Monday, 22 December 2014

Bercuti bersama keluarga di Dinoscovery

Lama jugak aku tak update blog ni. Disebabkan aku ni suka pening-pening.. Nak muntah pun tak kira la pagi ka malam.. So nak update blog ni lambat sikit la..

Haaa... Baru ni En Hubby aku bawak gi jalan-jalan kat AvenueK Kuala Lumpur. Dah alang-alang pi kat situ kami pi la Dinoscovery.. Hmmm.. Aku dah agak dah Akiff ni mesti takut punya kalau patung besar-besar dan bergerak-gerak ni. Tapi, sebelum masuk dalam Dinoscovery tu aku ada tanya dia.. Akiff takut tak? Dia cakap tak takut pun. Akiff nak pegang dinosour boleh tak? Hahaha... Cakap besar yaa.... Tunggu dan lihat bila kita masuk nanti eek...


Sebelum tu kita tangkap gambar dulu... Haa... Lupa nak bagi tau.. Tiket untuk dewasa RM25 dan kanak-kanak untuk RM35. Untuk warga emas 60 tahun ke atas dan OKU hanya RM15 sahaja.


Sebelum masuk kami dibekalkan map ahli paleontologi dan tag RFID (Radio Frequency Identification) untuk menyelesaikan Dino Quest.. Haaa... Benda ni aku tak sempat nak habiskan.. Akiff biasalaa nak suruh dukung ja.. Takut.. Aku nak pi dekat dgn dinosour tu pun tak boleh.. Hahaha... 


Sebelum masuk ke "alam dinosour"... Kami didedahkan terlebih dahulu rakaman video tentang dinosour dan bagaimana nak guna map tu.. Haa... Nampak tak keterujaan Akiff.. Sampai ternganga mulut tu... Hahaha.. Bila nak masuk ke dalam "Alam Dinosour" ni... Semua diwajibkan pakai vest.. Best kan?


Nampak tak Akiff tu.. Bukan nak jalan..Dukung memanjang.. Tambah-tambah lagi dinosour tu tengah godek-godekkan kepala n ekor dia.. Tapi memang best.. Aku suka tempat ni sebab dia ada bagi education tentang setiap jenis dinosour di sini.

Haa... Yang ni Akiff yang beria sangat nak panjat.. Dia yang excited nak naik.. Tapi tak sampai atas pun.. Jadi laa.. Janji dia happy.. Hehehe..


Yang ni budak-budak boleh lawan berlari dengan dinosour. Bukan main berlawan lari lagi.



Masa ni Akiff dah mula cool down..  Kat sini ada kiosk-kiosk interaktif yang Akiff nak explore..


Nampak tak? Ada gaya tak nak jadi Ahli Paleontologi? Hehehe..


Akiff paling suka yang ni.. Keluar masuk balik.. Sampai tak nak balik la.. Nak main lama-lama kat sini.. Ada lagi satu dia main menembak.. Tapi aku yang tolong dia tembak.. Hahaha..


Bukan main tinggi lagi peace dia... Tu dah berani la tu.. Nak balik baru dia berani..

Pameran Dinoscovery ni sampai MAC 2015. So sapa ada anak 3 tahun ke atas boleh la bawak anak-anak kat sini. Macam-macam aktiviti dia boleh buat. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 03-21817218. 

Kalau nak info-info menarik tentang percutian boleh la refer website DESTINATION MALAYSIA dan FACEBOOK DESTINATION MALAYSIA.

Klik gambar untuk sertai contest.



p/s : Credit picture by Marqis Careno.

3 comments: