Assalamualaikum..
Aku bersyukur mempunyai suami yang baik hati, bertanggungjawab, romantik dan banyak lagi laa.. Tak nak puji lebih-lebih.. Nanti kembang pulak Si Dia.. Hahaha..
Alhamdulillah perkahwinan kami dah menjangkau 5 tahun.. Akiff adalah anugerah yang terindah bagi kami.. Tengok gelagat si kecik kami ni dah hilang semua masalah.. Tahun ni merupakan tahun yang amat mencabar bagi kami.. Perkahwinan jarak jauh yang selama ni tak pernah aku berjauhan dengan Akiff n En. Hubby sejauh ini dan selama ini. Aku di sarawak tapi En Hubby n Akiff di KL.. Kami berjumpa hampir sebulan sekali. Tak kira la tiket mahal ke apa ker.. Yang penting dapat berjumpa dengan mereka..
Sambutan Anniversary tahun ni tak macam tahun sebelum ni. Hanya sekadar kami sekeluarga dapat meluangkan masa bersama sepanjang hari pun dah cukup.. Tapi sebelum hari kejadian iaitu 19hb April.. En Hubby ajak kami pergi bermalam di D'Damansara Guest House. Saja nak bawak Akiff mandi kolam. Kalau sapa-sapa nak lepak hujung minggu atau saudara mara datang kenduri boleh la tengok info ni kat SINI.
Pada pagi tu bangun macam biasa la.. Akiff kalau bangun ja ajak pergi depan nak tengok kartun.. Tak habis-habis nak tengok kartun.. Aku suruh En Hubby.. Dia suruh aku.. Last sekali aku yang temankan Akiff.. Bila keluar bilik memang tak perasan apa-apa la kat meja depan pintu bilik tu.. Bila dah duduk n tengah cari channel kat Akiff.. Mata ni terus terhenti kat satu tempat.. Haaaaaaa..... Luruh jantung aku.. Benda yang aku idamkan dah tercapai akhirnyaa... Apa lagi.. Loncat keriangan la pergi dapatkan En Hubby.. Akiff mesti tengok pelik.. Apa la kena ummie dia ni pagi-pagi dah menjerit.. Hmmmm... Nak tahu tak apa yang buat aku lompat bagaikan orang tak betoi...
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
Mau tak gila bila tengok Pandora ni.. Aku aim dah lama dah.. Tengah kumpul kekuatan kumpul duit nak beli.. Hahaha.. Mana tau.. Berangan ja dah dapat dah.. Jadi la pack permulaan.. Nanti beli sikit-sikit nak letak apa lagi.. Yeeeaaahhh.. Thanks En. Hubby..
bestnya
ReplyDeletebest.. Impian tercapai.. HIhihi..
Delete