Sunday, 28 September 2014

Penang Hill a.k.a Bukit Bendera Pulau Pinang..

Dah bertahun-tahun aku tak pi Bukit Bendera ni. Aku rasa.. Last aku pi masa sekolah menengah. Tu pun masa tu aku hiking bukit bendera anjuran Kelab Belia 4B... Lama kan? Hampir belas tahun ada gak aku rasa. Kalau ikutkan memang malas aku nak pi naik Bukit Bendera ni.. Dah faham dah.. Kalau nak naik tu tak apa.. Nak turun tuuu... Kena banyak bersabar la yer... Orang akan berebut turun kalau lambat... 

PARKING

Bab parking ni menyeksa sikit. Kami sampai di perkarangan Bukit Bendera tu dalam pukul 10 macam tu.. Memusing kami cari parking.. Keluar masuk balik.. Ada dalam 3 pusingan jugak la mencari parking kat kawasan situ.. Ada kawasan parking disediakan, tapi FULL. At last dapat parking kat sebelah kawasan perumahan. Haa... Kat kawasan perumahan rumah teres sebelah kanan tu ada jual Jeruk Buah Pak Ali. Kalau hangpa semua nak beli boleh la singgah situ.. Terlupa aku nak ambil gambar.. Aku sarankan hangpa semua mai Bukit Bendera ni lepas subuh.. Senang nak cari parking dekat sikit. Tak apa.. Kaunter Tiket dah bukak dah awal jam 6.30 pagi.

TIKET


Harga tiket kalau bagi adult my kad RM8.. Kalau Child (4-12 tahun), warga tua, dan student (klu student U atau Kolej tu sila tunjuk student card yaa..)  RM4. Ada jugak harga pakej family kat situ.. Sila-sila tengok gambar kat atas tu eek.. Akiff masuk FREE ja sebab baru umur 3 tahun... Haaa.... Jangan lupa bawak MY KAD la eekk... Kalau tak... Bayar la harga biasa. RM30.. Jadi warga asing sat... Hahaha... Masa beratur beli tiket cepat ja...


Sebelum nak sampai di tempat menunggu train tu.. Ada laluan yang mengisahkan sejarah pembinaan dan replika train yang dulo-dulo.. 


Dah sampai dah tempat menunggu.. Kami tunggu tak sampai 30 minit train dah sampai.. Dalam 10 minit ada kut..


Akiff tengah excited nak naik train tu... Tak sabar duk jenguk ja..  Mana la train ni tak sampai-sampai lagi.


Train sekarang tak macam dulu.. Laju ja.. Macam train KLIA Transit pun ada... Sesekali tu ada rasa bengang kat telinga...

CLIFF CAFE

Sampai-sampai ja situ hangpa akan nampak cafe dia dulu.. Cafe dia ni pelik sikit dan aku rasa macam susah pun ada gak.. Sebabnya... Bahagian minuman di sebelah bawah... Bahagian makanan di sebelah atas... Macam payah pun ada gak... Masa ni Akiff tak boleh duduk diam.. Nampak mainan ja... 


Aku makan Char Keow Teoy ni.. Nampak macam sedap kan.. Tapi tak berapa menyengat pun Char keow teoy dia.. Tak memenuhi citarasa aku.. Tak tau la pulak kalau hangpa punya citarasa.


Ais kacang ni memang best.. Aku suka.. Aku bagi 5 bintang... Hmmm... En. Hubby aku makan 2 ketul ayam n 2 ketul karipap. Harga kat Cafe Bukit Bendera ni agak mahal la bagi aku..

OWL MUSEUM

Kat bawah cafe ni ada OWL MUSEUM... Tapi replika ja... Kami tak masuk pun... Ingatkan ada burung hantu betul.. Replika ja..

PAD LOCK


Atas Cafe ni ada Pad Lock Love... Alaaa.... Macam kat Korea tu... Tak payah pi jauh-jauh... Pi Bukit Bendera ja... 


Nampak tak Akiff? Nak tangkap gambar dia cukup main payah kalau dia tak dak mood nak bergambar.. Banyak tarikan kat situ..


Bukan main Akiff membelek-belek pad lock kat situ..


Haaaa.... Aku sarankan hangpa bawak pad lock sendiri.. Macam Pad Lock T-Shirt tuu... Kalau nak beli.. Bukan main mahal lagi.. Pad Lock yang biasa ja macam yang kuning tu.. RM30++.. Tak berbaloi.. Tapi yang bentuk LOVE warna putih n pink tu murah ja..

KAWASAN RIADAH


Kat bukit bendera ni ada kawasan riadah.. Best jugak kalau bawak anak yang dah umur 5 tahun kat atas ni.. Macam Akiff nak main pun boleh gak tapi kena ada pemantauan dari ibu bapa la..


Aku tengok gambar En. Hubby yang cantik.. Gambar aku n Akiff muka kerekot disebabkan panas.. (Kerekot tu macam kerut muka la bila kena panas matahari).. Hahaha... Pekat betul loghat utara aku..


Akiff naik kuda kayu..


BUGGY



Buggy ni kami tunggu ada gak dalam 30 minit.. Nasib tak baik masa tu depa semua pi makan serentak.. Yang pi makan serentak pasai apa tak tau.. Pi la makan bergilir-gilir.. Jenuh menunggu.. Bila mai time kami baru tau buggy ni ada 2 syarikat.. Dah lama menunggu.. Tunggu aja lah..Nanti pi kat sana pun tunggu.. Buang masa ja.. Haa... Satu buggy ni naik RM30.. Maksimum orang naik satu buggy ni 6 orang.. Dia akan bawak kita round kawasan Bukit Bendera ni..


Nampak muka Akiff masa ni macam tersepit dek angkara Ummie n Abah ja... Padahal mood bergambar Akiff masa ni ke laut... Hahaha..


Nampak tak peti surat ni.. Kalau tak silap aku.. Peti surat ni lagi 4 tahun cukup 200 tahun... Ada 2 saja kat Malaysia ni.. Lagi satu kat Melaka..


You've NEVER been to Penang Unless You Been to Penang Hill..

MASJID

Disebelah atas sekali ada disediakan masjid.. Kat bawah sikit tu ada kawasan Playground dan sebelah Playground tu ada Kuil..

TEROPONG PENINJAU



Sebelum balik tu singgah kat sini dulu.. Boleh teropong apa yang patut.. Tapi sebelum tu masukkan RM1 dulu.. Baru teropong ni berfungsi..

Haaa.... Bab nak balik turun bawah ni yang buat kena bermimpi dulu.. Yaa laaa.... Orang nak turun pulak berduyun.. Tambahan pulak masa nak turun kalau turun sekali dengan rombongan sekolah.. Berjanggut la beratur nak naik train..

SAMPAI SUDAH


Sampai sudah kat bawah... Kita tangkap gambar kenangan satu... Hehehe...


Haaa... Ni la padahnya kalau pakai kasut tak kena tempat.. Dah sampai kat bawah aku dah surrender dah nak jalan pi kat kereta.. Bukak kasut jalan.. Sakit kaki woooiii... Aku sarankan pakai kasut flat yaa... Bukan kasut tumit tinggi..

8 comments:

  1. waaa bestnya..dah lama x pi...

    ReplyDelete
  2. perghhh.. ais kacang tu, terliur!!!!!!

    oh, awal juga dia buka erk. saya x pernah lagi g bukit bendera. padahal study sana dulu. hahaha. kat situ pun ada pad lock? wah, macam Paris pula. hehehe... menarik ni. saya teringin nak wat yang tu XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gi situ mesti kena try ais kacang tu.. sedap..

      Delete
  3. wahhh bestnya... nak pergi-nak pergi :)

    ReplyDelete