nuffnang adds

Wednesday, 21 May 2014

Tempat beriadah di Sibu.

Assalamualaikum...


Kelmarin aku dengan kawan aku ila pergi meninjau tempat beriadah di kawasan Sibu ni.. Aku baru 1st time. Kawan aku ila ni dah bertime-time.. Hahaha.. Bahasa... Kawan aku ni cakap ada tempat beriadah di kawasan Sibu ni. Boleh bagi makan ikan n jogging kat TAMAN JUBLI PERAK BUKIT AUP.

Kalau nak pergi taman ni Landmark dia akan nampak Sekolah Agama sebalah kiri dan Stadium Sibu belah kanan.. Lepas roundabaout terus ja.. Sampai nampak simpang dua. Ada signboard hijau kecik tulis Taman Jubli Perak Bukit Aup n ada tulis jalan Quary.. Belok kiri.. Lepas tu terus jaa.. Jalan dia memang kiri kanan tu tak ada pembangunan.. Hujung tu akan nampak Taman tu.. Haa.. Boleh?
Haa... Dah sampai dah..


Taman ni buka dari pukul 7 pagi hingga 7 malam.. Kat sini tidak dibenarkan membawa makanan ikan sendiri.. Kat sini ada menyediakan makanan ikan RM5.. 


Okey.. Kita bergambar dulu.. Taraaa... Hahaha..



Sini ada map kawasan taman ni.. Taman ni berbukit.. Boleh naik sampai atas.. Kalau datang waktu pagi mesti best.. Mesti sejuk..

Okey... Jom kita bagi makan ikan.. Ikan-ikan ni macam dah tau ja kita nak bagi makan. Bila kita jalan kat titi tu dengar tapak kaki kita.. Mula la dorang kerumun macam gambar kat atas ni.. Geram ja tengok.. Ni kalau Akiff ada ni mesti dia kalut nak sauk ikan ni.. 

Haa.. Kat sini kita boleh jugak joging.. Masa kami kat sini aku tengok ada 2 orang budak remaja ni berlari naik tangga bukit ni.. Ni mesti atlet ni.. Patutla atlet Sarawak ni terer-terer.. Rupanya dorang praktis kat bukit jaa... Daaasaaaat laa...


Haaa... Kita bergambar dulu...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...