Monday 26 May 2014

Giveaway "Ke Korea Dah Kita"

Assalamualaikum... 

Aku memang minat kalau barang souvenior2 ni... Meh join giveaway ni kalau nak barang kat bawah ni.. Pemenang akan dipilih dengan cara undian..


Cer "KLIK" banner tu kalau nak join.. Oh ya.. Sebelum aku lupa.. Tarikh tutup pada 11.59 malam, 1hb Jun 2014..

Piala THOMAS Milik Jepun pertama kalinya..

Assalamualaikum... 

Semalam perlawanan badminton merebut Piala Thomas yang mendebarkan.. Aku yang tengok ni bagai nak luruh jantung tengok.. Kecewa tu memang ada.. Tapi bangga dengan skuad badminton Malaysia kita.. Penuh bersemangat.. Kita kalah di tangan Jepun 3-2... Apa-apa pun SYABAS skuad Badminton Malaysia..


Ehsan Google..

Akiff merajuk..

Assalamualaikum..

Hari tu kan Akiff n My Hubby datang jenguk aku.. Ada "tragedi oktober" berlaku masa Akiff kat sini.. Akiff tiba-tiba merajuk dengan aku.. Al kisahnya macam ni...


Ada pelajar aku bagi aku hadiah yang satu-satunya berbalut ni... So, bawak balik la ke hotel.. Bila Akiff nampak tu bukan main suka la dia.. Ingat orang bawak balik hadiah kat dia.. Lepas tu dia cakap.. Yeaaahhh... Akiff punya.. Berkali-kali cakap kat abah dia.. Lepas tu cakap kat aku.. Aku pulak saja nak ngusik dia.. Bukan laa... Ni ummie punya... Terus sentap.. Tak bercakap.. Tertonggeng dah.. Mata dah berair.. Aku dah rasa serba salah dah... Puas jugak pujuk dia.. Abah dia pun pujuk dia tak jalan.. Lama-lama tu baru okey.. 

Nampak tak? Bukan main suka dia bukak hadiah.. Apa la ummie ni.. Dah la lama tak jumpa lepas tu ngusik pulak.. Hahaha... Sorry okey.. Akiff sekarang sensitif sikit kalau aku marah.. Dulu tak per pun.. Kalau aku cakap macam mana pun tak apa.. Sekarang ni tak boleh..


Pssst  : Entry AUTO PUBLISH..

Sunday 25 May 2014

Aksi di You Tube Paling Popular

Assalamualaikum..

Semalam kan ada ABPBH.. Salah seorang pemenang ABPBH ialah Mat Luthfi.. Aku memang minat gila dia punya video.. Dia menang kategori online - Aksi di You Tube Paling Popular.. Waaaa... Excited aku.. Nak tengok video apa? Tajuk dia MENGAJAR KANAK-KANAK RIANG.. Enjoy the video..




Hahaha.. So cute...

Pengesanan DNA Porcine dalam coklat susu dengan kacang Hazel dan Badam Cadbury.

Assalamualaikum...

Terkejut aku bila mendapat berita menyatakan perkhabaran bahawa ada DNA Porcine atau lemak babi dalam Coklat susu Cadbury dengan Kacang Hazel dan Badam... Adoiiiyaaaiii.. Aku ni merupakan salah seorang peminat Coklat Cadbury tegar.. Macam mana la boleh jadi macam ni.. Lepas ni... Ehemm.. Tahu-tahu saja la.. Aku akan tengok dari jauh saja kut coklat ni..

Di bawah ni aku copy paste dari website KKM..

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014. Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:
  • Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan
  • Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).
Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq 

KLIK SINI untuk selanjutnya..

Counting days.

Hari ni dah hari ahad... Esok isnin.. Lusa selasa... Yeaaahhhh... Balik cuti 2 minggu lebih... Aku duk sini tengah bilang hari.. Tak sabar tunggu hari selasa ni. Nak baik jumpa buah hati kat bawah ni..


Saturday 24 May 2014

Lukisan Warna Warni

Assalamualaikum..

Ada salah seorang pelajar aku ni dia kalau warna suka campur warna.. Habis semua warna dia nak warna..


