nuffnang adds

Wednesday, 30 April 2014

Segmen : Bloglist Mei!


Sapa nak join segmen ni cepat-cepat klik gambor kat atas.. Segmen tamat 30hb April pukul 2359... Haaa... Hari ni ka last? Apa tunggu lagi.. Jom join..

Wordless Wednesday : Kaki Novel?


Sejak berjauhan dengan insan tersayang ni.. Aku mula bergiat kembali menjadi kaki novel.. Mengisi kesunyian.. Hihihi..

1st Mini GA by Nanie Dean


Jom Join GA... Syarat penyertaan mudah saja... Follow blog Nanie Dean..

Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak 2014

Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak 2014 berlangsung dari 28hb hingga 30hb 4 2014... Kat sini aku muatkan gambar-gambar yang berlangsung sepanjang perjalanan acara sukan.. Terutama pelajar PPKI SMK SibuJaya.. 


Waaa... Dapat tag pegawai lagi...


Tengah menunggu acara lontar peluru dan melempar cakera..

Ramainya penonton..




Nampak tak pelajar yang kat depan tu tengah semangat practice nak lontar peluru..



Cikgu-cikgu pun semangat jugak tuu... Hahaha..

Muka takut tunggu 4 x 100m..



Masa ni singgah Giant masa break time.. Siap massage lagi.. Hilang sikit sakit kaki tu..


Bergambar dengan cikgu kesayangan mereka.. Hihihi..

Masa ni acara 100m.. Bukan main laju depa pecut.. Huhuhu.. Kecut perut aku tengok..


Pemandanga yang indah di sini..

Sempat lagi berposing sebelum acara perbarisan penutup.. Hihihi.. Yang tengah tudung hitam tu Penyelaras PPKI SMK Sibu Jaya yang berdedikasi.. Aku kagum dengan semangat beliau..

Perarakan bermula...


Stadium Tun Zaidi Sibu



Nampak tak ada cikgu yang tengah terjemahkan bahasa isyarat semasa ucapan berlangsung..



Habis sudah... Jom... Kita bergambar.. 


Tuesday, 29 April 2014

Secret Recipe Sibu.


Tahu tak gambar kat atas apa dia? Alas gelas bergetah Secret Recepi.. Haaa.... Dah beberapa bulan aku tak pi menyinggah untuk bersantap di sini.. Ahad lepas aku pi dengan housemate aku.. Saja ajak dia keluar pi bandar. Minggu last dia di Sibu sebab minggu depan dia dah cuti awal nak bersalin.. 

Aku ada post gambar ni kat Instagram n Facebook bertanyakan alas gelas getah kat Secret Recepi Sibu saja ka yang ada? Selalu kan pakai kertas jaa.. Rupanya aku yang ketinggalan.. Hahaha... Nampak tak kat situ? Sebenarnya aku nak bagi tau aku dah lama tak pi singgah Secret Recepi ni.. Hahahaha...

Nak tau tak betapa pulunnya aku... Aku tanya adik yang hantar order tu.. Ada jual tak yang ni? Hahaha.. Dia senyum jaa...

Monday, 28 April 2014

Nuffnang?


Aku rasa Nuffnang ni tak memberi kesan kepada aku laa... Dah berbulan dan bertahun.. Aku tengok angka aku tak menjangkau angka puluh pun.. Ka aku yang tak tahu macam mana dia berfungsi? 



Sunday, 27 April 2014

Segmen First Anniversary Blog Asya Lya




Nak join Segmen ni? Klik ja banner kat atas tu... Tarikh tutup 5hb 5 2014.. JOM JOIN...

Manusia... Manusia.. Grrr..

Assalamualaikum...

Ini semalam punya cerita. Semalam aku teman kawan aku pi bandar Sibu.. Dia ada nak settlekan apa yang patut laa... Jalan punya jalan... Ronda punya ronda.. Kami singgah la kat Giant.. Nak beli barang keperluan sikit.. Aku beli barang sikit ja...

