nuffnang adds

Wednesday, 23 April 2014

Business Class MAS

Assalamualaikum..

Pertama kali aku dapat merasa bagaimana dapat berada di Bisnes Class MAS.. Sangat2 berbeza dan dimanjakan.. Nak tau cerita tak macam mana aku dapat merasa suasana sini.. 

Hmmm... Macam ni... Cerita dah lama dan aku baru nak bercerita.. Masa cuti bulan 3 hari tu.. Kan En. Hubby yang belikan tiket flight balik KL.. So, dia redeem la point Enrich dia.. Semata-mata nak aku balik KL.. Sebab kalau beli tiket flight last minit ni selalunya tiket mahal.. Kiranya bertuah la kalau dapat tiket murah.. Masa dari Sibu ke KL aku naik Economy class.. Masa balik dari KL ke Sibu yang naik Bisnes Class ni. Tapi flight aku ni transit Kuching.

Mula-mula pramugari ni akan bagi towel lembap yang sejuk n wangi untuk kita segarkan muka.. Boleh la lap muka kaa... Lap tangan kaa... Lap apa2 aja lah.. Hihihi.. Lepas tu pramugari akan bagi kita welcome drink macam fresh orange atau apple juice.. Aku prefer fresh orange.. Dah habis minum.. Pramugari tu akan bagi tahu kat kita menu apa yang dia akan hidang kat kita.. Aku angguk aja la.. Tak mintak tambahan apa-apa la.. Kalau nak air panas lepas tu boleh jaa... Nak coffee ka.. Tea ka.. 


Haa.. Makanan macam di atas ni la yang dihidang kepada aku.. Kenyang... Sedap lak tu.. Biasa laa.. Jakun sikit.. Hahaha.. Tapi dapat jugak merasa... Bila dah sampai Kuching tu... Turun n naik semula flight.. Naik bisnes class jugak.. Tapi berbeza sikit.. Sebab flight amik masa 40 minit ja ke Sibu.. So, cuma disediakan air saja.. Aku request green tea sebab sejuk dah.. Awal2 sebelum flight berlepas tu dia dah bagi towel lembap untuk segarkan diri.. Okey.. Aku sampai Sibu pun dah gelap.. N memang sejuk masa tu.. Pramugari sediakan towel lembap yang agak panas untuk kita tekap2 kat muka n tangan...

Haaa... Pengalaman yang memang berbeza.. Kalau sekali sekala sapa yang rajin travel naik MAS n ada Enrich kad boleh la redeem point guna.. Kalau aku sorang2 ni naik bisnes class ni rasa macam janggal sikit.. Kalau macam aku sekali dengan En Hubby tak la aku rasa janggal sangat.. Dah la orang yang naik tu nampak ada class ja.. Aku ja yang tersesat lak kat situ..  Tapi... BEST... Hihihihi...

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...