nuffnang adds

Sunday, 16 November 2014

Alhamdulillah.. Rezeki ku bila berjauhan.

Aku kan ada bagi tahu kan ada sesuatu yang mengganggu aku kebelakangan ini yang menyebabkan aku tak boleh nak kerap buka laptop and menatap laptop lama-lama.. KLIK SINI.. Dalam beberapa minggu ni aku dah mula mual-mual... Rasa pening menyelebungi diri. Rasa serba tak kena. Sebenarnya... Akiff bakal jadi abang.. Yeeeaaahh... Akiff dapat kawan.. Aku kalau pregnant mesti akan ada morning sickness.. Huhuhu... Kalau sampai tahap muntah tu aku memang tak larat sangat. Rasa lega.. Tapi aku rasa lemah.

Sebenarnya yang tahu dulu Akiff.. Akiff jadi pak nujum.. Kisahnya begini... Aku tulis semua dalam buku disebabkan aku tak boleh nak update dekat Blog..

Bukan main "gagah" lagi tulis dalam buku.. Walaupun masa ni tak sure ada isi atau tak... Hehehe..

12/10/14

Period aku tak datang lagi. Tapi itu dah perkara biasa. Period aku memang tak stabil. Tapi yang luar biasanya Akiff cakap perut aku ada baby. Masa 1st dia cakap perut aku ada baby tu aku masih kat KL.. Tapi bila call dari Sibu ni.. Perbualan aku dengan dia..
Abah dia suruh Akiff tanya baby mana? (baby housemate aku yang aku dah send gambar kat whatsapp)
Akiff : Baby mana?
Aku : Baby sleep..
Akiff : Baby sleep kat mana?
Aku : Baby sleep kat bilik dengan ibu dia laa..
Akiff : Bukaaaann... Baby sleep dalam perut..
Aku : ???????? 
Aik... Dah dua kali Akiff cakap macam ni.. Ajaib nii...

13/10/14

Sesuatu yang pelik terjadi lagi... Hubby aku bagi tahu masa dia tengah ajarAkiff nama penuh abah, ummie n Akiff.. Akiff suruh panggil dia "abang Akiff".. Hmmm... Pelik Akiff ni.. 

14/10/14

Hari ni aku rasa mulut aku ni macam suka keluar air liur banyak. Rasa tak sedap mulut pun ada.

18/10/14

Hari ni cuti sekolah aku tak pergi mana-mana. Pagi-pagi lagi aku rasa nak cek pregnancy test. Dah beli lama dah.. Nak cek takut negatif pulak. Tapi aku rasa memang Akiff nak jadi abang ni..



Alhamdulillah.. Syukur... Akiff bakal jadi abang.. Yeeah...

27/10/2014

Hari ni lepas sekolah aku terus gi klinik ditemani kawan aku. Seingat aku.. Tak nak la sampai nak scan. Cukup sekadar Doktor cek pakai jadual pregnancy jaa.. Aku nak tahu berapa minggu ja.. Disebabkan aku punya period tak regular dia suruh scan. 



Menurut doktor... Due aku mengikut scan 16/06/2015.. Tapi aku tak pi buat buku merah lagi sebab buku merah masa pregnant kat Akiff ada kat KL. Orang kata kena bawak buku merah yang lama.. Hmm.. Masa ni aku baru 6 minggu 6 hari.. Sekarang hampir nak masuk 9 minggu..

Pssstt : Doakan adik Akiff sihat yer...

Thursday, 13 November 2014

Selesai sudah folio PPGB



Akhirnya aku berjaya menyudahkan folio PPGB yang dah lama aku tinggalkan.. Tiba-tiba minggu ni ada Kaunselor PPGB datang. Memandangkan aku dah tinggal lama. Sikit aja lah dia nampak hasilnya. Kebanyakannya Semua dalam laptop yang belum di print.. Memang jenuh la aku nak buat balik. Dengan kajian tindakannya lagi..

Alhamdulillah, habis jugak pagi tadi pukul 4.30 pagi. Aku bangun pukul 2.30 pagi wooo buat benda ni. Fuuuuuhhh... Pecah rekod. Sekarang dah rasa macam batu besar kat kepala aku dah hilang..

Friday, 7 November 2014

Ada sesuatu yang menganggu...



Lately ni aku tak dapat nak update blog... Ada sesuatu yang mengganggu aku... Hari ni aku gagah jugak menekan keyboard ni.. Lagi pun banyak kerja aku yang tergendala belum siap lagi.. Huhuhuhu... Nak tahu apa yang mengganggu aku? Nanti aku update eek... Sorrryyyyy....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...