Masa nak beratur tu aku beratur la.. Mula-mula kawan aku beratur depan aku.. Tiba-tiba dia tukar pi lane lain.. Aku still beratur di lane yang sama.. Boleh pulak dia cakap ada lagi.. Anak dia ka mak dia ka tengah nak beli barang lagi. Kata tengah timbang.. Masa tu ingatkan sekejap ja la.. Aku tunggu je laa.. Lepas tu dia pulak menghilang.. Pi panggil anak dia n mak dia kut.. Tak pa.. Saaaaaabbaaaaarrr ja aku... Kawan aku dah habis membayar dah.. Aku masih setia menunggu... Haaiiiyaaaa....

Hiiiisssshhhhh.... Beratur bukan nya panjang berjela puuuunnn.... Yang manusia ni dah tau belum habis shopping jangan la beratur.. Beli perabih dulu.. Lepas tu nak bayar banyak mana pun tak paaaa... 

Gggrrrrrrrrrrrrrr.... Geram aku.. Manusia... Manusia...

Saturday, 26 April 2014

Akiff kat Kampung..

Semalam En Hubby n Akiff balik kampung.. Tujuannya untuk tinggal Akiff kat kampung.. Akiff bukan main suka la.. Ramai geng laa.. En. Hubby cakap.. Bila dah masuk simpang kat kampung tu dia dah melompat keriangan dah.. "Yeaah.. Yeaaah.. Nak pi 'asa'..." Ehh... Tau dah sampai dah... Selama ni dia cakap kat kami 'nak pi asa' rupanya tu nak pi jumpa geng dia kat kampung.. Si Erisya. Hadoi.. Penat ummie n abah pikir apekebende la... Sekarang dah dapat tau.. Aku dah agak dah.. Asa tu erisya.. Anak cik nah aku... Betul tekaan aku... Hahahaha...

Okey berbalik kepada Akiff kat kampung.. Akiff kalau kat kampung memang dia tak reti dalam rumah.. Banyak rumah dia nak menyinggah.. Tak pun dia cari 'asa' dia la.. Ya la.. Kat situ semua rumah saudara aku berkelompok kat kawasan situ..

Haaa... Asa Akiff yang hujung sekali tuu.. Yang tengah tu Naim.. Anak cousin aku..


Haa.. Ni gambar whatsup dari En. Hubby.. Aku suruh dia hantar sekeping gambar nak tengok dia buat apa.. Tengah layan kartun Rio masa ni.. Tapi... Sekejap ja En. Hubby aku cakap.. Tak habis cerita pun.. Dah nak main kat luar.. Kalau kat rumah tuu.. Bukan main ulang cerita ni... Hahaha.. Ya laa.. Nak keluar pi mana.. Geng pun takdak..

Haa... Malam ni Akiff tidur dengan maktok dia.. Bagi biasa sebab nanti nak tinggai dia kat kampung.. Takut malam-malam cari pulak..

Naluri Isteri.

Sumber : Facebook



Nampak tak wanita ada 6th sense. Kalau si suami ada buat sesuatu tu atau ada masalah ka mesti si isteri dapat rasa ada yang tak kena. So, si suami2 yang di luar sana jangan memandai buat sesuatu kat belakang isteri.. Komunikasi itu penting dalam sesebuah rumahtangga tu.. Waaaa... Macam kaunselor pulak. Hahaha..

Ni fakta atau auta tak tau laa... Adakah para isteri pernah mengalami perasaan sedemikian?


Thursday, 24 April 2014

MAS Wings

Assalamualaikum..

Asyik cerita pasal flight ja.. Mentang2 tiap-tiap bulan aku naik flight.. Hahaha.. Terpaksa la ampa semua mengadap la yerr.. Hahahaha...

