Saturday, 19 April 2014

Happy 5th Anniversary.




NUKILAN UNTUK EN. HUBBY...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 5 Mr. Hubby.. Tahun ini merupakan tahun yang mencabar bagi kita.. Kita berjauhan dan hanya sebulan sekali saja baby boleh balik. Semoga dugaan ini memberi kekuatan kepada kita dalam mengharungi rencah kehidupan yang berduri ini. 

Semoga ikatan yang terjalin selama 5 tahun ini akan terus mekar walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi. Baby bersyukur mempunyai suami yang memahami, menyayangi dan bertanggungjawab seperti abang. Dalam 5 tahun ini sudah pelbagai dugaan yang kita hadapi bersama. Hadirnya Muhammad Akiff Mirza memberi kita satu semangat dan cahaya dalam kehidupan kita.

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 5. SEMOGA PERKAHWINAN KITA DILIMPAHI REZEKI YANG MELIMPAH RUAH, TABAH MENGHARUNGI ONAK DURI DAN BERKEKALAN HINGGA KE JANNAH.. AMIN..

2 comments: