadap laptop ja.

Soalan 4 : Apa motif utama anda menjadi blogger?
Motif? Berkongsi pengalaman tentang aku di Sibu ini untuk tatapan En. Hubby aku yang kejauhan..

Soalan 5 : Siapa orang pertama dan terakhir yang ada dalam hati anda?
Of course la Akiff..

Soalan 6 : Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan berapa buah daerah yang terdapat dalam negeri tersebut.
SARAWAK. Yang aku tau ada 11 bahagian. Setiap satu bahagian tu ada beberapa daerah.

Soalan 7 : Apa wishlist anda sepanjang tahun 2014 yang masih belum tercapai?
Semoga dapat balik berkhidmat di Selangor. Huhuhu...

Soalan 8 : Siapa yang anda fikirkan di saat ini? Mohon dijawab dengan jujurnya!
Mesti la buah hatiku.. Akiff.. Akiff.. Akiff.

Soalan 9 : Perkara pertama yang anda buat selepas bangun dari tidur?
Belek handfone dulu.. Kut kut ada mesej dari siapa siapa ka...

Soalan 10 : Paandai memasak? Lauk apa yang paling suka masak?
Boleh la.. Hahaha... Suka masak Spagethi Oglio Olio.

Soalan 11 : Pendapat anda tentang blog Mas Naim?
Hmm.. Pada pendapat beta... MENARIK.. Semoga menjadi blogger yang sukses..


---DONE---

Wednesday 24 September 2014

Taman Anggur Sungai Batu Pahat, Perlis..

Percutian ni En. Hubby aku yang selalu uruskan. Aku main ikut jaa... Kalau bab nak survey bagai terserah pada En. Hubby aku. Aku tak sempat nak survey.. Dah En. Hubby aku yang buat semua..Hehehe... Masa kami pergi Taman Anggur masa ni bukan musim buah anggur. Pokok anggur ni akan berbuah hanya 4 bulan sekali ja.. Mula-mula nak mencari tu punya la payah.. Sepatutnya aku Waze Taman Anggur.. Tapi aku pi Waze Ladang Anggur mana nak jumpa.. Haa.. Sebelum nak sampai Taman Anggur ni. Jumpa simpang nak ke Taman Ular sebelah kanan. Tapi hanpa straight ja...

Aku kongsikan gambar yang sempat aku ambil..







Kalau nak tau cerita n gambar yang best lagi mai klik blog En. Hubby  (klik) aku..

Tuesday 23 September 2014

Seterika kemeja bagi perabis..

Dah hampir seminggu aku tak berblogging ni.. Memang kebiasaan kalau aku balik kampung memang aku akan ketepikan laptop aku dan tidak mengadap blog. Masa yang tinggal aku isi dengan sepenuhnya bersama Akiff.. Dah dua hari aku menjalani rutin harian seperti biasa tanpa Akiff n En. Hubby. Orang putih cakap "Back to normal".. Ceewaaahh...

Sebelum balik ke Sibu aku akan penuhkan almari yang kosong.


Ni gambar sebelum.. 


Ni gambar selepas.. Selesai aku menyeterika baju En. Hubby.. Kalau aku tak sempat nak seterika baju En. Hubby memang aku rasa bersalah sangat.. Sebelum ni pun memang aku suka seterika baju untuk stok seminggu dua minggu.. Senang.. Boleh jimatkan elektrik jugak..  ^-^

Sunday 14 September 2014

Wajah Akiff bila jumpa ummie.


Kami sampai kampung dalam pukul 10.  Muka baru bangun tidoq.. Tersengih-sengih muka bila jumpa aku.. Peluk sakan aku. Bukan main manja lagi. Lepas rindu aku.

Saturday 13 September 2014

Tak sabarnya jumpa Akiff..


Kali ni balik KL aku tak disambut oleh Akiff.. Sebab Akiff kat kampung. Dah 3 minggu dah dia kat sana. Sebab tok su dia baru dapat cucu. Buat sementara ni memang tak boleh jaga la Akiff.. Sekarang ni aku on the way nak balik kampung.. Tak sabarnya.. Apa khabarmu anakku?

Friday 12 September 2014

Guru.



Sesetengah orang masih tidak faham akan tugas guru ni.. Aku tengok di laman sosial banyak yang mempersoalkan kerja guru ni. Katanya guru kerja sekerat hari. Balik rumah boleh bersenang lenang dengan family. Aku balik bukan bersenang lenang dengan family. Balik kerja tengok rumah tak ada Akiff.. Tak ada husband. Aku di bumi Sibu. Family aku di semenanjung. Balik bawak kerja yang belum siap. Itu merupakan salah satu perngorbanan yang aku perlu lakukan. Janganlah duk mengata kalau tak tahu hujung pangkalnya. Maaf lah yer kalau sesiapa yang terasa. Setiap pekerjaan tu mesti ada cabarannya.

Wednesday 10 September 2014

Wordless Wednesday : Perisa apa ni?



Dilarang digunakan kepada kaum lelaki.. Hahaha..

Mural Kelas Pendidikan Khas in progress..


Haa... Gambar di atas ni rangka lukisan Mural... Ni bukan aku lukis tau.. Aku mana pandai lukis mural yang cantik macam ni.. Ni hasil dari jari runcing cikgu Aziz.. Cikgu Aziz ni cikgu seni.. Memang terrer la dia lukis.. Sekejap jaa... Tak sempat pulak nak ambil gambar dia.. Dia juz buat lakaran..  



Haa.. Bahagian warna ni tunggu hasil dari student aku, Cikgu Pau n Ramlah.. Ni belum habis warna lagi.. Ada cadangan nak buat mural kat kelas belakang lagi. Nanti bila dah start lukis aku tangkap gambar.. Hihihi..

Tuesday 9 September 2014

Nuffnang CPUV : Jacob's Smple Pleasure.


Petang-petang ni kita minum petang dengan Jacob's jer... Thanks Nuffnang coz bagi CPUV Jacob's Simple Pleasure.. Teringat masa zaman study dulu.. Hihii..



Ooo... Yaa... Ada prize tau kalau sapa share gambar bersama Jacob's n #SimplePleasures.. So, try la... Aku belum ada gambar yang cantik lagi.. Hihihi.. Gambar atas sekali tu biasa-biasa jaa... Sapa nak join juz klik Simple Pleasures..


Monday 8 September 2014

Cuti Merdeka Ke Belawai

Cuti Merdeka 3 hari aku dan kawan-kawan aku ke Belawai. Kami pi konvoi 3 kereta. 2 kereta lagi tu kawan kepada kawan aku. Sebnarnya kami tak tau jalan nak ke sana. So berkonvoi la 3 kereta. Tapi bila balik ke Sibu tu kami satu kereta ja.. Sebab yang 2 bijik keta lagi tu nak pi berjalan tempat lain pulak.  Nasib masa balik tu tak sesat. Ingat-ingat lupa jalan.. Hahaha.. 


Perjalanan kami mengambil masa dalam 1 jam lebih.. Kalau nak suruh aku pi lagi sekali tak tahu la aku ingat ka tak.. Kiri kanan hutan.. Rasa jauh ja perjalanan tu.. Tapi masa nak balik tu macam cepat pulak..


Akhirnya dah sampai... Siap ada banana boat lagi tuu.. Tapi aku tak naik pun.. Niat hati hanya nak pi berkelah ja..


Kat atas niperaturan-peraturan dia.. Siap ada peraturan lagi. No telefon nak dihubungi pun ada. No telefon dia : 0138017834 / 0138027834.


Kat atas ni ada disenaraikan kemudahan yang ada.. Dia tak buka kaunter. Kita pi ja pilih meja mana kita nak duduk. Nanti ada sorang makcik datang kutip duit meja. Kalau nak Barbeque pun boleh.. Kalau sapa yang nak barbeque tu boleh la pilih meja yang dekat dengan tempat bakar dia.. Bagi tau ja kat mak cik tu kata nak Barbeque.. Lepas tu bayar la.. Tak adanya free.. Hehehe..  Arang pun dia ada jual..


Haa... Yang ni Kolam Mandi Kanak-kanak.. Memang tak boleh elak.. Masuk-masuk ja akan jumpa benda ni dulu.. Hehehe... Ni kalau Akiff ikut ni mesti dia nak terjah sini dulu punya...



Ni Chalet dia.. Semalam RM50 / RM60... Kalau siang saja RM30 / RM35.. Ikut saiz bilik.


Kalau redup boleh berehat kat sini..



Ada meja yang berbumbung.. Tengok budak-budak ni main pasir teringat kat Akiff. Kalau Akiff ada mesti best.



Nampak tak hujung sana? Kat situ depa tengah kambus kawan depa.. Hahaha.. 



Ni meja yang kami pilih.. Haa... Yang baju biru tuu housemate aku Nora. Yang baju putih tu kak sham.. Yang baju kuning tu ila. Salam perkenalan.. Hihihi..


Baby Iman pun ikut sekali... Best la dia berjalan jauh..  Jom layan kami bergambar...Sila la jamu mata eek.. Hihihi...