nuffnang adds

Monday, 5 May 2014

Sabarlah wahai hati.

Assalamualaikum...

Sebenarnya aku teragak-agak nak cerita bingkisan hati di dalam blog ni.. Semenjak dua menjak ni perasaan ni hiba sangat.. Mungkin sebab aku keseorangan kat sini kut. Kawan aku dah balik semenanjung dah balik cuti bersalin. Tapi ada kawan yang akan teman aku nanti. Aku menangis hampir setiap hari.. Buat malu kat orang ja kan? Huhuhu.. Menangis mengenangkan Akiff yang sekarang di kampung tanpa ummie n abah dia.. Sekarang ni Akiff kat kampung nak dekat dua minggu dah. Sebab abahnya ada kerja di luar kawasan.. Kalau abahnya pergi sehari tak kisah lagi.. Ni hampir seminggu. Tu yang terpaksa tinggal kat kampung. Bila My Hubby aku cerita Akiff macam berat ja nak lepaskan abah balik KL tu lagi la aku rasa sedih.. My Hubby aku ada cerita kat aku. Dia bagi tahu kat Akiff lebih kurang macam ni la.. "Akiff... Nanti petang abah nak pi work jauh tau.. Akiff duk sini dengan mak tok tau.." Akiff macam faham ja.. Dia cakap nak ikut pi work.. Mata dia dah berair dah.. Lepas tu mak tok pujuk Akiff.. "Nanti kita pi beli aiskrim banyak.. Nanti Akiff boleh makan aiskrim banyak.." Baru la dia okey.. Sebak dah aku masa tu.. Kesian kat Akiff.. Ya Allah... Kau kuatkan lah hati kami.. Tabahkan lah hati aku di sini.. Aku dah apply mintak pertukaran balik ke Semenanjung.. Tak kisah lah cukup syarat atau tak.. Tapi aku dah berusaha.. Harap dipermudahkanNya.. 

Pssst... Sebenarnya Akiff kat kampung okey ja.. Bila telefon ja mak tok dia cakap dia duk main.. Bukan main suka dia.. Lagipun kat kampung ramai nak layan dia.. Pak Lang dia laa.. Acu dia la.. Asa dia la.. Asyir dia la.. Abg Naim dia la.. Duk sana elok ja mak aku kata.. Tak sebut ummie n abah pun.. 

Sori la semua.. Panjang berjela aku bercerita luahkan perasaan kat blog aku ni.. Terpaksa la baca.. Huhuhu..

12 comments:

  1. macam ni la perasaan SA masa mula2 berhijrah ke KL mencri rezeki walau KL-Seremban x jauh mana..gaji kecik so x mampu nak ulang alik...so until today im a weekend mommy....berat sebenarnya..yang x alami mungkin x rasa...

    ReplyDelete
  2. macam boleh selam jer, macam boleh rasa jer...oh tak terbayangkan kalau jauh dari ash... tak sanggup tidakkk....

    ReplyDelete
  3. tak apa..luahkan aje. makin dipendam semakin berat

    ReplyDelete
  4. xpe laa luahkan jeee.. itu gunanya belog hehehhehehe

    ReplyDelete
  5. Bila dah jauh dgn anak memg kita akan sedih...tp bile tny khabar anak die ok je...kan...naluri seorang ibu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau call dia tanya.. Dia okey jer.. Kita yg tak ok.. Hihihi..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...