Ni la pelajar kesayangan aku ni.. Pelajar ni Sindrom Down. Nampak tak gambar di atas? Tu pun dia campur-campur warna jugak.. Dia ni kalau buat sesuatu kerja kita kena tengok.. Kalau tidak habis dia conteng..



Nampak tak lukisan dia? Walaupun campur aduk warna tapi cantik jugak.. Aku berkenan dengan kombinasi warna dia..


Pssstt : Segala paparan ini bukan untuk memperlekehkan seseorang itu.. Tapi hanya untuk berkongsi pengetahuan bersama ampa semua tentang pelajar di pendidikan khas..

Friday 23 May 2014

Projek Alas Gelas

Assalamualaikum...

Minggu ni minggu peperiksaan.. Untuk pendidikan seni aku ada mintak pelajar aku untuk buat satu projek untuk dorang siapkan dalam masa 2 minggu.. Yang mana boleh buat ni ambil masa seminggu ja..  Aku mintak dorang buat alas gelas yang berbentuk anyaman. Aku minta dorang buat rangka dulu sebelum mulakan. Mereka ni agak lemah dalam bab mengukur ni.. So kena tolong la jugak..


Nampak tak bukan main tekun lagi..

Taraaaa... Ni la hasilnya..

Cantik tak? Comel tak?

Thursday 22 May 2014

Indoor Playground di Star Mega Mall Sibu

Assalamualaikum..

Minggu lepas kan Akiff n My Hubby datang jenguk aku kat Sibu ni.. Masa nak balik rumah sewa aku ni kami singgah Star Mega Mall.. Masa jalan-jalan kat situ terserempak indoor playground kat sini.. Selama aku pergi sini tak pulak aku terserempak dengan benda ni. Ya laa.. Aku kalau pergi pun hanya satu tujuan beli barang. Bila sampai ja Akiff laju ja nampak ada indoor playground kat sana.. Harga masuk Rm5 per entry.. 

Ni Dinosaur slide.. Tapi Akiff macam biasa la.. Takut.. Ada budak kecik dari Akiff relax ja naik atas turun. 


Nampak tak ada budak yang pakai baju coklat tu? Akiff la tu..


Nak naik buai pun boleh..



Yeaaaahh... Akiff memang suka kalau naik horse..


Yang ni Akiff main kat bawah ja.. Dia tak berani nak naik kat atas..

Haa... Selain yang ni ada jugak yang mainan letak duit 50sen tu.. Yang tu memang permainan wajib Akiff laa..



Wednesday 21 May 2014

Tempat beriadah di Sibu.

Assalamualaikum...


Kelmarin aku dengan kawan aku ila pergi meninjau tempat beriadah di kawasan Sibu ni.. Aku baru 1st time. Kawan aku ila ni dah bertime-time.. Hahaha.. Bahasa... Kawan aku ni cakap ada tempat beriadah di kawasan Sibu ni. Boleh bagi makan ikan n jogging kat TAMAN JUBLI PERAK BUKIT AUP.

Kalau nak pergi taman ni Landmark dia akan nampak Sekolah Agama sebalah kiri dan Stadium Sibu belah kanan.. Lepas roundabaout terus ja.. Sampai nampak simpang dua. Ada signboard hijau kecik tulis Taman Jubli Perak Bukit Aup n ada tulis jalan Quary.. Belok kiri.. Lepas tu terus jaa.. Jalan dia memang kiri kanan tu tak ada pembangunan.. Hujung tu akan nampak Taman tu.. Haa.. Boleh?
Haa... Dah sampai dah..


Taman ni buka dari pukul 7 pagi hingga 7 malam.. Kat sini tidak dibenarkan membawa makanan ikan sendiri.. Kat sini ada menyediakan makanan ikan RM5.. 


Okey.. Kita bergambar dulu.. Taraaa... Hahaha..



Sini ada map kawasan taman ni.. Taman ni berbukit.. Boleh naik sampai atas.. Kalau datang waktu pagi mesti best.. Mesti sejuk..

Okey... Jom kita bagi makan ikan.. Ikan-ikan ni macam dah tau ja kita nak bagi makan. Bila kita jalan kat titi tu dengar tapak kaki kita.. Mula la dorang kerumun macam gambar kat atas ni.. Geram ja tengok.. Ni kalau Akiff ada ni mesti dia kalut nak sauk ikan ni.. 

Haa.. Kat sini kita boleh jugak joging.. Masa kami kat sini aku tengok ada 2 orang budak remaja ni berlari naik tangga bukit ni.. Ni mesti atlet ni.. Patutla atlet Sarawak ni terer-terer.. Rupanya dorang praktis kat bukit jaa... Daaasaaaat laa...


Haaa... Kita bergambar dulu...



Ucapan Hari Lahir di Kejauhan..

Assalamualaikum...

Haa... Nampak tak tajuk bukan main puitis gitu.. Hahahaha... 21hb Mei merupakan tarikh keramat lahirnya seorang insan yang bergelar suami kepadaku.. Seorang insan yang amat teristimewa bagi ku.. Seorang insan yang mengambil alih tugas dari arwah bapakku untuk menjaga ku walaupun di kala susah dan senang. Seorang insan yang menjadi tempat mengadu masalah dan berbincang masalah selepas arwah bapakku. Insan tersebut merupakan suami yang penyayang dan bertanggungjawab..

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-31 TAHUN ABANG.. SEMOGA PEROLEH KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. SEMOGA APA YANG DIIMPIKAN DAPAT DICAPAI DAN SUKSES. DAN TERIMA KASIH KERANA SELAMA INI MENJAGA BABY N AKIFF...

Monday 19 May 2014

Jika Akiff di suruh membuat pilihan?

Assalamualaikum..

Hari ini aku bersiaran langsung dari Sekolah.. Sekarang free n dapat internet pulak. Selalunya entry aku yang pagi-pagi tu aku buat Auto Publish ja.. Maklum la tak ada masa.. Hari ni relax sikit. 

Hmmm... Kisahku hari ni tentang Akiff.. Biasa la.. Kalau bukan Akiff sapa lagi aku nak cerita.. Kan minggu lepas Akiff n My Hubby aku datang jenguk aku kat Sibu ni.. My Hubby ada kerja kat sini.. Alang-alang datang tu bawak Akiff sekali la..

Ni perbualan aku dengan Akiff...
Aku : Akiff nak ikut abah ka ummie?
Akiff : Hmmmmmmmmmmmm....
Aku : Akiff nak ikut ummie ka abah?
Akiff : Haaaaaaaaaaaaaaaa... (Lepas tu dia ketawa)

Akiff memang susah nak buat pilihan kalau disuruh dia buat pilihan nak ikut aku atau abah dia.. Tapi aku tau dah.. Jawapan di dalam hati dia mesti la nak ikut abah.. Sampai termimpi-mimpi di siang hari la.. Bangun tidur ja menangis-nangis kata nak ikut abah.. Huhuhu... Akiff n abah tak dapat dipisahkan.. Anak abah la katakan..

Sunday 18 May 2014

Sambutan Hari Guru 2014

Assalamualaikum..

Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Tema Hari Guru Tahun 2014.  Rasanya masih sempat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru Malaysaia.. Terutamanya bekas guru-guru yang pernah mengajar aku.. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang berada di mana jua.. Semoga menjadi guru yang cemerlang, berdedikasi dan cekal..

Hadiah dari anak-anak kesayanganku.. Hadiah yang amat aku hargai..


Persembahan anak-anakku semasa Sambutan Hari Guru. Nyanyian lagu "Kau Ilhamku" dan "Sandiwara Cinta"..








Selepas sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sibu Jaya... Sebelah malam pulak ada Dinner di Hotel TanahMas, Sibu.



Dari kiri kak sya, ila, aku n kak su.. 



Antara menu dinner yang aku sempat snap.. Lepas tu tak sempat dah.. Hahaha.. Semua pakat nak makan.. Hmmm.. Ni salah satu makanan cina.. Aku tak tau apa nama.. 



Ni sup ayam...



Akiff n Abah menjenguk Ummie...

Assalamualaikum..

Hampir seminggu aku tak sempat menulis coretan di blog kesayangan aku ni.. Lepas busy dengan kertas peperiksaan, aku busy melayan buah hati aku pulak.. Hihihi... Aku kalau ada Akiff memang aku kurang nak update blog.. Melayan karenah si Akiff ni.

Hari isnin lepas Akiff n abah datang menjenguk aku kat sini.. Hati ni bukan main suka la.. Tapi hari ni Akiff n My Hubby dah balik KL.. Tapi tak apa sebab selepas seminggu aku akan menyusul.. 


