Sunday 26 February 2012

Contest Nur Hayfa Syaurah. ^-^

Berkat dorongan pujukan my hubby. Aku pun join contest ni. Hadiah pun menarik. Boleh bagi hadiah kat Akiff sempena ulang tahun yang pertama Akiff. Harap-harap menanglah.. Hihihi.. Nak tahu hadiah dia?

Taraaaa... 

Blossom Farm Sit Me Up bernilai RM150.00!


Best kan hadiah dia.. Boleh la Akiff golek-golek dan melepaskan rindu pada ummie.. Haa... Ada yang berminat? Boleh klik Dulu Gadis, Kini Mama. Join jangan tak join.. ^-^

Thursday 23 February 2012

Kejayaan tidak datang bergolek. ^-^

Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang jitu. 
Renung-renung kan. 
^-^

Kawan baru dan kawan lama. ^-^

Olaaaa... Haa.. Kat sini aku ada jumpa kawan baru. Nama diberi Nor azlina. Satu kos dan satu rumah.




Gambar bawah yang tudung putih tu Wan Syafuri. Kawan lama aku di USM dulu. Sama kos dan sama bilik.


Aku sekarang ni agak malas nak mengarang karangan yang bermadah helah. Cukuplah sekadar mempamerkan gambar sahaja. Akhir kata hayatilah kata-kata mutiara di bawah ini. Sekian, terima kasih. ^-^


Tuesday 21 February 2012

Tomyam seafood & selera makanan

Hari pertama aku duk umah sewa ni. Kawan aku ajak pi makan kat RESTORAN BOOM BOOM. Tak jauh dari rumah sewaku (Taman Bahtera). Makanan dia memang sedap la kalau ikut tafsiran aku la.




Yang ni merupakan trademark kedai ni. Ada basikal dan lampu ala kincir angin.


Haa.. Yang ni duta restoran ni. Hahaha..


Aku makan nasi goreng daging merah. Yang ni aku bagi **** bintang. Yang spoil dia sebab nasi keras sikit. Tapi daging merah memang sedap.


Nasi goreng thai. Yang ni aku bagi ****1/2 bintang. Memang sedap. Aku dah makan sebelum ni.


Bihun ladna. Yang ni kalau makan dengan keow teoy memang sedap. Kuah dia sedap rasa. Aku bagi *** bintang.

1st day class.


Pada awal pagi, aku bangun dengan menghirup udara segar. Disambut dengan pemandangan awan yang memukau pandangan aku. Setelah aku menaiki kereta dan menuju ke kelas bersama kawan-kawan ku. Aku disambut dengan hujan rahmat yang lebat. Satu permulaan yang baik. Tibanya di bangunan kelas tersilap pulak... Pintu berkunci, turun pulak dari tingkat 2. Naik tangga lain pulak. Bila sampai kelas, mic tak boleh guna. Untuk tidak membuang masa kami perlu memperkenalkan diri seorang demi seorang sampai la habis masa. Hihihihi.. Cuma sempat tahu apa yang akan belajar ja nanti sepanjang semester. Lecturer nampaknya macam OK. Selalunya orang kata kalau lecturer perempuan cerewet sikit. Tapi setakat ini macam ok la, masih terlalu awal untuk aku menilai rasanya.. Hihihihi.. Boleh macam tu?

P/S : Sorry... Ayat agak sedikit skema. ^-^

Sunday 19 February 2012

Minggu Suai Kenal... ^-^

Hari berganti hari. Masa berganti masa. Akhirnya sudah tamat Minggu Suai Kenal. Pelbagai kenangan yang indah, suka dan duka. Terbaik lah. Sebenarnya malas nak karang banyak-banyak ni. Hangpa semua layan aja  la gambar-gambar ni.



Tiga sekawan tapi tak sama Class Group. Huhuhu..


Kumpulan 90 degrees. "Go 90, G0 90. Dont break my heart 90. Ummph aahh oh yeah.. Ummph aahh oh yeah. Gooooo 90."


Bersama pemimpin Dato Mustapha Muhammad. Menteri Perdagangan & Industri Antarabangsa.




Menunggu untuk bacaan ikrar.








Berada di padang untuk senam seni.



Saturday 11 February 2012

Packing barang. :(

Tinggal sehari saja lagi untuk berangkat ke UPSI. Bermula 12 Februari aku akan menjadi Student & weekend wife and ummie. Huhuhuhu.. Pergorbanan yang perlu ku lakukan demi masa depan keluarga. Hampir 99% siap packing. 1% lagi nak cek tgk kot kot ada tertinggal.


Thanks to Kak Farizah merangkap boss my husband. Kesian kat kak fariza. Banyak kan kena cop. Tak pa nanti lan belanja.. Hihihihi..

Alat tulis dan buku nota yang mesti ada untuk jadi student kan?

Kalau orang utara cakap berberan-beran (sesuatu yang banyak dibawa). Banyak betul sampai nak muntah dah luggage tu.

Ini semestinya, bahan cucian baju dan badan. ^-^

Akiff sempat tolong ummie dia kemas barang. Dia tak tau nak kena tinggal nanti.. Huhuhuhu.. (Aku rasa aku yang menangis lebih.)

