nuffnang adds

Wednesday, 3 September 2014

Bila tiada talian telekomunikasi...

Semalam hujan lebat mencurah-curah di Bumi Sibu ni.. Masa tu aku n kawan aku baru nak balik dari bandar Sibu ke Sibujaya. Aku yang memandu kereta.. Perasaan risau, berdebar-debar hanya Allah saja yang tahu. Dengan air naik kat jalan la.. Dengan angin laa... Alhamdulillah kami sampai di Sibujaya dengan selamat. Sampai saja rumah, elektrik tak dak pulak.. Tak apa laa.. Tapi yang aku tak boleh duduk dengan senang hati ialah bila line telefon aku tak dak langsung.. Pergi duk kat pintu depan pun tak dak.. Aku sua handphone aku kat tingkap pun tak dak jugak. Bukak broadband kut aku boleh ber'FB'.. Nak bagi tahu kat my hubby yang line fon aku tak dak.. Tapi hampeh..Broadband pun tak ada coverage. Huhuhu.. Pukul 6.20 pm dah ada elektrik. Lepas tu housemate aku balik. Mujur handphone dia ada jugak line. Walaupun kejap ada kejap tak ada. So, boleh la aku bagi tau My Hubby apa yang belaku..

Fuuuuhhh... Tak boleh duduk diam aku bila line telefon tak ada... Huhuhu...

2 comments:

  1. mati kutu..tak tahu nak wat apa kalau tak ada line hoho

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...