nuffnang adds

Monday, 19 May 2014

Jika Akiff di suruh membuat pilihan?

Assalamualaikum..

Hari ini aku bersiaran langsung dari Sekolah.. Sekarang free n dapat internet pulak. Selalunya entry aku yang pagi-pagi tu aku buat Auto Publish ja.. Maklum la tak ada masa.. Hari ni relax sikit. 

Hmmm... Kisahku hari ni tentang Akiff.. Biasa la.. Kalau bukan Akiff sapa lagi aku nak cerita.. Kan minggu lepas Akiff n My Hubby aku datang jenguk aku kat Sibu ni.. My Hubby ada kerja kat sini.. Alang-alang datang tu bawak Akiff sekali la..

Ni perbualan aku dengan Akiff...
Aku : Akiff nak ikut abah ka ummie?
Akiff : Hmmmmmmmmmmmm....
Aku : Akiff nak ikut ummie ka abah?
Akiff : Haaaaaaaaaaaaaaaa... (Lepas tu dia ketawa)

Akiff memang susah nak buat pilihan kalau disuruh dia buat pilihan nak ikut aku atau abah dia.. Tapi aku tau dah.. Jawapan di dalam hati dia mesti la nak ikut abah.. Sampai termimpi-mimpi di siang hari la.. Bangun tidur ja menangis-nangis kata nak ikut abah.. Huhuhu... Akiff n abah tak dapat dipisahkan.. Anak abah la katakan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...