Friday 3 January 2014

Posmen tunggu... Aku datang..

Haaaa... Tajuk.. Macam filem.. Hahahaha.. Seminggu dua ni posmen merupakan orang yang penting bagi hidup aku... Baru hang terasa betapa pentingnya posmen tu zaza.. Bagai menunggu buah yang tak jatuh.. Tungguu punya tunggu laa.. Mau tak nya.. Surat keramat cinta (Surat Perlantikan Jawatan) aku tak sampai lagi.. Aku baru sj lepas interview bulan 10 tahun lepas.. Tahun lepas tuu.. Kawan2 aku yang interview kat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Putrajaya dah dapat surat cinta nii.. Mau tak risau aku.. Berminggu aku tunggu surat keramat ni tak kunjung tiba.. Risau aku lulus interview ke macam mana..

Masuk tahun baru.. Ni tak boleh jadi ni.. Aku kena telefon pejabat pos.. Tanya ada tak surat aku tuu.. Sebab ada kawan aku punya kawan punya kawan.. Hahaha.. Dia pi sendiri pejabat pos serahan cawangan kawasan diaa.. Pejabat pos serahan ni tempat posmen amik surat untuk hantar surat.. Bukan pejabat pos yang ada kaunter untuk kita bayar bil segala bagai..  

So, aku mintak tlg hubby aku call.. Kalau dia call mesti berhasil punya laa.. Hahaha.. Google dulu la no fon tu.. Tapi dapat no fon pejabat pos ja.. Hubby aku call yg pejabat pos batu 9.. Tak dapat.. Line busy.. Lepas tu call cawangan pejabat pos lain.. Kali ketiga call cawangan pejabat pos seri kembangan.. Mintak no fon pejabat pos serahan Batu 9, Cheras.. Staff tu tanya surat berdaftar ke surat biasa? Kalau surat biasa susah nak detect.. Tak kisah la.. Janji dpat no fon.. So, staff situ bagi no fon Puan Ain ni.. 0390766055 pejabat pos serahan cawangan Batu 9, Cheras..

Bila dapat bercakap dengan Puan Ain ni n mintak tolong dia cari surat biasa dari SPP yang atas surat tu ada "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA".. Dia mintak alamat n no fon untuk dia contact balik.. Tak dan 5 minit.. Dia call hubby aku.. Haa.. Ada.. Surat ni nak return balik ke alamat pengirimnya.. Hubby aku cakap.. Tak per saya datang ambil surat tu.. So, apa lagi aku pun bergegas la dengan akiff pi pejabat pos serahan tu.. Haaa.. Kalau nak tau pejabat pos serahan ni dekat dengan traffic light yang berhampiran dengan balai polis.. Pejabat pos serahan ni tepi pagar dia ada longkang besar..


Tengok... Alamat aku silap sbb tu yang tak sampai tuu.. Sepatutnya M15-1-6 jadi MIS-1-6.. Mau tak sampai kat aku.. Nama pun silap.. Apa2 pun aku SYUKUR sangat dah terima.. Lega hati ku ini... TERIMA KASIH BANYAK Pejabat Pos Serahan Batu 9, Cheras Selangor yang layan tolong cari surat keramat aku ni.. Sekarang baru tau pentingnya posmen dan seangkatannya.. Hihihihi.. 

p/s : Psss... Bukan aku sorg saja yg alamat silap ni.. Ada yang Lot B62 jadi Lot 1362 n MU5B jadi MUSB.. Tapi surat sampai kat mail box depa jugak.. Terrer betul posmen sekarang..

4 comments:

  1. Pujian untuk puan Ain pejabat pos erahan batu 9 tu... bagus betul layanan dia... mungkin dia tak sedar servis dia 5 bintang tp mmg terbaik laa...

    ReplyDelete
  2. s dah macam 5 pulak kan. betul jugak kadang2.. huhu

    ReplyDelete