Ni masa Akiff kat KLIA.. My hubby send gambar kat WhatsApp aku.. My hubby aku cakap Akiff tak reti duduk diam..Sat gi dia berlari sana.. Sat gi dia berlari sana.. Adoi.. Poonaaat.. Akiff memang budak yang aktif dan senang nak berkawan dengan orang.. Pantang nampak budak dia akan tegur n main..



Masa ni Akiff dah sampai Sibu.. Yeeaaah..

Minggu ni memang agak busy disekolah.. Dengan sambutan Hari Guru lagi laa... Dengan ada dinner sekolah la... Masa dengan Akiff sekejap ja.. Walaupun masa aku dengan Akiff terhad saja.. Tapi aku Happy dapat luagkan masa dengan kedua buah hatiku ni.. 

Sunday 11 May 2014

Happy Mother's Day

Assalamualaikum... 

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di seluruh pelusuk dunia terutamanya kepada mak n mak mertua.. Pengorbanan mu tidak ternilai.



Gambar dari google.. Faham tak maksud gambar ni.. Hmmmm... Yang aku faham.. Gambar ni menunjukkan Ibu merupakan SUPER HERO.. Dialah kawan, dialah doktor, dialah cikgu, dialah chef.. Apa yang dilakukan oleh ibu kita adalah ikhlas dalam mendidik anak-anak mereka.

Sudah 3 tahun aku bergelar ummie kepada Akiff.. Tapi peranan ibu aku diuji pada tahun ini.. Hmmm.. Semalam bila telefon Akiff.. Abah dia suruh Akiff baca ABC... Terkejut gak aku sebab Akiff dah boleh ingat banyak huruf.. Mai tang huruf L, M, N, tu bunyi macam lidah nak tergeliat.. Hahahaha... Lawak ja... Rasa terkilan jugak la sebab tak boleh nak ajar dia. Tapi, aku bersyukur.. Sebab Akiff dikelilingi dengan orang yang sayang dia.. Tak la rasa kurang kasih sayang tu.. 

Ummie bangga dengan Akiff..


Friday 9 May 2014

Kesibukan melanda.

Assalamualaikum..

Dalam beberapa hari ini aku tak sempat nak update blog. Kesibukan melanda diriku. Menyiapkan kertas peperiksaan pelajar pendidikan khas.. Tuuuu laaaa... Bertangguh sangat kerja.. Hahaha... Kena pulun la.. Dah la satu subjek kena buat 3 set soalan yang berlainan ikut aras pelajar. Lemah, sederhana dan tinggi..



Kelmarin aku demam pulak.. Masa malam tu dah rasa dah.. Tapi ketegaq tak mau makan ubat siap-siap.. Aku pi sekolah dengan badan yang lemah.. Gagah jugak diri aku nak mengajar. Lepas tu tak boleh tunggu dah.. Loceng sekolah bunyi ja aku pi punch card. Makan ubat siap-siap. Balik tido sekejap dah berpeluh. Lepas tu bila malamnya.. Demam melanda lagi. Aku makan ubat lepas tu tidur.. Pukul 3.00 pagi jaga, makan ubat lagi. Sekarang.. Alhamdulillah sihat dah.. Hanya tekak ja rasa macam sakit sikit.. Kena banyakkan minum air masak..

Monday 5 May 2014

Sabarlah wahai hati.

Assalamualaikum...

