Monday 22 December 2014

Bercuti bersama keluarga di Dinoscovery

Lama jugak aku tak update blog ni. Disebabkan aku ni suka pening-pening.. Nak muntah pun tak kira la pagi ka malam.. So nak update blog ni lambat sikit la..

Haaa... Baru ni En Hubby aku bawak gi jalan-jalan kat AvenueK Kuala Lumpur. Dah alang-alang pi kat situ kami pi la Dinoscovery.. Hmmm.. Aku dah agak dah Akiff ni mesti takut punya kalau patung besar-besar dan bergerak-gerak ni. Tapi, sebelum masuk dalam Dinoscovery tu aku ada tanya dia.. Akiff takut tak? Dia cakap tak takut pun. Akiff nak pegang dinosour boleh tak? Hahaha... Cakap besar yaa.... Tunggu dan lihat bila kita masuk nanti eek...


Sebelum tu kita tangkap gambar dulu... Haa... Lupa nak bagi tau.. Tiket untuk dewasa RM25 dan kanak-kanak untuk RM35. Untuk warga emas 60 tahun ke atas dan OKU hanya RM15 sahaja.


Sebelum masuk kami dibekalkan map ahli paleontologi dan tag RFID (Radio Frequency Identification) untuk menyelesaikan Dino Quest.. Haaa... Benda ni aku tak sempat nak habiskan.. Akiff biasalaa nak suruh dukung ja.. Takut.. Aku nak pi dekat dgn dinosour tu pun tak boleh.. Hahaha... 


Sebelum masuk ke "alam dinosour"... Kami didedahkan terlebih dahulu rakaman video tentang dinosour dan bagaimana nak guna map tu.. Haa... Nampak tak keterujaan Akiff.. Sampai ternganga mulut tu... Hahaha.. Bila nak masuk ke dalam "Alam Dinosour" ni... Semua diwajibkan pakai vest.. Best kan?


Nampak tak Akiff tu.. Bukan nak jalan..Dukung memanjang.. Tambah-tambah lagi dinosour tu tengah godek-godekkan kepala n ekor dia.. Tapi memang best.. Aku suka tempat ni sebab dia ada bagi education tentang setiap jenis dinosour di sini.

Haa... Yang ni Akiff yang beria sangat nak panjat.. Dia yang excited nak naik.. Tapi tak sampai atas pun.. Jadi laa.. Janji dia happy.. Hehehe..


Yang ni budak-budak boleh lawan berlari dengan dinosour. Bukan main berlawan lari lagi.



Masa ni Akiff dah mula cool down..  Kat sini ada kiosk-kiosk interaktif yang Akiff nak explore..


Nampak tak? Ada gaya tak nak jadi Ahli Paleontologi? Hehehe..


Akiff paling suka yang ni.. Keluar masuk balik.. Sampai tak nak balik la.. Nak main lama-lama kat sini.. Ada lagi satu dia main menembak.. Tapi aku yang tolong dia tembak.. Hahaha..


Bukan main tinggi lagi peace dia... Tu dah berani la tu.. Nak balik baru dia berani..

Pameran Dinoscovery ni sampai MAC 2015. So sapa ada anak 3 tahun ke atas boleh la bawak anak-anak kat sini. Macam-macam aktiviti dia boleh buat. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 03-21817218. 

Kalau nak info-info menarik tentang percutian boleh la refer website DESTINATION MALAYSIA dan FACEBOOK DESTINATION MALAYSIA.

Klik gambar untuk sertai contest.



p/s : Credit picture by Marqis Careno.

Sunday 16 November 2014

Alhamdulillah.. Rezeki ku bila berjauhan.

Aku kan ada bagi tahu kan ada sesuatu yang mengganggu aku kebelakangan ini yang menyebabkan aku tak boleh nak kerap buka laptop and menatap laptop lama-lama.. KLIK SINI.. Dalam beberapa minggu ni aku dah mula mual-mual... Rasa pening menyelebungi diri. Rasa serba tak kena. Sebenarnya... Akiff bakal jadi abang.. Yeeeaaahh... Akiff dapat kawan.. Aku kalau pregnant mesti akan ada morning sickness.. Huhuhu... Kalau sampai tahap muntah tu aku memang tak larat sangat. Rasa lega.. Tapi aku rasa lemah.

Sebenarnya yang tahu dulu Akiff.. Akiff jadi pak nujum.. Kisahnya begini... Aku tulis semua dalam buku disebabkan aku tak boleh nak update dekat Blog..

