nuffnang adds

Wednesday, 29 January 2014

Pilihan Hatiku Lenovo atau HTC.

Assalamualaikum.. Sebelum ni kan aku ada bagi tahu handphone aku rosak. Kalau sapa yang belum baca juz klik sini. Dalam beberapa hari ni aku kerap survey handphone laa.. Banyak gak la aku survey. Tapi aku pilih 2 model ni ja. LENOVO K900 n HTC ONE.. Dalam kepala otak dua benda ni saja aku pilih.Samsung aku tak tengok langsung..Tapi Samsung mahal laa.. Aku tak mampu. Hihihi..

Okey.. Semalam.. Aku, En Hubby n Akiff pi Mid Valley. Kononnya nak pi survey dulu la.. Hihihi..


Ni Lenovo K900.. Dia punya processor memang laju. 2.0 ghz.. Pakai Intel processor tuu.. Memang aku dah berkenan dah ni. Tak ada Memory card slot la pulak. Tapi... Dia punya internal storage dia 16GB/32GB. Harga lain2. Tapi aku rasa okey dah.. Okey.. Kita pi tengok brand lagi satu la aku bagi tau kat hubby. Sebab sampai kat kedai Lenovo tu aku dah jadi blur dah. Salesman tu tunjuk ni tunjuk tu.. Banyak model sangat.. Lenovo aku survey 1 model ja.. Salesman jugak memainkan peranan jugak tau.. Huhuhu.. Ooo.. Yaa.. Sapa nak tau lebih lanjut tentang specs model ni boleh KLIK SINI.

Okey.. Next.. Kami pi kedai HTC.. Mula2 aku aim model HTC kat bawah ni.. 


Yang ni aku berkenan sebab kamera dia.. Dia pakai UltraPixel bukan megapixel.. Maksudnya lebih luas pixel dia.. Memang aku berkenan gila2. Duk asyik sebut kat En. Hubby aku ja.. Taaaaapppiiii... Ni pun sama tak ada memory card slot.. Huhuhu.. Nak tau specs dia? KLIK SINI

Akhirnya aku pilih HTC BUTTERFLY S.. 


Salesman tu cakap kalau senang nak jaga ambil yang ni. Ok.. Aku pilih ni bukan sebab termakan kata2 salesman tu ka apa ka.. Tapi sebab dia punya quad core dia lebih sikit dari HTC One.. 1.9ghz. Bateri pun tahan gak. 3200 mAh. Tahan lama gak tuu.. Nak ambil HTC One Max terlebih budget lak.. Huhuhu.. Lagi pun besar dari Note 1 aku tuu. Tak silap aku la.. Okey.. Nak tau specs HTC Butterfly S ni KLIK SINI.

Psssttt... Aku kalau nak beli mesti aku akan pilih kedai yang betul2 n boleh dipercayai. Aku tak suka beli handphone kat kiosk ni. Takut tertipu.. Itu aku.. Terpulang la kepada anda untuk membeli di mana saja. Sebab nak beli barang yang angka agak besar ni kena pilih betul2 la.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...