Okey.. Sebenarnya aku tak tahu menahu pun yang aku balik KL masa cuti Good Friday tuu.. Patut la masa aku pilih seat tu ada dua seat belah kiri.. Dua seat belah kanan.. Aku pakai main pilih jaa.. Asalkan boleh balik.. Pilih pulak seat yang depan sekali. Kononnya nak keluar awal la... Tapi, aku tak tau yang flight MAS Wings ni naik kat belakang.. Haaammmik.. Flight ni aku amik sampai Kuching ja.. Flight dari Kuching ke KL aku amik Malindo.. Balik dari KL ke Sibu aku naik Air Asia pulak.. Semua aku naik... Hahaha... Tapi berisiko jugak la kalau amik flight lain2 ni.. Kalau delayed jenuh gak.. Nasib aku amik Flight Malindo dari Kuching ke KL lambat... Sempat la aku sampai Kuching..

MAS Wings ni tak besar mana pun.. Aku ingat MAS wings ni hanya terbang ke kawasan pedalaman ja..



Nampak tak? Tengah panaih Lit Lit kena beratur.. Hahaha...


Nampak tak? Kipas kat tepi telinga ja.. Hahaha.. Memang agak bising sikit la.. Sekali sekala merasa MAS Wings ni bes jugak..

Televisyen Kotak

Assalamualaikum..

Haaa... Tau tak apa dia televisyen kotak yang aku maksudkan... Antik punya.. Sat aku tunjuk gambar..

Haaa... Nampak tak? Yang ni la aku panggil TV kotak... Kalau tv macam ni memang popular kat rumah orang semenanjung kat Sarawak ni.. Asalkan ada jaa... Cikgu yang baru posting macam aku ni mana ada duit nak beli mahai-mahai macam TV flat screen ni.. Yang ni nak tau aku beli berapa hinggit? RM168 aku beli.. Habis tawar dah dari RM188.. Ni 15".. Jadi lah.. Tapi kat umah sewa aku ni hanya dapat channel 1, 2 n 3 jaa... Kalau nak pasang enjoy boleh ja.. Sekali pasang ja RM300++... Nanti dulu kut.. Janji boleh layan TV.. Tak la sunyi sangat rumah aku ni.. Kalau sunyi2 ni yang buat aku touching.. Nak sedih ja..

Wednesday, 23 April 2014

Business Class MAS

Assalamualaikum..

Pertama kali aku dapat merasa bagaimana dapat berada di Bisnes Class MAS.. Sangat2 berbeza dan dimanjakan.. Nak tau cerita tak macam mana aku dapat merasa suasana sini.. 

Hmmm... Macam ni... Cerita dah lama dan aku baru nak bercerita.. Masa cuti bulan 3 hari tu.. Kan En. Hubby yang belikan tiket flight balik KL.. So, dia redeem la point Enrich dia.. Semata-mata nak aku balik KL.. Sebab kalau beli tiket flight last minit ni selalunya tiket mahal.. Kiranya bertuah la kalau dapat tiket murah.. Masa dari Sibu ke KL aku naik Economy class.. Masa balik dari KL ke Sibu yang naik Bisnes Class ni. Tapi flight aku ni transit Kuching.

Mula-mula pramugari ni akan bagi towel lembap yang sejuk n wangi untuk kita segarkan muka.. Boleh la lap muka kaa... Lap tangan kaa... Lap apa2 aja lah.. Hihihi.. Lepas tu pramugari akan bagi kita welcome drink macam fresh orange atau apple juice.. Aku prefer fresh orange.. Dah habis minum.. Pramugari tu akan bagi tahu kat kita menu apa yang dia akan hidang kat kita.. Aku angguk aja la.. Tak mintak tambahan apa-apa la.. Kalau nak air panas lepas tu boleh jaa... Nak coffee ka.. Tea ka.. 


Haa.. Makanan macam di atas ni la yang dihidang kepada aku.. Kenyang... Sedap lak tu.. Biasa laa.. Jakun sikit.. Hahaha.. Tapi dapat jugak merasa... Bila dah sampai Kuching tu... Turun n naik semula flight.. Naik bisnes class jugak.. Tapi berbeza sikit.. Sebab flight amik masa 40 minit ja ke Sibu.. So, cuma disediakan air saja.. Aku request green tea sebab sejuk dah.. Awal2 sebelum flight berlepas tu dia dah bagi towel lembap untuk segarkan diri.. Okey.. Aku sampai Sibu pun dah gelap.. N memang sejuk masa tu.. Pramugari sediakan towel lembap yang agak panas untuk kita tekap2 kat muka n tangan...