Bukan main "gagah" lagi tulis dalam buku.. Walaupun masa ni tak sure ada isi atau tak... Hehehe..

12/10/14

Period aku tak datang lagi. Tapi itu dah perkara biasa. Period aku memang tak stabil. Tapi yang luar biasanya Akiff cakap perut aku ada baby. Masa 1st dia cakap perut aku ada baby tu aku masih kat KL.. Tapi bila call dari Sibu ni.. Perbualan aku dengan dia..
Abah dia suruh Akiff tanya baby mana? (baby housemate aku yang aku dah send gambar kat whatsapp)
Akiff : Baby mana?
Aku : Baby sleep..
Akiff : Baby sleep kat mana?
Aku : Baby sleep kat bilik dengan ibu dia laa..
Akiff : Bukaaaann... Baby sleep dalam perut..
Aku : ???????? 
Aik... Dah dua kali Akiff cakap macam ni.. Ajaib nii...

13/10/14

Sesuatu yang pelik terjadi lagi... Hubby aku bagi tahu masa dia tengah ajarAkiff nama penuh abah, ummie n Akiff.. Akiff suruh panggil dia "abang Akiff".. Hmmm... Pelik Akiff ni.. 

14/10/14

Hari ni aku rasa mulut aku ni macam suka keluar air liur banyak. Rasa tak sedap mulut pun ada.

18/10/14

Hari ni cuti sekolah aku tak pergi mana-mana. Pagi-pagi lagi aku rasa nak cek pregnancy test. Dah beli lama dah.. Nak cek takut negatif pulak. Tapi aku rasa memang Akiff nak jadi abang ni..



Alhamdulillah.. Syukur... Akiff bakal jadi abang.. Yeeah...

27/10/2014

Hari ni lepas sekolah aku terus gi klinik ditemani kawan aku. Seingat aku.. Tak nak la sampai nak scan. Cukup sekadar Doktor cek pakai jadual pregnancy jaa.. Aku nak tahu berapa minggu ja.. Disebabkan aku punya period tak regular dia suruh scan. 



Menurut doktor... Due aku mengikut scan 16/06/2015.. Tapi aku tak pi buat buku merah lagi sebab buku merah masa pregnant kat Akiff ada kat KL. Orang kata kena bawak buku merah yang lama.. Hmm.. Masa ni aku baru 6 minggu 6 hari.. Sekarang hampir nak masuk 9 minggu..

Pssstt : Doakan adik Akiff sihat yer...

Thursday 13 November 2014

Selesai sudah folio PPGB



Akhirnya aku berjaya menyudahkan folio PPGB yang dah lama aku tinggalkan.. Tiba-tiba minggu ni ada Kaunselor PPGB datang. Memandangkan aku dah tinggal lama. Sikit aja lah dia nampak hasilnya. Kebanyakannya Semua dalam laptop yang belum di print.. Memang jenuh la aku nak buat balik. Dengan kajian tindakannya lagi..

Alhamdulillah, habis jugak pagi tadi pukul 4.30 pagi. Aku bangun pukul 2.30 pagi wooo buat benda ni. Fuuuuuhhh... Pecah rekod. Sekarang dah rasa macam batu besar kat kepala aku dah hilang..

Friday 7 November 2014

Ada sesuatu yang menganggu...



Lately ni aku tak dapat nak update blog... Ada sesuatu yang mengganggu aku... Hari ni aku gagah jugak menekan keyboard ni.. Lagi pun banyak kerja aku yang tergendala belum siap lagi.. Huhuhuhu... Nak tahu apa yang mengganggu aku? Nanti aku update eek... Sorrryyyyy....

Monday 20 October 2014

Agaknya kalau Akiff ada adik macam mana eek?

Agaknya kan? Kalau Akiff ada adik macam mana la eek? Bermanja dengan adik dia ka atau sebaliknya... Hmmmm.... Anyways, jom kita tengok gambar cute ni.. Semua gambar ni kakak n adik ja.. Tak ada pun yang abang dengan adik.. Hihihi.. Gambar ni aku ambil dari Facebook..









Sunber : Facebook

Saturday 18 October 2014

Petua jika terkena sengat..