Sebenarnya aku teragak-agak nak cerita bingkisan hati di dalam blog ni.. Semenjak dua menjak ni perasaan ni hiba sangat.. Mungkin sebab aku keseorangan kat sini kut. Kawan aku dah balik semenanjung dah balik cuti bersalin. Tapi ada kawan yang akan teman aku nanti. Aku menangis hampir setiap hari.. Buat malu kat orang ja kan? Huhuhu.. Menangis mengenangkan Akiff yang sekarang di kampung tanpa ummie n abah dia.. Sekarang ni Akiff kat kampung nak dekat dua minggu dah. Sebab abahnya ada kerja di luar kawasan.. Kalau abahnya pergi sehari tak kisah lagi.. Ni hampir seminggu. Tu yang terpaksa tinggal kat kampung. Bila My Hubby aku cerita Akiff macam berat ja nak lepaskan abah balik KL tu lagi la aku rasa sedih.. My Hubby aku ada cerita kat aku. Dia bagi tahu kat Akiff lebih kurang macam ni la.. "Akiff... Nanti petang abah nak pi work jauh tau.. Akiff duk sini dengan mak tok tau.." Akiff macam faham ja.. Dia cakap nak ikut pi work.. Mata dia dah berair dah.. Lepas tu mak tok pujuk Akiff.. "Nanti kita pi beli aiskrim banyak.. Nanti Akiff boleh makan aiskrim banyak.." Baru la dia okey.. Sebak dah aku masa tu.. Kesian kat Akiff.. Ya Allah... Kau kuatkan lah hati kami.. Tabahkan lah hati aku di sini.. Aku dah apply mintak pertukaran balik ke Semenanjung.. Tak kisah lah cukup syarat atau tak.. Tapi aku dah berusaha.. Harap dipermudahkanNya.. 

Pssst... Sebenarnya Akiff kat kampung okey ja.. Bila telefon ja mak tok dia cakap dia duk main.. Bukan main suka dia.. Lagipun kat kampung ramai nak layan dia.. Pak Lang dia laa.. Acu dia la.. Asa dia la.. Asyir dia la.. Abg Naim dia la.. Duk sana elok ja mak aku kata.. Tak sebut ummie n abah pun.. 

Sori la semua.. Panjang berjela aku bercerita luahkan perasaan kat blog aku ni.. Terpaksa la baca.. Huhuhu..

Sunday 4 May 2014

Ada Apa Dengan Cinta?

Assalamualaikum..

Hari ni pukul 3 petang nanti akan ditayangkan Movie Ada Apa Dengan Cinta di TV3.. Lakonan Dian Sastowardoyo dan Nicholas Saputra. Famous pelakon ni dulu.. Kisah tentang anak-anak remaja.. Kisah ni mengimbau kenangan dulu masa zaman aku study kat kolej dulu ni.. Memang best..

Ganbar aku amik kat pak Google.


Dalam movie ni ada puisi yang aku suka.. Waaa... Nampak tak dulu bukan main jiwang lagi.. Sastera gitu.. Hihiihi... Nak tahu puisi apa?

Ku lari ke hutan kemudian teriakku
Ku lari kepantai kemudian menyanyiku
Sepi... Sepi... Sendiri aku benci
Aku ingin bingar, Aku ingin di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga aku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya
Biar terdera..
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai?


Ada puisi lagi satu yang aku suka.. Ni puisi rangga tentang PEREMPUAN.

Perempuan datang atas nama cinta
Bundar pergi kerana cinta
Atas dirinya digenangi air racun jingga

Adalah...
Wajahmu seperti bulan lelap tidur di hatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya?
Meninggalkan hati untuk dicaci

Percaya...
Sampai darah ke lutut pun aku tak percaya

Lalu...
Rumput tersabit
Sekali ini aku lihat karya syurga
Dari mata seorang hawa
Percaya...

Tak tahu...
Ada apa dengan cinta?
Dan aku akan kembali dalam satu purnama
Untuk mempertanyakan kembali cintanya
Bukan untuknya, bukan untuk siapa
Tapi untukku
Kerana aku ingin kamu
Itu saja...

Ceeeeeewaaahhhh... Nampak tak? Betapa jiwang karatnya aku dulu.. Hahaha...


Saturday 3 May 2014

Lelaki berkumis dan berjanggut?

Assalamualaikum..

Bagaimanakah pilihan hati ampa semua? Berkumis kah? Berjanggut kah? Atau licin tanpa secalit bulu di muka.. Hahahaha... Secalit bulu tuu..

Tadi petang En Hubby hantar gambar WhatsApp kat aku. Gambar dia n Akiff makan aiskrim.. Bukan main suka dia.. Tengok-tengok.. Ada sejemput hitam kat dagu.. En Hubby cakap dia saja gatai nak simpan janggut.. Nak tengok handsome ka tak.. En Hubby cakap sementara aku tak ada ni dia saja la nak simpan.. Nanti bila aku dah balik semenanjung dia cukur la..