Haaa... Pengalaman yang memang berbeza.. Kalau sekali sekala sapa yang rajin travel naik MAS n ada Enrich kad boleh la redeem point guna.. Kalau aku sorang2 ni naik bisnes class ni rasa macam janggal sikit.. Kalau macam aku sekali dengan En Hubby tak la aku rasa janggal sangat.. Dah la orang yang naik tu nampak ada class ja.. Aku ja yang tersesat lak kat situ..  Tapi... BEST... Hihihihi...

Wordless Wednesday : Subhanallah Sunset..


Indahnya ciptaan Allah.. Gambar sunset ni aku ambil masa atas flight nak balik Sibu.. Cantik kan?

Hadiah 5th Anniversary..

Assalamualaikum..

Aku bersyukur mempunyai suami yang baik hati, bertanggungjawab, romantik dan banyak lagi laa.. Tak nak puji lebih-lebih.. Nanti kembang pulak Si Dia.. Hahaha..

Alhamdulillah perkahwinan kami dah menjangkau 5 tahun.. Akiff adalah anugerah yang terindah bagi kami.. Tengok gelagat si kecik kami ni dah hilang semua masalah.. Tahun ni merupakan tahun yang amat mencabar bagi kami.. Perkahwinan jarak jauh yang selama ni tak pernah aku berjauhan dengan Akiff n En. Hubby sejauh ini dan selama ini. Aku di sarawak tapi En Hubby n Akiff di KL.. Kami berjumpa hampir sebulan sekali. Tak kira la tiket mahal ke apa ker.. Yang penting dapat berjumpa dengan mereka..

Sambutan Anniversary tahun ni tak macam tahun sebelum ni. Hanya sekadar kami sekeluarga dapat meluangkan masa bersama sepanjang hari pun dah cukup.. Tapi sebelum hari kejadian iaitu 19hb April.. En Hubby ajak kami pergi bermalam di D'Damansara Guest House. Saja nak bawak Akiff mandi kolam. Kalau sapa-sapa nak lepak hujung minggu atau saudara mara datang kenduri boleh la tengok info ni kat SINI.

Pada pagi tu bangun macam biasa la.. Akiff kalau bangun ja ajak pergi depan nak tengok kartun.. Tak habis-habis nak tengok kartun.. Aku suruh En Hubby.. Dia suruh aku.. Last sekali aku yang temankan Akiff.. Bila keluar bilik memang tak perasan apa-apa la kat meja depan pintu bilik tu.. Bila dah duduk n tengah cari channel kat Akiff.. Mata ni terus terhenti kat satu tempat.. Haaaaaaa..... Luruh jantung aku.. Benda yang aku idamkan dah tercapai akhirnyaa... Apa lagi.. Loncat keriangan la pergi dapatkan En Hubby.. Akiff mesti tengok pelik.. Apa la kena ummie dia ni pagi-pagi dah menjerit.. Hmmmm... Nak tahu tak apa yang buat aku lompat bagaikan orang tak betoi...

!

!

!

!

!

!

!

!

!

!

!



Mau tak gila bila tengok Pandora ni.. Aku aim dah lama dah.. Tengah kumpul kekuatan kumpul duit nak beli.. Hahaha.. Mana tau.. Berangan ja dah dapat dah.. Jadi la pack permulaan.. Nanti beli sikit-sikit nak letak apa lagi.. Yeeeaaahhh.. Thanks En. Hubby.. 

Saturday, 19 April 2014

Happy 5th Anniversary.




NUKILAN UNTUK EN. HUBBY...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 5 Mr. Hubby.. Tahun ini merupakan tahun yang mencabar bagi kita.. Kita berjauhan dan hanya sebulan sekali saja baby boleh balik. Semoga dugaan ini memberi kekuatan kepada kita dalam mengharungi rencah kehidupan yang berduri ini. 