Minggu lepas aku kena sengat serangga ni.. Tak tau la nama apa.. Kat ekor dia ada kepit macam kala jengking tu.. Nasib sikit ja dia ketik.. Terasa jugak la.. Kebetulan masa tu aku tengah whatsapp dengan kawan aku.. Dia kata makan gula satu sudu kecik. Gula? Macam tak logik kan.. Tapi dia kata betul sebab dulu dia kena sengat dengan kala jengking. Mak dia suap dia dengan gula.. Ada 2 3 sudu gula jugak la sebelum pi hospital.. Nurse cakap.. Haa... Bagus bagi makan gula.. Bagi neutralkan asid.. Lebih kurang macam tu la.. 

Lepas makan gula tu jangan tak pi hospital atau klinik pulak.. Kena pergi jugak la.. Kena cucuk jugak la.. Petua ni petua orang tua dulu-dulu.. Aku cuma sampaikan saja.

Wednesday 15 October 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna.


Tinggal sejam lebih ja lagi.. Hihihi.. Tengok.. Betapa "gagahnya" beli novel dia sekali... Hihihi.. Sebenarnya tengah cari novel Kerana Terpaksa Aku Relakan. Belum jumpa-jumpa lagi. Sebab orang kata ada berbeza sikit dalam novel n drama.

Wordless Wednesday : Apa yang akan ada dalam kereta cikgu?


Kalau bukan dalam kereta.. Dalam handbag mesti ada kapur atau pen.

Tuesday 14 October 2014

Lagu best yang aku tergila-gila.


Aku suka lagu Mewangi ni.. Kalau kat radio dalam kereta ada lagu ni memang aku melalak la dalam kereta ni.. Tapi My Hubby pun layankan jugak.. Hahaha.. This is for you My Love..

LIRIK : MEWANGI

Selamanya hati ini akan memujamu..
Mencintaimu adalah dahagaku...
Waktu dengarkanlah..
Selalu dekatkanku dengannya..
Hingga ku menutup mata..
Satukanlah hati..

Jadikan malamku lebih indah..
Jadikan siangku lebih terang..
Biarkan bungaku mewangi selamanya..

Selamanya adalah cintaku kepada dirimu..
Mencintaimu seumur hidupku hanyalah padamu..
Waktu dengarkanlah..
Selalu dekatkan ku dengannya..
Hingga ku menutup mata... Satukanlah hati..

Jadikan malamku lebih indah..
Jadikan siangku lebih terang..
Biarkan bungaku mewangi selamanya..

Saturday 11 October 2014

Mystery Gift dari Karya Mahirah



Thanks KARYA MAHIRAH... Sebenarnya dapat lama dah... Baru nak update.. Hihihi.... Saya suka sangat.. Purple pulak tu.. Macam tau tau ja zaza suka purple colour eek...

Tuesday 7 October 2014

Cheesekut Sedap by My Hubby


Waaa.... Aku cilok Cheesekut hubby aku buat bawak balik Sibu.. Takut teringat nanti. Kempunan pulak.. Nak resepi ka? Ni cer klik sini KEK BISKUT LAPIS CHEESE NESTUM.. 

Lambaian Kasih dari anakku..

Cuti Hari Raya Aidil Adha telah berlalu.. Seperti biasa aku menjalani rutin harian seorang diri di sini. Eh.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.. Tak terlambat lagi kan..


Sedih pulak aku bila Akiff tengah lambai aku.. Sat ja rasa kali ni. Lepas ni 7 minggu lagi baru aku balik Kuala Lumpur. Ummie terpaksa pergi sayang. Doakan ummie cepat-cepat pindah balik Kuala Lumpur eek.. Ummie tak payah pi work jauh naik aeroplane dah..

Saturday 4 October 2014

Sampai sudah Kuala Lumpur.


Semalam aku sudah selamat sampai Kuala Lumpur. Tak sempat beli hadiah apa-apa kat Akiff masa di Sibu. Hanya beli plane kat KLIA2 ja.. Balik cuti Hari Raya Haji sampai isnin ja.. Lepas tu balik dah.. Huhuhu..

Thursday 2 October 2014

Kombo Mister Potato..


Beli Mister Potato dapat voucher KFC RM5.. Dalam KomboMister Potato tu dapat 2 Ketul Ayam, 1 nugget (saiz biasa) n 2 tanggy Coleslaw (saiz biasa),  Harga biasa RM26.65... Tinggal RM21.65... Tarikh tutup 30 Oktober 2014.

Wednesday 1 October 2014

CPUV Nuffnang : SENHENG, PROTON & SIME DARBY.