Dokumen yang perlu dibawa. Kalau tak ada benda ni tak boleh nak daftar ooi..

Of coz la bantal buchuk akiff. Buat hilangkan rindu.

Wahai kawan-kawan doakan saya ya supaya tabah menghadapi cabaran yang mendatang dan mendapat result yang GEMPAK. ^-^ Okey lah.. Time to sleep.. Mengantuk dah.

Monday 6 February 2012

Tent for Akiff. ^-^

Dah lama nak beli tent ni untuk Akiff. Baru jumpa yang berpatutan. Boleh Akiff guling-guling dan main cak dengan aku dan abah dia.

Akiff dok dalam tent dia. Ceeewaaah.. Sukanya dia...


Ok lagi masi ni. Boleh duk senyap

Gambaran sebelah tepi..

Nak tengak tak keadaan tent selepas beberapa jam? Tak sampai sehari pun.. Try scroll down tengok.
 :

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:
Tengok! dah terbalik dah. Main sungguh..

Hahaha.. Nasib baik tent ni cedera ringan saja.

Friday 3 February 2012

Batik..

Ahad lepas My Hubby ajak aku p tasik titiwangsa. Katanya ada car booth kat situ. Bila dah sampai, agak keberatan nak melangkah kaki p situ. Kenapa? Tengok sikit sangat. Betul ka tak car booth ni. Anyway... Aku teruskan jugak la. Melangkah dari satu tapak ke tapak car booth yang lain. Akhirnya sampai ke hujung. Kedai hujung ni bagi satu tarikan kepada aku and my hubby. 


Tuan empunya tapak ni Cikgu Ismail atau lebih dikenali dengan ismail batik. Gambar di atas ni dia tengah melukis gambar kat mat salleh tu. Siap ada nama lagi.




Kat sini ada pelbagai corak yang boleh dipilih. Boleh color sendiri, dibekalkan warna dan tok guru sekali. Harga hanya RM10. MURAH kan? Kalau kat tempat lain tak dapat macam ni. MURAH sangat-sangat. Siap FREE pengalaman melukis batik lagi.


Pilih punya pilih, aku ambil corak ni. Letak nama my little prince. Boleh request nama dan corak lagi.


Ni Tok Guru yang akan ajar macam mana nak warna batik. Mula kita gunakan warna gelap + cerah + air. Warna yang dibekalkan warna asas ja. Ada la satu dua extra warna lain. So, kena tahu serba sedikit la asas untuk mewarna ni la. OK. Warna asas ada 3 iaitu BIRU, MERAH dan KUNING. Biru+Merah = UNGGU, Merah+Kuning = JINGGA, Kuning+Biru = HIJAU. Pandai-pandai la hangpa nak campur warna nanti.


Comel kan Tok Guru. Cikgu Ismail cakap anak dia sorang ni dah diasuh sejak tadika lagi. Best kan? Kecik-kecik lagi dah kenal macam mana nak hasilkan batik.


So, dia ajar sikit ja. Yang selebihnya teruskan la. Ni merupakan 1st experience aku color batik. Masa aku belajar dan mengajar dulu pun tak berkesempatan macam ni. Bukan apa... Kat sekolah kelengkapan ni semua tak ada. Pelajar hanya di ajar asas dan teori saja. Kalau nak lukis pun atas kertas lukisan saja. 


Aku pun teruskan laa sampai habis...


Teruskan mewarna dengan happy nya...


Ini lah cikgu ismail. Tengah bagi penerangan kepada pengunjung yang bertandang. Nampak tak dekat bawah tu ada lukisan batik? Yang tu adalah hasil kerja tangan beliau. CANTIK KAN?


Kat bawah ni ada bahan-bahan yang digunakan semasa proses membuat batik. Siap ada penerangan lagi. CHECK IT OUT!!!









Yang ni merupakan lilin yang dicairkan untuk melukis menggunakan canting.


Yang di atas ni dinamakan canting. Alat untuk melukis batik lukis.


Yang ni color yang dibekalkan. Ada unggu, biru, biru gelap, kuning dan merah. Termasuk air.
  


Masa ni tok guru tengah tunjukkan cara-cara nak color background.


Taaadaaa... Ini lah hasilnya. Tapi aku tidak puas hatu dengan color yang aku lukis nii. Tak elok. Nanti nak p lagi sekali nak color lain. Untuk pengetahuan semua, lukisan batik ni tak boleh kena air. Sebabnya aku tak matikan color. Lupa pulak nak bawa pisau nak bagi mati. Hahahaha.. Lawak bodoh. Yang sebenarnya proses mematikan color memakan masa agak lama. Kena rendam ke dalam Sodium Silikat selama 12jam. 

Untuk pengetahuan semua... Cikgu ismail boleh bekalkan bahan batik kalau nak dan boleh pergi ke sekolah atau organisasi lain untuk mengajar proses batik ni. Kalau nak, boleh la cari dia kat FB. 
Just click sini ==> Ismail batik.