Semoga ikatan yang terjalin selama 5 tahun ini akan terus mekar walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi. Baby bersyukur mempunyai suami yang memahami, menyayangi dan bertanggungjawab seperti abang. Dalam 5 tahun ini sudah pelbagai dugaan yang kita hadapi bersama. Hadirnya Muhammad Akiff Mirza memberi kita satu semangat dan cahaya dalam kehidupan kita.

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 5. SEMOGA PERKAHWINAN KITA DILIMPAHI REZEKI YANG MELIMPAH RUAH, TABAH MENGHARUNGI ONAK DURI DAN BERKEKALAN HINGGA KE JANNAH.. AMIN..

Saturday, 5 April 2014

Tersasul..

Assalamualaikum...

Semalam aku ada UP satu entry ni.. Celebrate 3rd Birthday Akiff.  Tiba2 En Hubby Whatsup bagi tau.. Tarikh birthday Akiff salah tuu... Huhuhuhu... Laaa... Aku bubuh tarikh due yg sepatutnya aku bersalin.. Memang aku suka tertukar tarikh birthday Akiff dengan tarikh due kat buku merah tuu... Akiff kan dia keluar awal 4 hari.. Hihihihi.. 

Aku dah set kat kepala Akiff akan keluar 27hb Mac.. Siapa tahu kuasa Allah.. Tiada siapa boleh halang.. Pernah tak ampa semua jadi macam aku.. Tak kira la tarikh ka nama kaa... Huhuhu...

Friday, 4 April 2014

Celebrate 3rd Birthday Akiff

Tanggal 23hb Mac 2014... Akiff dah berumur 3 tahun dah.. Mujur time cuti sekolah.. Boleh la kami sefamily celebrate birthday permata hati kami ni...


Aku beli Multi Colour Wisdom Plate ni kat Akiff.. Aku memang prefer mainan yang education sikit ni.. Abah dia pulak memang akan beli mainan favorite dia la.. Car.. Mula-mula tu dia macam bebai sikit.. Buat sikit tak boleh mula la nak ngamuk.. Lepas tu ajar dia slow2 baru dia boleh.. Dah boleh tu duk buat selalu la.. Suka la orang duk cakap kat dia pandai.. Budak2 memang suka di puji.


Haaa... Ni hadiah yang En. Hubby aku beli kat akiff.. Main tak ingat.. Masa ni kami kat Taman Tasik Perdana.. Celebrate ala2 taman gitu.. Hahaha.. Tapi Akiff ni bukan nak bergambar sangat.. Excited nak main mainan dia ni.. Benda baru kan? Baru keluar dari oven.. Panas panas lagi.. Hahaha..


Nampak tak betapa gigihnya seorang abah memasang track kat Akiff.. Hahaha.. Akiff pun nak tolong jugak.. 


Nampak tak? Masa ni Akiff jadi model.. Tapi mood posing dia sekejap ada sekejap tak ada.. Ni En. Hubby aku jemput kawan dia ambil gambar..

Haaa.. Kek ni bukan asalnya penuh dengan coklat tau.. Ni idea dari kawan2 En. Hubby aku laa.. Kami beli kat kedai kek Favourite kami sekeluarga.. Red velvet yang disalut fresh krim.. Dengan harga RM29.. Lepas tu beli Kit Kat yang ada 20 paket kecik tu dengan harga RM10.. Ferrero Rocher n M&M aku lupa harga.. Kalau tidak nak letak strawberry.. Tapi terlupa bawak pi taman.. So, tak jadi laa.. Kek ni aku decorate sendiri tauu... Tak caya ka? Betul la.. Tak tipu.. Senang ja pun.. Ampa semua pun boleh cuba deco macam ni gak.. Save budget..

Nampaknya dua2 beranak ni tak sabar nak makan dah ni.. Dah la dua2 "hantu kek".. Hahaha... 

Sebelum kita makan kek.. Jom kita bermonofie dulu.. Yeeeeeaaaahhh...