THANKS NUFFNANG... Aku dapat CPUV dari SENHENG, PROTON & SIME DARBY.


SENGHENG.. Klik banner tu jangan tak klik pulak... Banyak SALE..




Proton PCC atau Proton Car Compact.. Untuk keterangan lanjut klik banner atas tuu...


SIME DARBY LPGA 2014.



Wordless Wednesday : My Hero


Tuesday 30 September 2014

Sama Ka? Hmm..


Ada persamaan tak? Selalunya orang akan cakap kat Akiff.. Ooo... Ikut muka abah dia.. Hari tu balik kampung pi rumah bestfreind kawan aku.. Mak dia cakap muka sama dengan aku.. Memang sangat sedikit la orang akan kata muka Akiff sama dengan aku..

Darah hijau?


Nampak tak ada kesan tompokkan hijau di pencil case n kertas aku.. Ntah masa bila la highlighter aku ni terbuka.. Habis kena kertas kerja aku.. Kena print lain. Patut la lepas habis kelas tadi ada warna hijau kat jari aku..Ingatkan kesan daripada pensil warna..

i-THINK? What do you think?


Pernah dengar tentang i-THINK? i-THINK ni famous dikalangan guru-guru ja.. Sekarang ni aku tengah sibuk nak habiskan 24 modul i-THINK ni... Dengar modulnya n ada beberapa ujian yang akan di tanya..  Agak stress bila internet slow.. Kalau aku nak masuk i-THINK ni aku selalu masuk waktu subuh.. Masa tu internet laju sikit.. Tak la aku menunggu ja.. Loading n loading...

Sunday 28 September 2014

Penang Hill a.k.a Bukit Bendera Pulau Pinang..

Dah bertahun-tahun aku tak pi Bukit Bendera ni. Aku rasa.. Last aku pi masa sekolah menengah. Tu pun masa tu aku hiking bukit bendera anjuran Kelab Belia 4B... Lama kan? Hampir belas tahun ada gak aku rasa. Kalau ikutkan memang malas aku nak pi naik Bukit Bendera ni.. Dah faham dah.. Kalau nak naik tu tak apa.. Nak turun tuuu... Kena banyak bersabar la yer... Orang akan berebut turun kalau lambat... 

PARKING

Bab parking ni menyeksa sikit. Kami sampai di perkarangan Bukit Bendera tu dalam pukul 10 macam tu.. Memusing kami cari parking.. Keluar masuk balik.. Ada dalam 3 pusingan jugak la mencari parking kat kawasan situ.. Ada kawasan parking disediakan, tapi FULL. At last dapat parking kat sebelah kawasan perumahan. Haa... Kat kawasan perumahan rumah teres sebelah kanan tu ada jual Jeruk Buah Pak Ali. Kalau hangpa semua nak beli boleh la singgah situ.. Terlupa aku nak ambil gambar.. Aku sarankan hangpa semua mai Bukit Bendera ni lepas subuh.. Senang nak cari parking dekat sikit. Tak apa.. Kaunter Tiket dah bukak dah awal jam 6.30 pagi.

TIKET


Harga tiket kalau bagi adult my kad RM8.. Kalau Child (4-12 tahun), warga tua, dan student (klu student U atau Kolej tu sila tunjuk student card yaa..)  RM4. Ada jugak harga pakej family kat situ.. Sila-sila tengok gambar kat atas tu eek.. Akiff masuk FREE ja sebab baru umur 3 tahun... Haaa.... Jangan lupa bawak MY KAD la eekk... Kalau tak... Bayar la harga biasa. RM30.. Jadi warga asing sat... Hahaha... Masa beratur beli tiket cepat ja...


Sebelum nak sampai di tempat menunggu train tu.. Ada laluan yang mengisahkan sejarah pembinaan dan replika train yang dulo-dulo.. 


Dah sampai dah tempat menunggu.. Kami tunggu tak sampai 30 minit train dah sampai.. Dalam 10 minit ada kut..


Akiff tengah excited nak naik train tu... Tak sabar duk jenguk ja..  Mana la train ni tak sampai-sampai lagi.


Train sekarang tak macam dulu.. Laju ja.. Macam train KLIA Transit pun ada... Sesekali tu ada rasa bengang kat telinga...