Nampak tak? Ada ciput janggut kat situ.. Entah la. Nak kata aku tak suka memang aku tak suka.. Hahaha.. Arwah bapak aku dulu pun ada jugak berkumis.. Handsome ja.. Nampak sesuai ja.. Hahaha.. Entah laa.. Dengan En Hubby ni aku tak suka dia simpan janggut atau misai.. Nampak pelik pulak.. Macam tak sesuai ja... Hahaha...

Akiff bercakap guna Mini PopPhone.

Assalamualaikum..

Akiff ni salah satu perangai dia tak suka cakap phone.. Tak kira la sapa pun.. Kalau boleh cakap dengan dia tu kiranya bertuah la.. Kadang-kadang tu lari mengekek ketawa tak mau bercakap.. Lebih teruk lagi dia akan tutup mukadia dengan bantal.. Punya la payah nak cakap.. Sebab tu kalau dia tak mau cakap dengan aku tak kisah sangat.. Dah tau dah perangai dia..

Baru-baru ni En Hubby aku beli Mini PopPhone. Kut kut dia mau cakap guna Mini PopPhone ni.. Hasilnya... Macam di bawah ni.. Dapat aku bercakap dengan dia jugak.. Walaupun kadang-kadang dia main-main.. Hahaha... 


Nampak tak? Bukan main bergaya bercakap guna Mini PopPhone ni.. Hahaha...

Friday 2 May 2014

WhatsApp penghubungku..


Ni gambar-gambar Akiff yang dikirimkan melalui WhatsApp dari adik aku.. Ni gambar Akiff masa kat kampung.. Hampir setiap hari aku akan mintak gambar Akiff kat adik aku kat kampung.. Masa Akiff ada dengan En. Hubby pun aku akan mintak gambar Akiff.. Kalau tak minta pun nanti En. Hubby akan kirim gambar dia atau video dia.... Rindunya ummie kat Akiff..

Thursday 1 May 2014

Handphone En. Hubby rosak.

Assalamualaikum..

Aku kalau bangun pagi selalunya akan Whatsapp En. Hubby say Good Morning ka tanya dah bangun ka belum.. Tapi, tadi pagi tunggu punya tunggu En. Hubby tak reply-reply pun.. Kalau tengokkan kat WhatsApp tu macam massage tak sampai.. So, aku call la... Tak dapat... Call setiap jam.. Tak dapat.. Risau gak.. Ya laa... Dah la PJJ.. Akiff pulak kat kampung sekarang.. Risau kalau jadi apa-apa... Tapi hati naluri seorang isteri ni kuat mengatakan handphone En. Hubby rosak.. Mungkin jadi macam handphone aku dulu.. KLIK SINI.

So, pukul 11 En. Hubby call.. Berlari aku dari dapur nak pick up phone.. Hihihi.. En. Hubby call guna handphone lama. En. Hubby aku cakap handphone rosak.. Bila ON keluar sampai perkataan SAMSUNG ja.. Hmm... Boleh beli handphone baru la.. Hahaha.. Tapi En. Hubby nak cek dulu.. Tak tau lagi dia nak beli baru ka tak.. Sebab banyak nak labur kat tempat lain lagi..

Temptation Of Wife

Dalam aku duk google Temptation Of Wife aku ternampak gambar ni..

Versi Korea

VS


Versi Filipina

Gambar pun seakan sama.. Rupanya Temptation Of Wife ni dari cerita korea pada tahun 2008.. Kalau tak percaya KLIK SINI.  Tajuk sama.. Gambar poster dia pun sama..


Selamat Hari Pekerja 2014

Gambar aku cilok Google...


Selamat Hari Pekerja 2014 kepada semua pekerja..  Tak kiralah bekerja sendiri ka... Makan gaji kaa... Pekerja swasta ka.. Penjawat awam ka.. Tidak lupa jugak kepada surirumah.. Para suami diminta beri cuti kepada surirumah anda.. Sebab tanpanya surirumah... Rumahtangga tak berseri.. Betul tak? Hihihi... 

Tema Hari Pekerja bagi tahun ni ialah : PEKERJA BERINOVASI PEMACU TRANSFORMASI.

Yang bermaksud Pekerja Yang Berwibawa Mampu Melahirkan Idea-idea Yang Bernas Ke Arah Transformasi Negara..