Pesanan untuk Muhammad Akiff Mirza a.k.a anak kesayangan ummie n abah.. Semoga Akiff membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang. Menjadi anak yang soleh dan kebanggaan keluarga.. Sentiasa ingat pengorbanan orang disekeliling Akiff.. 

Pssstt : Nak tengok gambar photoshoot yang cantik boleh la KLIK SINI.

Keywords : Ada org cari rumah sewa di sibujaya laa..

Nampak tak keywords yang atas sekali tuu... Area rumah sewa Sibujaya 2014.. Ada orang nak cari ka? Hmm.. Rumah aku ni memang kosong la lagi satu bilik.. Sapa nak boleh email aku la.. Hihihi.. Memang aku tengah cari orang pun.. Sebab housemate aku ni pregnant.. Due dia bulan 5 ni.. Risau gak tinggal sorang.. Kalau boleh melayu la.. Of coz perempuan.. Kalau cikgu lagi bagus.. Hihihi.. Memilih..

Meja Serbaguna yang Comel...

Assalamualaikum... 

Cerita ni dah lama.. Tapi aku baru nak Up entry hari ni.. Basi pun basi la.. Hahaha... Ada hari tu sebelum masuk rumah sewa baru kat Sibujaya ni.. Aku shopping sakan la barang2 keperluan rumah n kegunaan aku sendiri.. Ehhh... Aku tak bagi tau ka yang aku dah pindah rumah sewa seminggu sebelum balik cuti.. Sorry... 

Sekali harung la aku bagi tau kat sini.. Aku memang dah pindah rumah. Tidak lagi menumpang.. Menyewa bersama cikgu baru yang masuk awal sebulan dari aku.. Cikgu pendidikan Seni.. Jiran pun ramah mesra.. Bagus dapat jiran macam ni.. 

Eeehh... Macam dah lari tajuk ja... Hahaha... Tak apa kan? Okay.. Berkenaan meja serbaguna yang lagi comei lotei nii... Meja ni aku beli kat Cosway dengan harga RM31.90.. Kalau sesiapa yang ahli Cosway yang ada kupon boleh la dapat murah dengan reedeem kupon tu..

Haa... Comei tak? Muat satu laptop...






Ada kaki dua macam ni..

Kat belah dalam boleh isi barang...Nampak tak? Best kan? Hihihihi...

Thursday, 3 April 2014

Kajol di SMK Sibujaya.

Assalamualaikum...

Haaa... Macam mana pelakon bollywood boleh ada kat Sibu ni.. Wow... Kajol pulak tu... Aku siap tangkap gambar dia n bergambar lagi...


Ni la Kajol SMK Sibujaya.. Nama dia Puspa.. Aku n dia sama-sama lapor diri pada tarikh yang sama di sekolah ni.. Kenapa aku kata Kajol? Gelaran yang diberi masa Kem Pengawas. Sebab ada satu game macam explorace laa.. Student kena cari siapa dia la Kajol.. Aku pulak jadi peneman kawan aku ni.. Dia punya la cari tempat baik punya.. Belakang sekolah tepi pokok.. Punya la payah nak cari.. Ada sampai satu group ni tersalah cikgu. Siap cikgu tu suruh nyanyi tiga lagu lagi.. Lepas tu baru cakap kata dia bukannya Kajol.. Hahahha.. Tipah tertipu laaaa...




Nak tahu tak.. Puspa ni merupakan cikgu India yang pertama yang lapor diri di sekolah SMK Sibujaya ni.. Kat kawasan Sibu ni.. Kaum India la yang paling susah nak jumpa kat Sibu ni.. Ada dia n adik lelaki dia pergi beli barang di Pekan Sibujaya ni.. Puspa cakap.. Aku rasa macam orang asing la.. Orang mesti pandang.. Yaa laaa... Dia n adik ja orang india yang tinggal di Sibujaya ni.. Kat sini dia tinggal dengan adik lelaki dia... Adik dia pun baru kerja kat Sibujaya ni..

Wednesday, 2 April 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...