CLIFF CAFE

Sampai-sampai ja situ hangpa akan nampak cafe dia dulu.. Cafe dia ni pelik sikit dan aku rasa macam susah pun ada gak.. Sebabnya... Bahagian minuman di sebelah bawah... Bahagian makanan di sebelah atas... Macam payah pun ada gak... Masa ni Akiff tak boleh duduk diam.. Nampak mainan ja... 


Aku makan Char Keow Teoy ni.. Nampak macam sedap kan.. Tapi tak berapa menyengat pun Char keow teoy dia.. Tak memenuhi citarasa aku.. Tak tau la pulak kalau hangpa punya citarasa.


Ais kacang ni memang best.. Aku suka.. Aku bagi 5 bintang... Hmmm... En. Hubby aku makan 2 ketul ayam n 2 ketul karipap. Harga kat Cafe Bukit Bendera ni agak mahal la bagi aku..

OWL MUSEUM

Kat bawah cafe ni ada OWL MUSEUM... Tapi replika ja... Kami tak masuk pun... Ingatkan ada burung hantu betul.. Replika ja..

PAD LOCK


Atas Cafe ni ada Pad Lock Love... Alaaa.... Macam kat Korea tu... Tak payah pi jauh-jauh... Pi Bukit Bendera ja... 


Nampak tak Akiff? Nak tangkap gambar dia cukup main payah kalau dia tak dak mood nak bergambar.. Banyak tarikan kat situ..


Bukan main Akiff membelek-belek pad lock kat situ..


Haaaa.... Aku sarankan hangpa bawak pad lock sendiri.. Macam Pad Lock T-Shirt tuu... Kalau nak beli.. Bukan main mahal lagi.. Pad Lock yang biasa ja macam yang kuning tu.. RM30++.. Tak berbaloi.. Tapi yang bentuk LOVE warna putih n pink tu murah ja..

KAWASAN RIADAH


Kat bukit bendera ni ada kawasan riadah.. Best jugak kalau bawak anak yang dah umur 5 tahun kat atas ni.. Macam Akiff nak main pun boleh gak tapi kena ada pemantauan dari ibu bapa la..


Aku tengok gambar En. Hubby yang cantik.. Gambar aku n Akiff muka kerekot disebabkan panas.. (Kerekot tu macam kerut muka la bila kena panas matahari).. Hahaha... Pekat betul loghat utara aku..


Akiff naik kuda kayu..


BUGGY



Buggy ni kami tunggu ada gak dalam 30 minit.. Nasib tak baik masa tu depa semua pi makan serentak.. Yang pi makan serentak pasai apa tak tau.. Pi la makan bergilir-gilir.. Jenuh menunggu.. Bila mai time kami baru tau buggy ni ada 2 syarikat.. Dah lama menunggu.. Tunggu aja lah..Nanti pi kat sana pun tunggu.. Buang masa ja.. Haa... Satu buggy ni naik RM30.. Maksimum orang naik satu buggy ni 6 orang.. Dia akan bawak kita round kawasan Bukit Bendera ni..


Nampak muka Akiff masa ni macam tersepit dek angkara Ummie n Abah ja... Padahal mood bergambar Akiff masa ni ke laut... Hahaha..


Nampak tak peti surat ni.. Kalau tak silap aku.. Peti surat ni lagi 4 tahun cukup 200 tahun... Ada 2 saja kat Malaysia ni.. Lagi satu kat Melaka..


You've NEVER been to Penang Unless You Been to Penang Hill..

MASJID

Disebelah atas sekali ada disediakan masjid.. Kat bawah sikit tu ada kawasan Playground dan sebelah Playground tu ada Kuil..

TEROPONG PENINJAU



Sebelum balik tu singgah kat sini dulu.. Boleh teropong apa yang patut.. Tapi sebelum tu masukkan RM1 dulu.. Baru teropong ni berfungsi..

Haaa.... Bab nak balik turun bawah ni yang buat kena bermimpi dulu.. Yaa laaa.... Orang nak turun pulak berduyun.. Tambahan pulak masa nak turun kalau turun sekali dengan rombongan sekolah.. Berjanggut la beratur nak naik train..

SAMPAI SUDAH


Sampai sudah kat bawah... Kita tangkap gambar kenangan satu... Hehehe...


Haaa... Ni la padahnya kalau pakai kasut tak kena tempat.. Dah sampai kat bawah aku dah surrender dah nak jalan pi kat kereta.. Bukak kasut jalan.. Sakit kaki woooiii... Aku sarankan pakai kasut flat yaa... Bukan kasut tumit tinggi..