nuffnang adds

Monday, 30 July 2012

Puding Caramel.. ^-^


Abaikan ja gambar tu. 1st time la katakan. Aku potong masa panas-panas. Tak sabar-sabar nak tangkap gambar. Hihihi..



Salam Ramadhan semua.. Hari ni genap 10 hari kita berpuasa.. Haa... Minggu lepas aku ada buat puding caramel. Ni "First Time" tau.. Resipi ni My Hubby mintak kat boss dia. Kak Fariza.. Simple n cepat ja. Pejam mata pun boleh buat laa.. Hihihihi... Berlagak betoi..

Bahan-bahan :-

1 cawan gula dibuat gula hangus. (goreng dalam kuali tanpa minyak tau)

6 biji telur
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil  esen vanila

Cara-caranya :-

1. Masukkan gula hangus ke dalam loyang. (Gula yang digoreng tadi tu lepas tutup api terus masuk ke dalam loyang. Kalau biar dalam kuali nanti gula tu akan hangit)

2. Pukul telur + gula. 

3. Masukkan susu cair, air, tepung kastard dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.

4. Lepas sebati masukkan adunan yang ditapis ke dalam loyang.

5. Kukus sehingga 48 minit.

6. Lepas tu tunggu sejuk dulu baru potong. Nanti hancur.


p/s : Kalau aku masukkan semua bahan kedalam blender. Sekejap ja.. Hihihi..

4 comments:

  1. Ida pun buat hari tu..tapi tak publish lagi entry resepi ni.. lepas raya lah... hehehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya laa.. sampai kemekkan loyang kn? hihihihi...

      Delete
  2. senang angatkan buatnya? boleh cuba lagi supaya lagi sedap....pastu bak sikit ke ofs....heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang... thanks bagi resepi.. ok.. nanti buat.. insyallah suruh lan bawak.. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...