Monday, 8 September 2014

Cuti Merdeka Ke Belawai

Cuti Merdeka 3 hari aku dan kawan-kawan aku ke Belawai. Kami pi konvoi 3 kereta. 2 kereta lagi tu kawan kepada kawan aku. Sebnarnya kami tak tau jalan nak ke sana. So berkonvoi la 3 kereta. Tapi bila balik ke Sibu tu kami satu kereta ja.. Sebab yang 2 bijik keta lagi tu nak pi berjalan tempat lain pulak.  Nasib masa balik tu tak sesat. Ingat-ingat lupa jalan.. Hahaha.. 


Perjalanan kami mengambil masa dalam 1 jam lebih.. Kalau nak suruh aku pi lagi sekali tak tahu la aku ingat ka tak.. Kiri kanan hutan.. Rasa jauh ja perjalanan tu.. Tapi masa nak balik tu macam cepat pulak..


Akhirnya dah sampai... Siap ada banana boat lagi tuu.. Tapi aku tak naik pun.. Niat hati hanya nak pi berkelah ja..


Kat atas niperaturan-peraturan dia.. Siap ada peraturan lagi. No telefon nak dihubungi pun ada. No telefon dia : 0138017834 / 0138027834.


Kat atas ni ada disenaraikan kemudahan yang ada.. Dia tak buka kaunter. Kita pi ja pilih meja mana kita nak duduk. Nanti ada sorang makcik datang kutip duit meja. Kalau nak Barbeque pun boleh.. Kalau sapa yang nak barbeque tu boleh la pilih meja yang dekat dengan tempat bakar dia.. Bagi tau ja kat mak cik tu kata nak Barbeque.. Lepas tu bayar la.. Tak adanya free.. Hehehe..  Arang pun dia ada jual..


Haa... Yang ni Kolam Mandi Kanak-kanak.. Memang tak boleh elak.. Masuk-masuk ja akan jumpa benda ni dulu.. Hehehe... Ni kalau Akiff ikut ni mesti dia nak terjah sini dulu punya...



Ni Chalet dia.. Semalam RM50 / RM60... Kalau siang saja RM30 / RM35.. Ikut saiz bilik.


Kalau redup boleh berehat kat sini..



Ada meja yang berbumbung.. Tengok budak-budak ni main pasir teringat kat Akiff. Kalau Akiff ada mesti best.



Nampak tak hujung sana? Kat situ depa tengah kambus kawan depa.. Hahaha.. 



Ni meja yang kami pilih.. Haa... Yang baju biru tuu housemate aku Nora. Yang baju putih tu kak sham.. Yang baju kuning tu ila. Salam perkenalan.. Hihihi..


Baby Iman pun ikut sekali... Best la dia berjalan jauh..  Jom layan kami bergambar...Sila la jamu mata eek.. Hihihi...











7 comments:

  1. Thanks sharing banyak pics.
    Sangat suka..
    * saya x penah naik banana boat.
    Takuuuuut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaza pernah naik sekali ja.. Rasa macam nak naik sekali lagi.. Rasa takut tu mmg ada.. Hihihihi...

      Delete
  2. cantik gak pantainye... rasa aman dan tenang je bile tengok laut kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Rasa tenang jer.. Hilang masalah kerja buat sementara.. Hihihi...

      Delete
  3. i like pantai very much much..hahahha...
    walaupun pantai akan membuat muka ku hitam tp janji puas hati..hihihihi

    ReplyDelete