Friday, 3 February 2012

Batik..

Ahad lepas My Hubby ajak aku p tasik titiwangsa. Katanya ada car booth kat situ. Bila dah sampai, agak keberatan nak melangkah kaki p situ. Kenapa? Tengok sikit sangat. Betul ka tak car booth ni. Anyway... Aku teruskan jugak la. Melangkah dari satu tapak ke tapak car booth yang lain. Akhirnya sampai ke hujung. Kedai hujung ni bagi satu tarikan kepada aku and my hubby. 


Tuan empunya tapak ni Cikgu Ismail atau lebih dikenali dengan ismail batik. Gambar di atas ni dia tengah melukis gambar kat mat salleh tu. Siap ada nama lagi.




Kat sini ada pelbagai corak yang boleh dipilih. Boleh color sendiri, dibekalkan warna dan tok guru sekali. Harga hanya RM10. MURAH kan? Kalau kat tempat lain tak dapat macam ni. MURAH sangat-sangat. Siap FREE pengalaman melukis batik lagi.


Pilih punya pilih, aku ambil corak ni. Letak nama my little prince. Boleh request nama dan corak lagi.


Ni Tok Guru yang akan ajar macam mana nak warna batik. Mula kita gunakan warna gelap + cerah + air. Warna yang dibekalkan warna asas ja. Ada la satu dua extra warna lain. So, kena tahu serba sedikit la asas untuk mewarna ni la. OK. Warna asas ada 3 iaitu BIRU, MERAH dan KUNING. Biru+Merah = UNGGU, Merah+Kuning = JINGGA, Kuning+Biru = HIJAU. Pandai-pandai la hangpa nak campur warna nanti.


Comel kan Tok Guru. Cikgu Ismail cakap anak dia sorang ni dah diasuh sejak tadika lagi. Best kan? Kecik-kecik lagi dah kenal macam mana nak hasilkan batik.


So, dia ajar sikit ja. Yang selebihnya teruskan la. Ni merupakan 1st experience aku color batik. Masa aku belajar dan mengajar dulu pun tak berkesempatan macam ni. Bukan apa... Kat sekolah kelengkapan ni semua tak ada. Pelajar hanya di ajar asas dan teori saja. Kalau nak lukis pun atas kertas lukisan saja. 


Aku pun teruskan laa sampai habis...


Teruskan mewarna dengan happy nya...


Ini lah cikgu ismail. Tengah bagi penerangan kepada pengunjung yang bertandang. Nampak tak dekat bawah tu ada lukisan batik? Yang tu adalah hasil kerja tangan beliau. CANTIK KAN?


Kat bawah ni ada bahan-bahan yang digunakan semasa proses membuat batik. Siap ada penerangan lagi. CHECK IT OUT!!!









Yang ni merupakan lilin yang dicairkan untuk melukis menggunakan canting.


Yang di atas ni dinamakan canting. Alat untuk melukis batik lukis.


Yang ni color yang dibekalkan. Ada unggu, biru, biru gelap, kuning dan merah. Termasuk air.
  


Masa ni tok guru tengah tunjukkan cara-cara nak color background.


Taaadaaa... Ini lah hasilnya. Tapi aku tidak puas hatu dengan color yang aku lukis nii. Tak elok. Nanti nak p lagi sekali nak color lain. Untuk pengetahuan semua, lukisan batik ni tak boleh kena air. Sebabnya aku tak matikan color. Lupa pulak nak bawa pisau nak bagi mati. Hahahaha.. Lawak bodoh. Yang sebenarnya proses mematikan color memakan masa agak lama. Kena rendam ke dalam Sodium Silikat selama 12jam. 

Untuk pengetahuan semua... Cikgu ismail boleh bekalkan bahan batik kalau nak dan boleh pergi ke sekolah atau organisasi lain untuk mengajar proses batik ni. Kalau nak, boleh la cari dia kat FB. 
Just click sini ==> Ismail batik.

4 comments:

  1. Kawan ida pun buat last week.. macam seronok? nanti ajak mat nak try la.. hehehehhe~~~

    ReplyDelete
  2. try la.. mmg best.. buat sekali rasa nak buat lagi sekali.. ;)

    ReplyDelete
  3. nice...mmg menarik..nw dia ada kt kampus kami sempena pameran GURIS 2012. kami semua pn try nk dpt pengalaman ;)
    ada masa datang la ke pameran kami bermula 26 March lepas sehingga 30 March ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. kampus mana ya? Bagus dia ajar? memang satu pengalaman yang best laa...

      Delete