nuffnang adds

Sunday, 11 May 2014

Happy Mother's Day

Assalamualaikum... 

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di seluruh pelusuk dunia terutamanya kepada mak n mak mertua.. Pengorbanan mu tidak ternilai.



Gambar dari google.. Faham tak maksud gambar ni.. Hmmmm... Yang aku faham.. Gambar ni menunjukkan Ibu merupakan SUPER HERO.. Dialah kawan, dialah doktor, dialah cikgu, dialah chef.. Apa yang dilakukan oleh ibu kita adalah ikhlas dalam mendidik anak-anak mereka.

Sudah 3 tahun aku bergelar ummie kepada Akiff.. Tapi peranan ibu aku diuji pada tahun ini.. Hmmm.. Semalam bila telefon Akiff.. Abah dia suruh Akiff baca ABC... Terkejut gak aku sebab Akiff dah boleh ingat banyak huruf.. Mai tang huruf L, M, N, tu bunyi macam lidah nak tergeliat.. Hahahaha... Lawak ja... Rasa terkilan jugak la sebab tak boleh nak ajar dia. Tapi, aku bersyukur.. Sebab Akiff dikelilingi dengan orang yang sayang dia.. Tak la rasa kurang kasih sayang tu.. 

Ummie bangga dengan Akiff..


1 comment:

  1. Memang kita ni sentiasa rasa tak senang hati bila tinggalkan anak2. Sama ada ibu tu surirumah atau yang bekerja full-time atau part-time, semua sayangkan anak & inginkan yg terbaik utk mereka. Yang penting anak2 kita bahagia, sihat & ceria.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...